Pengajaran Terancang Kata Pinjaman Bahasa Inggeris

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajaran Terancang Kata Pinjaman Bahasa Inggeris as PDF for free.

More details

  • Words: 3,681
  • Pages: 9
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU - Presentation Transcript 1. PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU Rozaiman Makmun Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM 1 2. Objektif kertas kerja ini: 1. Menyedari hubungan saling mempengaruhi antara perkembangan bahasa dan perkembangan masyarakat; 2. Proses peminjaman merupakan langkah memodenkan bahasa Melayu di peringkat MABBIM; 3. Pengajaran kata pinjaman BI sebagai usaha memperkaya kosa kata pelajar; 4. Menyedari hakikat penggunaan KP BI di pelbagai peringkat pendidikan; 5. Memaparkan contoh kesalahan penggunaan KP di pelbagai peringkat pendidikan; 6. Pengajaran KP BI di sekolah: syarat dan panduan; 7. Menekankan perlunya KP BI diajarkan secara terancang di peringkat sekolah; dan 8. Mencadangkan beberapa kajian lanjut tentang pengajaran KP. 2 3. Pengenalan • penguasaan multibahasa – kemahiran berkomunikasi: maklumat dan ilmu pengetahuan. • hubungan bahasa dengan masyarakat: saling pengaruh- mempengaruhi (Noriah Mohamed, 2003:7-8). • Bahasa itu sendiri merupakan asas tamadun setiap bangsa (Awang Sariyan, 2006:12). • dua faktor yang menyebabkan beberapa orang lulusan sains tidak menulis menggunakan BM, iaitu latihan dan kebiasaan. • usaha mengembangkan ilmu dalam BM melalui tulisan adalah salah satu tanggungjawab untuk mengisi Dasar Bahasa Kebangsaan (Awang Sariyan, 1996). • latihan dan kebiasaan menggunakan KP BI secara terancang di peringkat awal, iaitu peringkat sekolah perlu diusahakan. 3 4. Dimensi perancangan atau pembinaan korpus bahasa • (1) Penentuan ejaan dan tulisan (graphization), • (2) Penyeragaman (standardization), • (3) Pemodenan (modernization), • (4) Pemantapan (stabilization). 4 5. (1) Penentuan ejaan dan tulisan (Graphization) • Menurut Nik Safiah Karim (1981), penentuan ejaan bermaksud usaha mencipta satu sistem ejaan bagi bahasa-bahasa yang belum mempunyai ejaan. • sistem tulisan BM: dari tulisan Sanskrit dan Jawa Kuno, tulisan Jawi hinggalah ke tulisan Rumi. • Perkembangan sistem tulisan dan ejaan BM semakin pesat apabila bahasa ini menerima sistem tulisan dan ejaan rumi. Ini bermakna, BM telah diungkapkan dan ditulis mernggunakan dua sistem tulisan dan ejaan, iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. • Penggunaan tulisan Rumi lebih mendominasi berbanding tulisan Jawi. Namun, usaha sedang dijalankan untuk memperkukuh kedudukan tulisan Jawi. 5 6. (2) Penyeragaman (standardization) • Menurut Garvin dan Mathiot (1969), bahasa standard merupakan satu bahasa yang bentuknya telah dikodifikasikan, diterima dan bertugas sebagai model atau norma bagi komuniti bahasa yang lebih luas. • Manakala Haugan (1972) mendefinisikan bahasa standard sebagai satu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk (Nik Safiah Karim, 1981). • bahasa kebangsaan merupakan satu keperluan untuk mencapai kestabilan dan sebagai identiti bangsa dan negara secara

keseluruhannya. • Pendaulatan sesuatu bahasa kebangsaan bererti menaikkan taraf sesebuah bahasa tempatan menjadi lambang kebangsaan dan lambang penyatuan. • Dengan demikian juga bahasa tersebut akan berupaya untuk berfungsi sebagai alat yang sesuai bagi pentadbiran kerajaan, serta sebagai alat penyampaian ilmu dan sebagai alat pembinaan kebudayaan yang tinggi (Nik Safiah Karim, 1981). • Seperti anngota MABBIM yang lain, Brunei Darussalam telah memilih BM sebagai bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasa pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa keagamaan, bahasa pengantar pendidikan, bahasa kebudayaan dan sebagainya. • Justeru itu, perkembangan BM perlu direncanakan sejajar perkembangan yang berlaku dalam masyarakat dan negara. 