Kenapa Anda Perlukan Takaful. Dalam kehidupan seharian soal makanan begitu dititikberatkan, contohnya halal dan haram, sembelih atau tidak binatang seperti lembu atau ayam yang akan dimakan. Begitu juga sejak kebelakangan ini soal yang sering dibangkitkan ialah barangan pengguna yang diimport yang tiada logo halal ataupun kesahihan logo halal bagi makanan yang diperbuat oleh orang bukan islam. Sumber wang diperolehi untuk membeli makanan juga diambilkira dan dipastikan adalah dari sumber yang halal. Begitu juga dengan sistem perniagaan, perbankan dan perundangan juga telah bergerak daripada sistem kapitalis ke sistem islam yang mana kebanyakkan orang islam mahupun orang bukan islam percaya sistem islam adalah yang terbaik, lebih adil dan efisian. Daripada dua fenomena diatas sudah tentu kita percaya bahawa sistem insurans islam ataupun lebih dikenali sebagai takaful adalah sistem yang terbaik dan adil untuk umat islam maupun yang bukan islam. Sistem islam yang suci bersifat menjaga kepentingan ummah didunia dan akhirat. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan asal insurans diperkenalkan ialah untuk memberikan perlindungan keewangan apabila seseorang itu ditimpa musibah kematian atau lain-lain. Tentunya wang yang kita ingin salurkan kepada waris kita adalah dari sumber yang halal sebagai mana kita berikan makanan yang terjamin halalnya kepada keluarga kita sekarang. Oleh itu sistem takaful telah diusahakan apabila konsepnya telah diperkenalkan oleh zaman awal islam dahulu bagi menegakkan muamalah islam dan perlaksanaan islam yang sepenuhnya bersama-sama perbankan islam. TAKAFUL - PILIHAN YANG MENEPATI SYARAK. Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat. Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri. Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut; Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu; •
a.
Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
•
b.
Mengandungi unsur judi.
•
c.
Mengandungi muamalah riba.
AKTIVITI MUAMALAT ISLAM Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannya berdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah semata-mata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kaunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam. UNSUR DAKWAH ISLAMIAH Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.
Istilah Takaful Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
•
Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
•
Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
•
Menjaga kebajikan sosial
•
Mewujudkan keharmonian sosial
•
Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui. •
Tiada unsur riba
•
Tiada unsur maisir (judi)
•
Tiada unsur gharar
•
Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)
Konsep Tabarru' Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'. •
Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
•
Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
•
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
•
Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
•
Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
•
Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
•
Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
•
Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakanrakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
•
Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
•
Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat. •
Mudharabah bermaksud perkongsian untung
•
Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
•
Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
•
Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
•
Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bung
•
Mudharabah dibenarkan oleh agama
•
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan bergantung kepada keuntungan.
•
Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
•
Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
•
Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
KEPERLUAN TAKAFUL
•
Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
•
Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
•
Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
•
Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
•
Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
•
Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.
•
Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.
•
Sistem takaful menguntungkan.
SETIAP SESUATU PERKARA ITU SEMESTINYA ADA KEPENTINGANNYA. Begitulah dengan Insurans Islam Ini. Antara keperluan semasa kita termasuklah 1. Simpanan dan Perlindungan 2. Pendidikan Anak Anak 3. Penyakit / Bil Hospital 4. Keluarga Anda
5. Pendapatan Semasa Pencen 6. Haji / Umrah / Bercuti 7. Wanita / Surirumah 8. Kecacatan Kekal 1. SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap. Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :
•
Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
•
Untuk pendapatan masa tua.
•
Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.
•
Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.
2. PENDIDIKAN ANAK
•
MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :- Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.
•
Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.
•
Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.
•
Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.
3. PENYAKIT KRITIKAL / BIL HOSPITAL Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN. Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG
4. KELUARGA ANDA Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan. (Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA) "Semua perlindngan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful" Tanyakan Pada Diri Anda :•
Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
•
Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya
5. PENDAPATAN SEMASA PENCEN
•
KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELAJAAN Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga. Jangkahayat Semangkin Meningkat. Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik. UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.
•
UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)
Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam. 6. HAJI / UMRAH / BERCUTI SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?. Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini. Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya. 7. WANITA DAN SURIRUMAH
WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:- Lindungi Pendapatan Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan. Pendapatan Pencen Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi. 8. KECACATAN KEKAL
•
SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan. Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.
•
Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.
•
Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.
•
Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ?
Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ? Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi. Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya. Mulakan Polisi Anda Sekarang Sebelum Terlambat.
Adakah Modal Perbankan Islam Haram ? Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaan bagi bankbank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan "kesucian" modal bankbank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya : adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor? Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:
a) Wang itu sendiri adalah "tidak haram" dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi "haram" disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265). b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individuindividu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk. Jika dilihat di sisi Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal. Imam Ibn Nujaim pula berkata: "Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: "....Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal." (Al-Mughni, 4/334) Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116). Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-
•
a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
•
b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
•
c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
•
d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
•
e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
•
f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
•
g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 ) Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya. Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai
modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan. Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi. Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu. Selain itu, Ulama silam juga telah membincangkan berkenaan hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram. Isu ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional
Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/ Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.? Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma. Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini. Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :•
a) Tabarru' dan Mudarabah
•
b) Wakalah dan Tabarru Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini ) 1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru' Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu. 2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya. Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza
dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah). Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;Konvensional Takaful Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang diinsurankan yang disertakan dengan pelaburan. Peserta membuat caruman ke dalam skim. Pemegang polisi membayar premium Peserta saling menjamin sesama sendiri di kepada penanggung insuran bawah skim. Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan * Pengendali Takaful bertindak sebagai wang insuran dan kumpulan wang pentadbir skim dan membayar Takaful pemegang saham) daripada kumpulan wang takaful. * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa dilaburkan dalam instrumen yang selari sebarang kekangan Shariah dengan Shariah. Wang pelanggan dianggap wang syarikat Wang pencarum tidak di kira sebagai wang insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar syarikat malah ia diasingkan dan tidak oleh pelanggan. dimiliki oleh pengendali Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya kecuali nisbah yang disumbang dari wang oleh syarikat. Ia juga adalah objektif syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah utama syarikat insuran. milik tabung kumpulan wang pencarum. Lebihan, untung atau pulangan dipegang Pencarum tidak berhak untuk mendapat oleh tabung untuk dibahagikan semula sebarang bahagian dari 'surplus' kepada pencarum. Demikian penerangan ringkas saya. Baru baru ini saya telah mengambil keputusan untuk mematikan insuran nyawa (surrender policy) MAA saya yang bernilai $200 000.Ini kerana saya takut akan murka Allah kelak.Insuran ini telah saya beli sebelum saya memeluk agama Islam.Saya telah bayar premium sebanyak lebih kurang $40 000 (RM$4000 setahunX10 tahun).Selepas mematikan insuran ini,MAA akan hanya membayar balik $11 000.Jadi saya telah hilang lebih kurang $29 000. Saya juga telah mematikan insuran pendidikan anak dari Asia Life dengan hanya mendapat balik wang premium saya $5000.Dan saya akan juga mematikan insuran Great Eastern saya nanti.Saya akui memang akan kerugian banyak (kehilangan duit premium yang saya telah bayar)dan juga ditanya oleh kerani insuran kenapa saya nak matikannya,saya cuma jawab ini soal agam saya iaitu Islam yang mengharamkan Insuran dan saya lebih takut kepada azab yang akan menimpa saya kelak jika saya tidak membatalkannya.
Sekarang hati dan fikiran saya tenang dan berdoa agar Allah s.w.t akan memaafkan kesalahan saya yang lalu.ASB pon telah saya hentikan dulu lagi.Duit yang ada semua nya dalam akaun Mudharabah sahaja.
Insuran Menurut Perspektif Islam
Benarkah Insuran Haram Menurut Islam? Disediakan Oleh : Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan
[email protected] ميحرل نمحرل للها مسب 1. MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya. Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :1. Pembahagian insuran. 2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran 3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram? 4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya? 5. Alternatif Islam dalam hal Insuran. Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. 2 Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya dijelaskan dua bentuk asas Insuran, ia adalah :1. Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari) 2. Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie) Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) : Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman pencarum.3 Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut : 1. Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat kontrak yg mengandungi aspek ijab & qabul. 2. Pihak yg memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran. 3. Pencarum, individu yg membayar jumlah tertentu dan yg membuat penjanjian dgn syarikat Insuran.
4. Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kpd individu atau isteri dan lain2. 5. Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yg diandaikan yg ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain2. . Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Prof. Dr Othman Syabir, cet Dar an-Nafais, hlm 106 . Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170 3. ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33 1 2
1 Insuran Menurut Perspektif Islam
Bentuk Insuran ini spt :- Insuran Terhdp Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2. Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia. Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta’awuni): Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd sesuatu Badan Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar saling bantu membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan.4 Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama’ mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam. 2. ULAMA’ DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu penulis ingin menyebut bahawa Kesatuan Ulama’ Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh ‘Alami) telah pun bersidang memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini. Keputusannya, jumhur @ majority dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN insuran ini.
Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama’ besar yg berpandangan sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama’ ini adlh seperti berikut :1. Kumpulan Yg Mengharamkan Insuran Bersifat Perniagaan & Jenis-jenisnya. Mereka terdiri daripada ulama’ berikut :a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M) b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari’ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama’ terulung dlm Ilmu Fiqh) c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih) d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut’ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M ) e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha’ terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir) f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa’iz (Bekas Mufti Iraq) g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar) h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar) i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar) j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara’ah (Bekas Mufti Mesir) k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama’ dan Da’ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar) l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar) m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar) n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa’ teralim di ketika ini) o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan) p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama’ terkenal di Jordan kini) q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama’ terkenal di dunia)
2. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Dgn Meletakkan Syarat2 Tertentu. Mereka adalah :
. Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm 131. 4
2 Insuran Menurut Perspektif Islam
a. As-Syeikh Abdullah Siyam (Ulama Takhassus Fiqh dalam tahun 1932 M) b. As-Syeikh Prof. Abd Wahab Al-Khallaf (Prof. Syariah di Univ. Kaherah, wafat thn 50 an) c. As-Syeikh Prof. Dr. Yusoff Musa (Prof. Syariah di Univ. Kaherah) d. As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa az-Zarqa’(Prof. Syariah di Univ. Jordan & Ulama’ terulung sezaman dgn Abu Zuhrah) e. As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Syariah Univ. Al-Yarmouk & ulama’ terkenal di Jordan kini) 3. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Kecuali Insuran Nyawa. Mereka adalah :a. As-Syeikh Prof. Muhd Ahmad as-Sanhuri (ulama’ terkemuka di tahun 50 an) b. As-Syeikh Prof. Dr Ali Khafif (ulama’ Mesir yg terkemuka di bidang fiqh mu’amalat) Demikianlah pecahan kumpulan ulama’ terkemuka di dunia Islam yg terzahir pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di seluruh dunia. Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis perniagaan adalah majority. Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh mencecah ratusan halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk memperbicarakan dalil2 kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama’ & apakah dalil asas ulama’ yg mengharuskannya. 3. SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ? Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah & sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus Fiqh di Universiti2 bg penjelasan dgn lebih terperinci. Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :- Pembahagian kpd Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma @ Sumbangan) - Riba & pembahagiannya - Syarat jual beli dalam Islam. - Jual beli Gharar dan pecahannya. - Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum). Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu dlm masalah ini. Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :1. Terdapat Unsur Riba.5 • Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat: a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin – jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2) b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin) c. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin) Syarat ini bersumber dari hadith : ملسم و يراخبل هاور...( ضعب ىلع اهضعب اوفشت لو, (لثمب لثم لإ بهذلب بهذل اوعيبت ل . Al-Mu’amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423 5
3 Insuran Menurut Perspektif Islam
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim) (يبت ل ءاوسب ءاوس لثمب لثم نزوب انزو لإ قرولب قرول لو بهذلب بهذل اوع (ملسم Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.. Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI. Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba An-Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba AnNasiah ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak 6 Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’ • Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan. • Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2. • Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2. 2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar).7 Nabi SAW bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda “Melarang drpd urusniaga yg mengandugi gharar” (Riwayat Muslim)8 . ‘Uqud at-Takmin, hlm 111 . Rujuk Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga ‘Uqud at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait, 8. Muslim, Kitab al-Buyu’ ; Malik dlm al-Muwatta’ ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ; Rujuk Fath alBari, Ibn Hajar Al-‘Asqolani, Jld 5, hlm 260 6 7
4 Insuran Menurut Perspektif Islam
Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2. Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat, dgn itu ketidak adilan
berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2 bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?. Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam, Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak menjadi rosak, antara syaratnya 9 :a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas–kiranya jenis yg ditimbang) b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika beli) c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas. d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh. e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan. f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi. Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad10. Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. 11 Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2 brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga.12 Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini. Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay’ al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. 13 3. Terdapat unsur Perjudian. Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit alMut’ie dlm risalahnya hlm 14, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian. 14 . Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi, Jld 9, hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu’amalat, Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbay azZuhayli, 5/3325 10. Baltaji, hlm 68 11. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu’ dlm semua cetakan. 12. Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95 13. Rujuk perbincangan yg lanjut & menarik dlm ‘Uqud at-takmin, Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93 14. Ahkam Mu’amalat Mu’asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380 9
5 Insuran Menurut Perspektif Islam
Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn katanya : “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah..” 15
Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama16. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi dan apa pula yg akan dibayar) Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta’awuni yg dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama’ yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan. 4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan Hukum) Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng’qias’kan insuran dgn system berikut : a. ‘Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan) b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) – suatu aqad yg diterima pakai oleh ulama’ Mazhab Hanafi. c. Maslahat (kepentingan tertentu) d. Al-Wadi’ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak) e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa’ud) f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat) Dan beberapa yg lain. Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj. Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh seperti : تاروظحمل حيبت تارورضل
Mafhum : Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan. ريسيتل بلجت ةقشمل Mafhum : Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh) عستا رملا قاض اذإ Mafhum : Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas. Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg 15 16
. Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, hlm 17 ‘Uqud at-Takmin, hlm 98
6 Insuran Menurut Perspektif Islam
mencecah tahap dharurat 17 atau paling kurang jatuh ke tahap ‘hajiat’ 18. Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.19 Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat shj. b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat, hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini,
terdpt di dalam Islam system Insuran Islam yg dinamakan Takmin Ta’awuni atau Ijtima’ie (akan disebut slps ini). Ia adalah harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini. Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini. Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak, malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma’al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu’). 5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS. Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama’ terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana : 1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar. 2. Majlis Kesatuan Ulama’ Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram. 3. Majma’ al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta. 4. Majma’ al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan. Majma’ Fiqh juga secara ijma’ mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta’awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2.20 Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha’. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu
. Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan, tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku samada di dunia dan di akhirat. Lihat alMuwafaqat, jld 2, hlm 20 18. Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar dan kesempitan. Lihat al-Muwafaqat. 19. Al-‘Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga ‘Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm 476 20. Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mua’asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423 17
7 Insuran Menurut Perspektif Islam
terperinci oleh Para Ulama’ terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti terkemuka Islam. Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta’awuni @ ijtima’ie yg difatwakan secara ijma’ tentang keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis, Insuran Ta’awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca sekalian. Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara mutlaq. Antara syarat :1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak terlibat dalam unsur judi.
2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu’amalah secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal ini mungkin Syrkt Takaful M’sia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank berasaskan system Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah bantu membantu. Wallahu ‘a’lam 3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah mengampunnya. 4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item Ribawi. Wallahu a’lam. Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian, AGAR MENJAUHI INSURAN INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT. Sbgmn sabda Baginda SAW : هض رعو هنيدل أربتسا تاهبشل ىقتا نمف..
Mafhum : Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu’ ; At-Tirmizi dan an-Nasaie) (كبيری ل ام ىل كبيری ام عد(يئاسنلو يذمرتل Mafhum : Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad) Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith, menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan amalan syubhat. ابنذ هنوآ فوخو كشل هنم بلقل يف لصحو, ردصل هل حرشنی ملو,ددرتو هيف كرحت Mafhum : (Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak serta bimbang terjebak ke dosa (Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419) Saidina Umar al-Khattab ra berkata 21: ةبيرلو ابرل اوعد سانل اهيأی Mafhum : Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui (halalnya) 21
. Manhaj ‘Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri’, Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-‘Arabi, hlm 319
8 Insuran Menurut Perspektif Islam
6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM 1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta’awuni @ Ijtima’ie) Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabbaru’at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yg ditanggung. Dalil Keharusannya : Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi SAW. Antaranya : Mafhum Hadith : “ Sesungguhnya al-‘Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka” (Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55) Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg menjadi asas Insuran ta’awuni. Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan? a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan. b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang tertentu. c. Ia tidak dikira ‘uqud mu’awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan) tetapi hanyalah ‘uqud Tabarru’aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn berbezanya pengkelasan
kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru’aat tiada syarat seperti syarat jual beli walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi. Bentuknya : Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah. Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran ta’awuni: 22 1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum, samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2. Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan. 2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar. 3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran ta’awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh, kenderaan, harta perniagaan dan lain2. 4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga dan lain2. 5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi rigid dlm kaedah pengurusan. 6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan dan matlamat. 7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum. 8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan. 9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg pakar. 22
. Al-Mu’amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129
Insuran Menurut Perspektif Islam
9
Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis Perniagaan ia adalah hak Syarikat. 10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak dlm menjaganya. 11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas dasar elaun mengurus. 12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari’e demi meastikan sentiasa berjalan di atas landasan syara’. Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran ta’awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab Al-Mu’amalah al-Maliah al-Mu’asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm 130 dan selanjutnya. 2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus 23, Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu), Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh pemimpin yg bertanggung jawab. KESIMPULAN
1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama’, ia masih dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti pandangan MAJORITI ULAMA’ dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam. 2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan Majoriti ulama’ semasa terutama Insuran Nyawa. 3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (ta’awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi. Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu ‘a’lam. Sekian, Irbid, Jordan 29 Jamadil Akhir 1423 H (7 Ogos 2002) 23
. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422
10
Insurans Menurut Pandangan Islam Mengikut fakta pada 15 Jun 1972 , Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa insurans (konvensional) itu haram kerana terdapat perkara-perkara yang tidak selari dengan ajaran Islam atau pun terlibat dengan perkara yang Islam larang. Kemusykilannya di sini, kenapa maklumat atau fatwa nih tak sampai kepada masyarakat sedangkan fatwa telah pun diputuskan? Itu mungkin urusan JAKIM dan Majlis Fatwa. Punca Pengharaman Insurans konvensional diputuskan haram atas 3 sebab: 1. Gharar – Ketidakpastian 2. Maisir Judi 3. Riba
Gharar (Ketidakpastian) Dalam Islam sesuatu kontrak jual beli mestilah atas perkara yang jelas dan pasti. Sebagai contoh Ahmad ingin membeli lembu daripada Ali. Ali menyatakan lembu yang Ahmad ingin beli ada di dalam sekumpulan lembu tanpa menunjukkan secara khusus lembu yang ingin dijual kat Ahmad. Lembu yang gemuk ke, kurus ke, kecik ke, tak tau. Jika Ahmad membayar juga duit untuk membeli lembu itu (maka dalam Islam), kontrak atau akad jual beli tidak sah dan haram sebab terdapat unsur gharar (tak jelas). Prinsip ini diguna pakai untuk semua urusan jual beli. Dalam insurans konvensional, kontrak yang berlaku antara pencarum insurans dengan syarikat insurans ialah kontrak jual beli. Kontrak jual beli yang berlaku itu ialah si pembayar membeli risiko daripada syarikat Insurans dengan membayar setiap bulan. Ini dengan harapan jika berlaku risiko dia akan dapat pampasan. Benda yang dibeli adalah risiko, sedangkan kita memang tau
risiko adalah satu perkara abstrak atau subjektif. Risiko inilah yang membuatkan kontrak jual beli insurans tadi tak sah dan haram di sisi Islam. Maisir Judi Para ulama yang bersidang memutuskan insurans konvensional mengandungi unsur Judi. Sebagai contoh pelangagan insurans membayar RM 100 setiap bulan dengan harapan apabila terjadi sesuatu ke atasnya, dia akan mendapat RM 100,000. Konsep ini adalah konsep judi. Ini sama seperti orang tikam nombor ekor di Sport TOTO. Dia tikam RM 10 dengan harapan (kalau kena) dia akan dapat sejuta. Konsep judi ialah sesuatu pembayaran yang sedikit membolehkan kita mendapat hasil yang banyak dengan tidak tahu cara mana yang membolehkan dia mendapat duit yang banyak. Riba Riba yang dimaksudkan berlaku di sini ialah contohnya dalam masa setahun Abu membayar RM 1,200 kepada syarikat insuran. Masuk tahun kedua Abu meninggal dunia. Mengikut perjanjian, syarikat insurans perlu membayar pampasan sebanyak RM 100,000. Maka lebihan dari RM 1,200 (100,000 – 1200 = 98,800) dikategorikan sebagai riba oleh ulama’. Pilihan Yang Ada Pilihan yang kita ada ialah sistem Takaful. Takaful (dari bahasa Arab) yang mana kata asas dia Kafala bermaksud jamin dan Takaful saling jamin-menjamin. Maknanya setiap orang yang menyertai Takaful, dia memang dah berniat untuk menyertai kumpulan yang sentiasa saling jamin-menjamin. Ia bermaksud jika terjadi sesuatu pada orang dalam kumpulannya dia redha duitnya digunakan sedikit bagi membantu orang yang ditimpa musibah itu. Dalam sistem Takaful ada satu akaun yang dinamakan Akaun Khas Peserta yang bertindak sebagai Dana Takaful bagi membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Setiap orang yang menjadi peserta Takaful telah bersedia untuk mendermakan atau menyedekahkan sebahagian daripada wang yang dimasukkan setiap bulan ke dalam tabung Akaun Khas Peserta dengan peratusan tertentu melalui konsep muamalat Islam yang dinamakan Tabarru’at (derma atau sedekah kepada yang memerlukan). Maka tidak berlaku kontrak jual beli risiko seperti insurans konvensional. Jika insurans konvensional menggunakan konsep Tabarru’, maka secara automatik ia boleh jadi halal. Apabila tiada unsur keraguan (gharar) dan dari segi konsep asas dah jelas, maka tiada unsur Riba dan judi dalam Takaful. Memang sudah jelas ada perjanjian atau akad setiap peserta Takaful untuk sama-sama bantu-membantu dan menjamin sesama sendiri. Sekiranya berlaku musibah kepada setiap ahli peserta yang membuat perjanjian, Pihak Takaful Nasional atau Takaful Malaysia hanya bertindak sebagai orang tengah atau pihak yang menguruskan proses pengumpulan wang derma atau sedekah para peserta yg berada dalam Akaun Khas Peserta. Satu lagi perkara yang agak penting ialah berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insurans yg kita sertai. Ada insurans konvensional yang melabur dalam perniagaan arak untuk mendapat keuntungan. Sebagai contoh Great Eastern, ada melabur ke kaunter saham Carlbergs. Walau bukan semua dilaburkan ke kaunter arak tetapi jelas ia bercampur antara kaunter haram dan halal. Majlis Pengawasan Syariah Perlu ditegaskan di sini, syarikat insurans Islam seperti Takaful Malaysia dan Takaful Nasional, mereka mempunyai satu badan khas untuk memantau perlaburan dan perjalanan pengurusan syarikat Takaful itu. Ini supaya mereka tidak lari daripada syariat Allah. Takaful
Nasional contohnya, pengerusi Majlis Pengawasan Syariahnya ialah Dato Hj Harussani bin Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan. Majlis ini juga dianggotai oleh beberapa tokoh lain yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama dan muamalat Islam. Dalam Takaful Nasional ade 3 peringkat Majlis Pengawasan Syariah yang membuat pemantauan ke atas segala pelaburan yang dibuat oleh Takaful: 1. Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional 2. Majlis Pengawasan Syariah BSKL 3. Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia
Katakan Takaful melabur di kaunter arak (Tiger, Carlberg dll) tetapi terlepas daripada pemantauan atau pengetahun Majlis Pengawasan Syariah Takaful, Takaful mesti melalui pemantauan MPS BSKL pula. Jika MPS BSKL terlepas pandang juga, dia akan dipantau pula oleh MPS Bank Negara Malaysia. Tiada sesiapun boleh terlepas daripada MPS Bank Negara sama ada syarikat insurans atau pun bank-bank di seluruh Malaysia. Bank Negara Malaysia bertanggungjawab memantau semua aktiviti dan perjalanan institusi kewangan, perbankan dan insurans di Malaysia. Jika MPS Bank Negara mendapati Takaful Nasional melabur di kaunter arak, maka lesen Takaful akan ditarik balik dan tidak boleh menjalankan perniagaan insurans sampai bila bila. Majlis seperti ini tiada dalam syarikat insurans konvensional. Pelaburannya ke mana, Wallahua’lam (hanya Allah yang tahu). Begitu juga dengan pelaburan ASN, ASB dan lain-lain, pelaburannya memang terlibat dengan kaunter haram (kaunter arak dan judi). Walaupun memang ada kaunter halal tetapi peratus ke arah yang haram lebih tinggi. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang belum melabur lagi lebih baik tidak melabur dan sesiapa yang sudah melabur dinasihatkan mengeluarkan pelaburannya. Melainkan kalau memang ada niat nak sumbangkan modal ke arah perniagaan yang haram. Perlu Memilih Begitu juga dari aspek perbankan. Untuk pinjaman perumahan atau kereta, carilah bank yang keislaman sistemnya. Sekarang ini sudah ada Bank Islam sendiri atau bank-bank konvensional lain yang membuat sistem pinjaman secara Islam. Pilihan sudah ada, keputusan di tangan anda. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang kurang atau tak berminat pun nak masuk Insurans Hayat ataupun Takaful Keluarga. Tetapi setidak-tidaknya kita semua mesti ingin memiliki kenderaan sendiri seperti motor dan kereta. Untuk insurans kenderaan pilihlih yang memiliki sistem Islam. Takaful Malaysia, Takaful Nasional dan Takaful Ikhlas ada menyediakan Takaful Am untuk kenderaan. Jika insurans sedia ada memang dah konvensional, teruskan. Namun apabila sampai masa nak perbaharuinya, carilah insurans yang Islamik. Nanti apabila kemalangan (minta dijauhkan) kenderaan kita menggunakan insurans yang halal di sisi Allah. Sekarang ini terpulang atas diri masing-masing, kalau kita sayangkan Islam dan Iman yang ada pada diri kita maka kita akan pastikan diri kita tidak terlibat langsung dengan perkara-perkara haram atau pun syubhat. Ini perlu dipastikan dari semua aspek kehidupan, sama ada ibadah, makanan, pakaian, harta pencarian, pergaulan, politik pemerintahan, undang-undang, sistem perbankan dan insuran serta banyak lagi. Mungkin kita tidak elak kesemuanya sekali, sebagai contoh PTPTN tetapi setakat yang kita mampu cuba elakkan sedaya upaya. Allah tidak memandang kepada hasil sesuatu tetapi Allah memandang kepada usaha kita yang bersungguhsungguh untuk membersihkan diri masing masing dari seluruh aspek. Penutup
Sebagai kata penutup renung perbandingan mudah ini. Kalau Bank konvensional terima pakai Islam, kenapa perlu ada system perbankan Islam macam Bank Islam dan Bank Muamalat dan Bank Rakyat?Kalau sistem insurans konvensional Islam terima, kenapa perlu ada system Takaful di Malaysia? Alhamdulillah ada golongan yang prihatin dan berusaha kuat mewujudkannya. Jadilah seorang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah dan agamanya. Juga sentiasa sensitif dengan segala perkara yang melibatkan kehidupan kita seharian supaya iman dan amal ibadah kita tidak dicemari oleh unsur-unsur yg Allah murka dan larang. Ingat, kehidupan kita bukan sekadar atas dunia ini. Nun jauh di sana, akhirat bakal menanti cuma tak tau bila masa. Sampai masa takkan sorang pun terlepas. Setiap saat dan setiap perlakuan kita akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Mudah-mudahan dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah dan Allah sentiasa menaungi kita dengan rahmat dan redha-Nya. Rencana ini disumbang oleh saudara M. Hazif Azlan Ziaudin Ahamed (http://hazifazlan.blogspot.com/) dan disunting serta diringkaskan oleh Hamim bin Nasoha untuk disesuaikan dengan blog.
7 Comments
Add your own
TAKAFUL SEBAGAI PILIHAN MENEPATI HUKUM SYARAK. Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak Islam.Walaubagaimanapun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvesional adalah darurat. Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvesional tidal lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.
AKTIVITI MUAMALAT ISLAM Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannyaberdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah semata-mata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem
perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.
DISUSULI UNSUR DAKWAH ISLAMAH Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.
KHUTBAH JUMAAT : INSURANS MENURUT PANDANGAN ISLAM Khutbah Jumaat di Masjid Besar Shah Alam 12hb. Mei, 2000 Sidang Jumaat yang dihormati Allah, Umat Islam wajib mengamalkan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan termasuklah sistem kewangan dan sistem perlindungan insurans yang berlandaskan kepada syariat atau hukum syarak. Hal ini amat penting dipraktikkan demi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan umat. Memandangkan perlindungan adalah satu keperluan dan tidak boleh diambil ringan oleh setiap anggota masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai selama ini oleh umat Islam ialah insurans. Insurans boleh difahami sebagai satu akidah di mana satu kumpulan masyarakat berikrar untuk mengumpul segala usaha dan sumber untuk mengwujudkan satu pakatan untuk saling bekerjasama sesama mereka jika ditakdirkan sesiapa sahaja di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, ahli kumpulan yang dilanda musibah itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya dalam bentuk sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa bebanan yang terpaksa dipikul akibat musibah yang menimpa akan dapat diringankan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sesetengah orang mempertikaikan apakah sistem yang wujud dalam insurans ini sebenarnya datang dari Islam atau rekaan dari Barat ? Sebenarnya sistem perlindungan yang disebut insurans ini berasal dari kaedah yang digunakan oleh pedagag-pedagang Arab di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka merupakan generasi pertama yang mempraktikkan konsep perlindungan selama ini. Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan menggunakan unta, mengembara daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain secara berkumpulan (khafilah). Dalam menjalankan urusniaga seperti ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan oleh lanun padang pasir, dilanda ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain ancaman sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian, kemusnahan dan kehilangan barang dagangan mereka, malah juga boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri. Bagi mengatasi atau meringankan ancaman dan bebanan ini maka pedagangpedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat antara mereka mengagihagihkan barang dagangan kepada beberapa khafilah atau rombongan perniagaan. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas manamana khafilah, maka kerugian, kemusnahan dan kehilangan harta benda yang dialami hanya sekadar terhad kepada khafilah yang ditimpa musibah itu sahaja dan tidak kepada khafilah-khafilah yang lain. Apabila agama Islam datang dan seterusnya tertegak negara dan kerajaan Islam di Madinah, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam Arab sebelum itu terus dikekalkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Antara sistem ini ialah yang berkaitan dengan prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama di kalangan masyarakat. Di dalam masyarakat kita di kampung-kampung khususnya terdapat juga amalan yang berteraskan prinsip saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama ahli masyarakat seperti perlaksanaan tabung khairat kematian. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Penyertaan umat Islam khususnya dalam pelbagai bentuk kemudahan perlindungan yang disediakan oleh sesetengah syarikat insurans ini telah menimbulkan keraguan kepada mereka dari segi hukum syarak. Ini disebabkan mereka merasakan bahawa perjalanan perlindungan insurans ini tidak selari mengikut hukum syarak. Sehubungan dengan ini, para ulamak dan pakar perundangan Islam dari negara-negara Islam telah menjalankan kajian terperinci mengenai kaedah pengendalian dan perjalanan syarikat insurans. Pada umumnya mereka berpendapat kontrak insurans yang berasaskan akad jualbeli tetapi tidak menepati rukun jualbeli mengikut syarak kerana mengandungi tida unsur yang menyebabkan kontrak tersebut tidak selari dengan kehendak hukum syarak. Tiga unsur yang dimaksudkan itu ialah : 1. Gharar Gharar memberi erti tidak jelas, kabur dan terdapat penipuan dalam perjanjian. Islam mensyaratkan bahawa sesuatu perjanjian yang hendak dimeterai antara mana-mana pihak mestilah jelas tentang perkara yang menjadi isi kepada perjanjian tersebut. Contohnya apabila musibah berlaku maka pihak syarikat mesti membayar tuntutan yang telah dijanjikan. Tetapi di dalam perjanjian, ada sesetengah pihak tidak menjelaskan bagaimana dan beberapa jumlah tuntutan itu dibayar, sekian banyak tuntutan yang dijanjikan. Maka ini dinamakan gharar, begitu juga dengan mana-mana perjanjian yang terlalu berat sebelah sehingga boleh membawa kepada kerugian kepada satu pihak yang berjanji, maka perjanjian itu juga dikira mengandungi unsur gharar yang diharamkan itu. 2. Judi Iaitu apabila pihak yang memeterai perjanjian tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan maka dia tidak akan mendapat apaapa manfaat walaupun sebelum ini dia telah membayar caruman kepada syarikat. Maka caruman itu dikira hangus begitu sahaja, kecuali jika pihak yang mencarum tersebut membuat tuntutan disebabkan sesuatu musibah dalam tempoh tertentu. Konsep membayar tuntutan hanya apabila berlaku musibah dan tanpa tuntutan ianya dikira hangus, maka ianya sama dengan
konsep perjudian kerana ada unsur pertaruhan. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan” 3. Riba Iaitu mengenakan bayaran tambahan yang tinggi bagi setiap hutang yang diberikan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat dengan urusan tersebut. Ia merupakan satu amalan yang diharamkan oleh syarak dalam aktivit-aktiviti kewangan dan pelaburan sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba (dalam urusan kamu) sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Majlis Akadami Feqah Al-Islam yang dihadiri oleh pakar perundangan syariat dalam pelbagai disiplin ilmu dari seluruh dunia dalam satu persidangan pada bulan disember 1985 telah memperakukan bahawa perjanjian insurans yang mengandungi tiga unsur yang disebutkan tadi adalah tidak selari dengan landasan syariat. Insurans yang harus di sisi Islam hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsip kerjasama. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud : Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya” Berdasarkan maksud ayat Al-Quraan tersebut, agama Islam menghendaki umatnya agar bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal-hal kebajikan dan sebaliknya melarang kita bantu-membantu dalam melakukan kejahatan serta bermusuh-musuhan. Dalam masyarakat Melayu, amalan bantu-membantu dalam kebajikan ini
sudah lama dilaksanakan. Pepatah Melayu ada menyebut : "Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setitik jadikan selaut. Sekepal jadikan segunung. Misalnya bagi meringankan beban kerja dan menjimatkan belanja maka usaha bergotongroyong oleh penduduk sesebuah kampung dalam sesuatu aktiviti kemasyarakatan menjadi amalan biasa satu ketika dahulu. Begitu juga dengan tabung khairat kematian yang diwujudkan di kampung-kampung yang biasanya berpusat di masjid atau surau bagi mambantu waris atau tangungan mana-mana ahli kariah ayng meninggal dunia. Melalui tabung khairat kematian ini, ahli-ahli akan mambayar sejumlah wang dan daripada wang yang terkumpul inilah kahirat kematian akan dibayar kepada ahli waris yang meninggal dunia itu. Berdasarkan hakikat ini, insurans secara Islam hendaklah berasaskan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dan berpandukan ciri-ciri ini jugalah maka ulamak feqah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariat hendaklah berasaskan kepada konsep Takaful. Justeru itu, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk menyertai perlindungan insurans yang berkonsepkan Takaful seperti yang diamalkan oleh beberapa negara seperti Sudan, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain lagi. Semoga kehidupan umat Islam hari ini dalam menyertai perlindungan insurans itu tidak menyimpang daripada landasan syariat yang sebenarnya.
. TABARRU'AT PENYELESAIAN KEPADA INSURANS KONVENSIONAL Umum mengetahui insurans mempunyai tujuan yang baik kerana ia menggalakkan sikap jamin menjamin dan bantu-membantu dalam masyarakat. Namun oleh kerana wujudnya beberapa unsur yang ditegah oleh Islam dalam transaksinya maka ianya telah ditegah. Sebagai gantinya, para ulamak telah memutuskan 'Takaful' sebagai cara yang terbaik kerana ia bersesuain dengan keredhaan syarak. Kajian turut mendapati, kebanyakan ulamak sepakat mengharamkan insurans
konvensional khususnya insurans nyawa kerana kontraknya berasaskan 'Dasar Jual Beli' dan oleh kerana ia tidak dapat memenuhi syarat 'barang' yang menjadi salah satu rukun jual beli, maka ia telah melahirkan unsur 'Gharar (keraguan berhubung keadaan barang dan sifat-sifatnya) dan Maisir (judi)'. Disebabkan tujuan insurans adalah baik, iaitu membantu mereka yang ditimpa kesusahan maka cara untuk mengubahkannya agar menjadi halal disisi syarak ialah dengan mengubah 'Asasnya' iaitu 'Dasar Jual Beli' yang menjadi masalah kepada muamalah ini kepada "Dasar Pengumpulan Derma Ikhlas (Tabarru'at)". Tabarru'at (derma ikhlas) ini merupakan sumbangan yang diberikan oleh setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful. Setiap peserta akan membuat akad ini dengan secara ikhlasnya untuk membantu dikalangan mereka jika ditimpa musibah. Di sini peserta mesti memahami konsep tabarru'at yang telah mereka akadkan, iaitu; Apabila Konsep Tabbaru'at diperkenalkan maka dengan sendirinya seluruh pengurusan insurans itu sudah tidak terlibat lagi dengan unsur-unsur yang diharamkan kerana Asasnya telah diubah. Ini bermakna, kontrak takaful tidak menggunakan asas jualbeli kerana ia menimbulkan keraguan disisi Syarak, sebaliknya kontrak berbentuk derma, sekali-kali tidak memerlukan sebarang rukun yang perlu diikuti, melainkan dengan hati yang ikhlas sahaja. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (Yusuf al-Qardhawi, The Lawful and The Prohibited in Islam (trans), m.s 276) menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Derma ikhlas ini dapat menyempurnakan tujuan tersebut dan dapat menggelakkan sebarang keraguan. Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat,diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang
mesti disumbangkan mestilah besar juga.
. Kesimpulan Mungkin dari segi objektif, kita sukar untuk mengetahui perbezaan antara takaful dan insurans konvensional . Secara fizikal, keduanya tidak menunjukkan sebarang kelainan kerana operasinya melibatkan pembayaran untuk mendapatkan perlindungan. Namun begitu, dari sudut perlaksanaan, ianya mempunyai perbezaan yang amat ketara. Kontrak takaful dimulakan dengan akad tabarru'at, manakala kontrak insurans menggunakan akad jualbeli. Hal yang demikian telah menimbulkan masalah dari sudut syariah kerana tidak bertepatan dengan matlamat syariah yang menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat. Dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan tabarru'at (derma ikhlas) menjadi perkara penting dalam perlaksanaan perlindungan yang diredhai syarak. Walaupun begitu, mungkin pada pada suatu ketika nanti, pengendali takaful akan menggunakan akad yang lain dari tabarru'at bergantung kepada kesesuaian kontrak selagi ianya tidak bertentangan dengan Syarak. Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah
PERBAHASAN PERTAMA : Pengenalan Insurans (TOPIK I : Sejarah Insurans dan Perkembangannya) •
Thursday, September 18, 2008, 1:53
•
Muamalat, Takaful
•
985 views
•
1 comment
Insurans merupakan salah satu bentuk muamalah berteraskan sistem ekonomi yang baru muncul berbanding bentuk-bentuk muamalah yang lain. Di dalam sistem muamalah berteraskan ekonomi terdapat perbincangan khusus di dalam kitab-kitab fekah karangan para fuqaha’ masyhur terdahulu. Perbahasan-perbahasan tersebut mewarnai lembaran-lembaran yang membincangkan tentang perbahasan muamalat secara khusus. Berbanding muamalah yang lain seperti persoalan jual beli, riba’, mudharabah, wakalah, sewa, wakaf, wadi’ah, syarikat, wasiat, nazar dan sebagainya insurans merupakan perbahasan yang agak nadir dan malah baru diketengahkan dalam qhadiah kontemporari kurun ke 13 Hijrah/19 Masihi. Terdapat beberapa pendapat tentang teori kemunculannya. Sejarah Ringkas Insurans Manusia secara umumnya sentiasa memikirkan untuk menghindari bahaya. Siapa yang mahu terjebak ke dalam bahaya atau kebinasaan? Islam sendiri menyuruh umatnya tidak menjebakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan. Ini dikuatkan dengan firman Allah di dalam Al-Quran yang bererti: “…dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Justeru manusia samada Islam atau bukan Islam mencari inisiatif tersendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kecederaan, kematian kerugian dan sebagainya. Sekalipun alternatif tersebut hanya memberi manfaat selepas berlakunya sesuatu bahaya itu. Dengan mandapat pampasan terhadap kerugian berbentuk insurans sekurang-kurangnya kerugian yang terpaksa dialami akibat musibah dapat dikurangkan atau diringankan. Pengkajian ini akan mengemukakan beberapa Teori Kemunculan Insuran yang ditemui sepanjang pengkajian. Barangkali terdapat teori-teori lain yang tidak ditemui untuk dikemukakan di sini, maka tidak dikemukakan. Teori Pertama Kemunculan Insurans: Insuran yang paling awal diwujudkan ialah ta’min al-bahr (insuran laut atau dinamakan juga sebagai insuran perkapalan); iaitu jaminan terhadap kapal dan pelayaran lantaran manusia melihat terdapat bahaya dan risiko yang tinggi semasa berada dalam pelayaran di lautan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya telah wujud sekitar 1498 M di London. Ini bersandarkan kepada aktiviti perniagaan yang telah berkembang pesat pada zaman tersebut. Para saudagar membawa barangan niaga mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain dan kebiasaannya akan menghadapi risiko semasa pelayaran. Insurans jenis ini dilaksanakan dengan peniaga dibayar dengan kadar pampasan tertentu apabila berlaku musibah semasa pelayaran. Teori Kedua Kemunculan Insurans: Teori kedua menyatakan ianya telah wujud lebih awal dari itu iaitu sekitar tahun 1182 di Lambordia. Akan tetapi boleh dikatakan bahawa kemunculan di Lambordia itu merupakan titik awal yang menjadi asas kepada teori kemunculannya di London pada 1498 M. Ini kerana kemunculan di London berpunca apabila tersebarnya muamalat insurans sekitar Eropah pada kurun ke 15 M dan dikenal pasti berpunca dari Lambordia. Sa’dy Abu Jaib berpandangan bahawa tiada keraguan di kalangan para pengkaji akan kemunculan pertama insuran adalah di Lambordia dan ianya berkembang ke London, Britain dan negara-negara Eropah yang lain mengikut arus
perkembangan perdagangan laut.(1) Teori Ketiga Kemunculan Insurans: Al-Ustaz Muhamad Nur Ghifari di dalam tulisannyanya yang disiarkan di dalam majalah Rabitah Al-‘Alam Islami bilangan Safar 1399H sewaktu membincangkan mengenai insurans turut menyuarakan pandangan bahawa kemunculan insuran di kalangan umat Islam telah ditemui di Andalus. Andalus yang terkenal sebagai sebuah pusat perkembangan Islam yang maju dengan pertumbuhan ilmu dan penghasilan para cendiakawan memungkinkan teori ini sukar disanggah. Sistemnya pula adalah seperti Ta’awun dan Tabadul. Kemudian sistem ini telah berpindah ke negara-negara di bawah naungan Khilafah Uthmaniah yang lain sebagaimana yang didakwa oleh Al-Faqih Ibnu Abidin di dalam kitabnya.(2) Akan tetapi kebanyakan pengkaji Islam menyimpulkan bahawa kemunculannya di dalam kumuniti umat Islam hanya pada kurun ke 19 M. Ini berdalilkan kepada tiada seorang pun di kalangan para fuqaha’ dan ulamak silam yang membicarakan tentang topik ini di dalam perbahasan mereka. Ulamak pertama yang membincangkan tentang persoalan ini ialah Al-Faqih Ibnu Abidin di dalam kitabnya Raddul Muhtar ala Daril Mukhtar. Beliau menegaskan hukum perbahasan yang dinamakan dengan as-saukarah itu sebagai tidak harus di sisi syara’. Teori-Teori Lain: Insuran nyawa paling awal telah diperkenalkan di Britain pada tahun 1583 M. Manakala insuran terhadap pengangkutan awam (kenderaan darat) hanya wujud pada kurun ke 20 M. Kewujudan insuran ini sejajar dengan perkembangan pesat perindustrian dan perkilangan yang menghasilkan pelbagai produk-produk berenjin dan bermotor. Pun begitu sebab kemunculannya juga berkaitan risiko-risiko perniagaan dan perindustrian lantas memaksa kemunculan insuran terhadap kemalangan dan kerugian. Kemudian barulah wujud pelbagai bentuk insuraninsuran yang lain yang pelbagai. TOPIK II : Definisi Akad Insurans Definisi dari Segi Bahasa: Apabila menyebut tentang insurans gambaran yang biasanya terpamer di kalangan masyarakat ialah: ‘suatu keadaan untuk mendapatkan perlindungan atau jaminan keselamatan iaitu satu jaminan ganti rugi atau pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu bencana seperti insurans terhadap nyawa, kemalangan, kecurian, rompakan, pencabulan dan seumpamanya.’ Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para ulamak mahupun sarjana ekonomi tentang topik insurans. Pun begitu walaupun terdapat pelbagai definisi yang diketengahkan tetapi tujuannya masih menjurus ke arah menerangkan bahawa insuran adalah jaminan keamanan. Menurut Kamus Dewan: ‘Insuran ialah perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian seseorang dengan bayaran premium tertentu.’ Definisi Bahasa: Di dalam Bahasa Arab lafaz insurans disebut sebagai “At-Ta’min” ???????. Perkataan ini adalah lafaz baru di dalam Bahasa Arab yang diinterpretasikan dari perkataan Perancis, “Assurance” dan perkataan Inggeris, “Insurance” yang memberi maksud jaminan keamanan. Perkataan ??????? pula dari segi bahasa ialah: ????? yang bererti aman dan menghindar ketakutan. Definisi dari Segi Istilah: Definisi Istilah: Ialah suatu perjanjian yang bermaksud: “Akad yang melazimkan almuammin (syarikat insurans) berperanan untuk menunaikan sesuatu kepada almuamman lahu (pemegang polisi) atau kepada al-mustafid pengambil faedah yang
telah disyaratkan iaitu: mablagh minal mal (sejumlah pampas an) atau sesuatu yang dipersetujui antara syarikat dan pemegang polisi sewaktu berlakunya musibah atau kemalangan seperti yang diterangkan dalam akad sedangkan pemegang polisi pula perlu membayar premium yang ditetapkan kepada syarikat insurans.(3) Di dalam definisi di atas dapat dikeluarkan 3 Perkara Asas iaitu: i. Syarikat insuran membayar pampasan kepada pemegang polisi apabila berlaku musibah atau kemalangan. ii. Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans. iii. Berlakunya kemalangan atau risiko yang teruk. Kebanyakan para pengkaji topik ini ketika mengemukakan definisi, mereka turut merujuk kepada definisi yang diberikan oleh Qanun Madani (Undang-undang Negara) dan tidak jauh berbeza. Boleh dikatakan definisi yang ditafsilkan oleh Qanun Madani adalah bertepatan dengan definisi yang dikemukakan oleh sarjana Syariah, ahli qanun dan ekonomi serta ulamak-ulamak yang lain. Daripada definisi yang diutarakan menjelaskan tentang Rukun² Insurans iaitu: i. Wujudnya ijab dan qabul di antara pemegang polisi dan syarikat insurans. ii. Wujudnya perkara yang hendak diinsuranskan. iii. Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans. iv. Jaminan syarikat insuran terhadap kecelakaan yang berlaku terhadap perkara yang diinsuranskan. Beberapa Istilah Penting Seputar Topik Insurans: i. Al-Muammin : Syarikat perniagaan insurans yang menguruskan insuran. ii. Al-Muamman Lahu: Individu pelanggan (pemegang polisi) yang perlu membayar premium insurans. iii. Al-Mustafid: Pengambil faedah, kebiasaannya terdiri daripada kalangan waris pemegang polisi. iv. Qistul Ta’min: Bayaran premium v. Mablaghul Ta’min: Bayaran pampasan oleh syarikat vi. Mahal Ta’min: Perkara yang diinsuranskan samada kereta, bangunan, nyawa dan sebagainya. vii. Al-Khatru: Bahaya atau risiko yang dihadapi. TOPIK III : Ciri² Akad Insurans Terdapat 6 ciri yang diutarakan dan dibincangkan di dalam persoalan insurans. Ciriciri tersebut ialah: i. Akad insurans adalah dari akad saling meredhai – Ini dilihat dengan berlakunya ijab dan qabul di antara kedua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat insurans). ii. Akad yang mengiltizamkan kedua-dua pihak – Setelah berlangsungnya akad di antara kedua-dua pihak maka pemegang polisi mesti beriltizam untuk membayar wang premium yang ditetapkan. Manakala Syarikat pula beriltizam dengan sesuatu yang belum dapat ditentukan. iii. Akad yang ihtimali atau gharar – iaitu sesuatu yang tidak dapat dikenalpasti sama ada akan berlaku atau tidak berlaku. Sekiranya berlaku bencana terhadap pemegang polisi maka dia berhak untuk mendapatkan pampasan dari syarikat insurans. iv. Akad yang berterusan – maka perlulah bagi kedua-dua pihak melunaskan tuntutan di dalam kontrak akad selagi tidak terbatal akad. v. Akad yang idz’an – iaitu pemegang polisi terpaksa tunduk daan mengikut kepada apa yang ditentukan oleh syarikat sedangkan apa yang ditentukan oleh syarikat belum tentu adil.
vi. Akad insurans adalah jenis akad mu’awadzah – Ini menunjukkan bahawa akad insuran adalah berbentuk perniagaan untuk mengaut keuntungan daripada pertukaran yang berlaku. Mungkin selain daripada ciri-ciri yang diutarakan dalam perbincangan ini terdapat ciri-ciri lain. Akan tetapi dengan melihat kepada 6 ciri yang dijelaskan sudah memadai untuk memahami perjalanan kontrak dalam akad insurans. TOPIK IV : Unsur² Akad Insurans Tidak dapat tidak MESTI ada 3 unsur di dalam akad insurans iaitu(4) : i. Al-Khatru (Bahaya yang dijangkakan) ii. Qistul Ta’min (Bayaran premium oleh pemegang polisi) iii. Mablaghul Ta’min (Pampasan oleh syarikat kepada pemegang polisi atau pengambil faedah) Penjelasan: i. Al-Khatru: Iaitu suatu keadaan yang tidak dapat ditentukan samada akan berlaku atau tidak berlaku sesuatu kemalangan. Walaupun begitu secara amnya al-khatru yang dimaksudkan adalah perkara yang disukai atau tidak disukai oleh manusia dalam sesuatu masa. Sebagai contoh manusia tidak sukakan mati, maka dia mengambil insurans terhadap nyawa sedangkan tujuannya menjelaskan dia sukakan kekal hidup. ii. Qistul Ta’min (Bayaran Premium / Caruman): Qistul Ta’min ialah perkara yang perlu diiltizamkan oleh pemegang polisi atau pengambil insurans iaitu bayaran premium. Bayaran ini dibuat oleh pemegang polisi setelah berlakunya akad dengan syarikat dan ditentukan kadar yang perlu dibayar pada sesuatu tempoh masa tertentu. iii. Mablaghul Ta’min (Bayaran pampasan kepada pemegang polisi atau pengambil faedah) : Pampasan adalah perkara yang perlu diiltizamkan oleh syarikat insurans sebagai bayaran kepada pemegang polisi atau pengambil faedah apabila berlakunya musibah atau kemalangan. Pengambil insurans akan mendapat faedahnya apabila berlaku musibah atau kemalangan dengan bayaran pampasan yang dibuat oleh syarikat insuran kepadanya. Akan tetapi sekiranya tidak berlaku musibah, pemegang polisi tetap perlu beriltizam untuk membayar premium sepanjang tempoh akad kontrak. Persoalannya apakah ini sesuatu akad yang tiada unsur gharar? Ikuti perbincangan seterusnya untuk melihat perbahasan seterusnya. http://fang.bloghi.com/2005/12/15/bahagian-i-perbahasan-pertamapengenalan-insurans.html •
Share Delicious Digg Design Float Mixx Reddit StumbleUpon Technorati
•
Printable version
Islam dan Risiko •
Monday, November 3, 2008, 9:19
•
Takaful
•
972 views
•
Add a comment
“Kakak… pagi-pagi jangan minum air bergas.. nanti sakit perut” kata seorang ibu kepada anak perempuannya yang berusia 6 tahun ketika sarapan pagi di sebuah restoran. Katakata yang hampir sama juga kita gunakan saban hari untuk menasihati anak-anak kita. Meminum air bergas di waktu pagi akan menyebabkan sakit perut merupakan satu teori yang kita tidak tahu kesahihannya. Mungkin benar dan mungkin juga ada sesetengah orang tidak pula sakit perut. Apa pun natijahnya, setiap perbuatan itu ada risikonya. Begitulah juga islam turut menitik beratkan tentang risiko. Justeru dalam Islam terdapat 5 bentuk risiko utama yang dikenal pasti melalui 5 Objektif Syarak (Maqasid Syariah) iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga nasab keturunan, menjaga akal fikiran, dan menjaga harta benda. Menjaga 5 perkara tersebut bukanlah mudah dan saling berkait antara satu sama lain. Takaful merupakan satu cara atau alat bagi menjaga perkara tersebut. Dari sudut menjaga agama, Takaful di lihat sebagai satu institusi kewangan yang membawa imej Islam. Takaful juga menjaga nyawa, nasab keturunan dan akal fikiran. Apabila seseorang meninggal dunia dalam keadaan meninggalkan ahli keluarga atau anaknya tanpa berharta maka ia boleh mengundang kepada masalah yang lain. Tanpa harta dan makanan seseorang anak tidak dapat meneruskan kehidupannya. Tanpa harta juga menyebabkan anak-anak terjebak ke dalam masalah sosial yang akhirnya menyebabkan kerosakan kepada nasab keturunan. Begitu juga tekanan akibat ketiadaan harta untuk meneruskan kehidupan boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal warasnya. Mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut “Lebih baik kamu meninggalkan anak-anak kamu (keluarga) dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta”. Mafhum hadis secara tidak langsung membawa maksud seseorang itu perlu berusaha dan menyediakan keperluan dan kelengkapan kepada keluarganya apabila dia sudah meninggal dunia. Banyak cara boleh digunakan sebagai persiapan. Antaranya dengan menyimpan wang sedikit demi sedikit, melakukan pelaburan, mengambil perlindungan Takaful dan sebagainya. Jadi salah satu cara yang terbaik dan halal ialah mengambil perlindungan Takaful. Takaful yang bersifat persaudaraan bukan sahaja memupuk ukhwah dikalangan pesertanya malahan penyertaan ke dalam skim Takaful menunjukkan bahawa kita sayang dan kasih kepada mereka yang bakal kita tinggalkan. •
Share Delicious Digg Design Float Mixx Reddit StumbleUpon Technorati
•
Printable version
Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah – www.zaharuddin.net •
Saturday, September 20, 2008, 23:39
•
Takaful
•
720 views
•
3 comments
Pagi-pagi ni saya tak buat apa-apa. Sebelum saya balik ke Cheras saya luangkan masa meninjau laman web Ustaz Zaharuddin. Memang laman web beliau menjadi rujukan saya selama ni. Sebagai untuk simpanan dan untuk perkongsian saya siarkan dalam blog saya perbincangan tentang komisen ejen insurans, Takaful dan saham amanah. Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTARJawapan Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya. Secara ringkasnya seperti berikut: a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut. Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional. Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian? Allah swt menyebut :????? ??????????? ???????? ???????????? ????????????? ???????? ????????? ??????????? Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42) Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL. Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu’alam. Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :
* o In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson. o Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents). b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama. Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu’alam. •
Share Delicious Digg Design Float Mixx Reddit StumbleUpon Technorati
•
Printable version
Tags: insurans, komisyen, Takaful
About the Author
ustazsaifudin
has written 118 stories on this site.
3 Comments on “Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah – www.zaharuddin.net”
• ustazsaifudin wrote on 21 September, 2008, 0:03
Saya bersetuju dengan pandangan UZAR tetapi dalam soal overiding commission saya bersetuju dengan pandangan seorang pengunjung “ni adalah jawapan Takaful Ikhlas apabila saya bertanyakan tentang persoalan yang Ustaz bangkitkan. Mungkin Ustaz boleh ulas sikit. Terima kasih. “Komisyen adalah salah satu daripada bentuk upah ke atas sesuatu kerja yang dilakukan. Dalam konteks TISB komisyen adalah datangnya daripada aplikasi kontrak Wakalah (samada upah kepada TISB atau kepada ajen). Upah atau komisyen dalam kontrak Wakalah adalah suatu yang diharuskan oleh Syara’. Rasulullah s.a.w. pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah (al-Talkhis alHabir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271). Sebagai wakil yang dibayar upah,beliau hendaklah melaksanakan tugas yang diberikan tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya. Dalam Islam upah dibayar sebagai balasan kepada kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan dan Rasulullah s.a.w sangat memusuhi sesiapa yang tidak membayar upah
kepada pekerjanya apabila dia telah menyiapkan kerja yang telah diamanahkan,sabda baginda,maksudnya ” Daripada Abi Hurairah r.a daripada nabi s.a.w baginda bersabda “Aku memusuhi tiga golongan pada hari Qiamat…..seorang lelaki yang mengupah seseorang melakukan kerja dan tiada tidak membayar upahnya” (HR.Bukhari Bab Ijarah “Kesalahan Tidak Membayar Upah Pekerja”). Dalam konteks TISB seseorang ejen mempunyai tugas dab tanggungjawab yang perlu dia laksanakan dan diatas tugas dan tanggungjawab tersebut TISB akan membayar komisyen(upah) yang setimpal dengan kerja yang dilaksanakan. Cara pengiraan komisyen seperti yang digunakan oleh TISB adalah berdasarkan peratusan tertentu dan ianya telah ditentukan daripada awal. Namun dalam Islam komisyen/upah boleh ditentukan daripada awal atau jika tidak ditentukan maka boleh mengikut apa yang dipraktikkan industri (Dr.Wahbah Al Zuhaili,Al Fiqh Al Islamiy Wa Adillatuh). “Overriding commission” hakikatnya adalah sama dengan upah seperti yang dibincang diatas.Definisi “Overriding commission” seperti yang Ust.Zaharuddin sebut dalam artikelnya adalah lebih kepada kaedah bagaimana “overriding” itu dikira. Dalam hal ini untuk memastikan pembayaran “overriding” itu mematuhi Syariah atau tidak ia perlu dilihat apakah asas atau kenapa AM atau UM itu berhak untuk mendapatkan “overriding commission”. Seperti yang dijelaskan di atas dalam Islam, seseorang itu berhak mendapat upah apabila ada kerja atau tanggungjawab yang perlu dia tunaikan atau laksanakan. Dalam konteks ini AM dan UM seperti yang termaktub dalam kontrak mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jelas yang perlu ditunaikan oleh mereka seperti perancangan, latihan, bimbingan dan sebagainya. Pendek kata mereka bertanggungjawab memastikan ajensi mereka berjalan lancar dan mencapai prestasi yang baik dalam semua aspek. Mereka bertanggungjawab secara terus keatas semua yang bernaung di dalam ejensinya. Dan mereka berupa satu entiti yang saling mengenali dan boleh berhubung diantara satu sama lain. Tidak timbul menzalimi mana-mana pihak dalam hal ini. Ini kerana “Overriding commission” yang dinikmati oleh AM dan UM bukannya diambil daripada bahagian komisyen ajen tetapi ia adalah tambahan kepada komisyen tersebut dimana secara total komisyen yang TISB bayar termasuk “Overriding commission” ialah untuk tahun pertama sebanyak 55% (35% ajen, 13% OR UM dan 7% OR AM). Hal ini berbeza sama sekali dengan sistem MLM. Dimana ‘uplines’ adakalanya tidak mengenali langsung ‘downlines’nya dan tiada sebarang bentuk tugas dan tangungjawab secara langsung yang dimainkan oleh mereka. Untuk makluman,hal ini telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Syariah sendiri samada di peringkat pengendali takaful mahupun diperingkat pihak BNM.”
Kesan sekiranya operasi perniagaan takaful tidak memenuhi kehendak syariah •
Monday, July 27, 2009, 9:48
•
Takaful
•
188 views
•
6 comments
Sudah sekian lama saya tidak menulis dalam blog ini. Hari ini saya mempunyai sedikit masa terluang untuk mencoretkan sesuatu.
Gambar hiasan.. Tulisan ini adalah cedokan daripada tulisan separuh jalan tentang garis panduan penerimaan risiko yang sedang saya usahakan. Kekangan masa menjadi punca saya masih lagi gagal menyiapkan penulisan tersebut. InsyaAllah tulisan saya pada kali ni ada manfaatnya walaupun mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Saya cuma terfikir kadang kala tulisan remeh seperti ini perlu juga ditulis kerana perkara remeh pada kita mungkin sesuatu yang amat penting bagi orang lain. Di bawah para 21 BNM/GPS 1 “Guidelines of the Governance of Shariah Committee for the Islamic Financial Institution” setiap operator takaful adalah bertanggung jawab untuk memastikan semua aktivitinya adalah berlandaskan syariah. Seksyen 2 dalam Akta Takaful 1984 pula menyatakan perniagaan takaful sebagai perniagaan yang keseluruhan operasinya tidak terlibat dalam apa-apa elemen yang tidak dibenarkan syariah. Kegagalan dalam memenuhi kehendak syariah akan membawa kepada beberapa kesan iaitu: 1. Melanggar perintah Allah S.W.T. Dalam surah al-Baqarah ayat 275 Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Ayat di atas dengan jelas menyatakan larangan Allah tentang hukum terlibat dengan riba. Begitu juga halnya dengan perkara-perkara lain yang menjadi larangan sekiranya dilakukan akan mendapat mendapat balasan neraka. Maka adalah penting bagi setiap operator takaful memastikan bahawa operasi perniagaannya adalah bebas daripada elemen-elemen yang dilarang dalam islam. Ia termasuklah dalam soal penerimaan sesuatu risiko. 2. Kemungkinan untuk dibatalkan pendaftaran
Seksyen 11 di bawah subseksyen 1 Akta Takaful 1984 menyatakan bahawa “Director General” boleh membatalkan pendaftaran operator sama ada secara keseluruhan atau mengikut kelas perniagaan jika beliau berpuas hati bahawa operasi perniagaan takaful terlibat di dalam element yang tidak dibenarkan oleh Syarak. 3. Terhalang daripada mendapat barakah daripada Allah S.W.T Setiap aktiviti yang tidak menepati kehendak syarak akan menyebabkan operator dan para pekerjanya tidak mendapat barakah daripada Allah S.W.T. Maka ianya tidak menjadi suatu ibadah kepada Allah. Dalam aspek perniagaan konsep barakah ini perlulah diberi perhatian. Bangun dan jatuh sesebuah syarikat juga berkait rapat dengan soal mendapat barakah daripada Allah S.W.T. Dalam surah al-baqarah ayat 276 Allah berfirman yang bermaksud: Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa Allah akan menyusutkan perolehan atau hasil pendapatan bagi mereka yang mengambil riba. 4. Reputasi perniagaan terjejas Selain daripada kesan dari sudut kaca mata Syariah, setiap aktiviti yang bercanggah dengan syariah menyebabkan reputasi pengendali takaful terjejas di mana pelanggan akan mula hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan islam. 5. Kontrak yang tidak sah Berkaitan dengan kontrak yang dimeterai sekiranya kontrak itu bercanggah dengan syariah maka kontrak tersebut dikira sebagai tidak sah dan terbatal di sisi islam. Kesannya kedua-dua belah pihak yang berkontrak tidak dapat memenuhi obligasi masing-masing. 6. Sumber pendapatan yang tidak halal. Kesan daripada kontrak yang tidak sah dan terlibat dalam muamalah fasid maka apa-apa perolehan pendapatan atau keuntungan yang diperoleh tidak boleh dikira sebagai pendapatan syarikat kerana ianya merupakan pendapatan daripada sumber yang haram. Contohnya melakukan pelaburan ke tempat-tempat perjudian, menerima risiko yang tidak mematuhi kehendak syariah dan sebagainya. Allah menyuruh kita supaya memakan daripada sumber rezeki yang halal dan baik. Dalam surah al-maidah ayat 88 Allah berfirman yang bermaksud: Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman. Maka berdasarkan kesan-kesan yang telah dinyatakan di atas adalah penting bagi sesebuah syarikat operator takaful memastikan semua pendapatan yang diperoleh adalah pendapatan yang halal. Wallahu a’lam •
Share Delicious Digg Design Float Mixx Reddit StumbleUpon Technorati
•
Printable version
Tags: kendak syariah, Shariah compliant, Takaful
About the Author
ustazsaifudin
•
has written 118 stories on this site.
salam ustaz…adakah semua takaful yg diluluskan oleh BNM boleh diterimapakai? sebagai muslim, apakah kita perlu mengutamakan sykt yg 100% muslim -owned, ataupun boleh memilih yg bukan muslim-owned asalkan berlandaskan syariah ? apakah ada keberkatan dari sudut ini ? terima kasih
• ustazsaifudin wrote on 20 November, 2009, 22:50 Sebagai orang awam, ye. kita boleh menyertai semua pelan takaful yang diluluskan oleh BNM. Sebelum diluluskan BNM, sesuatu produk itu mestilah telah diluluskan badan shariah institusi berkenaan. Ia merupakan salah satu syarat sebelum BNM meluluskan sesuatu produk takaful. Kita wajar mengutamakan syrkt yg 100% muslim. lebih afdhal. Tetapi secara praktikal dan dalam senario sebenar yang serba mencabar ketika ini saya sendiri sebagai pegawai syariah institusi sanggup melompat ke syarikat takaful yang bukan dimiliki orang islam kerana kita dapati banyak orang2 melayu islam sendiri tidak peka dan tidak peduli tentang keperluan kepatuhan terhadap syariah sehingga menyebabkan syarikat yang asalnya kelihatn islamic menjadi sebaliknya.
• shahjahan wrote on 21 November, 2009, 7:36 terima kasih atas ulasan ustaz. saya juga melihat perkara yg tidak menyenangkan berlaku dalam organisasi yg boleh dikatakan 100% muslim khususnya melayu kita. dan, nak tegur pun susah sebab mereka ni dlm kelompok pengurusan atasan. Yg kat bawah2 ni pun, bila kita tegur, kita pula dituduh taknak sokong mereka…syusah. Sayang sekali, sebab saya teringat usaha Tun Mahathir untuk meningkatkan ekonomi(tidak menyentuh soal lain)melayu, tetapi dicacatkan oleh sebilangan orang kita sendiri yang tidak peka, bahawa pentingnya kekuatan ekonomi sesuatu kaum, dan lebih penting lagi jika kekuatan ekonomi ini bermakna kekuatan kerajaan islam yang berkekalan. Saya bimbang , jika satu hari nanti, majoriti wang simpanan melayu muslim, berada di dalam pegangan nonmuslim secara ekonomi. Bimbang kerana ini akan memungkinkan berlakunya penindasan samada secara terang mahupun secara ekonomi. Saya melihat Halal-Hub misalnya, ramai yang mendapatkn sijil halal adalah bukan muslim, ini kerana bilangan pengusaha muslim masih kecil, sayang sekali, 9/10 sumber rezki diambil org lain. Ini pandangan peribadi saya, dan utk difikirkan bersama, tiada niat nak kutuk siapa2pun. saya sendiri teringin melihat muslim malaysia maju, dan berharap agar mereka yg menduduki posisi pengurusan penting
dalam semua jenis organisasi dapatlah memikirkan semula tanggungjawab mereka dgn lebih mendalam. Sedih lah saya ustaz.
• ustazsaifudin wrote on 21 November, 2009, 9:37 ye saya setuju dengan pendapat shahjahan, orang bukan islam pandai mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhidang depan mata sedangkan umat islam masih sibuk dengan hal politik saja. lebih malang mereka yang pandai mengambil kesempatan hanya mementingkan diri sendiri. Realiti yang berlaku syarikat kewangan islam yang ada semakin dibanjiri dengan orang bukan islam. berapa ramai chief dan GM bukan islam yang muncul dalam syarikat kewangan islam. Akhirnya jadi porak peranda kerana mereka bukan faham pun nilai-nilai yang ada dalam sebuah syarikat islam. Saya juga sedih apabila sesebuah syarikat terutama public listed company yang menjadi tempat pelaburan dari umat islam dan majlis-majlis agama islam atau puzat zakat negeri diuruskan oleh orang bukan islam. kita tidak boleh menyalahkan orang bukan islam. kita patut salahkan orang yang membawa mereka masuk ke dalam syarikat berkenaan. Bukan saja syarikat kewangan malah perkara ini berlaku dalam apa-apa organisasi sekali pun. Kita tidak nafikan sumbangan dari orang bukan islam adalah penting dalam hal-hal tertentu namun adalah tidak wajar meletakkan mereka pada kedudukan tertinggi sehingga menjadi pembuat keputusan kepada hal-ehwal syarikat.
• shahjahan wrote on 21 November, 2009, 10:07 terima kasih pd ustaz kerana sudi menjawab persoalan2 saya sehingga sanggup meluangkan masa hingga larut malam dan awal pagi untuk menjawab kemusykilan. InshaAllah, mudah2an apa yg dibuat dapat memberi kesedaran dan membantu menegakkan Islam melalui semua aspek kehidupan yg makin penuh dugaan ini. Terima kasih sekali lagi.