Sistem_pendidikan_malaysia_dan_perpaduan (autorecovered).docx

  • Uploaded by: Irfan Roomart
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem_pendidikan_malaysia_dan_perpaduan (autorecovered).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,196
  • Pages: 21
PENDIDIKAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM

Konsep Pendidikan

Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Shaharuddin Badaruddin, 2007).

Konsep Perpaduan dalam Masyarakat

Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik. 1

Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia. (Abdul Rahman Ismail, 2007).

Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

2

Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).

Pendidikan Asas Perpaduan Di Malaysia Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata,bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilainilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini. (Wan Hashim,1983).

Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara.Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang3

peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan masyarakat. (Wan Hashim,1983).

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikutkehendak dan peraturan semulajadi. Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan.

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

Dasar Perpaduan Dan Evolusi Pendidikan Di Malaysia Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

4

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. (John Lowe,1960).

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan 5

kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. (John Lowe,1960).

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Perpaduan Di Malaysia Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan kaum melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan 6

berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem 7

pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.

Hala Tuju Sistem Pendidikan Di Malaysia: Ke Arah Perpaduan Nasional

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara. Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP ) 2006-2010 yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia (http//www.mohe.gov.my, 19/2/2010). Melalui PIPP 2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).

Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu pembinaan negarabangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.

8

Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda, dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan kerap keluar ke mana sahaja bersamasama dengan sahabat yang sama bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana atas urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.

Jadi, melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenalmengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum tetapi ia untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. PPIP termasuk dalam RMK 9, iaitu Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010), adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. RMK 9 merangkumi strategi, program, dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian negara melalui Misi Nasional. Fokus utama ialah pembangunan modal insan, khususnya pendidikan tinggi, dan penyediaan tanaga mahir. Rancangan Malaysia ke-sembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

Sekolah Wawasan merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Antara tujuan 9

utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.

Kewujudan Sekolah Bestari dan Kluster juga menjadi perintis perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut perancangan kerajaan, Sekolah Bestari akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2010, namun begitu hasrat untuk melihat kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari di seluruh negara masih tidak kesampaian. Sama seperti Sekolah Kluster dan Sekolah Wawasan, ia hanya berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan tertentu sahaja.

Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi. Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.

Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan Sekolah Kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama (KPM, 2010b).

Dalam pada itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang, Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan ”rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam 10

menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan – terutamanya melalui sistem persekolahan – memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional. Ini bukan sesuatu yang baru untuk dilaksanakan di sekolah tetapi ia boleh menjadi perintis bermulanya perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai matlamat perpaduan nasional.

Terkini, pada tahun 2010 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohamad Dom, pihak kerajaan telah merangka kukikulum yang baru untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran (Sunday Times, 3/1/2010). Pelaksanaan kurikulum yang baru ini akan dikuatkuasakan tidak lama lagi dan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya nanti diharapkan akan memberi keberhasilan yang positif kepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhan perpaduan negara Malaysia.

Kebaikan Sistem Pendidikan Negara Dalam Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik Di Malaysia Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahanbahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran 11

untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati. (Sufean Hussin, 2002).

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan 12

pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input- input daripada guru dengan berkesan. Guru juga akan sentiasa memberikan input yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di Malaysia. (Sufean Hussin, 2002).

Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masingmasing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah secara 13

bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah tahu dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan menyenangkan guru untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan komputer.

Kelemahan Sistem Pendidikan Negara Dalam Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik Di Malaysia Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba

ke

kelas

tuisyen

dan

meninggalkan

aktiviti

kekeluargaan

dan

kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita. (Sufean Hussin, 2002).

Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.

Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara 14

penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Isu-Isu Dan Masalah Dalam Sistem Pendidikan:

Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal.

15

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran.

Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.

Pengajaran Pendidikan Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 16

Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajarpelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anakanak mereka ke sekolah kebangsaan.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan.

17

Cadangan Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik Di Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya. (INTAN Malaysia, 1994).

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang. (Simon Fisher, 2009).

Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak 18

menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.

Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.

Kesimpulan Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

19

Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.

Rujukan Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku) Akhbar Sunday Times. Kuala Lumpur, Malaysia: January 3, 2010. (Akhbar) Atan Long. (1984). ”Pendidik dan Pendidikan” dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184. (Artikel) Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Buku) http//www.mohe.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari 2010]. (Website) http://pmr.penerangan.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari 2010]. (Website) Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. (Buku) INTAN [Institut Tadbiran Awam Negara] Malaysia. (1994). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan INTAN Malaysia. (Artikel) Jan-Erik Lane. (2000). The Public Sector: Concept, Models, and Approaches. London: SAGE Publisher, third edition. (Buku) Jeong Chun Hai @ Ibrahim & Nor Fazlina Nawi. (2007). Principle of Public Administration: An Introduction. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication. (Buku) KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. PutraJaya: KPM. (Arikel website) Mahzan Arshad. (2010). ”Sejarah Prinsip Asas dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Satu Penilaian”. Kertas kerja dibentangkan pada Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya] di Kuala Lumpur. (Buku) 20

Mansor Mohd Noor & Morshidi Sirat. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kuala Lumpur: Penerbit IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara]. (Buku) Marcus Shapie. (2010). ”Isu-isu Pendidikan di Malaysia”. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Antarabangsa, Lembah Pantai Kuala Lumpur, Malaysia. (Artikel) Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,edisi ketujuh. (Buku) Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku) Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku) Shahril @ Charil Marzuki et al. (1995). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya]. (Buku) Shamsul Amri Baharuddin. (1990). ”Masyarakat Malaysia yang Membangun”. Monograf Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor Darul Ehsan: UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia]. (Artikel) Simon Fisher et al. (2000). Mengelola Konflik: Ketrampilan & Strategi untuk Bertindak. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Terjemahan. (Buku) Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Buku) Syed Othman Alhabhi & Hasnan Hakim. (2010). ”Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan”. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan di Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya], Kuala Lumpur, Malaysia. (Artikel)

21

More Documents from "Irfan Roomart"