6 7. Penyeragaman Ejaan • Marsden - sarjana Inggeris yang pertama membicarakan ejaan BM di dalam bukunya A grammar of The Malayan Language (1812). • Kemudian, W.G. Shellabear menghasilkan buku The Evolution of The Malay Spelling (1901). • Pada tahun 1902, Kerajaan Negeri-negeri bersekutu (Selangor, Perak, Pahang dan negeri Sembilan) mula membentuk jawatankuasa yang diketuai oleh Wilkinson yang akhirnya membuahkan hasil Ejaan Wilkinson sebagai dasar Ejaan Sekolah. • Usaha ini dilanjutkan oleh Pendeta Za’ba yang menghasilkan Petua-petua Ejaan Rumi (Abdullah Hassan, 1993). Berikutan dengan itu, Ejaan Wilkinson digantikan dengan Ejaan Za’ba sebagai Ejaan Sekolah. • Perhatian pihak kerajaan terhadap masalah ejaan BM mula semakin meningkat apabila perbincangan mengenai ejaan telah diadakan di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada tahun 1956. 7 8. sambungan • Pada tahun 1957 sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk bagi membuat perbincangan dan keputusan mengenai ejaan Rumi dan penyatuan bahasa Indonesia sehingga terwujudnya Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. • Kemudian, pada 29 Disember 1972 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia terbentuk lalu menghasilkan pedoman umum ejaan bagi kedua-dua negara. Pada 24 Ogos 1981, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengisytiharkan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. • Secara ringkas, hasil penyeragaman ejaan BM yang diusahakan kini mempunyai 25 konsonan yang terdiri daripada 20 huruf tunggal dan lima huruf gabung. Enam fonem yang digunakan, iaitu [a], [i], [é ], [e], [o] dan [u] dilambangkan dengan lima huruf vokal. Fonem e taling [é] dan e pepet [e] dilambangkan dengan huruf vokal yang sama, iaitu huruf e. Peringkat penyeragaman ini akan berlaku terus-menerus dan tidak akan tercapai dengan segera. Namun, pemantauan, arahan dan pelaksanaannya di pelbagai peringkat masyarakat perlu diusahakan, lebih-lebih lagi di peringkat sekolah. • Usahausaha untuk menyeragamkan penggunaan BM bukan berhenti pada peringkat penentuan vokal dan konsonan sahaja. Penyeragaman ini seterusnya berlangsung pada semua peringkat tatabahasa daripada bunyi, huruf, morfem, kata, peristilahan, ayat dan seterusnya penyerapan atau pinjaman kata atau istilah bahasa asing. 8 9. (3) Pemodenan (modernization) • usaha pemodenan BM semakin giat apabila Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 di Johor. • Bermula pada tahun 1957, DBP mula mengatur rancangan memodenkan BM yang lebih banyak menjurus kepada

pembentukan istilah-istilah baharu sesuai dengan perkembangan zaman sains, teknologi dan komunikasi maklumat. Kesan yang lebih ketara ialah di bidang leksikal. • Cawangan Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberikan peranan yang sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan yang mempergiat pembentukan dan pemantauan perkembangan istilah-istilah baharu. • Dalam jangka masa sepuluh tahun, sebanyak 71,000 istilah dan rangkai kata baharu telah dicipta, dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 136,019 istilah pada tahun 1973. Setentunya pada hari ini istilah yang berjaya dicipta semakin bertambah. • Setentunya proses peminjaman ini menyesuaikan ejaan kata-kata yang dipinjam itu berdasarkan sistem ejaan dan sebutan BM. 9 10. (4) Pemantapan (stabilization) • Pemantapan merupakan dimensi atau peringkat teratas di dalam perancangan korpus bahasa. Oleh kerana BM bukan hanya digunakan di Malaysia, maka proses pemantapan itu perlulah ditinjau sehingga ke negara-negara luar yang menggunakannya, khususnya sebagai bahasa rasmi dan pengantar ilmu di dalam pendidikan. Maka, selain Malaysia, pemantapan itu perlu juga dilihat berdasarkan perkembangan BM di Indonesia dan Brunei