Factors Affecting Feedback Oleh: Nor Anisa Bt. Musa UTM, Skudai
Kesan Penonton • Kehadiran penonton boleh mempengaruhi kelakuan seseorang dan suatu kelakuan itu dapat dijangkakan perubahannya. • Contohnya: tahap kesedaran dan keinginan sosial individu akan meningkat positif dan mengurangkan keinginan yang negatif. • Aspek kawalan kelakuan tersebut dipengaruhi oleh kehadiran orang lain (penonton).
Kesan Penonton • Shrauger (1972)- orang yang mempunyai keyakinan tinggi dan berkebolehan melakukan sesuatu mempunyai kesan yang sedikit pada emosi mereka. Sebaliknya bagi yang tidak berkebolehan yang berkeyakinan rendah, mereka merasakan kehadiran orang sekeliling membuatkan mereka rasa tidak selesa. • Kesan emosi juga mempengaruhi kualiti kerja mereka.
Kesan Penonton • Dengan kata lain, individu yang berkeyakinan tinggi lebih baik penampilan mereka berbanding individu yang kurang berkeyakinan. • Perasaan cemas dan bimbang dalam diri seseorang juga boleh menyebabkan keyakinan diri menjadi lemah.
Fokus Penumpuan • Selain itu, fokus/ penumpuan individu juga mempengaruhi penampilan seseorang. • Kehadiran penonton merupakan ransangan bagi penumpuan seseorang menjadi lebih fokus atau tidak. • Mereka akan jadi lebih sedar kerana semua tumpuan penonton akan tertumpu kearahnya. • Contohnya: guru yang berada dihadapan kelas akan menjadi tumpuan kepada anak muridnya. Atau murid yang dikehendaki membuat pembentangan akan menjadi tumpuan muridmurid lain.
Fokus Penumpuan • Brockner (1979) berpendapat, orang yang berkeyakinan rendah tidak dapat mempersembahkan sesuatu dengan baik apabila terdapat penonton, kamera atau cermin. • Fokus perhatian mereka dimanipulasikan oleh perasaan cemas. • Tetapi individu yang lebih fokus akan membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan. Bagaimana pun, jika individu latih tubi dan memperbaiki tugasan persembahannya, keyakinan mereka akan beransur positif.
Fokus Penumpuan • Fokus akan membuatkan individu lebih daripada cemas. • Brockner memberikan bukti dan mempercayai bahawa kebimbangan dan penampilan mempunyai hubungan yang bertentangan. • Beliau memerhati estim diri yang rendah mempunyai penampilan yang tidak menyenangkan dirinya dan sering terganggu penumpuannya.
Contoh Kajian • Contoh kajian yang dijalankan, seseorang telah dihadapkan di depan cermin dan diminta beri tumpuan pada tugasan yang diberi. • Sekumpulan low estim yang dikenalpasti juga diminta membuat tugasan di hadapan cermin tetapi diarah untuk beri tumpuan pada tugasan.
Keputusan • Keputusannya menunjukkan, yang diminta untuk beri tumpuan pada tugasan lebih banyak melakukan beberapa kesilapan berbanding kumpulan yang tidak diminta beri tumpuan. • Kumpulan yang tidak diminta beri tumpuan menunjukkan kurang kebimbangannya.
Fokus Penumpuan • Wicklund & Ferris (1973), mendapati seseorang yang rendah estim diri akan lebih mudah menyiapkan tugasan tanpa cermin di hadapan berbanding terdapat cermin di hadapan mereka. • Ia menunjukkan orang yang berkeyakinan rendah akan mempamerkan rasa cemas yang jelas.
Fokus Penumpuan • Pelajar yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi membolehkannya fokus dalam tugasan akademik dan menyelesaikan masalah. • Mossman & Ziller (1968) berpendapat, keyakinan rendah akan menyebabkan perhatian/ tumpuannya terhalang kerana pelajar lebih prihatin terhadap perasaannya sendiri. • Mereka juga dijangkakan akan gagal sebagaimana orang sekeliling memberi reaksi terhadap persembahannya.
