Pendidikan Kesihatan...pengurusan Stres Dan Konflik

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Kesihatan...pengurusan Stres Dan Konflik as PDF for free.

More details

  • Words: 2,830
  • Pages: 20
Penghargaan

Saya, Crystal Cassandra Paul, pemegang maktab 06136 ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Jasmani, Cikgu Vincent dan Cikgu Nazri yang telah pun memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli keluarga saya yang juga banyak membantu saya untuk menyiapkan folio ini. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakanrakan kelas saya yang telah pun bertungkus-lumus bersama saya untuk menyiapkan folio ini.

Isi kandungan

Pengurusan stres dan konflik Stres dan konflik adalah dua factor yang bertimbal balas dan kerap menganggu perjalanan hidup remaja. Bentuk stress dan konflik adalah berbeza-beza antara remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman seperti emosi, sosio ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain.

Remaja yang dilanda stres dan konflik tidak dapat mengawal diri dan sering mengambil keputusan negative yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Mereka biasanya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah sehingga menyebabkan meeka terjebak dalam pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan bahan, seks bebas, jenayah rogol dan sebagainya. Antara faktor utama yang menyebabkan permasalahan ini ialah kekeliruan dan ketidakfahaman remaja untuk menangani stres dan konflik. Oleh itu, saya telah memilih bab ini untuk mendedahkan cara untuk menguruskan stres dan konflik dengan kaedah yang betul.

Stres Stres ialah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas seseorang terhadap ‘stressor’. Stres terbahagi kepada dua iaitu:

Eustres – Stres yang baik atau positif seperti Berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik peringkat negeri.

Distres – Stres yang tidak baik atau negative seperti gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Kedua-dua stres ini dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Contoh faktor luaran ialah tempat belajar, keluarga, persekitaran dan masyarakat. Contoh faktor dalaman pula ialah imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang dianggap perkara biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, setiap orang perlu bijak mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres.

Tanda-tanda stres

Reaksi perasaan Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri adalah tandatanda stres negatif. Kita akan cepat marah akibat tekanan yang diterima. Keadaan ini sekaligus menyebabkan mood berubah-ubah iaitu keadaan diri atau perasaan tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti. Selain itu, perubahan sikap kepada agresif ketika menghadapi sesuatu situasi juga adalah stres negatif.

Sukar membuat keputusan Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan baru. Hal ini disebabkan fikiran tidak tenang dan bercelaru yang menyukarkan kita membuat keputusan.

Sakit fizikal Kadang kala akibat terlampau memikirkan sesuatu masalah kita mungkin hilang selera makan dan sukar tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat penyakit seperti sakit kepala, gastrik dan sebagainya. Kita juga mungkin akan kelihatan lesu dan sugul.

Perubahan perlakuan Kita mungkin akan berubah sikap atau perlakuan jika menghadapi stres. Kadang kala kita menjadi murung dan penyedih, adakalanya kita boleh menjadi pemarah dan hilang sabar. Kita juga sering melengah-lengahkan kerja.

Faktor Penyebab Stres Stres boleh disebabkan faktor luaran dan dalaman.

Faktor luaran Tempat belajar Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah memberi impak yang besar kepada seseorang. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar serta kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu mengurangkan stres.

Keluarga Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi mengelakan stres di kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada keluarga bahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

Masyarakat Situasi masyarakat masa kini banyak mempengaruhi remaja. Masalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam kehidupan bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar kehidupan lebih harmoni dan selesa.

Faktor dalaman Imej kendiri Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk fizikal, status sosio ekonomi dan pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej kendiri seseorang.

Pengurusan diri yang lemah Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya kita gagal atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerja-kerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan ini boleh menimbulkan stres.

Strategi Menangani Stres Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara cara menangani stres ialah:

Kemahiran pengurusan diri Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan stres. Justeru, kita perlu menetapkan matlamat, menyenaraikan matlamat dan seterusnya membuat perjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemahiran membuat keputusan Apabila menghadapi masalah, kita perlu menyenaraikan segala tindakan yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan setiap tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut emosi.

Hubungan yang baik Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk menjamin kehidupan yang lebih harmoni. Hormat-menghormati , tolongmenolong, dan bertolak ansur ialah sikap terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa dan agama.

