PENGUCAPAN AWAM (Program Pembangunan Imej Professional) TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur 01 – 02 April 2008 “Untuk terus berjaya dalam memimpin, kita perlu berbalik kepada persoalan kemahiran asas atau kompetensi diri yang perlu ada pada diri kita sendiri...ia termasuk keupayaan berucap di khalayak ramai!”
PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN !
OBJEKTIF Di akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat: * Menghuraikan tingkahlaku penyampai yang berkeyakinan diri dan berkesan; * Menunjukkan teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan; * Menerangkan tingkahlaku yang perlu dikawal sewaktu berucap di khalayak; * Menerangkan peranan tekanan suara dan penafasan yang baik untuk menambah keberkesanan penyampaian; * Menghuraikan gaya bahasa dan bahasa badan serta gerak geri dalam pengucapan awam; * Menunjukkan cara menggunakan alat pandang dengar sewaktu menyampaikan ucapan.
Pengucapan awam adalah suatu seni yang merangkumi seni lakon, seni tari, seni reka, seni suara dan seni bahasa. Jalinan di antara pelbagai seni ini yang disesuaikan dengan seni tutur akan dapat melahirkan suatu ucapan yang mantap dan hebat !
PASTI BOLEH ! Muka 01
KANDUNGAN… * Perjelas Tujuan & Matlamat * Menyediakan Butiran Penyampaian * Menganalisis Pendengar * Menyediakan Rangka Ucapan
HENDAK SERIBU DAYA ! PERCAYA PASTI JAYA !
* Membina Keyakinan Diri * Teknik-Teknik Penyampaian * Menggunakan Gerak Geri
MALAYSIA BOLEH ! KITA PUN BOLEH !
* Menjaga Pernafasan & Gugup * Mengalun Suara * Merangsang Diri * Meningkatkan Motivasi Pendengar
Adakah anda merasa lesu dan gugup apabila tiba masanya anda berucap ?
* Menggunakan Audio-Visual * Menutup Ucapan * Menghadapi Sessi Soal Jawab * Mengurus Bangkangan * Kaedah Mengingat Butiran * Membuat Ucapan Mendadak
Adakah anda rasa tekak anda kering, degupan jantung anda berlari kencang, nafas anda sesak, tubuh anda mula berpeloh dan ingatan anda tiba-tiba lupus ketika di minta berucap ?
* Mengukuhkan Keyakinan Diri
Gugup yang keterlaluan dan perasaan takut, bimbang dan kurang yakin adalah merupakan penghalang utama kepada pengucapan awam yang berkesan ! Program ini melatih anda bagaimana mengawal perasaan supaya tidak gugup dan yakin terhadap potensi anda berucap dengan baik dan berkesan !
Baik sewaktu anda diminta berucap atau memberi ceramah atau syarahan, atau ketika diminta mengendalikan mesyuarat, atau diminta menjadi juruacara…program ini membantu anda untuk lebih bersedia !
Muka 02
ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 2008 01 APRIL 2008
MASA
AKTIVITI
08.30 pagi
* * * *
10.30 pagi
Minuman Pagi
11.00 pagi
* * * * *
01.00 tgh
Makan Tengahari
02.00 ptg
* * * * * *
03.30 ptg
Minuman Petang
03.45 ptg
* * * * *
05.00 ptg
REHAT
Perasmian Program Objektif Program Suaikenal Pengucapan Awam : Mengapa Gugup ? * 7 Petua Penting Apabila Berucap !
Membuat Persediaan Menganalisis Tujuan Menganalisis Majlis Menganalisis Pendengar Latihamal : Membina Keyakinan
Saat Melangkah Ke Podium Kontak Mata Gaya dan Bahasa Badan Menguasai Gugup Pembuka Kata Latihamal
Kepentingan Gerak Geri Mengalun Suara Pernafasan Merangsang Diri Latihamal
Muka 03
ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 2008
02 APRIL 2008
MASA
AKTIVITI
08.30 pagi
* * * * *
10.30 pagi
Minuman Pagi
11.00 pagi
* * * * *
01.00 ptg
Makan Tengahari
02.00 ptg
* Berucap Secara Spontan * Ingat : Pembuka, Isi & Penutup * Latihamal
03.30 ptg
Minuman Petang
03.45 ptg
* * * * *
05.00 ptg
Penutup & Penyampaian Sijil
Apa Yang Kita Pelajari? Menyediakan Isi Ucapan Mengumpul Maklumat Beberapa Teknik Penyampaian Latihamal
Memperjelas Tujuan Penyampaian Kaedah Meyakinkan Pendengar Kaedah Memotivasi Pendengar Kaedah Mengingat Butiran Isi Latihamal
Menutup Ucapan Menghadapi Sessi Soaljawab Mengurus Bangkangan Menghadapi Saat Genting Ke Arah Kejayaan
Muka 04
FASILITATOR
FASILITATOR UTAMA SULEIMAN HAJI SAAID M.A Antropologi & Sosiologi (Universiti Malaya) 1980 B.A Hons. (Universiti Malaya) 1974
SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan Budi Antara Sdn Bhd. Dan Perunding Kanan Di Regatcorp Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Beliau pernah bertugas sebagai Pengajar di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Beliau pernah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan. Beliau adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Kemahiran Jurulatih Professional dari IATA (Geneva). Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan luas pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan jurulatih, motivasi, kaunseling, keusahawanan dan pengurusan organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan, beliau pernah juga dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.