Respon & Kebimbangan Feedback & Anxiety • Respon yang negatif terhadap persembahan seseorang akan menyebabkan keyakinan diri menurun dan melemahkan persembahannya. • Hubungan antara konsep diri dan perasaan bimbang biasanya adalah negatif. • Konsep diri yang rendah berkait langsung dengan perasaan bimbang/ cemas yang tinggi.
Respon & Kebimbangan • Low self-esteem akan lebih mudah mengalami stres berbanding mereka yang berkeyakinan tinggi. • Esperimen Schalon (1968) menunjukkan tugasan subjek telah gagal apabila membuat persembahan kerana mereka tidak cuba untuk lebih berusaha dan lebih ketinggalan 50% berbanding kumpulan yang berkeyakinan tinggi.
Respon & Kebimbangan • Kebimbangan (anxiety), merupakan ransangan utama dalam sesebuah hubungan sosial. Ia juga sebagai cabang individu untuk menilai individu lain dan juga melihat pencanggahan penilaian diri sendiri dengan orang lain. • Dari sudut psikodanamik, kebimbangan melibatkan komponen phenomenological dan physiological kedua-duanya. (Keadaan dan keperluan).
Respon & Kebimbangan • Suatu keadaan: contohnya pengalaman yang mendatangkan kebimbangan kepada individu akan memberi kesan kerisauan tentang masa depan atau ketakutan yang amat sangat. • Simptom fisiologi: termasuklah sesak nafas, berpeluh-peluh, gigil dan bermacam-macam lagi masalah manifestasi anggota badan.
Respon & Kebimbangan • Sullivan (1953) menekankan bahawa kebimbangan timbul melalui hubungan antara satu sama lain. • Kebimbangan boleh terjadi dengan pelbagai isyarat dan mempengaruhi orang lain. Contohnya dengan melihat secara nyata orang tersebut dalam ketakutan atau secara membayangkannya sahaja.
Respon & Kebimbangan • Miller’s (1963) telah membezakan antara self-esteem dan subjective public-esteem. • Self-esteem merujuk kepada penilaian attribusi individu (anggapan individu). • Subjective public-esteem merujuk kepada persepsi individu dalam menilai diri mereka sendiri berdasarkan hubungan sosial
Respon & Kebimbangan • Pertama: hipotesis menyatakan bahawa kebimbangan mempunyai hubungan dengan SPE yang rendah. Seseorang percaya bahawa orang lain mempunyai persepsi yang buruk terhadap dirinya dan mereka memberi reaksi dengan kritikan dan tidak setuju. Oleh itu kebimbangan akan lebih meningkat.
Respon & Kebimbangan • Kedua: keyakinan dan semangat yang rendah akan menyebabkan tahap kebimbangan lebih ketara. Kebimbangan akan terus menguasai apabila individu berasa tidak setanding ataupun tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan.
Respon & Kebimbangan • Ketiga: SPE yang negatif menyebabkan tekanan dan penurunan terhadap SE dan seseorang akan menjadi amat tertekan.
Susceptibility to Persuasion Sifat mudah makan pujuk • Self-esteem kebanyakannya mempunyai hubungan yang negatif dengan ‘sifat mudah makan pujuk’, terutamanya self-esteem yang tinggi kerana ingin melindungi diri daripada pengaruh sosial. • Nisbett dan Gordon (1967) menyatakan, hubungan yang negatif hanya akan kuat atau dipertimbangkan jika pujukan difahami sepenuhnya atau tidak menyakinkan. • Semakin payah seseorang memahami suatu pujukan, semakin besar keyakinan individu dan semakin tinggi self-esteem yang diperlukan untuk mengelakkan diri dari dipengaruhi.
