PENGENALAN Imam Abu Hanafiah Rahimahullah ialah seorang daripada Imam Besar ilmu fikah dan hadis yang amat besar jasanya kepada Islam dan ummah. Seperti imam-imam lain, Imam Abu Hanafiah cintakan ilmu dan berminat mendalami ilmu agama sejak kecil. Beliau bersifat gigih dan tabah menhadapi cabaran sepanjang hayatnya. Abu Hanafiah juga sangat takwa, warak dan tidak cinta pada dunia seperti beliau cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Fakta menjadikan empat Imam Besar itu terkemuka daripada ulama lain sebagai ulama yang bebas. Mereka tidak terikat dan tidak berhutang budi kepada sesiapa. Apabila ilmu mereka bertambah luas, mereka layak berijtihad, maka ijtihad mereka tidak dipengaruhi oleh batas-batas peraturan atau disiplin yang biasa dikenakan kepada pegawai pemerintah. Beliau telah dihukum penjara dan dijatuhkan hukuman sebat. Akhirnya beliau wafat di dalam penjara dan masih teguh memengang keputusan mendak jawatan tinggi itu hingga ke akhir hayatnya. Walaupun keempat-empat imam besar itu adalah para mujtahiduk tang bepegah teguh pada al-Quran, hadis dan sumber-sumber hukum yang lain, hanya Imam Abu Hanafiah sahaja dianggap lebih bebas merumus hukum sesuatu masalah ketika ulama lain tidak dapat merumuskannya. Tetapi ini tidak bererti yang beliau membelakangkan nal al-Quran dan hadis elama nas yang tegas boleh didapati daripada sumber keduanya. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat di antara keempat-empat imam besar itu hanya dalam masalah furuk, khususnya dalam urusan mualamat yang berkait dengan kepentingan masyarakat. Selain itu, mereka tidak berselisih dalam urusan pokok agama mengenai nas di dalam al-Quran dan hadis. Kemudian, mereka mengasakan mazhab masing-masing tetapi tidak terkeluar daripada mazhab akidah yang sebenar iaitu mazhab Ahli Sunnah Waljemaah. Di samping menentang amalan bidaah, imamimam besar itu tidak mendorong kaum Muslimin supaya bertaklid kepada mazhab aliran masing-masing tanpa mengetahui nas yang diambilnya untuk merumuskan sesuatu fatwa. Sebaliknya, Imam Abu Hanafiah menasihatkan para pengikutnya supaya mendak pendapatnya jika ada nas dalam al-Quran & Sunnah Rasul tang berlawanan dengan mazhabnya. Oleh itu, kelahiran mazhab adalah
selaras dengan arus perkembangan manusia dan alam sekitarnya. Malah kerana itulah Rasulullah s.a.w bersabda: Perselisihan dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat. Hanya bila perselisihan daripada berbagai azhab itu disalah tafsir atau dipesongkan, barulah ia membawa mudarat hingga mengancam perpaduan ummah.
Nama asal: Al-Nukman Bin Ihabit Dalam Bahasa Parsi, Hanifah bermaksud tinta atau dakwat
PENGASAS KAEDAH QIAS Imam Abu Hanafiah merupakan ulama besar yang pertama mengasaskan kaedah Qias dalam ilmu fikah dan diterima menjadi salah satu dasar hukum dalam Islam. Para murid yang terkenal alim dalam ilmu fikah ialah Abu Yusuf Ya’akub Al-Ansari yang dilantik menjadi kadi atau hakim dalam zaman khalifah Al-Mandi dan Al-Hadi. Para muridnya menghasilkan banyak kitab karangan bagi mengembangkan mazhab guru dan imam mereka. Antara muridnya ialah Abu Yusuf Al-Ansari, Al-Huzail dan Al-Hasan bin Zaid. Ilmu fikah dikenal dengan panggilan Mazhab Hanafi dan merumuskan pendapatnya dengan tuntutan masyarakat pada zamanya berdasarkan Al-Quran, Hadis Ijmak, Qias dan Istihsan. Beliau bebas menggunakan fikiran atau ijtihadnya sendiri dan sebab itulah beliau dianggap sebagai ulama pertama menggunakan kaedah Qias sepenuhnya. Beliau membuat rumusan sendira dan tidak menyalin pendapat ulama lain yang dipanggil tabiin sebaliknya beliau menyaring, membahas dan berunding dengan para tabiin.
