Pendidikan Khas Prasekolah 11

  • Uploaded by: zulkiply yaakob
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Khas Prasekolah 11 as PDF for free.

More details

  • Words: 5,275
  • Pages: 13
KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PENGAJARAN KANAKKANAK KHAS Pengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkan atau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesan apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaran yang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjaya memperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatian terhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknikteknik pengajaran.

Strategi dan Pendekatan Pengajaran Setiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikan khas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajarannya. Ia amat bergantung kepada Apabila anda dipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak khas,bagaimanakah reaksi anda? Adakah anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Anda seharusnya berupaya merancang pengajaran untuk kanak-kanak tersebut. Bagaimana pula cara pengajaran yang harus dilakukan? Disamping itu anda juga ingin mengetahui teknik-teknik khusus dalam sesi pengajaran kanak-kanak khas. Pernahkah anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yang sangat bermakna bagi anda? Pengajaran tersebut telah membuatkan anda faham tentang sesuatu konsep baru. Pernahkan anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yang telah Berjaya menerapkan kemahiran baru pada diri anda? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah pengajar berkenaan merancang pengajarannya sehingga ia amat berkesan pada diri anda? Sebaliknya pernahkah anda berpengalaman mengikuti sesi pengajaran yang tidak berkesan pada diri anda? Ini berlaku kerana ia dilakukan tanpa pendekatan dan strategi pengajaran yang baik. pandangan serta pegangan guru berkenaan terhadap konsep tentang pelajar berkeperluan khas yang dikaitkan dengan cadangan intervensi pengajaran untuk pelajarpelajar tersebut.

Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai. Kaedah ini dirumus dari teori dan prinsip yang digunakan untuk mengurus amalan dalam bilik darjah. Perancangan merujuk kepada kawalan guru terhadap urutan pelaksanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan. Kaedah pengajaran memberi perhatian khusus terhadap langkah-langkah pada prosedur yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran.

Strategi Pengajaran Strategi pengajaran merupakan cabang kepada kaedah pengajaran. Ia merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus dan digunapakai oleh guru. Strategi mencorakkan aktiviti pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi pengajaran merupakan perancangan-perancangan kecil yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Contoh strategi: Pelajar di bawa ke dalam bilik sensori dan perancangan pengajaran berkisar di sekitar penggunaan kemudahan dalam bilik ini.

Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran merujuk kepada sistem atau mekanisma penyampaian ilmu dan kemahiran dari seorang guru kepada muridnya (Wood2002). Ia merujuk kepada prosedurprosedur khusus pada skala yang kecil. Satu strategi boleh mengandungi beberapa teknik. Contoh teknik: Teknik secara sentuhan atau penggunaan deria sentuh. Pelajar dibimbing, dilatih dan diajar mengenali sesuatu huruf dengan teknik sentuhan pada huruf-huruf yang dibina dari bahan fabrik yang kasar atau yang licin. Anda pernah melalui satu sesi pembelajaran yang sangat berkesan. Sila kenalpasti apakah strategi pengajaran yang digunapakai dan apakah teknikteknik pengajaran yang telah dilaksanakan.

MODEL-MODEL TEORIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS Terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan yang tersendiri tentang pendidikan khas. Antara model-model tersebut ialah; model perubatan, model perkembangan, model behavioris, model kognitif, model humanistik dan model ekologikal.

Model Perubatan Sekiranya anda mempunyai pandangan seperti apa yang tercatat di atas, anda sebenarnya mempunyai pandangan yang selari dengan model perubatan. Model perubatan mengandaikan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkahlaku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi. Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan keatas seorang kanakkanak khas. Diagnosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau ”process trainning” sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak khas. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan. Kajian terkini mendapati penyumbang kepada masalah pembelajaran tidak terhad kepada faktor biologikal sahaja. Namun interaksi antara faktor biologikal dengan factor persekitaran telah menyumbang kepada masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak khas. Model perubatan seolah-olah mengandaikan bahawa kanak-kanak khas itu mempunyai masalah pada jasad meraka, justeru mereka perlu diubati untuk mengatasi masalah atau kecacatan yang dialami. Pandangan sedemikian boleh membantutkan perkembangan pendidikan kanak-kanak khas terbabit. Ini kerana mereka dianggap mempunyai kekurangan kerana bermasalah secara biologikal, neurologikal atau fizikal. Apabila anda melihat seorang kanak-kanak khas adakah anda tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak tersebut boleh menjadi sedemikian? Anda mungkin tertanya-tanya apakah ada ubat yang boleh enyembuhkan kanakkanak ini.Adakah anda berpendapat bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit dan boleh disembuhkan secara perubatan? Sekiranya punca masalah kanak-kanak khas bersifat biologikal, apakah pendekatanpendekatan pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi kanak-kanak tersebut? Masalah-masalah tersebut bukan sahaja sukar untuk dihilangkan dari diri kanak-kanak terbabit, ia juga menghadkan perkembangan mereka.