Muka 05
TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur 01 – 02 APRIL 2008
bengkel
KENAPA KENA MAHIR BERUCAP ? PENGUCAPAN awam atau berucap di khalayak ramai adalah merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai yang menganggap kebolehan ini sebagai semulajadi. Tanggapan begini tidak boleh kita terima. Ramai pemimpin agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal dari ahli keluarga yang pandai berucap atau semulajadinya mahir bercakap dan berucap. Kemahiran berucap dan membuat penyampaian yang baik dan berkesan boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan serta bimbingan. Secara keseluruhannya, setiap insan yang normal berupaya dan berpotensi untuk menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya diberi peluang untuk mengenali kemahiran tersebut secara lebih sistematik. Semasa menyampaikan sesuatu ucapan, seseorang penyampai adalah dalam keadaan bersemuka dengan pendengar. Segala gerak laku dan penampilan diri serta persembahan seseorang penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar atau audiennya. Dalam konteks ini walaupun seseorang penyampai lebih banyak memberi maklumat dari menerimanya tetapi rangsangan komunikasi yang diterima amatlah penting dan boleh mempengaruhi persembahan sesuatu ucapan itu. Ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas sama ada dalam bentuk fizikal mahupun psikologikal. Adakah Anda Bersedia Untuk Berucap ?
Muka 06
bengkel
Mengapa kita perlu menimba pengetahuan serta ke mahiran dalam membuat pegucapan awam? Menjelaskan sesuatu isu : Sebagai penjawat awam, sesuatu isu yang besar dan perlu diberitahu kepada sekumpulan kakitangan memerlukan pengucapan awam. Melalui pengucapan awam, sesuatu isu yang timbul dapat dijelaskan secara dua hala. Kita dapat menerangkan secara terus kepada para kakitangan dan boleh menjawab semua soalan secara terus tanpa memerlukan media yang lain. Melancarkan kempen : Sesuatu kempen akan dapat dilancarkan melalui pengucapan awam di mana seorang penyampai boleh melakukannya melalui pemujukan, motivasi dan rayuan mengikut tindak balas daripada para pendengar. Kempen yang berkesan adalah banyak bergantung kepada kemahiran kita menyampaikan hujah-hujah yang dapat mempengaruhi audien. Membina kredibiliti : Berucap dengan penuh yakin akan dapat membentuk kredibiliti seseorang itu dan organisasi yang diwakilinya. Membetulkan salah faham : Sesuatu ucapan juga boleh membetulkan salah faham kakitangan terhadap sesuatu isu. Para kakitangan akan hanya berpuas hati terhadap sesuatu salah faham apabila mereka dapat mendengar penjelasan terus dari sumbernya.
Sebenarnya kemahiran berucap termasuk jikalau anda diminta jadi Juruacara Majilis atau disuruh mengetuai majlis meminang !
Muka 07
bengkel
Memotivasi orang lain : Berucap dengan nada yang berapi-api akan dapat memotivasikan mereka yang mendengarnya. Apabila seseorang penyampai dapat memberikan keyakinan kepada pendengar, ia akan memberikan kesan yang mendalam. Mewujudkan publisiti : Dengan berucap di tempat awam akan memudahkan para pendengar mengenali diri kita sebenar -nya. Ini disebabkan kesan komunikasi bersemuka adalah lebih jelas berbanding dengan menggunakan media lain. Mempertingkatkan imej diri : Berucap di khalayak bukan sahaja dapat memperkenalkan kita kepada audien malah ia dapat mempertingkatkan lagi imej diri kepada mereka yang pernah mendengar nama kita tetapi belum dapat bersua muka.
Sila nyatakan lain-lain sebab mengapa anda perlu menimba ilmu serta kemahiran pengucapan awam?
Muka 08
bengkel
GUGUP? Agak lazim bagi kita yang diminta bercakap di khalayak mengalami gugup dan debaran terutama di saat-saat awal kita membuat penyampaian. Tak kira samada anda seorang yang sudah banyak pengalaman atau sebaliknya, debaran serta rasa gemuruh itu sesuatu yang lumrah apabila membuat penyampaian. Sebenarnya apa yang berlaku ialah tekanan rasa atau srtress yang anda alami disebabkan pelbagai faktor, antara lainnya : * * * * * * * *
Ekpektasi pendengar Ekspektasi anda sendiri Tahap persediaan yang anda buat Dialog dalaman yang anda alami Takut gagal Takut tak kesampaian Takut apa orang lain kata Lain-lain…………………….
Dalam kumpulan masing-masing, sila senaraikan faktorfaktor yang berpotensi untuk menyebabkan anda rasa gementar, gugup serta stress sewaktu diminta membuat pengucapan awam :
Muka 09
bengkel
OTOT-OTOT KEJANG LIDAH JADI KERING DEGUPAN JANTUNG MENINGKAT NAFAS JADI SESAK PUNDI KENCING JADI KEMBANG BERPELUH BADAN BERASA PANAS MENGGIGIL DAN RASA GEMENTAR BERCAKAP DALAM KEADAAN TERKETAR-KETAR FIKIRAN TERGANGGU PERSEPSI TERGUGAT !