Darussalam sebagai ahli MABBIM. • Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan BM Ketiga (Abdullah Hassan, 2007: 619), beberapa keputusan tentang ejaan telah diambil, antaranya: - Ejaan di Malaya dan Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan; - Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka sistem fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripa sistem fonetik, dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja; Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam; Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi Melayu. 10 11. Penggunaan KP di pelbagai peringkat • Buku teks menengah 1: BM Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam Kini tumpuan berpindah kepada industri gas. Gas asli mempunyai banyak kegunaan. Yang utama ialah sebagai bahan bakar menggantikan minyak dan batu arang. Gas asli juga digunakan sebagai bahan mentah dalam industri petrokimia yang menghasilkan plastik, bahan pencuci dan baja. (Nik Safiah Karim, 1997: 160) • Buku teks menengah 2: BM Menengah Bawah Negara Brunei Darussalam Setiap organisma memerlukan makanan daripada bahan-bahan mentah untuk membina tisu dan sel baharu. Organisma juga memerlukan tenaga untuk keperluan proses dan pertukaran kimia. Binatang-binatang makan makanan untuk membina tisu dan mengeluarkan tenaga. Tumbuh-tumbuhan pula memproses sumber makanannya bagi keperluan tenaga untuk membesar. Proses ini disebut fotosentesis. (Nik Safiah Karim, 1998: 144) 11 12. sambungan • Penggunaan KP di peringkat menengah 6: Pelajar menengah enam yang memilih subjek BM akan berpeluang mempelajari komponen terjemahan. Dalam komponen ini pelajar-pelajar akan diberikan teks bacaan BI untuk diterjemahkan ke BM. Pengajaran penggunaan KP BI sudah tentu akan dapat membantu mereka menghasilkan terjemahan yang baik. Perlu disedari bahawa penggunaan perkataan dan istilah pinjaman dalam kegiatan penterjemahan ada batas-batasnya. Penterjemah yang baik perlu menguasai had dan panduan meminjam istilah (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 2006).

Hal ini memperkukuh saranan penulis agar komponen KP perlu segera diajarkan di peringkat sekolah menengah. 12 13. sambungan • Bagi pelajar UBD yang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan BM, istilah-istilah berikut sering digunakan: Induksi set, teknik, teori, metodologi, instrumen kajian, skop kajian, behaviurisme, mentalisme, kognitif, skemata, prapenulisan, pascapenulisan, linguistik, sosiolonguistik dan lain-lain. • Bagi pelajar universiti yang mengikuti kursuskursus berkaitan dengan pendidikan Kesusasteraan Melayu, istilah-istilah berikut sering digunakan: Epilog, prolog, antifrasis, onomatopia, klasisisme, romantisme, realisme, modenisme, pascamodenisme, kartunisme, kolonialisme, filologi, sosiologi, psikologi, dialog, multilog, heterokosmos, klimaks, antiklimaks, eksposisi, konfliks dan lain-lain. 13 14. sambungan • Mahasiswa yang mengikuti kursus-kursus pendidikan BM, KM dan MIB juga disuguhkan dengan buku rujukan akademik tulisan tokoh-tokoh terkenal, seperti PM Dr Hj Hashim, Profesor Emeritus Mohd Taib Osman, PM Dr. Hj. Jaluddin, Prof. Dr. Hashim Awang, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Nik Safiah Karim, Awang Sariyan, prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Kamaruddin, dan ramai lagi. Semua tokoh yang sempat disebutkan ini tidak sunyi daripada menggunakan kata-KP bahasa asing, khususnya BI. • Profesor Madya Dr. Hj. Hashim Perlu diingat bahawa membentuk falsafah, dasar dan sistem pendidikan bukanlah kerja ala kadar. Kerja itu harus mencerminkan nilai dan norma-norma hidup bangsa di samping memberikan harapan kepada bangsa tentang bagaimana menghadapi kehidupan, baik yang berbentuk sosial, ekonomi, agama, politik dan hambatan- hambatan antarabangsa. Membuat dan merancang