Model Perkembangan Model perkembangan berpendirian bahawa pertumbuhan secara biologikal merupakan faktor utama yang mengawal perkembangan kognitif dan perkembangan sosial kanakkanak serta remaja. Hampir setiap kanak-kanak atau remaja akan melalui tahap perkembangan tertentu sehingga matang. Faktor biologikal menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak disamping faktor persekitaran. Model ini mengandaikan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas turut melalui tahap-tahap perkembangan seperti kanak-kanak lain, namun pada kadar yang perlahan berbanding kanak-kanak lain. Turut dipaparkan ialah kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan yang berbeza mendapat kesan yang berbeza dari perkembangan yang tidak normal ini. Justeru tugas pendidik ialah untuk mengenalpasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya dalam aspek intelektual, fizikal, sosial dan emosional. Guru seterusnya membina kaedah pengajaran bagi menyesuaikan kaedah tersebut dengan tahap-tahap perkembangan pelajar dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti. Penyokong model ini kurang yakin terhadap intervensi pendidikan yang dikatakan mampu mengubah corak perkembangan kanakkanak. Ini kerana bagi mereka pengalaman secara semulajadi dalam persekitaran yang ceria dan kondusif adalah lebih penting dan berguna. Model ini berteraskan fahaman developmentalis yang amat mementingkan intervensi dalam bentuk rawatan pendidikan dalam persekitaran semula jadi yang selamat dari gangguan yang bersifat intrusif. Kritikan diberi kepada pendidik yang cuba melatih pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi dari tahap perkembangan pelajar terbabit. Pendidik yang berpegang kepada model ini amat mementingkan pendekatan pengajaran secara bertahap. Pelajar diajar dan dilatih dengan kemahiran asas sebelum boleh diberi pengajaran yang lebih tinggi. Pelajar yang bermasalah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalam bilik darjah, perlu diasingkan dari pelajar-pelajar lain. Mereka dicadangkan agar diletakkan di dalam persekitaran lain yang lebih natural agar Pernahkah anda menyaksikan seorang kanak-kanak pada awal usianya tidak seperti kawan-kawannya yang jauh lebih kehadapan dalam perkembangan, namun setelah masa berlalu, kanak-kanak terbabit berkembang menjadi seperti kanak-kanak lain? Adakah anda percaya bahawa kanak-kanak khas sebenarnya berfungsi pada tahap perkembangan yang jauh lebih muda dari umurnya yang sebenar? Bagaimana pandangan anda tentang kanakkanak yang sangat berbakat dalam sesuatu bidang sehingga dia seperti individu yang lebih matang dari usianya yang sebenar? boleh membantu pelajar terbabit berkembang secara optimal dan seterusnya mampu menyesuaikan diri dengan baik. Kanak-kanak khas diberi latihan pemprosesan kognitif yang selari dengan teori-teori psikologikal. Pengkritik kepada model ini menyatakan bahawa adalah tidak sesuai untuk menurunkan tahap pembelajaran seseorang pelajar itu ke tahap yang begitu rendah dan tidak berkaitan langsung dengan keperluan pembelajarannya masa kini. Model ini juga dikhuatiri menghadkan perkembangan potensi seseorang individu apabila dia dikehendaki mencapai ke satu tahap yang telah ditetapkan sebelum boleh berpindah ke tahap yang lebih tinggi lagi. Justeru bagi kanak-kanak khas adalah penting dipastikan agar ekspektasi terhadap perkembangan mereka diletakkan secara realistik dan tidak terlalu tinggi.

Model Behavioris Pengajaran yang mengambil pendekatan seperti yang dipaparkan di atas merujuk kepada pendekatan pengajaran berasaskan kepada model behavioris. Model ini berpendirian bahawa bagi pengajaran kanak-kanak khas adalah penting untuk dianalisis tingkahlaku kanak-kanak tersebut terlebih dahulu sebelum pengajaran dijalankan. Tingkahlaku yang dimaksudkan merujuk kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta boleh diukur. Guru bertindak mencaturkan peristiwa-peristiwa pada persekitaran pelajar. Ini termasuk usaha merubah persekitaran sebelum tingkahlaku berlaku atau disebut sebagai ”antecedent”. Selain itu terdapat usaha untuk merubah persekitaran selepas tingkahlaku atau disebut sebagai ”consequence”.

Usaha dilakukan untuk merekod dan memaparkan data yang diambil. Kanak-kanak yang bermasalah dianggap mempunyai skema tingkahlaku yang tidak sesuai. Tingkahlaku tersebut boleh jadi terlebih atau boleh jadi juga berkurangan dari yang sepatutnya. Seorang kanak-kanak khas yang kerap menjerit tanpa seb arang sebab dikatakan mempunyai lebihan tingkahlaku dari apa yang sepatutnya. Sebaliknya seorang kanak-kanak khas yang tidak mahu bercakap dengan dikatakan mempunyai kekurangan tingkahlaku. Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau persekitaran selepas tingkahlaku bagi tujuan untuk mencapai tingkahlaku sasaran. Model behaviorisma ini mempengaruhi beberapa kaedah pendekatan pendidikan khas. Antaranya ialah strategi kawalan rangsangan sebelum tingkahlaku, strategi pengurusan kontigensi selepas tingkahlaku, pengajaran tepat, pembelajaran masteri, pengajaran terus dan pengajaran berentukan komputer. Semua kaedah tersebut mengaplikasi prinsip kawalan tingkahlaku. Strategi kawalan rangsangan menumpukan kepada kepentingan untuk memberi kiu atau prom bagi melahirkan tingkahlaku yang diharapkan. Tumpuan di sini ialah untuk mencari kiu dan prom yang tepat bagi tujuan mengubah tingkahlaku Pernahkan anda melihat seorang guru mendidik pelajarnya dengan menggunakan strategi ganjaran sehingga pelajar tersebut berjaya melakukan sesuatu yang sebelum ini dia tidak mampu melakukannya? Adakah anda sendiri pernah menahan seseorang dari mendapat sesuatu yang dikehendakinya sebelum dia berhenti melakukan perkara yang anda mahu dia berhenti lakukannya? seperti yang diharapkan. Strategi pengurusan kontigensi memberi tumpuan terhadap sistem ganjaran yang digunakan bagi tujuan untuk mengubah tingkahlaku. Pengajaran tepat menitikberatkan pengukuran serta pemaparan ukuran tingkahlaku bagi tujuan pemantauan progres pembelajaran. Sesi pendekatan pembelajaran masteri adalah sangat berstruktur. Strategi tersebut mencerakinkan pengajaran kepada banyak tahap yang kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar satu demi satu. Pengajaran terus memberi tumpuan terhadap perancangan pengajaran yang tersusun yang mengintegrasikan prom, kiu serta ganjaran dalam sesi pengajaran. Pengajaran berasaskan komputer menggunakan rangsangan serta kiu pada skrin komputer untuk memberi maklum balas kepada pelajar tentang respon mereka, sama ada salah atau betul bagi tujuan untuk mengawal tingkahlaku pelajar Model behavioris ini dikatakan menjadikan pelajar seperti robot yang bertindak tanpa bantuan kognitif tetapi hanya secara mekanistik. Namun pelajar-pelajar khas yang diajar bukanlah benda tetapi merupakan insan yang perlu dipertanggungjawabkan atas segala tindak tanduknya. Kaedah behaviorisma tidak langsung merujuk kepada unsur-unsur pemprosesan mental contohnya seperti ingatan yang terlibat dalam menerangkan sesuautu pembelajaran. Justeru, model ini dikatakan tidak mampu menerangkan keadaan kanak-kanak yang tidak bertutur dan keadaan kanak-kanak yang mempunyai kekurangan kognitif seperti mudah lupa, gagal memaham konsep dan sebagainya. Namun model behaviorisma sangat berkesan untuk perubahan tingkahlaku dan untuk latihan khususnya kepada pelajar-pelajar khas.

Model Kognitif Model yang memberi fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang dinamakan model kognitif. Ini berlawanan dengan model behavioris yang berfokuskan kepada keadaan eksternal seseorang. Manusia akan sentiasa cuba memahami persekitaran dan tidak hanya bertindak pasif dalam persekitaran tersebut. Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otak memproses maklumat dan menjadikannya bermakna. Setiap satu proses kognitif tersebut dikenali dengan nama yang khusus sesuai dengan kefungsian masing-masing. Proses-proses tersebut ialah perhatian, pengamatan, ingatan, mengkonsepsi, pemahaman, penaakulan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Terdapat banyak teori kognitif yang berbeza dalam menerangkan proses yang berlaku. Salah satu teori yang popular ialah teori pemprosesan maklumat. Teori ini cuba menerangkan bagaimana input sensori diberi pengamatan, ditransformasi, dikecilkan, dibesarkan, disimpan, dicari dan diguna semula. Pemprosesan kognitif dikatakan sangat interaktif dan dikawal oleh kefungsian eksekutif yang

bertanggungjawab melakukan Pernahkah anda perhatikan terdapat pelajar yang sangat mudah lupa? Mereka hanya ingat apa yang baru dipelajari sebaliknya mereka lupa apa yang telah lama di pelajari. Dalam pada itu ada pula pelajar yang sangat baik ingatannya. Ia seperti kamera mengambil gambar semua maklumat dapat diserap dengan tepat. Adakah anda yakin bahawa latihan yang diperolehi dalam permainan berstrategi seperti catur dan seumpamanya akan membuatkan seseorang itu lebih baik dalam pembelajarannya? perancangan, koordinasi, pemantauan dan penilaian keatas sebarang perancangan tindakan. Menurut teori ini individu yang bermasalah dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh kekurangan dalam pemprosesan-pemprosesan tersebut. Model kognitif mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif. Latihan kognitif memberi perhatian terhadap kemahiran berfikir. Kaedah-kaedah pengajaran dalam model ini mempunyai matlamat untuk merubah kefungsian kognitif dan kemahiran berfikir kanak-kanak khas bagi memberi peluang kepada mereka memproses maklumat dengan lebih berkesan. Model ini juga mempengaruhi kaedah latihan kemahiran proses. Pendekatan yang diambil oleh model ini ialah memulihkan proses kognitif pelajar dan bukan memulihkan pelajar secara biologikal. Kritik terhadap model ini menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja kajian yang menyokong ketepatan teori yang dikemukakan. Tidak banyak boleh dibuktikan tentang keajaiban latihan kognitif yang mampu memperbaiki keadaan kanak-kanak khas. Namun dalam pada itu terdapat usaha-usaha yang cuba menggabungkan pendekatan kognitif dalam model mereka. Contohnya model behaviorisma telah menggabungkan pendekatannya dengan pendekatan model kognitif dalam kaedah modifikasi tingkahlaku kognitif. Walaupun kaedah ini berfokuskan kepada perubahan tingkahlaku namun ia menggunakan latihan mental untuk menjayakan perubahan tersebut.

Model Humanistik Model ini menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh dan secara sepenuhnya. Asas kepada model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing-masing. Ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk membentuk dirinya menjadi sebagai seorang yang dicita-citakan walaupun dia terpaksa melakukan perkara-perkara yang mencabar. Model ini menyokong dan menitikberatkan matlamat pendidikan agar memberikan kepada pelajar lebih tanggung jawab untuk menjadi lebih terarah dalam proses pembelajaran mereka, justeru menjadi lebih berdikari. Pendidik bertanggungjawab untuk membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka, justeru guru menguruskan persekitaran pelajar agar pelajar didedahkan kepada persekitaran yang bermakna. Pelajar dengan sendirinya akan teruja untuk belajar, berkeinginan untuk meneroka, berharap untuk menguasai, dan berkeinginan untuk mencipta. Pendekatan humanistik menyuburi pertumbuhan bebas dan melindungi kanak-kanak khas daripada tekanan yang berlebihan dari ibu bapa dan dari masyarakat. Objektif sosio emosi diberikan keutamaan berbanding objektif akademik. Adalah diyakini bahawa dalam situasi pembelajaran yang sesuai, iaitu Adakah anda belajar sebagai satu usaha untuk menambahkan pendapatan keluarga atau hanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri? Adakah anda merasakan bahawa anda ini sebenarnya lebih berpotensi dari apa yang mampu anda capai setakat ini? Bagaimanakah pendapat anda tentang seorang pelajar yang boleh belajar dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, namun dia tidak matang dalam pergaulan sosialnya? dalam suasana emosi bersama suasana sosial yang sihat, pencapaian akademik adalah lebih baik kerana pembelajaran adalah terarah secara kendiri lagi bermakna. Faktor peribadi dan faktor sosial adalah amat penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Dikatakan keperluan peribadi dan keperluan sosial pelajar tersebut sering diabaikan dalam konteks pembelajaran di sekolah. Menurut teori ini perkara-perkara yang berkaitan dengan esteem kendiri dan nilai diri perlu di beri perhatian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pendidik seterusnya perlu memberi perhatian terhadap suasana dan

persekitaran yang boleh mewujudkan tekanan atau yang boleh mencetuskan tingkahlaku yang bermasalah di kalangan pelajar. Kemahiran sosial adalah sangat penting bagi setiap pelajar agar mereka mampu menyesuaikan diri sepenuhnya dalam persekitaran di sekolah. Model ini berpendapat bahawa kegagalan pelajar di sekolah bukan disebabkan oleh kelemahan mereka dalam kemahiran akademik, sebaliknya adalah disebabkan oleh sikap mereka yang negatif terhadap persekolahan. Selalunya pelajar-pelajar terbabit mempamerkan ciri-ciri hiperaktif atau kurang berminat dalam pembelajaran mereka.Mereka tidak bersemangat untuk belajar justeru gagal untuk berusaha bersungguhsungguh apabila berhadapan dengan kesukaran dalam pembelajaran. Bagi pendokong model humanistik ini, pendidikan bermula dengan latihan khusus dalam aspek-aspek; kemahiran sosial, hubungan interpersonal, penyesuaian diri, berdikari dan motivasi. Model humanistik ini mempengaruhi model pengajaran dan pembelajaran koperatif ia itu sesi pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan, dan perkembangan kemahiran dalam domain afektif. Walaupun banyak model lain turut memberi tumpuan kepada keperluan sosial serta keperluan personal pelajar, namun kebanyakan usaha tersebut dilakukan secara tidak langsung. Hanya model ini memberi tumpuan khusus kepada perkembangan individu dalam aspek-aspek kemahiran personal Model ini berhadapan dengan banyak kritik yang antara lain menyatakan bahawa pendekatan kaunseling serta perbincangan kumpulan kecil yang bertujuan untuk meningkatkan esteem kendiri pelajar berkeperluan khas dan mengubah tingkahlaku mereka adalah tidak berkesan. Selain itu, turut dikatakan bahawa pendekatan model ini adalah secara tidak langsung dan pengurusan kontigensi adalah yang terbaik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi. Turut dikatakan pendekatan ini hanya sesuai di klinik psikologikal dan tidak sesuai di lakukan di bilik darjah. Walaupun banyak kritikan dilontarkan terhadap model ini namun ia mempunyai kekuatannya tersendiri kerana memberi penekanan terhadap perkembangan individu dalam domain personal dan sosial.

Model Ekologikal Model ekologikal adalah berasaskan kepada pandangan bahawa tingkahlaku ditentukan oleh interaksi antara individu dengan aspek-aspek dipersekitarannya. Selain dari memberi tumpuan khusus terhadap seseorang individu, model ini menekankan kesan hasil dari interaksi antara individu terbabit dengan semua yang ada di persekitarannya sama ada di rumah, di sekolah serta di dalam komuniti. Model ini melihat individu sebagai seorang yang unik yang di kelilingi oleh persekitaran ekosistem yang juga unik. Masalah bagi seseorang pelajar khas dalam kefungsian mereka adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan serta ketidakkongruenan pelajar terbabit dalam sistem ekologinya. Disini timbul ketidaksamaan antara keupayaan pelajar dengan ekspektasi yang wujud dari persekitarannya. Menurut pendokong model ini, peranan pendidik adalah bagi membantu pelajar mengekalkan keseimbangan yang harmonis antara pelajar terbabit dengan persekitarannya. Ibu bapa serta keluarga perlu memberi komitmen dalam setiap intervensi pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar-pelajar khas terbabit. Selain itu penglibatan ahli-ahli profesional lain turut dikatakan perlu dalam proses pembelajaran tersebut. Kemahiran yang menjurus kepada alam pekerjaan turut dikatakan penting dalam konteks model ini. Kritik terhadap teori ini menyatakan bahawa pendekatannya adalah tidak sesuai kerana ia kurang berkesan dan ia kurang menjurus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun teori ini telah meluaskan pandangan pendidik sehingga melangkau keluar dari bilik darjah dalam mencari penyelesaian terhadapkeperluan pembelajaran unik di kalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas. ychology. 7th Ed. Boston: Allyn and Bacon.

INTEGRASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Konsep integrasi merupakan isu yang kritikal dan menjadi tumpuan perbahasan tentang pelaksanaan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Konsep integrasi telah disalah tafsirkan oleh banyak pihak kerana tiada kefahaman atau masih samar tentang konsep tersebut. Pihak kerajaan perlu menyediakan berbagai polisi secara terperinci tentang konsep integrasi supaya semua pihak dapat memahaminya. Garis panduan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan integrasi seperti penempatan pelajar berkeperluan khas, penerimaan perkhidmatan pendidikan dan latihan untuk melatih professional perlu disediakan.nDi Amerika Syarikat, masalah berkaitan dengan pelaksanaan polisi integrasi menjadi tumpuan kepada para pendidik selama beberapa dekad. Dalam tahun 1970-an, kerajaan Amerika Syarikat telah menyediakan dana untuk menyokong pelaksanaan program integrasi dalam persekitaran yang tiada batasan. Langkah tersebut telah Berjaya menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan integrasi. Bahagian ini mengandungi erbincangan tentang kaedah pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas, definisi yang berkaitan dengan konsep integrasi dan pelaksanaan integrasi.

KAEDAH PENGAJARAN Sekiranya anda ditempatkan di dalam bilik darjah bersama-sama dengan rakan anda yang kurang upaya, apakah reaksi anda terhadap rakan tersebut? Bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda tersebut dalam pembelajaran? Adakah anda tahu bagaimana untuk membantu dan bekerjasama dengan rakan anda itu? Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap kaedah yang digunakan adalah menggambarkan satu atau lebih pendekatan teorikal seperti berikut: Analisis tingkahlaku Pengurusan kontigensi/Pengajaran luar jangkaan Kawalan ransangan Pembelajaran masteri dan pembelajaran secara langsung Model dan latihan kemahiran sosial Proses latihan Latihan kognitif dan metakognitif Tutor rakan sebaya Pembelajaran koperatif Penggunaan computer Sebahagian daripada kaedah pengajaran tersebut lebih berpengaruh pada masa lampau berbanding pada masa sekarang. Sebahagiannya pula telah dibuat penyesuaian untuk meneruskan prosedur penggunaannya. Namum begitu kesemua kaedah berpotensi untuk meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.

Amalan Masa Kini Beberapa persoalan harus dijawab apabila memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi dalam menyediakan sumber yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas? Apakah ciriciri bagi kaedah yang digunakan? Soalan-soalan tersebut merupakan rangka kerja untuk menganalisis amalan semasa dan kaedah pengajaran yang digunakan. Guru-guru di sekolahsekolah biasa sering menggunakan kaedah yang terbukti member faedah kepada kedua-dua kumpulan pelajar iaitu pelajar pendidikan khas dan pelajar normal dalam kelas-kelas biasa. Guru pada umumnya mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah yang

membolehkan pelajar biasa dan pelajar berkeperluan khas bekerjasama dalam waktu pengajaran yang sama atas sebab-sebab berikut: Kanak-kanak berkeperluan khas tidak akan merasa berbeza dengan rakan sebaya mereka yang normal. Supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan tanpa pembaziran sumber yang ada. Sekiranya guru perlu mengekalkan beberapa kaedah pengajaran, masa dan usaha tambahan diperlukan. Pendekatan pengajaran yang baik dalam pelbagai keadaan adalah dengan menggunakan satu kaedah dan diadaptasikan di mana perlu untuk menyesuaikan kepelbagaian keperluan pelajar dalam bilik darjah. Nilai pendekatan umum yang digunakan mestilah tidak dipinggirkan terutama apabila terdapat keperluan untuk membantu pembelajaran pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Berikut ialah contoh-contoh di mana pemilihan kaedah-kaedah pengajaran digunakan bagi pelajar berkeperluan khas dan pelajar biasa mengikut situasi-situasi yang bersesuaian. Banyak kaedah yang digunakan dalam kelas biasa tidak berkesan untuk pelajar khas. Matlamat pembelajaran biasanya menentukan kaedah yang terbaik untuk pelajar berkeperluan khas. Kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas kadang-kadang sangat berkesan untuk pelajar biasa sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas menetapkan prinsip di mana kejayaan merupakan pembolehubah yang sangat kritikal dalam pembelajaran. Sebahagian kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas adalah sama dari segi isi kandungan dan aplikasi. Tidak ada satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas terbukti dapat mengatasi kesemua masalah-masalah dalam pendidikan khas. Kekangan masa dan kekurangan sumber mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh guru dalam melaksanakan sesuatu kaedah. Sebahagian daripada kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas tidak pernah dibuat penilaian. Dalam kebanyakan kes, bukan kaedah yang perlu diubahsuai tetapi isi kandungan mata pelajaran perlu diubahsuai untuk memenuhi kehendak pelajar berkeperluan khas. Tanggungjawab untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dalam pendidikan khas perlukan percubaan-percubaan (trial and error). Kesemua kaedah memerlukan komitmen guru yang tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan keupayan pelajar berkeperluan khas. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas memerlukan kurikulum tambahan. Pendidikan khas memerlukan staf sokongan.

Keberkesanan Kaedah Pengajaran Keberkesanan kaedah pengajaran boleh diukur melalui proses analisis meta. Analisis meta ialah analisis statistik dalam jumlah yang besar terhadap kajian-kajian individu yang bertujuan untuk mengintegrasikan dapatan-dapatan kajian individu tersebut (Kulik & Kulik, 1984). Prosedur ini membolehkan pengiraan purata terhadap hasil pembelajran bagi kaedah pengajaran yang digunakan. Analisis hasil pembelajaran menghasilkan kesan saiz (iaitu perbandingan min antara dua kumpulan) yang dianggarkan memberi kesan kepada kaedah pengajaran yang digunakan dibandingkan dengan kaedah pengajaran yang dikawal. Pengajaran secara individu dan pengajaran yang diubahsuai adalah dua kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pendidikan khas.

Penilaian Kaedah Pengajaran Kesemua kaedah pengajaran yang digunakan dalam pendidikan khas perlu dinilai. Penilaian mengambil kira bagaimana kaedah tersebut dilaksanakan, keberkesanan, pengekalan, umum dan berlakunya pemindahan ilmu. Kriteria ini menyediakan garis panduan untuk menilai kaedah pengajaran yang digunakan. Keberkesanan. Menekankan amalan menggunakan kaedah pengajaran seperti mana yang dikehendaki. Adakah kaedah yang digunakan mudah dilaksanakan? Bolehkah kaedah tersebut dilaksanakan dalam bilik darjah biasa? Adakah alat bantu yang sedia ada boleh digunakan? Adakah sumber yang ada dapat digunakan? Pengekalan. Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dapat dikekalkan bagi jangka masa yang panjang. Umum. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran itu dapat digunakan di luar bilik darjah. Pemindahan. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran disesuaikan dalam bidang-bidang lain, domain dan tempat-tempat lain.

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM INTEGRASI Normalisasi Konsep yang sangat unik kerana mempunyai kaitan dengan kerangka sosiologi. Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang berkait rapat dengan budaya. Ini adalah kerana kita ingin mengekalkan tingkahlaku dan ciri-ciri individu yang berkaitan dengan nilai budaya individu sebaik mungkin. Prinsip normalisasi adalah bertujuan memberi hak kepada individu kurang upaya supaya kehidupan mereka tidak terbatas. Normalisasi juga memberi hak keadilan, tolak ansur dan penerimaan masyarakat terhadap individu kurang upaya. Prinsip normalisasi ini berasaskan prinsip etika kerana individu kurang upaya mempunyai hak untuk dihormati seperti mana individu lain. Proses normalisasi adalah berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Semua budaya mempunyai normanormanya tersendiri dan orang kurang upaya akan menyesuaikan diri dengan norma sosial masyarakat yang berlainan dengan cara yang berbeza. Polisi yang terhasil daripada konsep normalisasi akan digunakan untuk mengalakkan orang kurang upaya untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat. Seterusnya dapat menyumbang kepada kebajikan masyarakat. Normalisasi juga adalah untuk mengelakkan

stigma ketidakupayaan pada individu kurang upaya. Tujuan normalisasi adalah untuk meningkatkan peluang-peluang penyesuaian yang sihat dalam masyarakat oleh individu yang kurang upaya.

Aliran Perdana Aliran perdana adalah polisi pendidikan dalam penempatan pelajar dalam sekolah biasa. Aliran perdana melibatkan penempatan pelajar kurang upaya daripada program pendidikan yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Penempatan pelajar dalam aliran perdana dapat mengelakkan pengasingan. Namun begitu konsep ini lebih merujuk kepada penempatan pelajar secara fizikal di sekolahsekolah biasa. Mengikut Kaufman (1975), aliran perdana merujuk kepada penempatan sementara integrasi sosial hak kanak-kanak kurang upaya dengan rakan sebaya yang normal. Penempatan ini berdasarkan kepada keperluan semasa individu mengikut perancangan pendidikan yang sama yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan serta memerlukan tanggung jawab bersama di antara pentadbir dan pihakpihak yang berkaitan. Mengikut definisi ini, proses arus perdana melibatkan lebih daripada penempatan fizikal dalam kelas biasa. Pembentukan hubungan sosial yang positif di antara kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak biasa adalah hasil yang diharapkan daripada proses aliran perdana. Program yang dilaksanakan untuk kanak-kanak biasa dan kanak-kanak kurang upaya merupakan tunjang kepada kejayaan aliran perdana. Penempatan kanakkanak kurang upaya dalam pendidikan aliran perdana melibatkan masa yang berbeza di antara kanakkanak tersebut. Ada yang ditempatkan sepanjang hari persekolahannya dan ada yang ditempatkan sebahagian daripada masa persekolahan mereka di kelas-kelas dalam aliran perdana. Ini berkait rapat dengan pandangan bahawa bukan semua kanakkanak kurang upaya sesuai untuk aliran perdana terutamanya yang mengalami kecacatan serius. Mereka akan mendapat faedah yang lebih baik sekiranya ditempatkan di program luar daripada aliran perdana. Definisi ini juga merujuk kepada keperluan penilaian kanakkanak kurang upaya dan keperluan perancangan koloboratif dalam menentukan matlamat aliran perdana dicapai. Birch (1978), memberikan definisi yang menunjukkan perbezaan pendapat tentang proses aliran perdana. Mengikut Birch, aliran perdana bermaksud kanak-kanak kurang upaya mendaftarkan diri di sekolah biasa. Kanak-kanak kurang upaya tersebut akan diajar dalam kelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan dibawah kendalian guru kelas biasa. Ini adalah untuk menjamin kanak-kanak ini mendapat pendidikan khas yang berkualiti yang diperlukan pada ketika itu dan pada masa-masa akan datang. Kenyataan ini menekankan kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak kurang upaya dan integrasi di dalam kelas biasa. Definisi oleh Birch juga menekan supaya keperluan kanak-kanak kurang upaya mendapat penempatan dan menerima perkhidmatan pendidikan. Johnson & Johnson (1980), memberikan definisi yang menekankan tentang nilai kepada batasan yang kurang menghadkan kepada semua kanakkanak kurang upaya. Aliran perdana juga bermaksud memberi kemudahan yang bersesuaian kepada kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan dalam alternatif yang tiada batasan berdasarkan program pendidikan secara individu. Selain itu pendidikan aliran perdana juga melibatkan prosedur kawalan keselamatan dan penglibatan ibu bapa dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan interaksi yang membina dengan kanak-kanak biasa.Konsep alternatif yang kurang menghadkan merujuk kepada kanak-kanak kurang upaya diberi pendidikan yang lebih mencabar tanpa halangan atau sempadan fizikal dan pendidikan yang akan menyekat kemajuan pelajar dalam program pendidikan. Kepentingan penglibatan ibu bapa dan kemudahan pendidikan secara individu juga diberi penekanan dalam definisi ini.

Prinsip Persekitaran yang Kurang Menghadkan Konsep aliran perdana mempunyai persamaan dengan konsep persekitaran yang tiada

batasan pada prinsipnya. Kedua-dua maksud digunakan dalam isu-isu yang sama tetapi penekanan yang berbeza dalam aspek penempatan pelajar dan penyediaan perkhidmatan sokongan.Definisi persekitaran yang kurang menghadkan yang diberikan oleh Konsul Amerika untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ialah kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalam persekitaran tanpa batasan di mana keperluan pendidikan perlu disediakan dengan memuaskan. Konsep ini memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka mempunyai keperluan pendidikan yang begitu meluas dan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Pendidikan yang berterusan yang memerlukan masa dan bersesuaian dengan keperluan individu pelajar supaya dapat memaksimumkan pencapaian mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu perlu dididik bersamasama dengan kanakkanak yang lain. Kelas-kelas khas, sekolah yang berasingan atau penarikan pelajar berkeperluan khas hanya berlaku apabila kemahuan pelajar tidak dapat dipenuhi disebabkan keperluan dan persekitaran yang disediakan tidak memuaskan. Kenyataan di atas memberi penekanan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu ditempatkan diprogram-program pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan yang asas, memberi ransangan yang maksima serta cabaran-cabaran yang sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka. Persekitaran yang kurang menghadkan ini membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas bekerjasama dengan rakan sebaya mereka yang normal dalam kelas biasa. Tahap kerjasama antara kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak berkeperluan khas ditentukan oleh keperluan individu.

KONSEP INTEGRASI Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa. Ini berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang lain (Williams, 1988). Menurut Jenkinson (1987) pula, integrasi ialah menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Laporan Warnock (1978), telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis: Lokasi. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendidikan di sekolah-sekolah di dalam kawasan yang sama dengan sekolah-sekolah biasa tetapi berasingan unit atau sekolah. Bagi kebanyakan kes, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hubungan sosial yang terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti berkongsi menggunakan padang permainan. Sosial. Penempatan pelajar di sekolah-sekolah di mana hubungan sosial yang biasa berlaku. Misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah walaupun pendidikan formal berlaku ditempat-tempat yang berasingan. Kefungsian. Kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang lain, berkongsi kemudahan yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviiti sekolah. Untuk menjayakan integrasi, pendekatan positif yang memihak kepada kanak-kanak berkeperluan khas diperlukan. Ibu bapa perlu bersetuju tentang penempatan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang telah ditetapkan. Keputusan untuk mengintegrasikan pelajar perlukan kepastian dari segi kemampuan untuk melaksanakannya. Selain itu amalan integrasi yang dilaksanakan mestilah dapat menghasilkan pendidikan yang berkesan dan tidak melibatkan kos yang tinggi (Williams, 1988).

2.3.2 Bentuk-bentuk Polisi Integrasi

Penilaian ke atas keperluan individu dan keperluan pembelajaran. Merupakan langkah pertama ke arah integrasi. Pelaksanaan pendidikan dalam arus perdana yang berdasarkan kepada penilaian terhadap keperluan pendidikan secara individu akan menentukan bentuk perancangan dan program bagi personal pendidikan khas dan kelas biasa. Penilaian terhadap keperluan individu perlu dilakukan sebelum penempatan dan perancangan sesuatu program dibuat. Penilaian dijalankan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai sumber termasuk ibu bapa, guru, ahli psikologi, guru pendidikan khas dan juga pentadbir. Penempatan di kelas-kelas biasa. Kebanyakan program integrasi ádalah bertujuan untuk menyokong penempatan pelajar kurang upaya ke dalam kelas-kelas biasa atau sekolah biasa samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Program integrasi juga bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelajar kurang upaya di dalam kelas-kelas biasa. Selain itu, galakan perlu diberi supaya integrasi sepenuhnya diamalkan. Penyediaan pelbagai perkhidmatan dan program pendidikan. Kebanyakan polisi integrasi mengutarakan pemasalahan tentang penyediaan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar berkeperluan khas yang berbagai. Pentadbir perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan khas di beberapa seting seperti di hospital, pusat-pusat pemulihan, sekolah khas, kelas-kelas khas di sekolah biasa, bilik sumber dan kelas-kelas biasa. Ini disebabkan perbezaan keperluan pelajar berkeperluan khas dimana perkhidmatan yang sesuai diperlukan dalam masa yang berbeza, kumpulan pelajar yang berbeza dan sentiasa berubah. Penyediaan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersesuaian. Integrasi memerlukan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti seperti mana yang disediakan untuk pelajar lain di kelas-kelas biasa. Kemudahan yang disediakan mestilah sesuai dengan keupayaan kanakkanak tersebut. Kakitangan yang terlatih dalam pendidikan khas diperlukan dalam pelaksanaan integrasi. Guru-guru biasa juga perlu prihatin terhadap keperluan pelajar berkeperluan khas. Sokongan oleh personal dan profesional terhadap hak pelajar berkeperluan khas dan ibu bapa. Integrasi memerlukan sokongan daripada personal, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat. Ibu bapa memerlukan sokongan profesional terutama daripada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Para profesional perlu bersikap positif dan menerima. Guru perlu bertanggung jawab dan sentiasa mengambil berat terhadap pelajar kurang upaya. Pelajar biasa Jenis Integrasi Lokasi Kefungsian Sosial perlu membantu pelajar berkeperluan khas secara aktif menyesuaikan diri dengan kelas biasa. Sokongan daripada ibu bapa pelajar biasa kepada anak-anak mereka diperlukan kerana anak mereka akan sentiasa berhubung dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Program Integrasi Faktor Kanak-kanak Tahap penyesuaian tingkahlaku dan kemahiran bersosial Tahap keupayan kognitif Kemahiran akademik Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi Faktor Rakan Sebaya Sikap rakan sebaya dalam kelas biasa Kesedían pelajar biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak berkeperluan khas

Faktor Guru dan Pengajaran Kualiti program kelas biasa Kesediaan guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas biasa untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya Bilangan kanak-kanak kurang upaya yang terlibat dalam program integrasi Kualiti latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru biasa Faktor Pentadbir Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi Kualiti sumber yang disediakan untuk guru Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas Sikap Ibu Bapa dan Masyarakat Sikap ibu bapa kanak-kanak kurang upaya terhadap program integrasi Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program integrasi

Related Documents


More Documents from "LadyZuely"

Perkembangan Fizikal
December 2019 30
Struktur Kdpm Kdc Kemas
December 2019 36
Struktur Kdpm Kemas
May 2020 25
Kbkk Pra
December 2019 34