Beberapa perkara yang boleh kita amalkan jikalau kita menghadapi stress, terutama sewaktu memulakan penyampaian: 1. KENDURKAN OTOT YANG KEJANG Cuba perhatikan otot yang kejang dan cuba relaks dan kendurkan kekejangan itu
Muka 10
bengkel
2. JANGAN HIRAUKAN MIMIK WAJAH PARA PEDENGAR (PENONTON) Wajah para penonton atau pendengar memang berpotensi mengganggu persepsi anda…jangan peduli atau terganggu dengannya ! 3. KAWAL PERNAFASAN Nafas kita jadi sesak sewaktu stress. Oleh yang demikian, kita boleh mengawal pernafasan supaya jadi normal dengan menyedut nafas panjang dan menahannya seketika sebelum menghembusnya keluar seperti biasa.
4. TUNJUKKAN MINAT & TUMPUAN Fokas kita tetap pada si pendengar dan kita tak terganggu dengan persekitaran. Pendengar akan rasa marah jikalau kita kelihatan seolah-olah mengambil ringan atau tak menghiraukan kehadiran atau keujudan mereka di depan kita. 5. KAWAL PERSEPSI DIRI ANDA Segala gealagat serta gerak laku para pendengar akan menimbulkan persepsi atau tanggapan tertentu dalam diri kita terhadap mereka dan terhadap situasi yang sedang kita lalui. Persepsi kita bergantung kepada pengalaman lampau yang berpotensi mencorakkan fikiran serta perasaan kita. Jikalau kita nampak seseorang itu mengeleng-ngeleng kepala, ia memberi pertanda seolah-olah dia tak bersetuju dengan cakap-cakap kita. Oleh yang demikian, kita berpandang serung terhadapnya. Kita perlu bersikap terbuka !
Muka 11
bengkel
pengucapan awam
BERFIKIRAN DAN BERPERASAAN POSITIF
BUAT PERSEDIAAN DENGAN RAPI
JAGA KETERAMPILAN
BERUCAP DENGAN PENOH BERTENAGA GUNA SUARA & NAFAS
GUNA GERAK GERI
JAWAB SOALAN DENGAN TENANG DAN JELAS
Muka 12
bengkel
DIALOG DALAMAN DIRI YANG POSITIF PERSEDIAAN FAKTA & DATA MENINGKATKAN MINAT PADA TAJUK UCAPAN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA YAK PERLU MALU DAN BIMBANG DINILAI OLEH ORANG LAIN BERDOA PADA TUHAN AGAR SIMPULAN LIDAH TERBUKA SENYUM & FIKIR HEBAT !
Dailog dalaman diri kita (inner dialogue) adalah penting dalam mencorakkan perlakuan kita…ia merupakan kata-kata dalaman diri kita sendiri yang berupaya mempengaruhi fikiran separa sedar hingga menjadi sebahagian dari sistem kepercayaan kita dan mencorakkan gerak laku kita !
Muka 13
bengkel
BERUCAPLAH DENGAN PENOH YAKIN ! REBUT PELUANG apabila diminta beri ucapan. Lebih banyak pengalaman beucap, ia pasti menambah keyakinan diri kita untuk berucap di khalayak. TERIMA PELUANG BERUCAP hanya atas tajuk yang anda tahu dan anda mempunyai tempoh masa yang cukup untuk membuat persediaaan! BUAT PERSEDIAAN sebelum berucap. Jangan cuba membuat persediaan hanya di tempat beri ucapan. Jangan terlalu banyak fikir atau membuat persediaan hanya sewaktu sampai di tempat beri ucapan. Bercakaplah secara ringkas dan pasti ramai yang tertarik jika tidak berlebihlebihan. SAMPAI di tempat anda berucap lebih awal. Buat semakan tentang tempat berucap, alat pandang dengar dan segala kelengkapan yang ada secara bersahaja. TEGOR sapa semua orang yang anda ketemu dan sentiasa tersenyum, dan cuba berkenalan dengan muka-muka baru dan jikalau ketawa, janganlah pula terlampau kuat hingga orang lain tertanyatanya tentang diri anda. Biar kita kelihatan riang. RELAKS apabila anda berdiri atau duduk sewaktu menunggu saat anda akan berucap. Tarik nafas dalam-dalam, cuba riangkan hati anda dan muatkan mental anda dengan nada lagu yang menarik sambil meman-dang para hadirin serta sekitar dewan. Dongakkan kepala anda tanda yakin diri.
Muka 14
bengkel
BANGUN perlahan-lahan sewaktu sampai saatnya anda berucap dan jikalau terpaksa berucap di podium, bangun dan melangkah perlahan- lahan serta teratur dan senyum. Apabila berdiri di podium, pandang keliling, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan ucapan. MULAKAN ucapan dengan memberi hormat kepada para tetamu khususnya def-def jemputan dan teruskan ucapan !
CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI BERFIKIRAN POSITIF iaitu menerima hakikat bahawa tuan/puan mempunyai kelebihan, kebolehan dan keistimewaan sehingga tuan/puan diberi penghormatan menyampaikan ucapan UCAPAN KENDIRI DALAMAN YANG POSITIF iaitu melahirkan bisikan-bisikan dalaman yang positif dan berhujah ke arah mempamerkan kebaikan diri MENYEDIAKAN DIRI DENGAN DATA DAN FAKTA sebanyak mungkin terhadap tajuk yang akan disampaikan TINGKATKAN MINAT diri terhadap tajuk yang hendak disampaikan
Hello Geng…Relak lah !