falsafah, dasar dan sistem pendidikan negara wajarlah ditangani oleh orang Brunei yang komited, pakar dan berpengalaman, jika tidak (survival) negara bangsa (nation) tidak dapat dipertahankan, jauh sekali untuk mempunyai kekuatan daya saing. (Haji Hashim Haji Hamid, Junjung Tinggi, 1993:108) 14 15. sambungan • Profesor Emeritus Mohd Taib Osman Untuk membuat pertimbangan yang matang dan saksama, pembacaan perlu dilakukan. Jika masyarakat Melayu benar-benar ingin maju, mereka harus membiasakan diri dengan membaca dan menimba pemikiran daripada penerbitan serius, seperti buku yang diperkatakan di sini. Menurut laporan akhbar, buku picisan yang menangguk di air keruh kerana kegawatan politik yang melanda orang Melayu, sangat laris dijual pada perhimpunan agung khas Umno, baru-baru ini. Kalau inilah pilihan pembacaan masyarakat Melayu, gemar pada sensasi, yang kebenarannya belum diketahui hujung pangkalnya; didorong oleh nafsu-nafsu penulis dedalu yang bertujuan mengaut keuntungan dan kepentingan diri, maka di situlah duduk darjah pemikiran mereka. Walhal dalam dewan persidangan, pemimpin berapi-api mengajak orang Melayu menjadi bangsa moden, tetapi apa yang ditunjukkan oleh laporan akhbar tadi akan menjadi sebaliknya. (Mohd Taib Osman, 2004:171- 17) 15 16. Kesalahan penggunaan KP • Kajian Hjh. Masnordina Binti Haji Jainuddin (2006): Secara imlak, pengkaji telah menguji sampel untuk mengeja KP sebanyak 40 patah perkataan yang biasa mereka gunakan atau dengar sehari-hari. Antara

dapatan kajian tersebut adalah seperti berikut. • Bagi prinsip ‘oo’ (BI) menjadi ‘u’ (BM) dalam perkataan ‘cartoon’, sejumlah 46.7% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘kartun’. • Bagi prinsip ‘c’ (BI) menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘comic’, sejumlah 68.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘komik’. • Bagi prinsip ‘ck’ (BI) menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘subject’, sejumlah 60% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘subjek’. 16 17. sambungan • Bagi prinsip ‘x’ (BI) menjadi ‘ks’ (BM) dalam perkataan ‘taxi’, sejumlah 28.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘teksi’. • Bagi prinsip ‘ve’ (BI) menjadi ‘f’ (BM) dalam perkataan ‘positive’, sejumlah 53.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘positif’. • Bagi prinsip ‘sh’ (BI) menjadi ‘sy’ (BM) dalam perkataan ‘shampoo’, sejumlah 88.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘syampu’. • Bagi prinsip ‘g’ (BI) menjadi ‘j’ (BM) dalam perkataan ‘sausage’, sejumlah 80% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘sosej’. • Bagi prinsip ‘konsonan gandaan’ (BI) menjadi ‘konsonan tunggal’ (BM) dalam perkataan ‘battery’, sejumlah 60% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘bateri’. 17 18. Kesalahan KP di universiti • kertas-kertas jawapan peperiksaan semester I, 2006 bagi pelajar tahun 2 dan tahun 3 yang mengikuti kursus PL2220 Pengajaran Tatabahasa Pedagogi BM dan PL3232 Pengajaran Penulisan di IPSHB, UBD: Mikanisma: sepatutnya ‘mekanisme’: Berbeza daripada teori tradisional, teori ini mengutamakan pengajaran lisan daripada penulisan. Ahli teori ini mengatakan bahasa merupakan mikanisma yang boleh dihasilkan melalui kaedah membentuk kebiasaan. (pelajar tahun 2, UBD) Sosialogi: sepatutnya ‘sosiologi’ Pengajaran tatabahasa adalah merupakan satu tugas amali yang menggunakan disiplin-disiplin linguistik seperti ilmu linguistik, psikologi dan sosialogi. (pelajar tahun 2, UBD) 18 19. sambungan Fleksible, flexibal: sepatutnya ‘fleksibel’ Pertama ialah pelajar mampu menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksible bagi menggambarkan fikiran, perasaan dan keadaan yang bersesuaian mengikut konteks, situasi dan tujuan tertentu. (pelajar tahun 2, UBD) Pelajar berkebolehan menggunakan sistem bahasa secara