Pendidikan Perlukan Anjakan Paradigma

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Perlukan Anjakan Paradigma as PDF for free.

More details

  • Words: 597
  • Pages: 2
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Pendidikan perlu anjakan paradigma Sistem pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi perlu berubah dari semasa ke semasa dalam usaha menangani cabaran baru yang bertukar mengikut peredaran zaman. Timbalan Pengarah, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Saat Md Yasin, berkata dunia sedang mengalami perubahan pesat yang tidak dirasai masyarakat terdahulu. Katanya, perubahan itu berlaku hasil kewujudan fenomena baru iaitu masyarakat dibanjiri dengan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan dalam masa yang singkat. Menurutnya, masyarakat dan negara yang lebih awal mendapat maklumat dan pengetahuan baru berada di hadapan negara yang lambat serta tidak dapat memanfaatkannya. Bagaimanapun, menurutnya, negara yang lebih awal mencapai kejayaan menerusi revolusi pertanian dan perindustrian serta mendahului negara lain tidak semestinya kekal di tangga teratas pada zaman ledakan maklumat dan ilmu pengetahuan masa kini. “Bagi memastikan ilmu pengetahuan dapat dilaksanakan secara pantas dan berkesan, seseorang yang terbabit dengan perubahan itu terlebih dahulu perlu mempunyai ciri-ciri mudah berubah dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku masa kini dan akan datang. “Mereka perlu membuat anjakan paradigma sebelum dapat menerima perubahan yang sudah dan akan berlaku dan sekiranya ia tidak diterima, perubahan yang dikehendaki atau yang sudah dirancang dengan rapi tidak dapat diperoleh. “Sebelum melakukan anjakan paradigma, seseorang itu perlu terlebih dahulu memahami maksudnya,” katanya dalam kertas kerja bertajuk ‘Anjakan Paradigma Dalam Pendekatan Kepimpinan Pendidikan’ yang dibentangkan pada Seminar Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, dan Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, UM. Anjakan paradigma dikenali di kalangan ahli sains setelah Thomas Kuhn memperkenalkan istilah itu dan menghuraikan maksudnya. Paradigma bermaksud suatu modal atau corak dan ia juga satu set peraturan. Peraturan turut dikenali

Pendidikan perlu anjakan paradigma___________________________________

sebagai prosedur, piawaian dan rutin dengan ia boleh melakukan dua perkara iaitu mewujudkan sempadan dan peraturan itu serta menjelaskan kaedah terbaik menyelesaikan masalah. Dr Saat menjelaskan, paradigma memberi kesan kepada pertimbangan dengan mempengaruhi persepsi serta ia menjadi penghalang daripada menjangkau masa depan dengan jayanya. Katanya, paradigma yang dimiliki memberi kesan kepada segala tindak balas kerana ia dikecapi menerusi pengalaman yang dilalui pada setiap masa. Beliau berkata, seseorang sentiasa melihat data dan maklumat terbaik daripada himpunan data yang sesuai dengan peraturan serta cuba mengabaikan yang lain. “Akibatnya dapat dilihat dengan jelas seseorang itu tidak boleh difahami langsung oleh orang lain yang mempunyai sudut pandangan bercerminkan paradigma yang berlainan. “Sekiranya dua orang mempunyai paradigma berlainan diminta bekerjasama, besar kemungkinan kata sepakat dalam membuat keputusan tidak akan tercapai selagi kedua-dua pihak bertegas tidak mahu memberi pertimbangan kepada sudut pandangan pihak lain. “Oleh itu, wujud suatu keadaan yang diistilahkan sebagai ‘kelumpuhan paradigma’ kerana kepercayaan bahawa hanya terdapat suatu cara bagi melakukan sesuatu,” katanya. Sehubungan itu, menurutnya tidak terdapat satu cara yang lebih baik untuk melakukannya kerana individu terbabit menjadi ‘buta’ dengan kejayaan melalui paradigma lama. Dr Saat berkata, apabila berhadapan dengan cara baru yang berlainan dengan tujuan meneruskan kejayaan pada masa depan, seseorang akan menolaknya kerana tidak sesuai dengan peraturan yang sudah biasa dan amat cekap dilakukannya. Manakala, anjakan paradigma pula bermaksud suatu cara pemikiran baru yang revolusenir (revolutionary) tentang sesuatu masalah lama iaitu suatu perubahan persepsi yang dramatik dan secara kolektif. Sebagai contoh anjakan paradigma dari segi kepercayaan seperti persepsi bahawa ‘dunia ini rata’ kepada ‘dunia ini bulat’ atau daripada ‘komputer bersaiz bilik darjah’ kepada ‘komputer palm-top’. Anjakan paradigma biasanya berlaku apabila peraturan permainan gagal untuk memberikan penyelesaian berkesan kepada masalah kita serta dalam kebanyakan situasi. Oleh itu, sesuatu anjakan paradigma berlaku apabila terdapatnya rangsangan dari luar

Related Documents


More Documents from ""