Kecergasan fizikal Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu dan ,mendapat rehat yang mencukupi untuk mendapat kecergasan fizikal yang optimum. Kecergasan fizikal yang optimum dapat mengurangkan stres.

Menilai semula pegangan hidup Kita perlu menilai semula pegangan hidup dan falsafah hidup kita. Pegangan agama dan nilai moral diri yang kuat akan membantu kita mengkaji sikap positif dan negatif yang ada dalam diri.

Konflik Konflik ialah percanggahan pendapat dalam membuat sesuatu keputusan. Konflik boleh berlaku di dalam diri sendiri (interpersonal) atau dengan orang lain (intrapersonal). Contoh konflik diri sendiri ialah kesukaran memilih sesuatu perkara apabila diberi dua pilihan berbeza ketika membuat keputusan. Contoh konflik dengan orang lain pula adalah apabila memiliki pandangan atau pendapat yang berbeza dengan orang lain. Konflik boleh berlaku pada semua peringkat umur. Ketika zaman remaja, kita akan menghadapi kedua-dua konflik yang dinyatakan di atas. Walaupun konflik adalah normal, tetapi ia akan membebankan seseorang secara mental atau emosi. Oleh itu, konflik perlu ditangani dengan bijak agar tidak berpanjangan. Konflik yang berpanjangan akan dibelenggu dengan sikap kemurungan dan sentiasa berasa tidak puas hati terhadap orang lain. Untuk menyelesaikan konflk, kita perlu mengenal pasti faktor penyebab dan strategi menanganinya.

Faktor Penyebab Konflik Sikap tidak yakin dalam membuat keputusan Membuat keputusan tentang sesuatu perkara perlu diteliti dengan bijak bagi mengelakkan daripada membuat keputusan yang salah. Sebagai contoh, pemilihan kursus atau jurusan yang perlu kamu ambil ketika ingin melanjutkan pelajaran boleh menimbulkan konflik dalam diri sendiri (interpersonal). Mereka yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia perlu mendapat pandangan kaunselor dan guru bagi memastikan program di institusi pengajian tinggi sesuai dengan minat serta kelayakan mereka. Pemilihan program yang tidak sesuai akan menyebabkan kita sentiasa berada dalam

keadaan tertekan dan tidak berpuas hati, malah gagal untuk mengikuti program tersebut dengan baik.

Sikap agresif Sikap agresif seperti suka bertengkar, menyalahkan orang lain , suka mengkritik dan menghina orang lain boleh mengakibatkan konflik. Sikap agresif yang suka merandah-rendahkan kebolehan orang lain boleh mengakibatkan konflik. Kita akan sentiasa berbalah dan bertengkar dengan orang lain. Sebagai contoh, kamu akan menuduh orang lain melakukan kerosakan walaupun dianggap salah oleh rakan-rakan. Keadaan tidak mahu mengalah ini boleh mengakibatkan suasana menjadi keruh dan konflik terjadi dalam diri kamu. Sikap mengelak Sikap seperti tidak mengendahkan sesuatu masalah, membisu, dan berharap masalah akan selesai dengan sendiri boleh menimbulkan konflik. Remaja yang suka mengelak daripada menghadapi masalah boleh mengakibatkan konflik berlanjutan. Sebagai contoh, pelajar yang tidak mempedulikan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru bleh mengakibatkan konflik apabila guru ingin memeriksa buku-buku latihan mereka. Akibatnya, stres akan timbul dalam diri mereka kerana dimarahi oleh guru atau terpaksa memikirkan tentang kerja rumah yang tertanggung.

Sikap pasif Sikap pasif ialah menafikan kehendak sendiri untuk memuaskan pihak lain. Contoh sikap ini ialah tidak tahu menolak permintaan orang lain dan sentiasa mengalah atas kehendak diri sendiri. Memiliki sikap sebegini boleh menyebabkan kamu berada dalam konlik kerana kerja yang kamu lakukan bukan mengikut kehendak diri sendiri.

Perbezaan individu Perbezaan individu adalah perbezaan dari segi personaliti, minat, sosio eknomi dan akademik. Berada di dalam kumpulan rakan yang mempunyai perbezaan tersebut boleh mendatangkan konflik kepada seseorang.

Contohnya, berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang berlainan akan menimbulkan konflik kepada kita kerana terpaksa melakukan sesuatu yang tidak diminati. Perbezaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kamu mempunyai percanggahan minda dan pendapat.

