Penerangan Rawatan Kecemasan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerangan Rawatan Kecemasan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,216
  • Pages: 10
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

KERTAS PENERANGAN KURSUS/TRADE TAHAP/LEVEL DUTI/DUTY TUGAS/TASK OBJEKTIF PENCAPAIAN PENILAIAN/TERMI NAL PERFORMANCE OBJECTIVE NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN

PEMBUAT PERABOT A-010-1 TAHAP 1 01 – APPLY SAFETY PRACTICES 01.04 – applyfirst aid techniques Apply first aid techniques by adhering to all necessary rules and regulations using possible facilities so that casualties can be attended.

BANTUAN KECEMASAN A.

LUKA



Kecederaan pada tisu lembut biasanya dikenali sebagai luka.



Luka ‘tertutup’berlaku apabila kerosakan pada tisu lembut adalah dibawah permukaan kulit seperti lebam



Luka ‘terbuka’ berlaku apabila permukaan kulit terkoyak. •

JENIS JENIS LUKA

• • •

Lebam ( Contusion ) Luka lecet (Abrasion, Road Rash) Luka terhiris ( Incision, Laceration )



Luka Terkoyak



Luka tertikam. 1. LEBAM •

Kerosakan pada tisu lembut dan salur darah menyebabkan pendarahan di bawah permukaan kulit



Tisu akan ternyahwarna dan bengkak



kemerah-merahan kepada merah tua/ungu



mungkin tanda tisu dalam mengalami kerosakan yang teruk

2. LUKA LECET •

Kulit yang bergeser dengan permukaan kasar



Sakit disebabkan pengeseran kulit luar mendedahkan hujung saraf.



Senang dijangkiti sekiranya tidak dijaga bersih.

3. LUKA TERHIRIS •

Luka yang mempunyai tepi yang licin atau bergeriji.



Luka yang dalam boleh merosakkan saraf, salur darah besar dan tisu lembut yang lain



Boleh berdarah dengan banyak.

4. LUKA TERKOYAK •

Satu luka dimana sebahagian kulit atau tisu lembut telah separa atau seluruhnya terkoyak.

5. LUKA TERTIKAM •

Luka yang terhasil apabila kulit tercucuk oleh objek yang runcing seperti paku, serpihan kaca atau pisau.



Luka tertembak - luka tembus



B.

Objek yang menembusi satu bahagian badan akan menghasilkan dua luka - satu dititik masuk dan satu dititik keluar.

LAPIKAN DAN BALUTAN. •

Bantu mengawal pendarahan dan mengelakkan jangkitan.



Bebat- pelapik yang diletakkan diatas luka untuk meresap darah dan mengelakkan infeksi



Pembalut segitiga- menutup luka atau untuk menetap kedudukan bebat atau splin.



Pembalut gelung- mengawal pedarahan (Pembalut tekanan)

C. MERAWAT KECEDERAAN TISU LEMBUT. •

Kebanyakan luka tertutup seperti lebam tidak memerlukan rawatan perubatan yang isitimewa.



Tekanan secara langsung- mengurangkan pendarahan



Menaikkan bahagian yang cedera- mengawal kesakitan dan bengkak



Elakkan si mangsa daripada kesejukan atau kepanasan



Yakinkan dan tenangkan si mangsa

D.TANDA-TANDA PENDARAHAN DALAMAN •

Sakit, bengkak,lebam atau kekerasan di bahagian badan , contohnya abdomen.



Denyutan nadi cepat dan lemah



Kulit terasa sejuk / basah / menjadi pucat / kebiruan.



Muntah/Batuk Darah



Rasa sangat dahaga



Menjadi keliru,pitam,mengantuk atau tidak sedarkan diri.

E. MERAWAT LUKA TERBUKA YANG BESAR •

Kawal pendarahan dengan meletakkan satu penutup bersih diatas luka dan kenakan tekanan



Naikkan bahagian tercedera-Jika tiada patah tulang



Balutkan pembalut dengan selesa diatas bebat



Sekiranya pendarahan masih berlaku, kenakan tekanan keatas arteri yang berdekatan (Titik tekan)



Panggil EMS atau bawa si mangsa ke Hospital/Klinik



Segera membasuhkan tangan anda selepas selesai memberi rawatan. (Kalau ada sarung tangan adalah digalakkan menggunakannya ketika melakukan prosedur diatas.)

F. KAWAL PENDARAHAN LANGKAH 1 •

Tutupkan luka dengan bebat dan tekanan secara langsung dengan sederhana kuat

LANGKAH 2 •

Naikkan lengan di atas paras jantung.

LANGKAH 3 •

Tutupkan bebat dengan pembalut gulung

Sekiranya pendarahan tidak berhenti …………. LANGKAH 4 •

Letakkan bebat tambahan

LANGKAH 5 •

Tekan arteri pada tulang.



Sekiranya pendarahan berlaku pada kaki, tekan dengan tangan anda di mana paha menbengkok pada bahagian punggung

KECEDERAAN - KEADAAN KHAS •

Sekiranya sebahagian daripada anggota badan terkoyak atau terpotong, Carikan bahagian anggota itu dan balutkan dalam kain kasa steril atau sebarang bahan yang bersih. -kedalam bag plastik-dingin-ais.



Sesuatu objek seperti pisau /serpihan kaca tertusuk dalam luka- jangan keluarkan , letak bebat sekeliling- pelapik gelang.