Muka 15
bengkel
CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI RELAKS dengan melonggarkan otot-otot badan yang terasa kejang melalui pergerakan-pergerakan tertentu dan fikirkan bahawa tiada sesuatu yang dahsyat akan menimpa diri anda jikalau membuat kesilapan ! BERNAFAS dengan menarik nafas panjang, untuk membekalkan oksijen yang secukupnya dalam paru-paru dan bekalan bagi darah anda !
Tak’kanlah runtuh satu dunia atau jadi kiamat jikalau anda buat kesilapan ! Relaks...Be natural !
Muka 16
bengkel
10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN KEGUGUPAN ANDA ! 01. TAHU TENTANG TEMPAT Anda tau di mana sebenarnya di mana anda akan berucap…bukan hanya alamat tempat, tetapi juga tau samada anda akan bercakap dalam dewan, bilik latihan atau bili mesyuarat. Jikalau berkesempatan, lebih elok ke tempat di mana anda akan membuat penyampaian terlebih dahulu. Teliti di mana anda akan berdiri, bagaimana letaknya meja dan tempat duduk, di mana pula pendengar akan duduk, di mana kerusi untuk pengerusi majlis dan sebagainya. Ia juga memberi kesempatan untuk anda menguji sistem audio-visual yang disediakan untuk kegunaan anda ! 02. TAHU TENTANG PARA PENDENGAR ANDA Sebaik-baiknya, anda kaji latarbelakang para pendengar. Bertegor sapa dengan mereka sewaktu mereka sampai ke dalam bilik atau dewan. 03. TAHU TENTANG APA YANG ANDA INGIN SAMPAIKAN Ini amat penting sebab jikalau anda tak berapa tahu tentang apa yang anda ingin cakap, ia akan hanya menimbulkan kegusaran dan gugup ! 04. RELAKS Anda boleh meredakan stress dengan menggeliat, bersenam ringan atau relakkan otot-otot ! Begitu juga dengan pernafasan, tarik nafas panjang dan untuk otot muka tak jadi tegang…buka mulut luas dan tutup supaya otot di bahagian dagu dan mulut jadi relaks !
Muka 17
bengkel
10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN KEGUGUPAN ANDA ! 05. BAYANGKAN ANDA SEDANG BERUCAP ! Anda boleh bayangkan dulu (sebelum waktu berucap) bahawa anda sedang bangkit dari kerusi dan berjalan ke rostrum untuk berucap atau membuat penyampaian. Teknik “desensitization” (mengurangkan rasa) begini benar-benar membantu meredakan kegugupan rasa serta stress ! 06. PENDENGAR HARAP ANDA BERJAYA Semua orang ingin anda berjaya – berjaya menyampaikan mesej dengan baik, menarik, mengkagumkan…menghiburkan, berjaya dan bukan gagal ! 07. JANGAN MEINTA MAAF KERANA GUGUP Dalam kebanyakan masa, para pendengar tak tahu bahawa anda mengalami gugup dan rasa gementar. Jikalau anda meminta maaf atas kegugupan anda dan nyatakan bahawa anda sedang gemuruh…ini hanya menarik perhatian para pendengar saja ! 08. TUMPUAN PADA MESEJ DAN BUKAN DIRI Tumpukan perhatian kepada bahan penyampaian anda dan bukan pada apa yang anda sedang alami…gementar ! 09. JADIKAN GUGUP BAHAN TENAGA ! Gunakan tenaga gugup itu menjadi tenaga positif. Tinggikan suara anda dan guna gerak geri untuk menzahirkan tenaga ! 10. TIMBA PENGALAMAN Ingat…pengalaman menambah yakin diri !
Muka 18
bengkel
Tiga Analisis Penting !
I ANALISIS TAJUK * Apa tajuknya ? * Apa butiran penting ? * Apa kepentingan tajuk kepada pendengar ? * Apa yang menariknya mengenai tajuk ini ? * Apa yang boleh menarik minat pendengar ? * Gaya penyampaian yang sesuai untuk tajuk ini ? * Apa tujuan anda ? * Apa objektif anda bagi tajuk ini ? * Apakah yang pernah dinyatakan oleh orang lain mengenai tajuk ini ?
Hello kawan-kawan, guna peta minda untuk membuat pecahan elemen yang berkait dengan tajuk anda…’kan mudah !
Muka 19
bengkel
Tiga Analisis Penting !
2 ANALISIS MAJLIS * TUJUAN MAJLIS -
Menghibur Meraikan Mempengaruhi Memujuk Memotivasi Menerangkan Menghuraikan
Ewah…macam-macam kena fikir !
* ACARA MAJLIS -
Rasmi atau tidak Bila bercakap Apa acara selanjutnya... Susun atur majlis
* TEMPAT MAJLIS - Suasana dalaman serta persekitaran luaran - Kemudahan yang disediakan - Suis letrik - Penjana hawa dingin - Hiasan dan backdrop - Tertutup/terbuka
No sweat brother… bila dah banyak kali buat…tak kisah ini semua !
Muka 20
bengkel
Tiga Analisis Penting !
3 ANALISIS PENDENGAR - Bilangan - Jantina - Umur - Status - Pendidikan - Minat - Kegemaran - Ekspektasi - Budaya
NAK JADI PEMIDATO BERJAYA !
Semua faktor-faktor ini perlu kita teliti sebelum kita membuat penyampaian kerana butiran cakap kita perlu disuaikan dengan latarbelakang pendengar ! Akhirnya gaya penyampaian kita juga perlu kita sesuaikan dengan jenis pendengar – apa yang sesuai bagi orang dewasa mungkin tak sesuai dan berbeza gaya penyampaiannya jikalau kita berdepan dengan para remaja ! INGAT…. Kaji tajuk…majlis dan audien ! Apa yang perlu ialah sikap teliti anda…jangan ambil ringan !
Muka 21
bengkel
Kaji Bilik Tempat Berucap ! Ada beberapa perkara yang anda perlu teliti atau kaji tentang bilik atau dewan di mana anda akan membuat penyampaian : * Alat keselamatan * Kalau letrik padam, apa pelan tindakan anda ? * Di mana letaknya segala suis lampu, air-con serta suis untuk alat pandang dengar ? * Susun atur tempat duduk bagaimana ? * Berapa luas ruang anda dapat bergerak ? * Di mana di tempatkan air minuman untuk anda dan untuk peserta ? * Adakah dibekalkan gula-gula serta kudapan untuk peserta ? * Bagaimana flipcharts dan skrin untuk LCD atau OHP ? * Markers ? * Pastikan di mana pintu keluar masuk, tandas serta telefon terletak ! * Lain-lain :
Muka 22
bengkel
Secara umum kebanyakan ucapan terbahagi kepada tiga bahagian : Pengenalan, Isi dan Penutup.
Tak pandai joke…jangan cuba !
PENGENALAN * Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa ucapan. * Terdapat dua elemen penting di bahagian ini, iaitu: a. Menarik Perhatian b. Kenyataan Ringkas Tujuan Ucapan
A. MENARIK PERHATIAN * Suatu teknik bagi mendapatkan tumpuan perhatian para pendengar terhadap isu yang akan dibicarakan. * Ia boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara di antaranya ialah: -
Secara berlawak Menggunakan statistik Membuat cerita Pengalaman semasa Tajuk akhbar Kata-kata orang yang ternama Ungkapan-ungkapan dan kata-kata hikmah Pantun, sajak Potongan Al-Quran... Al-Hadith Dll
Apa saja.. Asal bahgia !
Muka 23
bengkel
B. KENYATAAN RENGKAS TUJUAN UCAPAN
* Merupakan satu penerangan rengkas terhadap isuisu yang bakal disampaikan sebentar nanti.
CONTOH
“Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Tuan Syed Salim Sameon selaku Pengarah Latihan MAPA, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian… Adalah memeranjatkan apabila kita dapati bahawa dari sejumlah 300 buah syarikat bumiputra yang dikaji oleh pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad baru-baru ini, hampir 80% darinya gagal mencapai prestasi yang memuaskan. Sebenarnya ada beberapa punca yang menimbulkan keadaan ini tetapi setelah diselidiki, punca utamanya didapati adalah disebabkan oleh kurangnya dayausaha promosi dan pemasaran yang agresif yang perlu dibuat oleh syarikat-syarikat ini. Tuan-tuan dan Puan-puan, Bengkel yang diadakan pada hari ini bertujuan membincangkan bagaimana kita semua dapat meningkatkan usaha-usaha promosi bagi syarikat kita masing-masing suapaya kita berupaya mencapai prestasi yang lebih tinggi dalam membangunkan syarikat kita …”
Muka 24
bengkel
BADAN UCAPAN ATAU ISI a. Merupakan intipati sesuatu ucapan. Ia merangkumi 75% daripada jumlah keseluruhan masa ucapan. b. Di sini berbagai-bagai teknik boleh digunakan dalam menyampaikan isi yang telah dinyatakan di peringkat pengenalan di atas. c. Di antara teknik-teknik tersebut adalah:
TEKNIK MEMBERITAHU Teknik ini merupakan satu teknik secara terus iaitu menggunakan point utama dan diikuti oleh sub-sub point. Sila lihat contoh di bawah : Point Utama : Usahawan Tak Buat Promosi * Sub-Point : Gagal Mendapatkan Pasaran * Sub-Point : Tak Ramai Tau Tentang Produk Point Kedua : Usahawan Tak Mahir & Tak Cekap * Sub-Point : Pengetahuan rendah dalam bidang niaga * Sub-point : Tak gemar melalui latihan Point Ketiga: Usahawan Bermasalah Peribadi * Sub-point : Gangguan keluarga * Sub-point : Suka menunjuk-nunjuk
Muka 25
bengkel
LATIHAMAL Tajuk :
Point Utama : * Sub-point : * Sub-point : Point Kedua : * Sub-point : * Sub-point : Point Ketiga : * Sub-point : * Sub-point :
TEKNIK SEMALAM, HARI INI DAN ESOK Merupakan suatu teknik menurut urutan masa atau kronologi. Teknik ini menekankan satu urutan peristiwa yang berdasarkan fakta dan masa. Pada keseluruhannya isi-isi dimuatkan dalam satu garisan dan dipisahkan berlandaskan peristiwa yang telahpun berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan berlaku.
SEMALAM
HARI INI
ESOK
Muka 26
bengkel
CONTOH Semalam (Telah Berlaku)
Hari Ini (Sedang Berlaku)
* Keadaan ekonomi tidak seimbang * Keadaan sosial tidak seimbang * Timbul rasa tidak puas hati * 13 Mei 1969
* Kestabilan ekonomi * Agihan samarata * Keseimbangan segi sosial * Kestabilan politik * Aman Esok (Akan Berlaku)
contoh ‘aje !
* * * * * *
Masyarakat dinamika Masyarakat progresif Masyarakat yang aman Berdaya saing Berdaya tahan Kemantapan ekonomi, sosial dan politik
LATIHAMAL Tajuk :
Semalam
Hari Ini
Esok
Muka 27
bengkel
TEKNIK POSITIF DAN NEGATIF Dalam membincangkan teknik ini point-point penting dibahagikan kepada dua, iaitu yang positif dan negatif. Si penyampai mestilah jelas ke arah mana dia mahu mempengaruhi pendengar, positif atau negatif. Sekiranya yang positif, maka hujah mestilah dimulakan dengan yang negatif dan selepas itu diikuti dengan yang positif. Perlu diingat sewaktu menyampaikan hujah bahagian yang ingin dipengaruhi mestilah mempunyai point-point yang lebih banyak daripada bahagian yang satu lagi. Di akhir hujah mestilah ada unsur menyeru, mengajak,merayu pendengar untuk mengikuti bahagian yang kita beri tumpuan sebentar tadi.
Jangan lupa menggunakan peta minda untuk membantu anda berfikir serta mencetuskan ilham dan idea ! Dalam kes teknik di atas, mungkin anda boleh gunakan Ishikawa Diagram ! bu an
pe na
ko s
gm
t
as a
n
ga un t un t ke rlipa be
an gg ah n b la pe rtam be
Promosi
if kt a ro
p
Muka 28
bengkel
CONTOH Tujuan ucapan mengajak pendengar supaya merancang dan melaksanakan usaha-usaha promosi dalam memasarkan produk atau khidmat mereka. Penekanan yang kita berikan ialah kepada bahagian positif : “Merancang dan melaksanakan suatu siri promosi untuk meningkatkan jualan memanglah memakan masa dan belanja yang bukan sedikit! (negatif) Lebih-lebih lagi dalam usaha kita menjimat kos, kita perlu meneliti dulu apakah sesuatu usaha promosi itu menguntungkan atau sebaliknya. (negatif) Tetapi, sesuatu promosi itu adalah suatu pelaboran yang mungkin mendatangkan keuntungan berlipat ganda…pelanggan
kita
bertambah…orang
ramai
lebih kenal produk kita…dan barangan kita jadi lebih menonjol dalam pasaran dan ini tentu adalah sesuatu yang baik…” (positif)
SENANG AJE TU !
Tak paham ..Tanya !
Muka 29
bengkel
TEKNIK EMOSI Merupakan teknik yang paling berkesan dan boleh memberi impak kepada pendengar. Ia merupakan satu teknik yang sukar dilaksanakan. Ianya banyak bergantung kepada keupayaan dan kebolehan si penyampai menimbulkan perasaan bersalah, marah, geram, benci dan sedih pendengar akibat daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh si penyampai. Perlu diingat bahawa butiran-butiran yang hendak disampai adalah sama tetapi teknik ini lebih menekankan kepada unsur perasaan. Gaya bahasa, gaya badan, tekanan suara dan halaju suara memainkan peranan dalam menghidupkan penyampaian melalui teknik emosi ini.
CONTOH Tujuan ucapan adalah untuk mempengarohi pendengar dengan membangkitkan rasa benci mereka terhadap tentera Serbia yang mengganas di Kosovo. “Bayangkan di suatu perkampungan, para wartawan telah menjumpai mayat-mayat bergelimpangan, para wanita yang dicungkil biji matanya dan ada yang dipenggal lehernya hinnga putus, ada pula yang diikat dan dicucuk telinganya dengan besi tajam…bayangkan, kanak-kanak yang hanya berusia kira-kira 5 tahun, tangannya terputus, otaknya bersepai…dan di tangannya masih memegang sekeping roti..!” “Main emosi saudara hingga terpengaroh dengan ucapan saya...betul atau tidak…itu isu ke 40 ! Yang penting… saudara percaya !”
Muka 30
bengkel
A. BERHADAPAN DENGAN PENDENGAR * YAKIN DIRI : -
Langkah teratur... tidak gopoh Tumpuan mata... berpandangan Air muka... tenang, senyum Gerak badan... relax, bersahaja Sedut nafas panjang sebelum memberi salam pengenalan
* SALAM PENGENALAN - Mengikut tertib…protokol - Nada suara dan sebutan yang jelas - Nada mendatar tetapi beransur tinggi
Adab perlu kita jaga apabila berdepan dengan khalayak. Jangan ambil ringan…jangan sampai orang berpaling muka disebabkan kita “biadab” sebab : * Tak mengutamakan yang tua * Lupa pada yang senior ! * Lupa angguk kepala tanda hormat * Tak memandang…sewaktu bercakap * Berwajah serious…lupa susah senyum ! * Sana kepit…sini kepit !
Muka 31
bengkel
* JANGAN MEMBACA DAN JANGAN MENGHAFAL ! * Fahamkan point... bercakap * Bebaskan diri... agar fikiran lebih kreatif * Lahir dari hati bukan fikiran JAGA SUARA * Tekan suara beralun - Tekanan tinggi - Tekanan sederhana - Tekanan rendah * Kelajuan suara yang pelbagai - Cepat - Mendatar - Perlahan
Tempo jaga…rentak jaga…tango biar kena !
* Punca suara - Dari perut - Kerongkong - Hujung lidah * Berhenti seketika - Jaga nafas - Guna pernafasan diaphragmic - Guna nafas untuk membantu nada suara !
Kalau tak ada kerja…makan tebu hutan cecah kicap cili padi…pasti lendir di kerongkong terhakis…!
Muka 32
bengkel
* Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa ucapan * Terdapat dua elemen terpenting di bahagian ini iaitu: a. Mengulang isi-isi penting yang telah disampaikan b. Membuat satu kenyataan ringkas yang boleh diingat oleh pendengar
A. MENGULANG ISI-ISI PENTING Setelah tamat menghujjah di bahagian isi atau badan sesuatu ucapan, sebelum berundur si penyampai hendaklah mengulang semula apa yang telah disampaikan secara ringkas.
CONTOH “Sepertimana yang saya sebutkan tadi…ada 10 unsur penting yang akan berubah dalam hidup menjelang abad ke 21 dan 3 paling utama termasuklah kualiti hidup, masa yang bergerak pantas dan permintaan pelanggan yang berubah… Tuan-tuan dan puan-puan, saya harap kita sama-sama berubah menurut keadaan dan peredaran masa. Sekian, wabillahitaufik walhidaayah…wassalaamu alaiku warahmatullahi wabaarakatuh”
Muka 33
bengkel
B. MEMBUAT SATU KENYATAAN RINGKAS
Buatkan suatu kenyataan atau kata-kata yang membolehkan pendengar ingati dan memberi makna serta kesan yang mendalam pada dirinya. Kata-kata ini mestilah berkaitan dengan tajuk penyampaian dan point-point yang disampaikan. Sebaik-baiknya kenyataan anda berupaya mencetuskan fikiran bagi setiap pendengar dan merupakan suatu pendorong dalam dirinya, memaksa dirinya menganalisa, memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang telah disampaikan.
CONTOH
“Sekali lagi saya nyatakan, kita perlu mengamalkan sikap mesra di kalangan kita sendiri bagi mengukuhkan rasa setiakawan kita dan amalannya cukup mudah…setiap kali kita bertemu,jangan tunggu orang lain memulakan…kita mulakan dulu, mata berpandangan, ukir senyuman dan ucapkan salam..itu saja..mudah…tapi ingat, tak ada guna kita percaya sesuatu tanpa kita amalkan secara praktikal…seperti pantun Melayu berbunyi : tiada gunanya bungkusan jika tidak berisi tiada gunanya ucapan jika tidak diamali” Sekian..terima kasih !
Sorry geng…suruh pantun saya tak reti…suruh nyanyi saya okay !
Muka 34
bengkel
C. BIAR ADA IMPAK !
Menutup dengan cara yang menarik akan memberi kesan kepada para pendengar. Gunakan kaedah yang mudah tetapi kita sendiri selesa : * * * *
Kata-kata hikmah yang memberangsangkan Susunan kata bistari yang menarik Soal pendengar apa yang mereka pelajari Buat rumusan ringkas butiran yang anda sampaikan * Gunakan siri persoalan berhubung dengan apa yang anda sampaikan * Buat sebuah cerita yang menarik…yang merangsang, yang menggelikan hati, yang memberi pengajaran, yang hebat !
BERUCAP JANGAN PANJANG SANGAT ! TUTUP PUN SAMA !
Pernahkah anda melihat seorang pengucap yang bercakap berleret-leret hingga jelas…ramai yang bosan…menutup ucapan semacam tak jumpa nokhtah akhir ?
Muka 35
bengkel
TIPS PENTING TIP 1 BAGAIMANA PAKAIAN & KETERAMPILAN ANDA ? Ia sewajarnya selesa untuk anda dan selesa dipandang oleh orang ramai serta sesuai untuk majlis. Jangan segan untuk bertanya pihak penaja bagaimana orang lain akan berpakaian iaitu berpakaian formal atau tak formal. Jangan menghias diri secara berlebihan hingga menjadi bualan orang lain. TIP 2 BAGAIMANA GAYA ANDA ? Relaks, dan bergerak atau berdiri dengan segak tetapi tak kelihatan agak kaku serta bergayut pada podium. TIP 3 BAGAIMANA GERAK GERI ANDA ? Tangan bergerak bebas tetapi tak berlebihan menghayun ke sana sini. Apabila memulakan ucapan, letakkan tangan di hadapan (kira-kira aras pusat) untuk elak gugup dan gementar. Apabila anda sudah mula bercakap, gunakan gerak geri tangan untuk menambah keberkesanan ucapan.
Lihat Sukarno, Mahathir, Anwar, Hitler...Nehru, dan lain-lain…stail mereka “meletup !”
