PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti :
Kawalan kendiri Amanah ketekunan kebolehsuaian inovasi
KAWALAN KENDIRI Maksud : sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik 2. tenang dan positif semasa tertekan 3. berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan AMANAH Maksud : Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. bertindak secara beretika mengikut peraturan 2. membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan autentisiti 3. mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain 4. mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular KETEKUNAN Maksud : Sesutu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mempunyai komitmen dan menunaikan janji 2. bersifat akauntable untuk memenuhi objektif 3. teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas KEBOLEHSUAIAN Maksud : Ini bererti sesuatu individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap 2. menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah 3. luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku
INOVASI Maksud : Sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya: 1. mencari idea baru daripada pelbagai sumber 2. memikirkan penyelesaikan kreatif terhadap masalah-masalah 3. menjana idea baru 4. mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran