Komunikasi Dan Perundingan

  • Uploaded by: Aiman Arif
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi Dan Perundingan as PDF for free.

More details

  • Words: 5,363
  • Pages: 45
“Program 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi anda dalam berkomunikasi dan berunding secara berkesan dan profesional…ke arah pembinaan budaya kerja cemerlang !”

“Program yang interaktif dan dipenohi latihamal bagi meningkatkan kompetensi kakitangan dalam berkomunikasi secara berkesan termasuk kemahiran berunding secara profesional”

PENGENALAN Kehidupan dalam sesebuah organisasi adalah bagaikan aur dengan tebing dan perhubungan antara individu perlu berasaskan semangat : * * * * *

Saling Mempercayai Saling Menghormati Amalan Mesra Saling Berimbang Rasa Bertolak Ansur

Semua ini tidak akan tercapai jikalau hubungan serta interaksi antara individu tidak berkesan. Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu kumpulan itu menghubungkan diri dengan berkesan serta beramah mesra dengan individu lain untuk menimbulkan semangat saling mempercayai sehingga terjalin hubungan yang bukan hanya mesra tetapi juga saling hormat menghormati. Di samping itu, dalam melaksanakan tugas serta urusan harian, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain. Jikalau kita berinteraksi dan dapat menghubungkan diri dengan orang lain secara berkesan maka segala tugasan harian dapat dijalankan dengan bantuan orang lain secara mudah dan tidak bermasalah. Kemahiran komunikasi juga merangkumi kemahiran perundingan, bukan hanya applikasinya dalam konteks rundingan antara individu tetapi juga berunding secara berkumpulan. PROGRAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN BERKESAN ini bertujuan meningkatkan keberkesanan kita berkomunikasi bagi kepentingan diri dan juga organisasi :

MUKA

OBJEKTIF

Adalah diharapkan supaya di akhir kursus ini para peserta akan dapat : * Menerangkan kepentingan berkomunikasi secara berkesan baik dari sudut hubungan semuka, berkumpulan, melalui telefon ataupun tulisan sewaktu menjalankan tugas harian; * Menghuraikan kosep 4S atau SEAL dalam berkomunikasi untuk meningkatkan keberkesanannya dalam interaski dengan orang lain * Menunjukkan “strategy” dalam membina “first impression” * Menunjukkan kaedah menambah “energy” (tenaga) dalam berinteraksi dengan orang lain * Menerangkan tentang beberapa typologi manusia dan gara-gara mereka berkomunikasi * Menerangkan kepentingan mengamalkan “attitude” atau sikap yang betul sewaktu berinteraksi * Menunjukkan kaedah menambah “lustre” atau seri pada komunikasi mereka * Menunjukkan kaedah mendengar secara aktif * Menujukkan kaedah “membaca” gerak geri dan gerak badan orang lain sewaktu berinteraksi

MUKA

* Menghuraikan bahagian perawakan diri serta keterampilan yang perlu dijaga sewaktu bertugas dan melayani orang lain; * Menyenaraikan serta menerangkan tentang nilainilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa sebagai amalan harian; * Menghuraikan dengan jelas, tatacara berinteraksi dengan orang lain terutamanya sewaktu bertemu dan memulakan interaksi, semasa dan sewaktu menamatkan interaksi tersebut; * Menghurai dan menunjukkan tatacara : * * * * * * * * * *

Mendengar Secara Aktif Menyoal Dorongan Minima Diam Diri Paraphrasa Mengimbas Perasaan Mencermin Empathi Konfrantasi Menjelajah

* Menghuraikan kepentingan sikap “menangmenang” dalam beruding dengan orang lain.

MUKA

18 MEI 2009

MASA

AKTIVITI

0830 pagi

PENGENALAN * Objektif Program * Aturcara Program * Suaimesra * Jenis & Bentuk Komunikasi * Kepentingan Keberkesanan Komunikasi Antara Individu

1030 pagi

Minuman Pagi

1045 pagi

MEMBINA KEPERCAYAAN * Potret Ku : Perbezaan Manusia * Konsep Johari Window * Mengamalkan Sikap Terbuka * Menerima Keunikan Manusia * Perbezaan Nilai Diri (Lelong Nilai) * Latihamal

1245 tgh

Makan Tengahari

1415 ptg

GANGGUAN PERSEPSI * Peranan Persepsi Dalam Komunikasi * Siapa Bunuh Arian Jomo ? * Apa Guna “Anu” ? * Fikiran Lazim dan Pengaruh “Tenacity”

1530 ptg

Minuman Petang

MUKA

02 JUN 2008

MASA

AKTIVITI

1545 ptg

MEMAHAMI TIPOLOGI MANUSIA * Kalau Ikut Bintang Astrologi * Jenis “Extrovert” & “Introvert” * Gelagat “Superior” dan “Inferior” * Ikut TEASPR (Spranger) * Perbincangan Masalah

1700 ptg

Rehat

1900 ptg

Maghrib & Makan Malam

2030 mlm

ADAT HUBUNGAN * Perang Lilin * Kepentingan Komunikasi * Kepentingan Pergaulan dan Setiakawan * Bersikap Profesional

2230 mlm

Minuman Ringan & Istirehat

19 MEI 2009 0830 pagi

4S DALAM INTERAKSI * Apa Yang Kita pelajari Semalam ? * “Strategi” Dalam Membina Impak Awal Interaksi * Fahami Kehendak-Kehendak Psikologi Manusia * Apabila Bertemu Rakan Sejawat * Apabila Bertemu Orang Luaran * Latihamal

1030 pagi

Minuman Pagi

MUKA

1045 pagi “SEGAR” WAKTU BERKOMUNIKASI * Membina Tenaga atau “Energy” Waktu Berkomunikasi * Nada dan Alunan Suara * Guna Gerak Geri dan Mimik Muka * Latihamal 1245 tgh

Makan Tengahari

1415 ptg

SIKAP KITA PERLU BETUL * Memastikan “Attitude” atau Sikap Kita Terbuka dan Membantu * Dorongan Minima * Paraphrasa * Diam Diri * Guna “SALAM” dan “MESRA” Bila Berinteraksi * Menambah “Lustre” atau Seri Pada Gaya Bercakap * Guna Soalan * Latihamal

1530 ptg

Minuman Petang

1545 ptg

JAGA PENAMPILAN * Bahagian Perawakan Yang Perlu Dijaga * Imej Anda Dari Kacamata Orang Lain * Ujian Imej

1700 ptg

Rehat

MUKA

20 MEI 2009

0830 pagi

PERUNDINGAN BERKESAN * Apa Yang Kita Pelajari Semalam? * Sikap Menang Menang * Kes “Kerana Cinta Pada Mu” * Persepsi & Kemahiran Berbahas * Jangan Gadai Maruah !

1030 pagi

Minuman Ringan

1100 pagi

INTERAKSI MELALUI TELEFON * Telefon & Imej Korporat * Apabila Menyambut Telefon * Apabila Membuat Panggilan * Apabila Memindahkan Panggilan * Apabila Berinteraksi Di Telefon * Perkara Yang Ditegah * Perbincangan Masalah Penutup

1230 ptg

Penyampaian Sijil

MUKA

FASILITATOR UTAMA

SULEIMAN HAJI SAAID KELULUSAN AKADEMIK M. A. (Sosiologi & Anthropologi) Uni. Malaya (1980) B. A. (Hons) Uni. Malaya (1974) PENGALAMAN SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan ACTION TEAM CORPORATION SDN BHD. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. SULEIMAN pernah bertugas sebagai Pengajar di Universiti Malaya, Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Pegawai Perunding Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara. Sebelum menubuhkan ACTION TEAM CORPORATION SDN BHD., beliau telah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan. SULEIMAN adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Jurulatih Professional dari IATA (Geneva). Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan perundingan di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Beliau seorang pakar dalam bidang motivasi dan pengurusan organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan, beliau pernah dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen bagi pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.

MUKA

PENGENALAN Wawasan sesebuah organisasi boleh dicapai dan kejayaan serta kecemerlangan boleh dicipta hanya jikalau para pekerjanya bersatu padu, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik ! Oleh yang demikian, setiap pekerja perlu menyedari hakikat apabila mereka menjadi warga sesebuah syarikat, mereka dibendung oleh wawasan bersama syarikat, identiti bersama dan semangat kekitaan yang bermaksud, hubungan baik antara individu yang ada ! WAWASAN BERSAMA

IDENTITI BERSAMA

SEMANGAT KEKITAAN

Walau bagaimanapun, mencapai kecemerlangan dan untuk menghayati dan mengamalkan semangat kekitaan dan berkomunikasi dengan baik bukanlah perkara mudah sebab keadaan manusia itu sendiri yang dilahirkan berbeza-beza dan memiliki nilai diri yang tak mudah dikorbankan bagi kepentingan kumpulan yang dianggotainya. Lebih-lebih lagi dengan nilai yang berbeza serta sistem kepercayaan diri yang berbeza, menjadikan komunikasi antara individu atau kumpulan itu sukar dan memungkinkan timbulnya konflik dan kontroversi !

MUKA

Apa jua yang menjadi wawasan organisasi, ia hanya boleh dicapai jikalau elemen manusia nya bertindak secara bersepadu dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan !

MUKA

KEBERKESANAN ORGANISASI Sesebuah organisasi terdiri dari para individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka menjadi media penting dalam mengejar wawasan serta objektifobjektif organisasi. Mereka akan berjaya jikalau kehidupan dalam organisasi berasaskan : * Hidup saling bergantungan * Menganggap diri masibng-masing sebagai ahli setia organisasi * Mengamalkan norma-norma tertentu * Mempunyai minat dan matlamat yang sama * Hidup saling pengaruh mempengaruhi * Merasakan hidup berorganisasi itu berfaedah dan saling menguntungkan. Peranan setiap ahli dalam organisasi adalah penting untuk mempastikan supaya matlamat kumpulan dapat dicapai. Setiap ahli mengalami nasib yang sama baik untung atau rugi dan ini bergantung kepada prestasi setiap ahli kumpulan. Justeru itu, hidup dalam organisasi memerlukan kita berkomunikasi antara satu dengan lain dengan cara yang berkesan ! Geram aku..Husin asyik datang lewat aje !

Abis..kau biar aje …tak pernah nak tegor !

MUKA

SUATU PENGORBANAN Mana-mana organisasi jua pun, pasti manusia yang bergiat di dalamnya tak boleh bertindak sendirian. Apa kerja atau tugas sekalipun, perlu dibuat secara berkum-pulan. Walaupun ia suatu perkara yang mudah disebut, tetapi untuk bekerjasama dengan baik memerlukan setiap individu membuat pengorbanan - meletakkan nilai-nilai bersama lebih penting dari nilai diri !!

KITA ADA NILAI DIRI DAN PERSEPSI YANG BERBEZA..!

Manusia dilahirkan berbeza persepsi, nilai diri dan pengamatan, maka komunikasi antra satu sama lain mungkin menimbulkan masalah tetapi oleh kerana kita memerlukan satu sama lain untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab harian, maka kita terpaksa mengenepikan kehendakkehendak diri dan mengikut kehendak-kehendak ramai walaupun berbeza pandangan, pendapat dan persepsi ! Kita perlu akur kepada kehendak dan matlamat kumpulan walaupun ada kalanya, agak sukar kita menurut dan ia bertentangan dengan prinsip serta amalan diri !

MUKA

BERKENALAN UNTUK SALING MEMPERCAYAI Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu kumpulan berkenal-kenal untuk menimbulkan semangat saling mempercayai satu sama lain. Perkenalan bermula dengan kegiatan mendedahkan butiran serta maklumat tentang diri kepada orang lain. Lebih banyak kita dedahkan maklumat tentang diri maka lebih faham orang lain terhadap siapa kita yang sebenarnya. Hal ini boleh difahami dengan menggunakan konsep Joseph Luft dan Harry Ingham yang bercakap tentang “tingkap diri” dan lebih dikenali sebagai Johari Window: Saya Tahu

Saya Tak Tahu

Mereka Tahu

PUBLIC

BLIND

Mereka Tak Tahu

HIDDEN

UNKNOWN

Dalam sesuatu interaksi, lebih banyak maklumat yang kita dedahkan pada orang lain mengenai diri kita, maka lebih banyak perkara yang orang lain tahu mengenai diri kita. Di sebaliknya, lebih banyak maklumat yang kita peroleh dari orang lain mengenai pandangan mereka terhadap diri kita, maka lebih banyak perkara yang kita ketahui mengenai diri kita walupun ia adalah menurut persepsi orang lain.

MUKA

Semangat saling percayai mempercayai boleh timbul jikalau kita dapat berkenal-kenal lebih sedikit dari yang lazim. Misalnya, kita bukan hanya kenal tentang nama dan rupabentuk seseorang, tetapi juga sikapnya, kehendaknya, prinsip hidupnya, kesukaan dan kegemarannya dan lainlain. Kita percaya kepada mereka yang kita benarbenar kenal dan untuk mengenal diri seseorang, maka kita perlu mengambil initiatif untuk merapatkan diri dengannya serta bertukar tentang maklumat diri ! TAK KENAL MAKA TAK CINTA!

KEPENTINGAN MENGHORMATI MANUSIA LAIN BILA BERKOMUNIKASI ! Setiap manuisa merasakan dirinya penting. Dalam apa situasi juapun, manusia sering mahu mendahului orang lain, atau dalam lain perkataan, ia mahu orang lain mementingkan dirinya sebagai individu yang perlu dihormati dan dikasihi oleh orang lain. Oleh yang demikian, dalam apa saja konteks hubungan sesama manusia, seseorang individu akan rasa dihormati jikalau mata kita berpandangan, kita menganggukkan kepala sedikit tanda hormat, dan lebih menghormati jikalau kita mengucap salam atau selamat dan menyebut namanya jikalau kita tahu.

MUKA

1

3 * Tanya soalan

* Pandang Mata * Angguk * Senyum

* Ucap Salam atau Selamat * Sebut nama

2

TANDA HORMAT SEWAKTU BERINTERAKSI

Kita perlu menghormati padangan orang lain sewaktu kita berinteraksi dengan mereka. Kita perlu menghormati hak mereka untuk menzahirkan pandangan serta pendapat! Gara-gara kita menghormati mereka adalah dengan mendengar dahulu sebelum kita cuba merespon, kita berikan sepenuh tumpuan mata kepada yang sedang bercakap, dan kedudukan diri kita juga perlu menunjukkan bahawa kita menghormati dia! * Tumpuan Mata

* Dengar Secara Aktif

* Berdiri atau Duduk dengan Betul

MUKA

Yang Tua Menghormati Yang Muda Yang Muda Menghormati Yang Tua Hidup Akan Bertambah Mulia Jika Hormat Menghormati Jadi Amalan Bersama !

AMALAN MESRA BUDAYA KITA! Amalan mesra di kalangan para kakitangan sememangnya menjadi amalan kebanyakan organisasi. Dalam konteks perhubungan manusia, amalan mesra adalah penting untuk meningkatkan keselesaan bergaul antara satu sama lain. Tabie ini boleh dicerakinkan seperti berikut : a. APABILA BERTEMU : * Mata Berpandangan * Mengukir Senyuman * Mengucap Selamat Atau Salam b. APABILA BERINTERAKSI : * Tunjuk Mesra * Hormati Kehadirannya * Beri Tumpuan Dan Tunjuk Minat * Dengar Secara Aktif * Amalkan Empathi

PESANAN PENAJA : BUAT…JANGAN TUNGGU !

c. MENYUDAHI INTERAKSI * Senyum * Ucapan Selamat Atau Salam

MUKA

PIMPIN MEMIMPIN! Teras hubungan antara individu dalam kelompok perlu berasaskan semangat pimpin memimpin! Kepimpinan maksudnya “daya mepengaruhi orang lain untuk menurut kehendak kita dalam mencapai matlamat bersama..” Kita sedari hakikat bahawa semua manusia mempunyai wawasan untuk cemerlang dna berjaya dalam hidup. Adalah menjadi peranan kita untuk memimpin diri dan manusia lain dalam mencapai wawasan hidup. Tetapi untuk memainkan peranan kita dengan baik, terutamanya untuk mem-pengaruhi manusia lain, kita boleh gunakan pengaruh atau kuasa.

DUA CARA MEMPENGARUHI DAN BERUNDING ORANG LAIN ! HATI

MAKI

MUKA

MENGGUNAKAN PENGARUH Menggunakan pengaruh sewaktu memimpin dan berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir dari HATI kita. Panduan ringkas menggunakan HATI dalam mempengaruhi orang lain waktu berkomunikasi adalah seperti berikut : HORMAT

H

A

Hormati ahli kumpulan kerana dia merupakan manusia seperti diri kita juga, ada maruah dan kehormatan diri. Oleh itu mulakan interaksi dengan menyebut tentang kelebihan dirinya dan sampaikan mesej bahawa kita menghormati sumbangannya kepada pencapaian kumpulan. AMBIL BERAT Ambil berat hal-hal diri, keluarga dan kerja ahli. Anggap dia sebagai ahli keluarga anda sendiri. Kenalpasti dan fahami masalah serta sungutan dan rungutannya.

T

I

TUNJUK JALAN * Tunjuk kelemahan-kelemahan diri dan kaedah kerja * Cara mengatasi kelemahan diri dan kaedah menangani masalah yang dihadapi * Cara meningkatkan prestasi diri dan sumbangan IKHLAS Anda perlu ikhlas dalam mempengaruhinya untuk kepentingan kumpulan. Tunjukkan anda benar-benar bersemangat untuk membangunkan dirinya.

MUKA

MENGGUNAKAN KUASA Menggunakan kuasa sewaktu memimpin dan berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir dari BENCI kita. Menzahirkan benci dalam percubaan kita mempengaruhi orang lain dalam kumpulan adalah seperti berikut :

MERENDAHKAN DIRI ORANG LAIN

M

Kita tidak menghormati ahli kumpulan kerana kita anggap dia merupakan manusia yang tak penting dan seolah-olah tidak mempunyai maruah dan kehormatan diri. Maka itu mudah sekali kita memaki hamun, atau menganggap remeh segala sumbangannya. AMBIL RINGAN

A

Ambil ringan tentang hal-hal diri, keluarga dan kerja ahli. Seolah-olah kita mengnggap dia sebagai bukan ahli kumpulan. Kita tak berminat untuk mendengar atau fahami segala masalah serta sungutan dan rungutannya. KASAR

K

* Tunjuk kelemahan-kelemahan dan kaedah kerja secara kasar dan keras * Cara menegur untuk ahli meningkatkan prestasi diri dan sumbangan juga tanpa menghirau kefahaman mereka INGKAR

I

Anda ingkari persetujuan bersama untuk samasama membangun dan bukan untuk melepaskan pucuk masing-masing!

MUKA

BERKOMUNIKASI BIAR TEGAS TAPI LEMBUT ! Sebagai ahli warga organisasi, kita perlu tegas terutama dalam percubaan kita berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain. Tetapi ketegasan itu hendaklah dizahirkan secara lembut :

Tentukan Anda Mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan Elakkan Double Standard & Pilih Kasih Gunakan Saluran Kerja Yang Betul dan Sah Akur Kepada Peraturan dan Polisi Kerja Kumpulan Sentiasa Konsisten Dalam Tindakan Anda Sebagai Pemimpin

BUKAN TEGAS DAN KERAS !

MUKA

JANGAN MEMERANGKAP DIRI DENGAN FIKIRAN LAZIM !

MUKA

PSIKOLOGI MANUSIA 1. Manusia Menganggap Dirinya Istimewa dan Penting Manusia mementingkan diri sendiri. Kepentingan diri dan kepentingan ahli yang terapat lebih diutamakan. Contohnya, jikalau anda menatap gambar (yang ada anda sekali) wajah siapakah yang anda cari dahulu? 2. Manusia Dahagakan Belaian (stroking) Belaian boleh psikologi.

berbentuk

fizikal

dan

secara

Belaian Fizikal : * * * * *

Berjabat tangan Menepuk bahu Sentuhan Pemberian cenderahati Hadiah

Belaian Psikologi : * * * * * * *

Jarak yang sesuai Memandang ke muka bila bercakap Memberi pujian jujur Memberi penghargaan Meminati apa yang dicakapkan Memberi pandangan apabila diminta Mendengar dengan empathi

MUKA

3. Manusia Mempunyai Perasaan Semua manusia mempunyai perasaan. Perasaan akan mempengaruhi tingkahlaku serta tabiat manusia.

4. Manusia Akan Mempertahankan Maruahnya Sebagai contoh, seseorang yang telah di jatuhkan airmuka atau maruahnya, akan tetap cuba menegakkan pandangannya walaupun dia tahu pandangannya salah.

5. Manusia Mempunyai Sikap Pendendam Manusia tidak mudah lupa kepada dua perkara : Peristiwa yang menghiris perasa-an dan peristiwa indah.

6. Sikap & Tabiat Manusia Memakan Masa Untuk Dipupuk Jangan mengaharap dapat mengubahnya dengan sekelip mata. Berilah masa dan peluang untuk manusia mengubah sikap dan tabiat.

7. Tidak Semua Manusia Itu Sama Setiap seseorang itu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Alangkah baiknya jika kita dapat mengenali kekuatan yang ada pada seseorang itu dan memahami apakah yang boleh diubah dari kelemahannya

MUKA

SEPULUH PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN MANUSIA

01. Bertegur Sapa 02. Memberi Senyuman 03. Memanggil Nama 04. Berikan Pujian Ikhlas 05. Bertimbang Rasa & Memahami Perasaan Orang Lain 06. Ceria dan Mudah Didampingi 07. Mesra 08. Suka Mendampingi Orang Lain 09. Hormati Pandangan Orang Lain 10. Berinteraksi Secara Ikhlas

MUKA

PRINSIP PERHUBUNGAN DALE CARNAGIE * * * * * * * *

Senyum selalu Mengkritik, mengkondem tapi biar berhati-hati Tak perlu cari gaduh Tunjukkan anda gemar berinteraksi Beri kata pujian yang ikhlas Hormati pandangan orang lain Mulakan ucapan dengan kata-kata yang baik Jadikan orang lain rasa dihormati

PRINSIP PERHUBUNGAN DALAM ISLAM * * * * * * * * * * * *

Apabila engkau bertemu dengan dia, ucapkan salam kepadanya Apabila dia memanggil hendaklah diperkenankan Apabila dia minta nasihat, berilah nasihat Apabila dia bersin, dan dipujinya akan Allah, hendaklah memohon rahmat Tuhan buat dia Apabila dia sakit, hendaklah ziarah (tenangkan hati Si sakit) Apabila dia meninggal dunia, ikutilah jenazahnya Jangan mengumpat Jangan sangka buruk Jangan bertengkar kerana mahu menang Kurang sopan dan adab Jauhkan kutuk dan maki hamun Jangan berbohong

(Petikan Riwayat Muslim Dari Abu Hurairah)

MUKA

SEPULUH PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN MANUSIA 1. Bertegur Sapa Perbuatan yang paling berharga apabila berhubung dengan manusia lain ialah 'bertegur sapa'. Mulakan dengan memberi salam atau ucapan selamat seperti : “Assalamualaikum ! Apa khabar? “ atau “Selamat Pagi!” 2. Memberi Senyuman Berikan senyuman ikhlas kepada semua orang yang berinteraksi dengan anda. Ingat, anda hanya menggunakan 1 5 otot untuk senyum dan 65 otot untuk bermasam muka dan marah-marah ! 3. Memanggil Nama Bila anda berhubungan dengan orang lain, panggil dan sebutlah nama mereka beberapa kali sepanjang perbualan anda. Perkara yang paling disukai oleh setiap insan ialah apabila dia dipanggil dan disebut dengan namanya yang betul. 4. Berikan Pujian Ikhlas To Love & Be Loved To Be Worthy To Oneself and Worthwhile To Others Apabila anda melihat orang lain membuat sesuatu William Glasser 1968 perkara yang baik, berikan pujian anda. Pujian yang ikhlas boleh membelai hati sesaorang insan. Anda tidak rugi sekiranya anda mudah memberikan

MUKA

5. Bertimbang Rasa & Memahami Perasaan Orang Lain Perkara yang paling disenangi oleh orang lain ialah apabila anda bertimbang rasa dan memahami perasaan mereka. 6. Ceria dan Mudah Didampingi 'Air muka' dan `imej' anda menentukan segalagalanva! Sekiranva anda nampak ceria dan mempunyai imej yang mudah didampingi, semua orang akan menvukai anda! Apa salahnya jika anda menyimpan cermin muka (kecil) di dalam laci , di meja atau di tempat kerja anda Bagaimana sekiranya dan pandang-pandanglah wajah anda. “wajah” secara Sekiranya semulajadi saya memang wajah anda nampak `serius'“serius”? senyumkelihatan senvumlah!...

7. Mesra Alhamdulillah…saya dilahirkan dengan Cara anda bercakap, tingkahlaku clan wajah sentiasa perbuatan senyum ! anda mestilah menampakkan ciri-ciri kemesraan yang tinggi. Sekiranya tindakan anda tidak ikhlas, susah untuk anda menampilkan unsur-unsur

MUKA

8. Suka Mendampingi Orang Lain Anda boleh menyukai orang lain sekiranya anda betul- betul mecubanya. 9. Hormati Pandangan Orang Lain Apabila anda berinteraksi dengan orang lain, anda tidak boleh mengelak dan mempunyai perbezaan pendapat. Oleh demikian, jangan sekali-kali anda bertegang leher semata-mata untuk menegakkan pandangan masing-masing. 10. Berinteraksi Secara Ikhlas Laksanakan tanggungjawab anda dengan sempurna dan ikhlas. Di antara nikmat yang paling seronok dirasai ialah “nikmat memberi kepuasan kepada orang lain.”

CARI ILMU SUPAYA ORANG LAIN TAK CARI GADUH DENGAN KITA !

MUKA

6 PARADIGMA MANUSIA DALAM PERUNDINGAN 1. WIN – LOSE “ If I WIN, YOU LOSE” (AKU MENANG KAU KALAH) * Cenderung ke arah penggunaan kuasa, kedudukan, personaliti kenalan (‘cable’ / network) dan pemilikan (possession) * Di program sejak zaman kanak-kanak lagi * Menjana ke arah ‘survival’ bukan sinergi ( The fittest survives, the weakeast dies !) * Lebih kepada aspek kompetitif (persaingan) bukannya kerjasama (cooperative)

2. LOSE – WIN * Ditawan…jadikan diri orang tawanan ! * Biar dia rasa dia menang ! * Tak apalah…Oklah…I Ikut saja…Kira bolehlah tu…You lebih arif…Asal jalan… * Kebiasaannya menyimpan perasaan yang boleh menjurus kepada penyakit psychosomatic (dendam…sakit hati…sakit jiwa)

MUKA

3. LOSE – LOSE * Bila dua orang yang bersikap Menang / Kalah apabila berunding, keadaan akan menjurus ke arah situasi Kalah / Kalah * Vindictive – get back / get even ( balas semula, dendam, tak puashati..) * Sorry tak ada jalan…mana boleh dia dapat…aku tak akan mengalah…dia mesti diketepikan… * Falsafah Peperangan – Adversorial Conflict, rasa memuncak supaya orang lain kalah !

4. WIN * Pendekatan perundingan yang biasa digunakan * Apa yang lebih penting kita dapat apa yang kita mahukan, mereka yang lain kena usahakan sendiri * Kita kita aje… biarlah mereka sendiri…asalkan kita dapat, terpulanglah kepada mereka…

5. WIN – WIN * Asas kepada semua interaksi * Menjurus kepada sinergi dan kerjasama kreatif * Pendekatan yang lebih baik (viable) ke arah kebaikan bersama (mutual benefits) * Kejayaan kita tidak merugikan orang lain. * Win / Win – Compromise / Respectful, pendekatan yang lebih lembut tetapi tidak mencapai apa-apa persetujuan yang mantap.

MUKA

6. WIN – WIN – NO DEAL * Tiada penyelesaian – bersetuju untuk tidak bersetuju. * Tiada sebarang jangkaan dibuat atau kontrak di adakan. * Pendekatan yang lebih baik jika tidak dapat mencapai situasi Menang - Menang. * Perhubungan masih kekal baik tanpa kecacatan dan masih boleh berurusan di masa hadapan. Asyik saya kalah aje…! Rambut pun naik putih !

Tka apalah…nampak matang sikit !

MUKA

20 STRATEGI/TAKTIK PERUNDINGAN SEBELUM 1. Kehebatan Minda (Leverage of Mind) – ‘selfimage’, persepsi terhadap oponen, fokus kepada objektif, rehat dan mantapkan minda. 2. Objektif Yang Jelas – tetapkan tahap perundingan (fall- back- position) 3. Mengenali Oponen – jangkaan, latarbelakang, karektor 4. Suasana Tempat Perundingan – tempat yang neutral, meja berbentuk oval atau empat segi tepat, bilik yang kondusif(warna, suasana, pencahayaan) 5. Tidak Lebih 8 Orang setiap pihak. Mereka bersedia dan mengambil bahagian. KETIKA 6. Ethos – Personal credibility/magnetism (adab sopan, tertib) Integriti dan kompetensi kita dilihat oponen. Pathos – emphathy (soal perhubungan dan kepercayaan). Logos – Tentang logik (presentation) 7. Body Language/Posture –gerak badan / mimik muka mempengaruhi proses interaksi dalam perundingan. 8. Nada dan modulasi suara – boleh

MUKA

9. Emphatic Listening – Mendengar dengan penoh tumpuan, menunjukkan minat dan kesungguhan 10. Mulakan dengan isu yang kecil dahulu untuk mendapatkan momentum. 11. Cakap lurus (jangan berbelit belit), sabar, tunjuk hormat dan bersedia…jangan meng -gesa 12. Pantas berfikir dan memberi respon. 13. Kemahiran Menyoal – Open vs Closed questioning. 14. Bergantung kepada ‘fall-back-position’ yang ditetapkan dan tidak melebihi 2 tahap. 15. Jaga kawalan – tumpuan pada isu 16. Tetapkan waktu rehat dan berehatlah untuk mendapat kesegaran semula. KETIKA 17. Guna kemahiran memimpin – Problem Solving & Decision Makiing (Creative vs Rational Approach) 18. A ‘Yes’ behind a ‘No’. 19. Guna Strategi Tolak Ansur

SELEPAS 20. Tindakan Proaktif – Analisis usaha pencegahan MUKA

SESUDAH KIAMAT !

Sila baca maklumat berikut dan cuba buatkan suatu keputusan yang terbaik menurut fikiran anda sendiri : “Hanya tinggal 15 minit saja lagi sebelum Bom Atom akan meledak dan meleburkan dunia hingga jadi padang jarak padang terkukur ! Ia angkara Amerika yang gila kuasa dan telah melancarkan peperangan nuklear di Asia Tenggara. Anda sebenarnya telahpun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat peperangan ini. Beberapa waktu yang lalu, anda telahpun membina sebuah kubu perlindungan bawah tanah yang cukup tahan jikapun berlaku serangan bom atom. Suatu pagi, siren isyarat serangan dari Amerika berbunyi dan diberitakan Amerika telah mengirim Stealth untuk menggugurkan bom atom di bumi Malaysia. Anda hanya ada 15 minit untuk masuk ke kubu perlindungan bagi menyelamatkan diri ! Dalam ketergesaan itu anda ingin mengajak sama 5 orang lain untuk berlindung bersama anda kerana kubu yang anda bina itu hanya muat untuk 6 orang saja ! Jikalau pada saat itu anda terpaksa membuat keputusan bagi memilih 5 orang lain untuk berlindung bersama anda di dalam kubu yang anda bina itu, siapakah yang menjadi pilihan anda? Anda menyedari hakikat bahawa dunia hampir kiamat dan sesudah bom atom meledak, anda dan 5 orang ini sajalah yang akan meneruskan hidup dalam dunia yang baru :

SIAPAKAH YANG ANDA PILIH DAN MENGAPA ?

Muka 01

Arahan : Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang anda pilih untuk menyertai anda dalam kubu perlindungan. Senaraikan menurut keutamaan. Catatkan 1 (paling penting) dan seterusnya hingga 5 menurut keutamaan :

Artisa Badrul Cempaka Danial Embong Fakri Gayah Hanim Ikhwan Jijah Karim Lamin Maimun Nora Osman Param Qalilah Rusli Salina Talib Utama Vivian Wan Senarai Individu

: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : :

GRO di Kelab Karaoke (28 tahun) Penolong Pentadbir di Majlis Perbandaran (51 tahun) Pembantu Rumah (36 tahun) Penggali Kubur (47 tahun) Majistret (52 tahun) Penganggur (25 tahun) Janda Tukang Masak (38 tahun) Buta tapi Kerja Kilang (25 thun) Wakil Rakyat (44 tahun) Guru Tadika (45 tahun) Juru Ukur (33 tahun) Peguam (39 tahun) Pembaca Berita TV (34 tahun) Shampoo Girl Saloon (37 tahun) Bersekolah (16 tahun) Anggota Tentera Payung Terjun (40 tahun) Remaja (19 tahun) Ahli Bomba (35 tahun) Jurujual (32 tahun) Anggota Polis (38 tahun) Jurulatih Pengurusan (36 tahun) Perancang Bandar (30 tahun) Peniaga Runcit (52 tahun)

Sebab

Keputusan Kelompok

Keputusan Kump Besar

Muka 02

KES SIAPA BUNUH ARIAN JOMO ? Sila baca maklumat berikut dan cuba lengkapkan ayat di penghujung cerita : Arian Jomo, berusia 44 telah mati sewaktu tiba di hospital. Isterinya membawa Arian ke hospital swasta dan beliau telah dibawa masuk ke wad kecemasan pada 2.00 pagi tetapi malangnya, ketika itu beliau sudahpun tidak bernafas lagi. Pihak hospital membuat percubaan untuk menyelamatkan beliau tetapi gagal. Doktor peribadi Arian sendiri berasa terkilan. Beliau tak sempat merawat Arian pada hari itu kerana terlalu ramai pesakit lain yang datang untuk mendapatkan rawatan. Lebih-lebih lagi, terdapat kekurangan doktor pakar di klinik beliau sebab ramai yang bercuti kerana musim Hari Raya. Malah, isteri Arian telah menelefon beliau sehari sebelum itu untuk mendapatkan rawatan kerana Arian mengadu sesak nafas. Tetapi beliau meminta isteri Arian merujuk kepada hospital Kerajaan. Pentadbir di hospital Kerajaan juga merasa sedih. Apabila Arian dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu sebelum itu, keadaannya tidaklah runcing. Unit Rawatan Jantung ketika itu tak mempunyai petugas yang cukup. Walaupun kes Arian dianggap serious dan memerlukan penelitian rapi dari Unit itu tetapi keadaan tidak mengizinkan. Pihak Pengarah Perkhidmatan Kesihatan juga merasa kesal. Beliau menerangkan bahawa walaupun Arian Jomo adalah seorang pegawai Kerajaan dan kes beliau agak seriuos, tetapi pihak hospital tidak mempunyai sumber dan peralatan yang cukup untuk merawat kes beliau dengan rapi. Lebih-lebih lagi, hospital ketika ini kekurangan doktor pakar disebabkan tangga gaji yang rendah tidak menarik minat doktor-doktor untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan. Lebih-lebih lagi orang ramai lebih mengharap kepada perkhidmatan pakar secara percuma dan ini kurang menasabah !

Muka 03

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga kesal sebab pihak Jawatan-kuasa Kabinet Khas mengenai tangga gaji dan terma perkhidmatan hospital belum dapat menyelesaikan isu-isu yang sedang dibincangkan terutama tentang kedudukan doktor-doktor pakar yang ingin berkhidmat di hospital Kerajaan. Pihak JPA hanya menurut arahan Menteri. Isteri Arian Jomo berasa kesal dan sedih. Beliau sedih di atas kematian suaminya pada pagi Hari Raya itu. Beliau juga sedih kerana tidak megambil insuran kesihatan sebagai initiatif untuk membolehkan Arian di rawat terus di hospital pakar swasta dan yang paling beliau kesal ialah :

Arahan : Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang paling bertanggungjawab di atas kematian Arian Jomo. Letakkan 1 (paling bertanggungjawab) dan seterusnya hingga 7 (bukan bertanggungjawab) menurut keutamaan : Senarai Utama Senarai Individu

Keputusan Kelompok

Keputusan Kump Besar

Arian Jomo Doktor Swasta Pentadbir Hospital Jab Perkhidmatan Awam Menteri Orang Ramai Isteri Arian

Muka 04

LELONG NILAI

Bayangkan anda menghadiri suatu sessi lelong tentang nilai-nilai kehidupan dan nilai kerja. Di sessi lelong ini, anda membawa hanya RM500.00 saja. Lelongan bermula dengan RM100.00 bagi satu-satu nilai dan sebutharga lelongan boleh digandakan dengan kadar RM50.00 saja setiap kali percubaan membeli. Hanya seorang saja yang boleh memiliki satu-satu nilai Cuba perhatikan senarai nilai tersebut di bawah yang sedang dilelong. Tandakan 3 nilai yang paling utama (1, 2 dan 3) dan catatkan berapa banyakkah wang yang anda sanggup sediakan untuk membeli nilai-nilai terrsebut :

NILAI KEHIDUPAN * Keluarga anak

: Memiliki sebuah keluarga yang bahgia serta anak-

* Kesihatan masalah fisikal

: Mempunyai kesihatan yang baik tanpa banyak

* Kebebasan: Mempunyai kebebasan untuk buat apa saja tanpa halangan * Kejayaan : Mencapai kejayaan dan merasakan orang lain menganggap anda seorang yang berjaya termasuk memiliki harta * Kasih

: Merasakan semua orang sayang, kasih dan gemar pada anda

* Budaya

: Memiliki pengetahuan tentang seni, musik, teater dll dan punya wang untuk semua ini

* Alam Sekitar: Mempunyai wang dan masa untuk menikmati alam sekitar serta pemandangan yang indah serta segar * Produktiviti: Mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu dan berguna untuk manusia sejagat * Ugama

: Mempunyai ketenteraman hidup dan berupaya membuat ibadah serta menerima keredaan Tuhan CATATKAN 3 NILAI PALING UTAMA BAGI DIRI ANDA !

MS 05

LELONG NILAI NILAI KERJA (Sila gunakan set RM500.00 yang baru..) * Gaji Tinggi: Mendapat gaji yang besar * Prestij

: Mempunyai jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat seperti doktor, jurutera atau sebagainya

* Bebas

: Mempunyai keupayaan sendiri tanpa banyak bergantung kepada orang lain sewaktu bekerja

* Membantu: Mempunyai kelebihan hingga dapat membantu orang lain Orang Lain * Sekuriti : Memiliki kerja yang tetap dan kehidupan yang tak banyak berubah-ubah * Kepelbagaian: Mempunyai kerja yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu tugasan saja * Kepimpinan: Mempunyai jawatan yang memerlukan anda memimpin orang lain dan bukan anda dipimpin * Masa

: Mempunyai kerja yang tak memakan masa dan anda banyak masa lapang

Dalam senarai berikut, senaraikan 3 nilai utama anda menurut keutamaan (1, 2 & 3) dan berapa banyak wangkah yang anda sanggup korbankan untuk mendapatkannya :

Nilai Hidup:

Nilai Kerja :

MS 06

Kadar wang yang anda sanggup beli bagi setiap nilai :

UJIAN PERLAKUAN TEGAS, TAK TEGAS (PASIF) ATAU AGRESIF Baca setiap kenyataan dan tandakan respond anda. Tentukan samada respond anda ialah Tegas (T), Tak tegas (TT) atau Agresif (A) SITUASI

RESPON

01. Dalam suatu perbincangan, sedang anda bercakap, anda kerap diganggu oleh sampukan seorang teman. Anda berkata :

“Maaf, boleh tak saya habis dulu percakapan saya sebelum saudara bercakap”

02. Jiran anda bertanya samada boleh tak anda meminjamkan kereta anda dan ini kali ke tiga beliau meminjam dalam seminggu. Anda kata:

“Hai selalu sangat pinjam…tak boleh kah naik teksi ‘aje? Takkan tiap minggu nak pinjam ! Kita orang pun nak pakai juga !

03. Seorang kakitangan anda membuat kesilapan kerja. Anda kata:

“Tak apalah…orang lain pun selalu silap”

04. Seorang teman kerja memang berminat dengan anda dan ingin mengajak anda keluar untuk menonton. Anda kata:

“Maaf, saya rasa elok kita kekal -kan hubungan kita hanya sebagai teman sekerja. Saya tak rasa selesa untuk keluar dengan Sdra !”

05. Anda sedang berbaris menunggu giliran di kaunter, tiba-tiba seorang pelanggan mencelah pada barisan hadapan anda. Anda kata:

“Oi kawan! Buta mata ke? Tak tau disiplin? Berbaris lah dulu!”

06 Seorang teman ingin menumpang and untuk pulang tapi anda terpaksa ke suatu destinasi lain selepas kerja. Anda kata:

“Maaf, saya boleh tumpangkan anda sampai di simpang jalan sana sebab saya hendak ke tempat lain dulu sebelum pulang.”

07. Teman wanita anda berdiam diri saja dan and syak ada sesuatu yang tak kena. Anda kata:

“Saya rasa ada sesuatu yang mengganggu anda. Boleh kita berbincang secara terbuka?”

08. Seorang teman ingin meminjam wang dari anda dan ketika itu anda ada wang tetapi ingin menggunakannya untuk membayar sewa rumah. Anda berkata:

“Duit ada tapi..ah, tak apalah..pakai lah dulu. Nanti bila ada duit you bayarlah..sebab I ni belum bayar sewa rumah lagi!”

T, TT atau A

Muka 07

PARAFRASA 01

“ Saya tak suka orang perintah -perintah saya…kalau nak suruh, biar lembut-lembut sikit !”

02

“ Dulu masa saya di Seremban, saya pernah bergaduh dengan polis sebab saya tak bawa lesen motor !”

03

“ Saya risau tengok anak saya tak mahu belajar. Pada hal, peperiksaan dia dah dekat”

04

“ Adik saya tu sakit kanser. Dia tak boleh kerja. Jadi saya terpaksa tanggung anak isteri dia..”

05

“ Bos suruh saya ke bank. Masa tu saya tengah kerja. Mana boleh ponteng sekejap untuk pergi ke bank !”

06

“ Orang sini semua tau, saya memang tak suka bergaduh. Saya orang baik. Saya tak usik orang.”

07

“ Muka Mamat dah naik pucat. Saya tak kira…depan bos, depan General Manager, depan sesiapa saja…saya pantang kalau orang tak hormat saya.”

08

“ Saya boleh baca muka dia! Dia tengah risau sebab anaknya tak pulang-pulang ke rumah…dah satu minggu !”

09

“ Apa salahnya saya berambut panjang ! Polis pun tak tangkap ! Mengapa pula bos bising-bising?

10

“ Dia bodoh…tak tau nak jaga hati orang ! Asyik nak mengkritik kerja saya! Apa…dia ingat dia pandai sangat ?”

PARAFRASA Teknik mengulang kata individu yang sedang bercakap dengan tujuan menunjukkan kita memahami maksud, memberi tumpuan tentang apa yang diperkatakan, dan dengan tujuan dia akan terus bercakap.

Muka 08

Related Documents


More Documents from "Dedy Adrr"