spontan, flexibal utk mengambarkan fikiran, perasaan dan keadaan yg sesuai mgikut konteks, situasi dan tujuan tertentu. (pelajar tahun 2, UBD) Exstensif: sepatutnya ‘ekstensif’ ... penglibatan intensif dan exstensif pelajar dalam interaksi lisan adalah penting ... (pelajar tahun 2, UBD) 19 20. sambungan Aktibiti: sepatutnya ‘aktiviti’ Aktibiti2 yang memberi peluang pelajar terlibat seperti penyelesaian masalah adalah sesuai dijalankan... (pelajar tahun 2, UBD) Grammatis: sepatutnya ‘gramatis’ Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang bermakna dan berfungsi grammatis atau menjalankan tugas nahu. (pelajar tahun 2, UBD) Mood: sepatutnya ‘mod’ Minat pelajar boleh membantu merealisasikan aktibiti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan sempurna dijalankan kerana ini mempengaruihi mood atau perasaan mereka. (pelajar tahun 2, UBD) 20

21. sambungan Professional: sepatutnya ‘profesional’ Mereka berpendapat bahawa, pelajar hanya dianggap sebagai professional jika mereka: Mereka memahami dan menguasai struktur dan sistem bahasa yang dipelajari dan tahu cara menggunakannya. (pelajar tahun 2, UBD) Analysis: sepatutnya ‘analisis’ Pengaruh teori ini masih lagi digunakan untuk dijadikan rujukan terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, mengenai analysis perkataan. (pelajar tahun 2, UBD) 21 22. sambungan • Komplement: sepatutnya ‘komplemen’ • Behaviourisma: sepatutnya ‘bahaviurisme’ • Para linguistik: sepatutnya ‘paralinguistik’ • Formel: sepatutnya ‘formal’ • Negetif: sepatutnya ‘negatif’ • Sinario: sepatutnya ‘senario’ • Chancellor: sepatutynya ‘canselor’ • Musik: sepatutnya ‘muzik’ • Di’photostate’: sepatutnya difotostat atau difotokopi • Otamatis: sepatutnya ‘automatik’ • Stalistik: sepatutnya ‘stilistik’ • Modal: sepatutnya ‘model’ • Terdapat pula kesalahan imbuhan awalan pinjaman seperti ‘pra penulisan’ dan pra-penulisan’ yang sepatutnya dieja ‘prapenulisan’. Begitu juga halnya ‘pasca penulisan’ dan ‘pasca-penulisan’ yang sepatutnya dieja ‘Pascapenulisan’. 22 23. Syarat penyerapan atau pinjaman kata BI Dalam pengajaran, guru perlu menjelaskan penyerapan atau pinjaman kata atau istilah BI perlulah berdasarkan syarat tertentu. Kita hanya meminjam kata atau istilah BI jika (Pedoman umum pembetukan istilah bahasa Melayu, 2006: 2-3): • Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik (intertransferability) antara istilah asing itu dengan istilah Melayu mengingat keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. • Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca kerana memberi ciri transparensi teks. • Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. • Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. • Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. 23 24. Panduan penyerapan atau peminjaman • Guru mestilah mengajarkan panduan untuk menyesuaikan ejaan kata atau istilah BI yang dipinjam berdasarkan aturan ejaan BM. Panduan yang boleh digunakan, antaranya buku Pedoman Umum Pembetukan Istilah bahasa Melayu (1990 dan 2006), Daftar kata bahasa Melayu, Jilid I dan II (2004) dan Menguasai bahasa Melayu Tinggi (2001). • Untuk pengajaran di peringkat sekolah, tiga kaedah yang mudah boleh digunakan, iaitu penyerapan dengan penyesuaian ejaan; penyerapan tanpa penyesuaian ejaan; dan penyesuaian imbuhan. 24 25. Penyerapan dengan penyesuaian ejaan • Penyesuaian ejaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penyesuaian vokal dan penyesuaian konsonan. Cara ini mampu memperlihatkan perubahan vokal yang berlaku daripada kata atau istilah asing kepada kata atau istilah BM. 25 26. Penyesuaian vokal • aa tetap aa bazaar (bazaar) • ae tetap ae aedes (aedes) • ae jadi e estetika (aesthetics), ensikloedia (encyclopaedia) • ae jadi a larva (larvae) • ai tetap ai trailer (trailer) • ai jadi e rel (rail), kapten (kaptain) • au tetap au automatik (automatic), auditorium (auditorium) • e tetap e efektif (effective) • ea tetap ea idealis (idealist), gear (gear) • ea jadi i gris (grease), rim (ream) 26

