Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan.docx

  • Uploaded by: Vani Sri Nalliah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Dan Persiapan Perkhemahan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,480
  • Pages: 12
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN



KONSEP  Khemah boleh didefinisikan sebagai tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira juga apa bentuk dan jenis tempat perlindungan itu.  Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh pelarian perang di tapak sementara di negeri orang.  Pentingnya adalah ia boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.



PENGLIBATAN Jawatankuasa Induk terdiri daripada: Penaung:

Penaja/PPD/JPN

Penasihat:

Pengetua

Pengerusi:

GPK 1

Naib Pengerusi:

GPK HEM

Setiausaha:

Penyelaras Ko-Kurikulum

Pen. Setiausaha:

Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam

Bendahari:

Guru Pembimbing/Penasihat

Ahli Jawatankuasa:

Guru-guru Penasihat/pembimbing atau wakil agensi yang dilantik oleh pengetua.

Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada: Pengerusi:

GPK 1

Naib Pengerusi:

GPK HEM

Setiausaha:

Penyelaras Ko-kurikulum

Komandan:

Ketua penyelaras PPS/dilantik

Pen. Komandan Kem: Pen.Penyelaras PPS/dilantik

Urusetia:

dilantik

Makanan:

dilantik

Penginapan:

dilantik

Logistik:

dilantik

Kebajikan/keselamatan: dilantik Pengangkutan:

dilantik

J/k Pembukaan Penutup: dilantik Jawatankuasa aktiviti:



dilantik

SIJIL  Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan.



TUJUAN PERKHEMAHAN       



Melatih berdikari Melatih bertanggungjawab Memberi peluang merancang dan melaksana apa yang dirancang Mencintai alam sekitar Melatih ciri-ciri kepimpinan Merapatkan lagi perhubungan Melatih untuk bersabar dan bersyukur

JENIS PERKHEMAHAN

Perkhemahan

Ringkas

Kumpulan

Besar-besaran



PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL 1. Pembentukan Jawatankuasa  Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik dan teratur.  Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat perkhemahan dan aktiviti yang akan dijalankan.  Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.  Ahli jawatankuasa terdiri daripada : i. Urus setia

ii. iii. iv. v. vi. vii.

Aktiviti Pengangkutan Peralatan Keselamatan dan kecemasan Penajaan Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan  Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.  Perkara yang perlu diambil kira : i. Kesesuaian tempat ii. Kemudahan asas (air, tandas) iii. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin iv. Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan. 3. Surat Kebenaran  Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pegawai Pendidikan Daerah (sebelum menjalankan aktiviti)  Surat kebenaran pihak polis (memastikan aktiviti berjalan lancar)  Surat kebenaran ibu bapa (diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti perkhemahan)  Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta (sebelum aktiviti perkhemahan) 4. Belanjawan  Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan.  Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan. 5. Alatan Perkhemahan

Baldi Mancis

Peralatan Perkhemahan Alatan Alatan Urus Berkhemah Setia Khemah Peti pertolongan cemas Tali Pen, kertas Parang, pisau & Lampu picit Kapak keselamatan Kayu pancang Bendera khemah Lampu picit Pembesar suara Lampu gasolin Wisel

Tali

Generator

Bahagian Dapur Dapur Gas Kuali Periuk Parang & Pisau

Parang, kapak,

Alatan Individu Baju lengan panjang Seluar panjang Stoking Kasut sukan Selipar Ubat gigi, berus gigi dan sabun Kain selimut &

Bahan makanan kering



Wayar sambung elektrik

pisau Tali

Tuala Lampu picit

PEMILIHAN TEMPAT 1. Tanah atau tapak yang rata  Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.  Sebaik-baiknya walaupun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.  Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2. Berhampiran punca air  Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.  Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.  Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.  Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran. 3. Jauh daripada dahan mati  Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.  Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut. 4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air

 Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai. 5. Mudah untuk mendapatkan bantuan  Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.  Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.  Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan. 6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar  Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira.  Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipilih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut. 7. Keselamatan kawasan perkhemahan  Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.  Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. 

ASPEK KESELAMATAN 1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenalmengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. 2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. 3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. 6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. 9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.

10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali . 11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. 12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. 13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. 14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. 15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. 16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. 17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/ pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. 18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. 20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.



KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:                

Khemah yang sesuai. Bag galas Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya) Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya) Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain Botol air, kole dan bekas minuman Pisau dan pembuka tin Lampu picit serta beteri dan lat gantinya Mancis dan lilin atau bahan penyala api Kotak pertolongan cemas Kotak ikhtiar hidup Tali Ponco atau baju hujan Parang/kapak kecil Bekas air tambahan Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian. Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.



PEMERIKSAAN PAGI

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:    

Kebersihan dalam dan persekitaran khemah Susun atur barang dan peralatan kumpulan Pakaian yang dibawa Gajet yang dibawa

Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi. 2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan. 3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol. 4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol. 5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu. 6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.” 7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan. 8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain, tuan.” 9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.



SURAT-MENYURAT  Surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, pelantik jawatankuasa, permohonan peralatan dan sebagainya.  Surat-surat kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-lain.



KUARTER MASTER

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua kuarter master iaitu kuarter master Alatan dan kuarter master Makanan bagi melancarkan pengurusan. 1. Tugas kuarter master Alatan  Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan.  Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam, beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan.  Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Kuarter master bertanggungjawab dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya. Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan keselamatan orang lain. Memeriksa

keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ketapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik apatah lagi boleh membahayakan keselamatan pengguna. 2. Tugas Kuarter Master Makanan  Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuarter master akan menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.  Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan tertentu. Kuarter master akan membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.  Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi untuk semua peserta seperi beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.



LAPORAN DAN REFLEKSI

Contoh: Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi keseluruhan sepanjang saya belajar subjek WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform) semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah mengajar dan banyak membantu saya dan rakanrakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak selaku pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1. Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dalam menambahkan pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya sebagai seorang bakal guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini. Hal ini kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu, wibawa bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih demi melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan kokurikulum sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula. Antaranya ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan pada setiap petang pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti. Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi mendedahkan kepada para pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang dijumpai separuh sedar. Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga 14 September 2012 di sekitar kawasan IPG Kampus Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan

unit

beruniform

untuk

membolehkan

saya

menjalankan

tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturahim dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit BSMM. Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawad kaki, istiadat menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan rakan juga berpeluang untuk memasak sarapan pagi dan minum petang. Kami juga didedahkan cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan air. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang ditugaskan.

Related Documents


More Documents from "rozi amrullah"

November 2019 35
November 2019 94
Param-kertas 2.docx
November 2019 23
May 2020 25
November 2019 25