Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.docx

  • Uploaded by: aflah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,114
  • Pages: 4
Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang kepada persoalan tersebut. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam perbincangan ini, iaitu : Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku. Budaya Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah : “Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).” (Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180) “Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. „Bu‟ membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. „Daya‟ mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.” (Asmad, 1990)

Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian: “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal :-

I.

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.

II.

Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

III.

Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

IV.

Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

V.

Melukis mural diswekitar kelas.

VI.

Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Related Documents


More Documents from ""