Perbezaan Pendapat: Dalam membuat rumusan hukum beliau berbeza dengan ulama tabiin lain. Beliau berkata “Saya berijtihad sepertimereka berijtihad dan berpegang pada kebenaran yang saya dapati seperti mereka juga”. Imam Abu Hanafiah menyebat tentang beberapa ulama tabiin. “Mereka ialah satu kaum yang berijtihad, maka saya pun berijtihad seperti mereka berijtihad” Dalam merumuskan hukum dalam masalah fikah, beliau berpegang teguh pada dalil dan keterangan dalam alQuran dahulu sebelum hadis. (1) Bila tidak terdapat keterangan dalam al-Qurandan hadis, beliau
membuat perbandingan di antara pendapat para sahabat Rasulullah dan memilih yang sesuai dengan pendapat dan
fikiran beliau. Maka ditentukan secara pasti bahawa pendapat salah seorang Imam Besar yang empat (Abu Hanafiah, Malik, Al-Shafie dan Ahmad Bin Harbal) dalam masalah fikah semuanya benar. Ini menyebabkan fikiranya secara bebas berbanding imam lain.
Beliau sering disifatkan sebagai salah seorang pelopor Ahli Rahyi (Ahli Fikir) dalam Islam. Beliau merupakan imam mujtahid yang pertama menggunakan kaedah Qias manakala tiada nas-nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis Rasul mengenai masalah yang timbul pada zamanya. Aliran mazhab Imam Abu Hanifah lebih longgar sedikit daripada aliran mazhab imam lain. Berikut beberapa contoh dalam aliran mazhab Imam Abu Hanifah yang dianggap lebih longgar daripada pendapat para imam yang lain mengenai masalah yang sama. (1)Dari segi kebersihan Dalam hukum mencuci kain atau pakaian yang terkene najis, Abu Hanifah membolehkan penggunaan air mawar, cuka atau sebagainya, asalkan pencuci itu cair dan tidak bercampur dengan sebarang zat lain yang tidak najis. (2)Dalam soal ibadat Hukum mengenai haluan kiblat solat pada malam yang gelap pekat atas pada masa atau di mana terlalu sukar untuk memastikan arah kiblat yang tepat. Abu Hanifah berpendapat sah sembayang sekalipun tidak menuju kiblat yang betul dengan syarat sudah berusaha mencari arah kiblat. (3)Dalam urusan zakat Wajib zakat daripada emas dan perak, tetapi Abu Hanifah berpendapat tidak wajib zakat orang yang berhutang. (4)Islam kanak-kanak
Kanak-kanak yang belum akil (belum baligh) diterima pengakuan islamnya. Pengkuan kanak-kanak seperti itu dihukumkan sempurna sama seperti pengakuan orang dewasa. (5)Harta anak yatim Orang yang menerima wasiat supaya menjaga harta anak yatim dibolehkan menjalankan perniagaan dengan menggunakan harta anak yatim itu. (6)Soal pasangan hidup Anak perempuan yang sudah sampai umur baligh dibolehkan mencari pasangan hidupnya tanpa kebenaran wali. Jika dia dikahwinkan secara paksa hukumnya tidak sah jika ia menolak. (7)Saksi bagi upacara nikah Seorang lelaki sahaja dihukumkan sah manjadi saksi dalam acara nikah. Untuk menganti lelaki itu, dua orang perempuan dihukumkan sah menjadi saksi dalam akud nikah. (8)Kuasa di tangan pemerintah Pemerintah dan ketua-ketua Negara berhak untuk menguruskan kekayaan Negara seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan umum. Pemarintah berhak membuka tanah dan membahagikan tanah kepada rakyat untuk dikerjakan. Pemerintah berhak member hadiah atau ganjaran kepada para pejuang atau pasukan keselamatan yang bertugas mempertahankan keselamatan negara.