27. sambungan • ee jadi i jip (jeep), cimpanzi (chimpanzee) • ei tetap ei ateis (atheist), protein (protein) • eo tetap eo stereo (stereo), geometri (geometry) • eu tetap eu neutral (neutral), petroleum (petroleum), neutron (neutron) • ia tetap ia dialek (dialect) • ie tetap ie diesel (diesel) • ie jadi i kalori (calorie) • ie jadi ai pai (pie) • io tetap io ion (ion), studio (studio) • iu tetap iu premium (premium), stadium (stadium) 27 28. sambungan • o tetap o sektor (sector), canselor (chancellor) • oa jadi o kadbod (cardboard), kot (coat) • oo jadi u monsun (monsoon), rakun (raccoon), kartun (cartoon) • oo tetap oo zoologi (zoology) • ou jadi u jurnal (journal), serius (serious) kupon (coupon) • ou jadi au akauntan (accountant), paun (pound), kaunter (counter) • u tetap u unit (unit) • ua tetap ua akuarium (aquarium) • ue digugurkan katalog (catalogue), dialog (dialogue), teknik (technique) • uu jadi u kontinum (continuum), vakum (vacuum) 28 29. Penyesuaian konsonan • c jadi k karbon (carbon), klasik (classic), korpus (corpus) • c jadi s sen (cent), silinder (cylinder) • cc jadi k akomodasi (accomodation), akumulasi (accumulation) • cc jadi ks aksen (accent), vaksin (vaccin) • ch, cch jadi k karisma (charisma), kolera (cholera), teknik (technique) • ch jadi s mesin (machine) • f tetap f faktor (factor), infastruktur (infrastructure) • g tetap g generator (generator), tragedi (tragedy) • ph jadi f fosforus (phosphorus), fizik (physics), fotostat (photostat), amfibia (amphibian), atmosfera (atmosphere), fotograf (photograph) •q jadi k kuiz (quiz), akuarium (aquarium), frekuensi (frequency) 29 30. sambungan • rh jadi r retorik (rhetoric), retma (rhythm) • sc jadi sk skor (score), skuter (scooter), skrip (script) • sc jadi s senario (scenario) • sch jadi sk skim atau skema (scheme) • th jadi t teater (theater), teologi (theology), teori (theory) • v tetap v novel (novel), universiti (university), vitamin (vitamin) • x tetap x xenon (xenon) • x jadi ks ekstra (extra), teksi (taxi), ekspedisi (expedition), eksperimen (experiment), ekspo (expo), eksport (export), ekspres (express), indeks (index), kompleks (complex) • y jadi i enzim (enzyme), fizik (physics), karbohidrat (carbohydrate)akademi (academy), aktiviti (activity), ekonomi (economy) 30 31. Penyerapan tanpa penyesuaian ejaan Kaedah ini boleh digunakan supaya pelajar dapat mengenal pasti kata atau istilah yang tidak mengalami perubahan ejaan. Perkataan yang termasuk dalam kumpulan ini tidak begitu banyak, antaranya aerosal, bank, deposit, protein, kafein, internet, multimedia, novel, agenda, propaganda, sonar, solar, molar, memorandum, referendum, vitamin, dan lain-lain. 31 32. Penyesuaian Imbuhan • Imbuhan awalan abstrak (abstract). 3. abs- tetap absanafora (anaphora). 4. ana- tetap ana- anteseden (antecedent). 5. ante- tetap ante- antibiotik (antibiotic). 6. anti- tetap anti- biologi (biology), biografi (biography), 7. bio- tetap bio- bioteknologi (biotechnology), biokimia (biochemical). koordinat (co-ordinate), kokurikulum (co- 8. co- jadi kocurriculum). ekologi (ecology), ekospesies (ecospecies). 9. eco- jadi ekogeografi (geography), geologi (geology). 10. geo- tetap geo- 32 33. sambungan • Imbuhan akhiran variabel (variable), kapabel (capable), 3. -able, -ble jadi -bel fleksibel (flexible), kabel (cable). artifak (artefact), maniak (maniac). 4. -ac jadi -ak demokrasi (democracy), farmasi 5. -acy, -cy jadi -asi, -si

