Bab 8-pendidikan Khas

  • Uploaded by: LadyZuely
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 8-pendidikan Khas as PDF for free.

More details

  • Words: 1,798
  • Pages: 44
TAJUK 8: PENDIDIKAN KHAS • PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan dsb.

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas ditakrifkan sebagai kanak-kanak yg dianggap berhadapan dgn batasan keupayaan dgn sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup kerana bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya. MHJ/IPTAR

• 8.1 Pendidikan Khas juga boleh didefinisikan sebagai: • “Special education means education by special methods appropriate to the requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social developments cannot in the opinion of education authority be adequately promoted by ordinary means”

8.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS • Satu program pendidikan yg dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya drp rancangan sekolah biasa.

• Pendidikan khas juga merujuk kepada: • “Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek,fizikal,sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.” (Chua, 1992)

Manakala Slavin (1997):PENDIDIKAN KHAS • “Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas”

• Menurut Gearhart dan Weishman (1980) pula, pendidikan khas ialah: • Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajarpelajar dan belia bersifat luar biasa.

6.2 PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

• Lerner et al. (1998) dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat prasekolah mencadangkan dua kategori kanakkanak, iaitu: – > kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah dan – > kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS Tokoh

Tarikh

Kewarganegaran

Idea Utama

Jean Marcgaspard

1775-1838

Perancis

Mengajar pelajar-pelajar terencat akal

Samuel G.Howe

1801-1876

Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar yang cacat boleh diasuh melalui pendidikan yang tersusun

Edward Seguin

1812-1889

Perancis

Pelajar-pelajar terencat akal boleh diajar melalui latihan deria motor

Alfred Binet

1857-1991

Perancis

Kecerdasan atau kepintaran boleh diukur dan dimajukan melalui pembelajaran

Louis Braille

1809-1852

Perancis

Pelajar-pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul

Thomas Hopkins

1787-1851

Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar pekak boleh berhubung melalui bahasa isyarat dan ekspresi muka

Alexander Graham Bell

1847-1922

Amerika Syarikat

Pelajar-pelajar pekak boleh belajar bercakap menggunakan pendengaran terhad

Maria Montessori

1870-1952

Itali

Pelajar-pelajar mudah belajar menggunakan bahan konkrit

Anna Freud

1895-1982

Austria

Teknik psikoanalisis boleh membantu pelajar-pelajar bermasalah emosi

Alfred Staruss

1897-1957

Jerman

Kanak-kanak bermasalah dengan kerosakan otak minimum memerlukan latihan khas.

6.3 CIRI PENDIDIKAN KHAS • • • • • •

Guru terlatih Kurikulum khas Penglibatan aktif pelajaran Kaedah pengajaran khas Objektif pengajaran khas Kombinasi kepakaran

6.4 FALSAFAH & MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS • (a) “Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang.Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.”

(b) Tujuan Pendidikan Khas • Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani;kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan. • Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanakkanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat. • Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan.



Sambungan

• Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa. • Mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat.

6.5

KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

6.5.1 BERMASALAH PENDENGARAN • Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran: (i) penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga) (ii) pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga) (iii) pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera) (iv) psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang terpendam)

• Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti: – Kurang memberi perhatian – Susah mengikut peraturan – Selalu berkhayal – Memerlukan bantuan daripada kawan

6.5.2 Bermasalah Penglihatan • Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu: – (i) buta yang langsung tidak dapat melihat dan – (ii) separuh buta yang kabur penglihatan

• Selain daripada dua kategori di atas, pelajarpelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya,iaitu: – – – – –

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

astigmatisme (rabun) strabismus (juling) amblipia (mata malas) diplopia (nampak dua) glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata) – (vi) albinisme ( sensitif pada cahaya ) – (vii) myopia (rabun jauh ) dan – (viii) hyperopia (rabun dekat )

6.5.3

BERMASALAH PEMBELAJARAN

• Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah: • • • • •

(i) lembam (slow learner) (ii) sindrom Down (iii) hipoaktif (iv) hiperaktif (v) gangguan emosi dan masalah tingkah laku

• (vi) cerebral palsy • (vii) pelbagai kecacatan (multiple handicapped) • (viii) terencat akal ringan dan sederhana • (ix) autistik • (x) masalah pertuturan dan • (xi) epilepsi

6.6.1 Pendidikan Inklusif • “Inklusif” berasal drp perkataan bahasa Inggeris “inclusive” yg bermaksud “merangkumi”. • Istilah inklusif membawa maksud mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dlm bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dlm keadaan normal spt pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim,1997).

6.6 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS • Bermaksud suatu program yg disediakan di sekolah khas bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan; atau kecacatan pendengaran dan • suatu program percantuman di sekolah biasa bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; serta • suatu program pendidikan inklusif bagi pelajar berkeperluan khas yg boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama pelajar biasa.

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis,iaitu: •

Pendidikan inklusif separuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar hanya dimasukkan ke kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.

(ii) Pendidikan inklusif sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar dimasukkan ke kelas biasa utk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim,1997).

