Pengenalan.docx

  • Uploaded by: aflah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,401
  • Pages: 5
Tugasan Tiga 1.0 Pengenalan Geometri merupakan satu topik yang penting dan pendidikan matematik menggalakkan penekanannya kepada semua golongan masyarakat. Ilmu Geometri merupakan satu topik yang memberi peluang kepada murid untuk membuat penaakulan dan melatih pelajar berfikir secara logik (Noraini, 2005). Ilmu geometri juga amat berguna dalam pernyataan dan penyelesaian masalah dalam bahagian matematik yang lain dan juga dalam kehidupan seharian. Namun begitu dalam situasi sebenar di sekolah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum matematik terutama dalam topik geometri bagi kalangan murid. Hal ini kerana berlaku salah faham konsep atau juga disebut sebagai miskonsepsi dalam bidang geometri semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Norasliza, 2008). Bertitik tolak daripada kesukaran ini maka timbulah beberapa masalah atau isu yang yang perlu ditangani oleh para guru. Guru-guru perlu mencari kaedah dan strategi konsep pembelajaran yang sesuai dengan aras kematangan murid supaya mereka boleh menguasai geometri dengan lebih minat dan seronok untuk belajar disamping menolak tanggapan bahawa subjek matematik adalah susah dan membosankan. Pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian seperti memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi iaitu pengajaran deduktif. Selain itu ialah memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya murid boleh membuat perbezaan secara lebih jelas . 2.0 Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Pada 25 sehingga 29 Mac 2018 yang lepas, pelajar PISMP Sem 4 telah ditugaskan untuk menjalankan tugasan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS). Saya telah melaksanakan tugasan ini di sekolah kebangsaan Maras di Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. Bagi menyelesaiakn tugasan MTES 3082, saya telah menjalankan kaedah pengajaran berdasrkan resos yang telah dibina bagi mendaptkan maklumat tentang miskonsepsi dalam geometri. Kurikulum Matematik di sekolah rendah dalam topik bentuk dan ruang banyak melibatkan rumus dan formula yang digunakan bagi mencari luas, perimeter dan isipadu. Bagi murid yang sederhana dan lemah sering keliru dan sukar

untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagi mengatasi cabaran di atas guru hendaklah mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaitkan konsepluas, perimeter dan isipadu dengan persekitaran murid. Guru hendaklah mengajar dengan menggunakan kaedah berpusatkan murid seperti inkuiri 1

penemuan dan pembelajaran kontektual supaya murid-murid boleh meneroka sendiri aktiviti mencari luas, perimeter dan isipadu dalam aktiviti berkumpulan (Nelly Ezatul Husna , 2012). Berbantukan dengan resos yang telah dibina, saya telah menjalan sesi pengajaran dan pembelajara mata pelajran matematik bagi tajuk luas dan perimeter. Saya telah menggunakan resos ini terhadap pelajar tahun lima. Hal ini kerana topik ini telah dipelajari oleh murid pada tahun 4. Dengan ini saya dapat memahami sama ada murid faham atau mengalami miskonsepsi dalam menyelesaikan masalah berkaitan perimeter dan luas. Saya juga dapat mengetahui sama ada murid boleh menguasai atau tidak terhdap tajuk ini. Resos yang digunakan ialah “Titik Ajaib”. Ia adalah bagi mengukur luas dan perimeter tiga bentuk geometri iaitu segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga . Titik ajaib adalah kawasan titik-titik di atas satu platik lutsinar yang jarak setiap antara setiap titik ialah sama. Ia boleh diaplikasikan dengan meletakkan bentuk-bentuk yang ingin diukur perimeter dan luasanya di bawah resos titik ajaib. Cara mengira luas bagi bentuk segi empat sama dan segi empat tepat dan segi iga ialah dengan mengira kesemua titik dalam kawasan yang bentuk tersebut bermula dengan nilai 1. Bagi perimeter pula, cara kiraan yang diguna pakai ialah dengan mengira titik-titik tepi/sisi setiap bentuk bermula dengan nilai 1. Setiap jumlah titik bagi nilai sisi ini akan ditabah dengan sisi-sisi yang seterusnya. 2.1 Kekuatan Kekuatan yang wujud pada resos ini ialah ia bersifat konkrit dan semi konkrit. Sekolah kebangsaan Maras adalah sebuah sekolah luar bandar dan komuniti murid di dalamnya adalah tahap pemikiran yang sederhana. Bagi mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran berkenaan tajuk perimeter dan luas, guru perlu menggunakan bahan konkrit dan semi konkrit yang boleh dilihat secara nyata oleh para murid. Hal ini bagi meningkat rasa inkuiri dalam diri para murid dan persaan untuk meneroka diperkembangkan. Bahan konkrit yang diguna pakai adalah plastik lutsinar yang akan diletakkan atas bentuk-bentuk yang akan diukur nilai perimeter dan luasnya. Selain itu ialah bahan bantu belajar semi konkrit yang akan diaplikasikan ialah titiktitik dan bentuk-bentuk yang akan dikira nilai perimeter dan luasnya. Sewaktu mengaplikasikan resos ini terhadap pelajar, guru perlu menerangkan secara jelas bagaimana cara mengendalikan resos ini bagi mendapatkan nilai perimeter dan luas secara tepat. Kekuatan yang dapat dilihat di sini ialah, murid akan berasa seronok belajar matematik kerana guru akan mengajar dengan bantuan bahan. Pengajaran secara aktif dan berlangsung dan guru dapat mencapai objektif pengajaran dengan jaya. 2