Objektive Appraisal and Credibility Tujuan menilai dan Kredibiliti (boleh dipercayai) • Kredibiliti boleh mempengaruhi respon dalam hubungan seseorang dari segi perbezaan pendapat dan perubahan persepsi diri. • Dengan mempunyai kredibiliti yang tinggi, perbezaan pendapat akan berkurangan dan mengubah tingkah laku yang bertepatan. • Manakala kredibiliti yang rendah cenderung untuk kurang berubah. • Kredibiliti mempunyai kesan yang kuat dalam penilaian kendiri.
Tujuan menilai dan Kredibiliti • Contohnya: pemerhatian yang dibuat tentang persepsi kendiri yang negatif. Iaitu: “saya buruk”, “saya benar-benar gagal”. Ia menentang untuk berubah tanpa meneliti apakah anggapan ini benar-benar berlaku. • Oleh itu, maklum balas kredibiliti hendaklah dilihat adil dan tidak berat sebelah terutama di sekolah kerana ia amat bermakna dan memberi kesan yang sangat kuat terhadap self-esteem.
Tujuan menilai dan Kredibiliti • Apabila penilai (appraiser) muncul untuk memperolehi kemahiran dalam manamana situasi, kita akan lebih meletakkan kepercayaan kita pada penilaiannya. Kesannya, penilai tersebut bertambah berkredibiliti. • Kajian dalam mengubah sifat menunjukkan, semakin berkredibiliti dalam komunikasi semakin besar kesan konsep kita terhadap diri.
Tujuan menilai dan Kredibiliti • Ini merupakan suatu alasan mengapa ibubapa dan guru perlu mengambil bahagian dan mempengaruhi untuk menentukan self-konsep kanak-kanak. • Jika ibubapa berkomunikasi dengan anak dan menyatakan anaknya tidak bertanggungjawab, anaknya mungkin memandang dirinya sebagaimana yang dinyatakan.
Personalism Keperibadian • Suatu experimen telah dijalankan melalui demonstrasi. Ia memberi tumpuan kepada selfesteem seseorang iaitu pelajar perempuan yang diinterview oleh pelajar perempuan lain yang sangat menarik dan lebih senior dari mereka. • Ketika interview, subjek diberi tugasan untuk menilai diri mereka sendiri dengan pelbagai dimensi. • Penemuduga secara halus menunjukkan tanda persetujuan apabila subjek menilai dirinya secara positif dan tanda tidak setuju apabila subjek menilainya secara negatif.
Keperibadian • Persetujuan disertai dengan senyuman, anggukan atau menyatakan “ya, saya rasakan begitu juga”. • Tidak bersetuju menunjukkan tanda dengan berdiam, berkerut atau menyatakan tidak setuju. • Keutamaan dalam interview ini, separuh daripada subjek belajar bahawa temuduga akan menjadi latihan yang mudah jika menggunakan teknik yang mana semua kelakuan yang ditunjukkan boleh memberi nasihat kepadanya (ia juga tidak bersifat peribadi)
Keperibadian • Subjek lain pula diberitahu bahawa penemuduga akan beri pengajaran untuk tingkah laku mereka sebelum ini. Mereka perlu bersikap sejujur mungkin ketika temuduga. (ia merupakan suatu keadaan yang bersifat peribadi). • Kedua-duanya sebelum dan selepas temuduga, semua subjek diberi ujian self-esteem dan diberitahu untuk menilai diri mereka sendiri sejujur yang mungkin.
Keperibadian • Keputusannya menunjukkan subjek yang menerima penilaian secara impersonal memperlihatkan sedikit peningkatan selfesteem. • Manakala subjek yang menerima penilaian secara personalistic lebih banyak peningkatan self-esteem. • Dengan kata lain, seseorang akan kuat terkesan jika orang lain melihatnya secara jujur, tidak berkira-kira, dan membawa seseorang supaya setuju pada diri mereka sebagai individu.