(a) Objektif Pendidikan Inklusif • Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif spt berikut: • Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat • Memberi peluang kpd kanak-kanak khas utk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yg normal dan menyertai aktiviti yg disediakan utk mereka.

sambungan……

• Memberi pengetahuan dan kemahiran kpd kanak-kanak khas yg setanding dengan kanak-kanak normal utk meningkatkan konsep kendiri mereka. • Untuk mengelak drp berlakunya diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

(b) Penyesuaian Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Deschenes et al. (1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dlm strategi pengajaran yg boleh dijadikan panduan dlm pelaksanaan program pendidikan inklusif : • Saiz-menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yg pelajar sepatutnya belajar/capai • Masa-menyesuaikan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian

sambungan…..

• Tahap sokongan-menyesuaikan bantuan secara individu kpd pelajar yg memerlukannya • Input-menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar, supaya mereka lebih memahami apa yg diajar.

sambungan……

• Kesukaran-menyesuaikan tahap kemahiran, jenis masalah atau cara bagaimana pelajar boleh menyelesaikan tugas yg diberikan. • Output-menyesuaikan cara bagaimana pelajar boleh memberi tindak balas terhadap arahan yg diberikan.

sambungan……

• Penglibatan-menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di dalamnya. • Pilihan-menyesuaikan sasaran pencapaian atau matlamat yg ingin dicapai. • Kurikulum-menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran, gaya pembelajaran dan minat pelajar utk membantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing.

6.6.2 Rancangan Pendidikan Individu • RPI adalah satu dokumen bertulis yg dirancang khas utk seseorang pelajar. • Bertujuan utk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. • Merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan pelajar dan cara bagaimana keperluan tersebut boleh dipenuhi.

sambungan…..

• Menurut Daniel et al. (1997), dari segi pelaksanaan, RPI adalah satu kontrak tentang perkhidmatan yg perlu disediakan utk seseorang pelajar tersebut. • Bender (1995) mendefinasikan RPI sebagai satu program pembelajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka utk memenuhi keperluan individu pelajar yg kurang upaya.

sambungan…..

• Kesimpulannya, RPI adalah satu rancangan program penilaian berterusan utk seseorang pelajar, dan sebagai teras perancangan pendidikan dlm program pendidikan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

6.6.3 Program Pendidikan Pemulihan • Kamus Dewan: “Pulih” bermaksud “kembali spt biasa” atau “sembuh”. • Dlm konteks pendidikan, pemulihan bermaksud sesuatu usaha utk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yg tidak betul.

Secara umum, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai: “ Satu tindakan khusus utk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yg mengalami kesusahan pembelajaran dlm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yg dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dlm kumpulan yg diasingkan dari sekolah biasa atau dlm darjah utk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.” (Sharifah Alwiah Alsagoff,1983)

• Aktiviti pemulihan dlm p&p di bilik darjah ialah satu usaha utk menolong pelajar yg lemah mencapai objektif pembelajaran yg belum dicapainya dlm pelajaran lampau. • Mereka perlu didedahkan kpd banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar utk membolehkannya membina gambaran mental yg jelas dan seterusnya memahami konsep yg betul.

Objektif pendidikan pemulihan: • Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran • Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya. • Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar • Membina keyakinan diri

Proses Pengajaran Pemulihan • Pengajaran pemulihan merupakan satu proses yg berperingkat-peringkat disusun mengikut urutannya dan saling berhubung antara satu sama lain. 1. Masalah 2. Punca/sebab 3. Pilih ganti tindakan 4. Penilaian

sambungan…..

• Peringkat 1. Mengenal pasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka. • Peringkat 2. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka. • Peringkat 3. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif). • Peringkat 4. Menilai kejayaan program pemulihan.

6.6.4 Program Pengayaan Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988); “Aktiviti tambahan kpd aktiviti asas pembelajaran yg mengandungi unsur utk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yg sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan utk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”.

Program pengayaan bertujuan utk: • Mengembangkan potensi pelajar ketahap yg sebenar. • Membolehkan mereka mencuba sesuatu yg baru utk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka.

Dua kategori aktiviti pengayaan: •

Pengayaan secara mendatar. Aktiviti pengayaan yg dirancang utk kumpulan mengikut kebolehan.

(iv) Pengayaan secara menegak. Aktiviti pengayaan yg dirancang utk kumpulan pelajar yg cerdas sahaja.

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik • Pengayaan matematik dlm blk darjah adalah aktiviti tambahan yg lebih kompleks, menarik dan mencabar bertujuan utk meluaskan pengetahuan dan kemahiran matematik yg telah dipelajari. • Boleh dibuat utk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik Mata pelajaran Matematik Penilaian dijalankan Pelajar menguasai kemahiran

Pelajar lambat menguasai kemahiran

Program pengayaan

Program pemulihan

Penilaian semula

Program pengayaan

Menguasai kemahiran

Pelaksanaan aktiviti pengayaan dan pemulihan matematik Mata Pelajaran Matematik Membaca

Menulis

Mengira

Aktiviti Penilaian Pencapaian pelajar memuaskan

Pencapaian pelajar kurang memuaskan

Aktiviti pengayaan

Aktiviti pemulihan

Related Documents

Bab 8-pendidikan Khas
April 2020 24
Khas
November 2019 46
Udg2 Khas
November 2019 35
Pemulihan Khas
April 2020 46
Khas Duas
November 2019 48
Makanan Khas
October 2019 31

More Documents from "Dhonny Febrianto"

Pendekatan Mengajar
December 2019 36
Ujian Personaliti
November 2019 36
Bab 8-pendidikan Khas
April 2020 24