Muka 36
bengkel
TIP 4 BAGAIMANA PANDANGAN MATA ANDA ?
Pandang mata para hadirin. Pandang pada mata semua orang bagaikan seorang demi seorang hingga seluruh penuntun merasakan seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka. TIP 5 BAGAIMANA PULA SUARA ANDA ? Anda perlu mengalunkan suara tinggi rendah beserta intonasi yang naik turun menurut mood dan gaya kata-kata ucapan anda. Kuatkan suara anda jika ingin menekankan sesuatu perkara dan kadangkala bagaikan berbisik untuk menarik perhatian pendengar. TIP 6 BAGAIMANA KATA-KATA UCAPAN ANDA ? Gunakan kata-kata mudah dan yang paling selesa pada anda serta mudah difaham oleh pendengar. Tak perlu anda gunakan bahasa baku dan bahasa buku hingga menjadi bahan gurauan para pendengar. Susunan ayat serta selitan perkataan yang sedikit menarik akan menimbulkan kesan bagi ucapan anda. TIP 7 PALING MUSTAHAK …BAGAIMANA SENYUMAN ANDA HARI INI ? Senyum sinis, senyum bimbang, senyum mesra, senyum kasih, senyum marah, senyum nakal, senyum kecewa, senyum sedih, senyum gawat, senyum manis, senyum simpul...Yang mana satukah yang anda beri sewaktu berucap?
Muka 37
INGAT ! Sebelum kita berucap seharusnya kita menyemak senarai berikut. SENARAI SEMAKAN
PERKARA
PERSEDIAAN
a. Analisa Tajuk b. Analisa Majlis c. Analisa Penonton d. Analisa Tempat e. Bahan * APD * Data-data * Fakta * Masa f. Teknik Penyampaian
Langkah terakhir sebelum berucap adalah latihan... latihan... dan latihan!
Muka 38
bengkel
INGAT ! LATIH & TERUS LATIH Latihan merupakan satu langkah terpenting untuk pengucapan awam yang berkesan. Para pengucap yang terkenal seperti Dale Carnagie sebagainya, berlatih (rehearse) sebelum memberi ucapan yang sebenar. Setiap kali mereka berucap samada rasmi atau tidak rasmi juga adalah latihan melalui pengalaman. Bagaimana dengan diri anda ? Di antara latihan yang disyorkan adalah: a. Berbicara depan cermin b. Merakamkan suara... dengar c. Video... lihat d. Berucap di hadapan rakan-rakan dan minta maklumbalas e. Mempelbagaikan corak interaksi sewaktu berbincang, mesyuarat dan perbualan f. Menghayal... berucap dalam diri, dengan rentak tekan suara dan gerak badan. Kesemuanya ini dilakukan secara "senyap"
Muka 39
bengkel
MENGHADAPI PENDENGAR YANG KRITIKAL 01. DENGAR SOALAN DAN ULANGTAYANG Beri tumpuan pada soalan dan si pendengar dan kemudian, ulang semula soalan untuk pendengaran orang lain. 02. JAWAB TERUS Pandang terus pada orang yang bertanya dan jawab soalannya secara mudah difahami. Jikalau ia memerlukan jawapan yang panjang, buat tawaran supaya anda menjawab sepenohnya sewaktu rehat kelak. Guna stail jawapan 1…2…3 03. RUJUK PADA UCAPAN ANDA Bila menjawab soalan, rujuk semula tentang apa yang anda telah ucapkan. Misal, “Seperti yang telah saya sebutkan tadi…” 04. TUNJUK KEMESRAAN Tunjuk kelembutan pada wajah, senyum dan kawal suara supaya pendengar tak melihat rasa sebenar yang anda sedang alami…marah atau meluat mendengar soalan ! 05. NYATAKAN APA YANG BENAR ! Nyatakan apa yang sebenar jikapun anda telah membuat kesilapan…nyatakan anda silap ! Jikalau anda tak tahu…nyatakan anda tak tahu !
Muka 40
bengkel
MENGHADAPI PENDENGAR YANG KRITIKAL 06. CUBA JANGKA SOALAN Cuba jangkakan apakah soalan atau pertanyaan yang akan dikemukankan oleh para pendengar…ia memudahkan anda menjawab apabila tiba pada masanya. 07. JANGAN CEKAK PINGGANG Apabila menjawab, elakkan gara-gara cekak pinggang atau menuding jari…ia seolah-olah kita memarahi dia yang bertanya ! 08. BIAR MUDAH DAN RINGKAS Segala jawapan sewajarnya anda ucap dengan ringkas, padat dan tepat ! Tak perlu berleretleret !
SENANG ‘AJE !
Muka 41
BAGAIMANA SKOR ANDA? SKOR PERKARA
Tidak Memuaskan
Memuaskan
Sangat Memuaskan
a. Pengenalan * Tarikan * Ringkas b. Gaya Bahasa * Mudah * Menarik * Ketepatan c. Gerak Geri * Menarik * Kesungguhan * Meyakinkan d. Tekanan Suara * Kelajuan * Tinggi Rendah * Menarik e. Perawakan * Pakaian * Hiasan * Gelagat f. Tumpuan Mata * Menyeluruh * Berpandangan g. Isi * Kepadatan * Kesinambungan * Teratur * Kejelasan h. Penutup * Menarik * Ringkas Muka 42