(pharmacy) polisi (policy). pakej (package), sosej (sausage), mesej 6. -age jadi -ej (message). kolaj (collage), kabotaj (cabotage), garaj 7. -age jadi -aj (garage), sabotaj (sabotage). ambulans (ambulance), insurans 8. -ance, -ence- jadi -ans, -ens (insurance). akauntan (accountant), informan 9. –ant jadi -an (informant), dominan (dominant). kalendar (calendar), oskar (oscar). 10. -ar tetap -ar anarki (anarchy), oligarki (olgarchy), 11. -archy jadi -arki monarki (monarchy). protoplasma (protoplasm), mekanisma 12. -sm jadi -sma (mechanism), 33 34. Usaha DBP, KL dan Brunei Senarai perkataan di atas hanya sebahagian kecil bentuk peristilahan yang telah ditetapkan oleh MABBIM. Istilah-istilah yang dipersetujui telah berjaya dibukukan oleh DBP, Malaysia, antaranya Perjawatan dan Jabatan (1960); Pentadbiran (1961); Ekonomi (1965); Pendidikan (1966); Geografi (1967); Biologi, Perhutanan, Pertanian, Fizik, Matematik dan Kimia (1968); Kejuruteraan (1970) dan lain-lain (Abdullah Hassan, 1993). DBP Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan dalam usaha ini. Menurut senarai buku terbitan DBP Brunei Darussalam, sehingga tahun 2006, telah diterbitkan sejumlah 111 buah buku istilah mengikut bidang-bidang tertentu, antaranya yang boleh dimanfaat bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah Istilah Asas Sains Komputer, Istilah Ekonomi Industri, Istilah Kesusasteraan, Istilah Kimia Permakanan, Istilah Penternakan, Istilah Perbankan, Istilah Perhutanan, Istilah Perikanan, Istilah Perubatan, Istilah Sosiologi, Istilah Teknologi Maklumat dan lain-lain. 34 35. Rasional pengajaran KP Berdasarkan perbincangan di atas, berikut ini dirumuskan rasionalnya pengajaran KP di sekolah-sekolah perlu diusahakan: • KP digunakan oleh pelajar peringkat rendah dan menengah. • KP digunakan oleh guru ketika mengajar. • KP digunakan dalam buku-buku teks BM. • KP digunakan bagi komponen terjemahan BM di peringkat menengah enam. • KP digunakan di institusi tinggi. • KP digunakan dalam buku hiburan. • KP digunakan dalam akhbar. • KP digunakan dalam buku akademik. • KP digunakan dalam borangborang kerajaan dan swasta. • KP digunakan dalam media massa bertulis dan elektronik. 35 36. Rumusan • Menurut Abdul Hamid Mahmood (2001) untuk menjadi bahasa ilmu, BM perlu berperanan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden. Untuk mencapai taraf bahasa ilmu, BM perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Namun, jika keintelektualan dan kesempurnaan bahasa ini tidak dikuasai oleh pelajar dan tidak digunakan di peringkat sekolah, usaha memodenkan BM akan menjadi siasia. 36 37. sambungan • Awang Sariyan pernah menulis “Tidak ada kesangsian BM telah memasuki era moden. Yang penting kita tanyakan kini bukan kemampuan BM, tetapi kemampuan setiap orang daripada kita sebagai pendukungnya untuk mengungkapkan fikiran dan perasaan dalam BM yang berwibawa.” (1996:83) 37 38. sambungan • Masyarakat perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima prosesproses perkembangan literasi bahasa melalui peminjaman istilah, penyesuaian istilah bagi setiap bidang, penyerapan kata-kata daerah dan sebagainya. Dengan usaha seperti ini, kita sebagai masyarakat moden tidak akan kikuk untuk berbicara dan beraksi dalam bidang-bidang moden, seperti sains, teknologi,

sistem maklumat, ekonomi, undang-undang, perubatan, perdagangan, pasaran saham dan sebagainya (Mahzan Arshad, 2003). 38 39. Cadangan kajian lanjut Sebelum KP diserapkan atau diajarkan sebagai salah satu komponen dalam sukatan pelajaran BM di sekolah, beberapa kajian perlu dilaksanakan dari segi: • peringkat penyerapan: sesuaikah KP diajarkan di peringkat rendah?; • teknik pengajaran; • aktiviti yang sesuai dijalankan; • pendekatan dan kaedah pengajaran; • aspek-aspek KP yang perlu ditekankan; • konteks pengajaran dan pembelajaran yang sesuai; • bahan bacaan, buku rujukan dan buku teks; • alat bantu mengajar; • hubungan KP dengan kemahiran berbahasa yang lain; • kesediaan guru dan pelajar menerima komponen KP; dan banyak lagi. 39

Related Documents