2.2 Kelemahan Dalam mengaplikasikan resos ini terhadap murid-murid. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kesan. Antaranya ialah, murid cepat merasa bosan kerana terpaksa mengira titik-titik kecil dalam bilangan yang banyak. Hal ini kerana murid perlu mengira setiap titik dalam kawasan bentuk-bentuk yang ingin dikira nilai perimeter dan luasnya. Justeru murid terpaksa memberi fokus yang tinggi dalam memahami cara mengaplikasikan resos ini. Hal ini mneyebabkan murid-murid yang mudah hilang fokus susah untuk memahami akan penggunaan resos ini dalam pembelajaran perimeter dan luas. Seterusnya kelemahan yang dapat dilihat semasa mengaplikasikan resos ini ialah penggunaan masa yang lama bagi membolehkan semua murid faham akan kaedah penggunaan resos ini. Bagi menjelaskan agar semua murid dapat memahami akan perbezaan antara pengiraan perimeter dan luas, guru memerlukan kemahiran komunikasi yang baik dan jelas. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahan konkrit menjadikan murid belajar secara aktif dan komunikasi secara dua hala berlaku. Hal ini menyebabkan guru perlu mengawl kelas suasana pembelajran dengan baik dan sistematik. 2.3 Peluang Peluang yang dapat diambi dari resos ini ialah, murid boleh menggunakannya pada manamana keadaan dan masa. Hal ini demikian kerana, resos yang dibina dalah berbentuk ringan dan senang untuk dibawa. Resos ini juga boleh dibina oleh murid secara kendiri. Murid dapat menggunakan resos ini secara kendiri di luar bilik darjah seperti di rumah pada waktu lapang. Hal ini membolehkan murid tidak hanya terhad belajar semasa sesi pengajran dan pembelajran sahaja, malah turut mengaplikasikan pembelajaran secara kendiri selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 (Abidin, 2016). Seterusnya ialah, peluang yang dapat diambil ialah, suasana pembelajaran yang aktif membolehkan guru mencapai objektif pengajaran dengan jaya. Hasil penggunaan resos ini, murid akan saling bekerjasama dan berkomunikasi dalam menyelesaikan tugasan yang disediakan. Hal ini membantu murid mengembangkan kemahiran insaniah selain meingkatkan lagi kemahiran menyelesaikan masalah mengikut keadaan. Ia juga turut membolehhkan murid menunjukkan minat terhadap pengajaran guru seterusnya menunjukkan kecenderungan dlam bidang matematik.

3

3.0 Penutup Secara kesimpulannya, sistem pembelajaran geometri yang menekankan penghafalan dan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam kemahiran yang perlu dikuasai (Noraini, 2005). Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat pelbagai andaian apabila mereka cuba untuk memahami sesuatu kemahiran yangcuba disampaikan oleh guru dan kadaangkala andaian tersebut adalah salah. Ini bermaksud pembentukkan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh guru. Suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif harus mengandungi unsur-unsur seperti eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran geometri juga harus mempunyai kerja amali yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti penyelidikan pelbagai cara penyelesaian masalah. Kebolehan mengenal pasti sesuatu bentuk geometri tidak bermakna pelajar tersebut menguasai ciri-ciri asas sesuatu bentuk (Tengku Zawawi, Ramlee, & Abdul Razak, 2009). Oleh yang demikian pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai masalah yang mungkin timbul dan kreativiti guru bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan komprehensif. Guru perlu mengadakan perancangan yang strategik untuk menentukan apakah kaedah, teknik, pendekatan yang sesuai untuk mengajar setiap kemahiran yang terkandung di dalam sukatan. Isu atau masalah yang dihadapi perlu ditangani sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

4

Rujukan Abidin, Y. (2016). Revitalisasi Penilaian Pembelajaran dalam Konteks Pendidikan Multiliterasi Abad Ke21. Bandung: Refika Aditama. I Wayan , S. (2007). MODEL-MODEL PEMBELAJARAN INOVATIF. Liz Aliza , A., Rohani, A., & Ahmad Tarmizi, M. (2016). KEBERKESANAN PENGGUNAAN PENGATURCARAAN LOGO TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TINGKATAN DUA BAGI TOPIK GEOMETRI. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA, 1-12. Nelly Ezatul Husna , M. (2012). KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAEDAH INKUIRI BAGI SUBJEK MATEMATIK. Universiti Tun Hussein On Malaysia. Noraini, I. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Seri Kembangan: Utusan Publicatin & Distribution Sdn. Bhd. Norasliza, H. (2008). PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH. SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK, 1-14. Tengku Zawawi, t., Ramlee, M., & Abdul Razak, H. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 131153.

5

More Documents from "aflah"