ILMU PERIBADINYA Abu Hanifah sentiasa dipengaruhi oleh pergorakan politik dalam negeri. Sebahagian daripada fikiran dan pandangannya tidak jauh berkesan daripada soal politik pemerintahan. Beliau secara terus terang tidak menyetujui corak pemerintahan yang dilaksanakan pada zamanya, kerana menurut beliau, jawatan khalifah tidak harus dipusakai oleh keturunan khalifah dan tidak pula
disandang berdasarkan wasiat. Jawatan khalifah juga tidak boleh diisi secara paksa tetapi hendaklah melalui perjanjian atau bawah bebas. Beliau menasihatkan murid-muridnya supaya jangan kerap mendampingi raja walaupun belaiu berpendapat bahawa raja-raja (khalifah) memang wajib ditaati kerana raja-raja biasanya akan membuat beberapa tuntutan. “Jika engkau terlalu patuh kepadanya, engkau akan menjadi hina dan sebaliknya jika engkau tidak patuh patuh atau menolak tuntutannya mereka akan mencela dan mungkin menyakiti engkau.” Imam Abu Hanifah amat mengasihi dan memuliakan orang yang sentiasa mencari dan mendalami ilmu pengetahuan kerana beliau cinta pada ilmu. Katanya, usaha mencari ilmu adalah satu jihad yang khusus dan tidak boleh dicampur dengan usaha mencari harta. Kesungguhan mencari harta menyebabkan seseorang leka dengan kekayaan dunia yang membawa keinginan kepada hiburan dan kecantikan wanita. Beliau menasihati murid-muridnya supaya jangan berhenti menuntut ilmu kerana orang yang berhenti mencari ilmu akan hilang takwanya dn hidupnya akan menjadi sempit. FIRMAN ALLAH: “SIAPA YANG BERPALING DARIPADA MENGINGATI ALLAH (dengan mencari ilmu agama) NESCAYA KEHIDUPANNYA AKAN MENJADI SEMPIT.” Imam abu Hanifah amat memuliakan ilmu dan sering menasihati murid-muridnya supaya selalu meminta maaf kepada guru dan kepada siapa yang menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau menggesa mereka supaya gemar menziarahi kubur para guru dan kuburan orangorang yang dimuliakan oleh Allah kerana agamanya. Imam Abu Hanifah dipandang tinggi dan dihormati oleh imam-imam besar yang lain dan menyifatkan beliau sebagai bapa dalam ilmu fikah. Sebenarnya Abu Hanifsh tidak gemar dan tidak tidak terpedaya pada orang yang terlalu menghormatnya atau menghargainya kerana
sedar ia dating daripada penyokong dan pengikutnya sendiri sebagai tindak balas kepada orang-orang yang mencelanya. Kebanyakan orang mencela abu Hanifah kerana beliau dianggap terlalu bebas menggunakan fikirannya hingga didakwa mamperkecilkan hadis.
MEMELIHARA DIRI Abu Hanifah: -berperawakan sederhana -tidak tinggi dan tidak rendah -kulit tubuhnya hitam kemerahan -susuk badannya segak -menjaga kebersihan dan keadaan pakaiannya -gemar memakai pakaian bau-bauan -tidak merasa megah atau merasa dirinya melebihi orang lain -alim yang sangat waraf -memelihara makanan -pemurah
KETAJAMAN OTAKNYA Abu Hanifah mempunyai fikiran tajam dan bijak dalam perdebatan. Contoh: Ketika Abu Hanifah berjalan dengan Kadi (hakim) Kufah, Muhammad bin Abdul Rahman dipinggir sebuah taman, mereka
melihat beberapa orang wanita sedang menari dan menyanyi. Bila wanita-wanita itu melihat mereka dating, mereka berhenti menyanyi. Lalu Abu Hanifah berkata: ”Sungguh baik!” Beberapa hari kemudian beliau dipanggil untuk menjadi saksi tetapi kadi tidak menerimanya kerana beliau pernah memuji kumpulan wanita yang melakukan maksiat (menyanyi). Abu Hannifah bertanya: “Ingatkah tuan bila saya memuji mereka? Apakah saya memuji mereka ketika mereka menyanyi atau ketika Mereka sudah berhenti? Tuan Kadi menjawab: “sesudah mereka berhenti.” Lalu Abu Hanifah berkata: “Allah maha besar menyaksikan saya memuji mereka kerana mereka berhenti menyanyi dan bukan saya memuji mereka atas nyanyian mereka itu. Apakah perbuatan saya itu menjadikan saya tidak layak menjadi saksi?” Akhirnya Abu Hanifah diterima menjadi saksi perbicaraan itu. Dan sejak itu kadi Kufah sangat berhati-hati ketika bercakap dengan Abu Hanifah.
MENDAMPINGI AL-QURAN
-menghabiskan banyak masanya menbaca Quran -mengulang membaca dan mengkaji isi Quran setiap hari -menghormati al-Quran dan menghayatinya -al-Quran menjadi sumber ilmunya dan petunjuk yang memimpin seluruh hidupnya -dikatakan bahawa: *wafat di dalam penjara pada saat beliau sedang membaca Quran *beliau tahu ajalnya akan sampai dan wafat ketika sedang sujud dalam sembayang