SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR
KERTAS PENERANGAN KURSUS/TRADE TAHAP/LEVEL DUTI/DUTY TUGAS/TASK OBJEKTIF PENCAPAIAN PENILAIAN/TERMI NAL PERFORMANCE OBJECTIVE NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN
PEMBUAT PERABOT A-010-1 TAHAP 1 01 – APPLY SAFETY PRACTICES 01.03 – comply with tools and machinery safety rules Identify various safety rule by following safety procedures using tools and machine manual so that safety procedures can be complied
KESELAMATAN PADA ALAT,PERKAKAS DAN JENTERA Sebagai seorang tukang, mereka hendaklah menjaga dengan betul dan baik semua alat-alat atau perkakas yang digunakan dan selalu diingatkan jangan menyalahgunakan alat-alat atau membuat sembarangan terhadap alat-alat tersebut,kerana ianya susah dan mahal apabila hendak menggantikannya kelak. Untuk menjaga dengan baik,ikutilah penerangan yang dibawah ini. Gunakan perkakas yang betul pada kerja yang betul seperti kalau alat yang mengunakan ulu atau pemegang kayu jangan sesekali diketuk dengan tukul besi, gunakan tukul kayu. Simpan alat-alat didalam peti yang sempurna atau susun diatas meja, yang mana kedudukan matanya hendaklah dilindungi daripada melukakan atau mengganggu anda atau orang lain.pastikan ianya bersih dan disapu minyak atau diasah sebelum di simpan.
Batu asah selalunya dibuat kotak khas dan ditutup kalau tidak digunakan untuk menghalang daripada batu itu pecah apabila terjatuh atau kena habuk. Meja kerja mestilah kuat, semua tanggamnya baik,berdiri dengan betul diatas lantai 5.Jangan sesekali memaku diatas muka meja,kerana akan merosakkan muka meja serta akan merosakkan perkakas anda kalau terkena paku,ada cara lain untuk memegang benda kerja diatas meja kerja. 6.Jaga meja kerja dari terkena perekat atau glu, kerana glu yang telah keras akan menggangu atau merosakkan perkakas.jika terkena juga bendakerja yang sedang dikerjakan,bersihkan dengan kain basah sebelum ianya keras. Sangatlah mustahak menyimpan perkakas yang telah ditajamkan itu dengan betul dan baik, anda tidak dapat menjadi tukang yang baik jika menggunakan perkakas yang tumpul dan tidak diasah dengan betul ataupun perkakas yang sumbing. Ketajaman mata alat itu akan hilang atau tumpul apabila terkena pada keluli,paku atau glu yang telah keras,dengan itu sangatlah mustahak menjaga perkakas apabila membawanya ketempat lain dengan cara menyimpan didalam peti atau pun dengan cara disampul atau dibungkus matanya samada dengan kulit,getah atau kain tebal. ketam, gergaji atau pahat jangan sesekali digunakan pada kayu yang kotor seperti berpasir,bergetah,simen atau lain-lain dan kalau terdapat kayu seperti itu perlulah dibersihakan terlebih dahulu sebelum digunakan. Apabila bekerja diluar dan dan membawa alat-alat,mata ketam hendaklah dikeluarkan dari badannya. Juga pahat dan gergaji mestilah dijauhkan dari tukul besi atau sesiku. Sebaik-baiknya mata alat itu dibungkus atau disampul dengan kain tebal atau getah. KESELAMATAN UMUM BEKERJA DI JENTERA KERJA KAYU 1. Jangan gunakan mana-mana jentera dengan tidak mendapat kebenaran daripada pegawai yang menjaganya. 2. Pastikan betul – betul yang anda itu benar-benar faham cara-cara penggunaan jentera itu sebelum digunakan. 3. Selalu gunakan pengadang keselamatan seberapa boleh.
4. Jaukan tangan dari pisau atau mata jentera setiap masa. 5. Berhentikan jentera sebelum membuat apa-apa perubahan atau pelarasan. 6. Tumpukan sepenuh perhatian semasa berkerja dijentera. 7. Pastikan semua bahagian yang bergerak tu ada berminyak atau minyak pelicin. 8. Pastikan semua pisau atau mata itu cukup tajam sebelum menggunakan jentera 9. Lapurkan semua kemalangan samada kecil atau besar pada pegawai yang menjaga dengan seberapa segera 10.Tutup semua suis setelah selesai bekerja dengan jentera tersebut.