Group Aspirations Harapan kumpulan yang tinggi • Kumpulan yang mempunyai cita-cita untuk berjaya mempunyai hubungan yang relevan dalam mempengaruhi yang mana individu menilai secara adil. Jika gagal, mereka benar-benar mengatakan gagal dan jika berjaya mereka benar-benar mengatakannya berjaya. • Di sini mereka mengandaikan kumpulannya akan lebih berminat dengan persembahannya.
Harapan kumpulan yang tinggi • Stotland et al. mengkaji kesan tahap pencapaian terhadap penilaian individu berkenaan persembahannya berdasarkan harapan ahli kumpulannya. Ia juga menentukan tahap self-esteem seseorang. • Berdasarkan harapan kumpulan, individu yang mempunyai estim diri yang tinggi lebih melindungi diri mereka daripada memberi penilaian negatif terhadap diri sendiri.
Harapan kumpulan yang tinggi • Jika mereka menemui kegagalan, mereka menganggap ia merupakan kegagalan yang kecil, dan jika mereka berjaya, mereka berpendapat ia merupakan suatu kejayaan yang besar. • Bagi individu yang low self-esteem pula, kegagalan mereka dianggap persembahan yang sangat lemah dan kejayaan mereka hanya suatu kejayaan yang kecil.
Harapan kumpulan yang tinggi • Keputusan ini, mengemukan high esteem yang berjaya tidak menilai persembahannya berdasarkan harapan kumpulannya, tetapi, jika mereka gagal mereka beranggapan ia memberi kesan kepada harapan ahli kumpulannya. • Kejayaan mereka tiada kena-mengena dengan harapan ahli kumpulan sama ada ia tinggi atau tidak, atau begitu penting atau tidak berapa penting.
Harapan kumpulan yang tinggi • Jika mereka gagal, mereka menilai persembahan diri mereka rendah jika harapan kumpulannya tinggi. • Dan mereka menilai persembahannya tinggi jika harapan kumpulannya tidak seberapa. • Kesan daripada tahap harapan terhadap penilaian persembahan juga meningkat jika lebih ramai orang mengambil berat terhadap harapan kumpulan.
Harapan kumpulan yang tinggi • Mengapa harapan sesebuah kumpulan akan lebih banyak menentukan penilaian kendiri bagi individu yang gagal daripada individu yang berjaya? • Individu yang gagal tidak begitu pasti bagaimana ahli kumpulannya dapat menerima apabila mendapati dia gagal. • Penonton yang melaporkan kegagalannya, terutama jika kumpulannya merupakan sebuah kumpulan yang menarik akan menimbulkan rasa malu.
Harapan kumpulan yang tinggi • Kadang kala tidak pasti, kesan kegagalan menjadikan seseorang lebih sensitif terhadap pendapat dan penilaian orang lain. • Maka, realiti hubungan sosial lebih penting bagi mereka yang gagal daripada mereka yang berjaya. • Mereka yang berjaya pula bersedia untuk dinilai dan tidak memerlukan realiti sosial dari ahli kumpulannya.
Salience of characteristic judged Keutamaan watak penilaian • Karektor penilai ada berkaitan dan mempengaruhi maklum balas yang mana kesan maklum balas secara amnya adalah berkenaan dengan kerektor orang lain. • Terdapat 3 kajian telah dijalankan untuk menguji kesannya dengan menggunakan sumber yang cekap dan teratur yang mana ia menunjukkan pelbagai dimensi berkenaan penumpuan.
Keutamaan watak penilaian • Maehr et al. (1962), menyatakan bukan suatu yang menghairankan jika terdapat perubahan pada sesuatu penilaian yang telah dinilai terlebih dahulu akan lebih ukurannya, berbanding sesuatu yang belum pernah dinilai. • Perubahan tersebut juga akan berlainan pengukurannya atau lenyap mengikut peredaran masa.
Keutamaan watak penilaian • Dengan kata lain, sesuatu penilaian mempengaruhi atau bergantung kepada penilaian yang telah dibuat sebelumnya. • Jika penilaian pernah dibuat, tahap ukuran lebih tinggi berbanding sesuatu yang belum pernah dinilai sebelum ini.