Hidung berdarah - kepala tunduk kehadapan-picit hidung-bernafas melalui mulut

RENJATAN (SHOCK) • •

Sebarang pendarahan yang teruk boleh membawa kepada satu keadaan yang mengancam nyawa yang dipanggil renjatan. Renjatan ialah satu keadaan di mana sistem peredaran gagal menghantar darah ke semua bahagian badan

TANDA-TANDA RENJATAN •

Walaupun kita selalunya tidak dapat mengesan sebab berlakunya renjatan, Kita dapat mengenali tanda-tanda renjatan



Kelihatan gelisah dan cepat tersinggung(Sentiasa merupakan tanda utama bahawa badan sedang mengalami perubahan



Tahap sedarkan diri berubah



Kulit menjadi pucat, sejuk, basah.



Pernafasan menjadi cepat



Denyutan nadi menjadi cepat

CARA MERAWAT RENJATAN Langkah-langkah : •

Suruh mangsa baring-rehat dengan selesa-mengurangkan kesakitan



Kawal pendarahan luaran



Selimutkan mangsa-mengekalkan suhu badan yang normal



Tenteramkan mangsa



Tinggikan kaki kira-kira 12 inci jika tiada kecederaan pada kepala, leher atau spina.



Jangan beri makanan atau minuman, kalau terlalu haus- basahkan bibir saja



Buat panggil kecemasan secepat mungkin-mangsa renjaatan tidak dapat diatasi secara berkesan dengan pertolongan cemas dan memerlukan bantuan perubatan secepat mungkin.

TERBAKAR •

Adalah satu jenis kecederaan tisu lembut yang spesifik



Yang paling biasa ialah haba



Bahan kimia- kelecuran



Arus elektrik-membakar badan secara dalaman dan luaran



Radioaktif, matahari (Sunburn)



Keterukan luka terbakar bergantung kepada suhu punca haba dan tempoh si mangsa terdedah, juga lokasi terbakar pada badan,saiz luka terbakar,umur dan status kesihatan si mangsa.

LUKA TERBAKAR YANG KRITIKAL •

Yang melibatkan masalah pernafasan



Yang melibatkan lebih daripada satu bahagian badan.



Pada kepala, leher, tangan,kaki atau organ pembiakan



Kanak-kanak atau orang tua (Selain daripada terbakar yang sangat kecil)



Yang berpunca daripada bahan kimia, letupan atau elektrik

JENIS-JENIS LUKA TERBAKAR TERBAKAR DARJAH PERTAMA. (Superficial Burn) •

Hanya melibatkan lapisan kulit yang atas sahaja.



Kulit-merah & Kering - Sakit- Bengkak.



Contohnya ‘Sunburn’



Pulih dalam masa 5 hingga 6 hari tanpa meninggalkan parut kekal.

TERBAKAR DARJAH KEDUA (Partial-thickness burn) •

Melibatkan dua lapisan kulit yang atas.



Merah dan lepuh-lepuh yang terjadi.



Sakit dan seringkali bengkak



Biasanya pulih dalam 3-4 minggu



Kesan parut mungkin terjadi.

TERBAKAR DARJAH KETIGA (Full- Thickness Burn) •

Memusnahkan semua lapisan kulit dan sebarang atau semua struktur dibawah-lemak, otot, tulang dan saraf



Kelihatan perang atau hitam(hangus)



Sangat sakit atau tiada rasa sekiranya luka terbakar memusnahkan hujung saraf.

RAWATAN UNTUK LUKA TERBAKAR 1. Hentikan Kebakaran •

Padamkan api atau keluarkan si mangsa daripada sumber kebakaran.

2. Dinginkan luka terbakar •

Gunakan air yang banyak untuk mendinginkan kawasan luka terbakar



Jangan gunakan ais atau air sejuk (Menyebabkan kehilangan haba)



Bahagian muka atau kawasan yang tidak dapat direndamkan dalam air-gunakan tuala basah,kain atau pakaian basah.

3. Tutupkan luka terbakar •

Gunakan bebat yang kering dan steril atau kain bersih - balutkan pada kedudukan tetap dengan longgar - mengelakkan udara masuk, mengurangkan kesakitan & mengurangkan jangkitan

JENIS LUKA TERBAKAR YANG KHAS 1. BAHAN KIMIA PADA KULIT & MATA •

Lalukan air biasa dengan berterusan sehingga bantuan tiba



Tanggalkan sebarang pakaian yang terkena bahan kimia.

2.LUKA TERBAKAR ELEKTRIK •

Jangan hampiri mangsa sehingga anda pastikan punca kuasa elektrik dipadamkan



Langkah-langkah 3 ‘C’

PATUT •

Anda patut melegakan luka terbakar dibawah aliran air



Anda patut tutup luka terbakar dengan penutup yang bersih dan kering seperti bebat steril



Anda patut pastikan si mangsa selesa dan elakkan si mangsa daripada kesejukan atau kepanasan

TIDAK PATUT •

Meletakkan ais secara langsung pada sebarang luka terbakar kecuali luka terbakar yang kecil



Menyentuh luka terbakar kecuali dengan penutup yang bersih.



Menanggalkan helaian kain yang terlekat pada kawasan terbakar



membersihkan luka terbakar yang serius



Pecahkan lepuh-lepuh



membubuh sebarang ubat sapu pada satu luka terbakar yang serius

Related Documents