Strategi Menangani Konflik Konflik perlu ditangani sebelum ia berlarutan menjadi stres. Remaja perlu mencari strategi yang sesuai dengan diri, persekitaran dan keadaan mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani konflik:

Bersikap toleransi Kamu perlu sentiasa mempunyai sikap bertolak ansur atau berkompromi terhadap sesuatu isu. Contohnya, walaupun kamu tidak bersetuju dengan pendapat rakan kamu, kamu tidak cepat mengatakan bahawa pandangan kamu betul tetapi lebih gemar bertolak ansur. Strategi ini boleh membuatkan seseorang itu lebih bersikap toleransi kerika menangani konflik.

Bersikap terbuka Seseorang yang bersikap terbuka boleh menerima pandangan, teguran atau pendapat orang lain. Sekiranya mengamalkan sikap ini kamu tidak akan mudah marah apabila dikritik. Kamu boleh menerima teguran atau pandangan orang lain dengan hati terbuka. Kamu juga bersedia mengubah pendapat kamu setelah mendengar pendapat orang lain yang lebih bernas.

Dengan memiliki sikap terbuka, konflik dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Terima hakikat Menerima hakikat ialah menerima sesuatu keadan atau perkara yang berlaku. Sebagai contoh, sekiranya kamu gagal dalam peperiksaan kamu tidak akan menyalahkan orang lain. Hal ini kerana kamu oleh menerima hakikat bahawa kegagalan itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Sekiranya kamu boleh menerima hakikat sesuatu keadaan, tidak ada konflik yang akan timbul dalam diri kamu.

Berbincang dengan sahabat karib, ibu bapa, guru atau kaunselor Perbincangan dengan orang yang kamu percayai seperti sahabat karib, ibu bapa, guru atau kaunselor sekolah boleh meringankan beban kamu dalam menghadapi konflik. Pandangan dan pendapat mereka yang bernas boleh membantu kamu dalam menyelesaikan konflik yang timbul. Bersemuka untuk menyelesaikan masalah Kamu perlu berani berhadapan dengan seseorang yang telah menimbulkan konflik dalam diri kamu. Misalnya, bersemuka untuk menyelesaikan masalah, percanggahan pendapat atau untuk mengetahui keadaan situasi yang sebenar. Dengan cara ini, kedua-dua belah pihak akan cuba mencari kata putus atau jalan penyelesaian tentang isu yang menyebabkan berlaku konflik antara kamu dengan pihak yang satu lagi.

Teknik relaksasi Relaksasi penting sebagai langkah mengelakkan stres yang diakibatkan oleh konflik. Berikut adalah beberapa teknik untuk mengurangkan konflik:

1.Bersenam – Dapat menenangkan fikiran

2.Imageri – Penggunaan konsep imageri mampu membantu memperbaiki cara seseorang bertindak. 3. Meditasi – Aktiviti meditai melalui kegiatan yoga mampu mengurangkan kekusutan jiwa yang dihidapi. 4.Sembahyang – Tingkatkan keimanan melalui aktiviti sembahyang kerana ia mampu mengurangkan rasa gelisah seseorang. 5. Pernafasan – Menggunakan mengamalkan pernafasan

teknik

pernafasan

yang

betul

dan

panjang boleh membantu dalam mengurangkan tekanan.

Maklumat tambahan Ramai guru berpenyakit akibat stres KUALA LUMPUR 28 Mac - Ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat bebanan tugas yang meningkat. Guru wanita lebih ramai dihidapi penyakit berbanding dengan guru lelaki malah guru muda juga tidak terkecuali dalam mendapatkan penyakit-penyakit tersebut. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, andaian ini adalah berdasarkan tuntutan insurans yang telah dibuat oleh guru-guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Katanya, setiap tahun sebanyak RM2 juta tuntutan insurans telah dibuat oleh hampir 50 guru dengan nilai dari RM44,000 hingga RM120,000.

``Punca penyakit yang dihadapi oleh guru-guru ini dipercayai disebabkan oleh bebanan kerja yang membawa kepada stres sehingga menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan kesatuan. ``Sebagai kesatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan guru, perkara ini perlu ditangani kerana jika guru tidak sihat dan produktiviti menurun, bagaimana untuk meneruskan tugas mengajar anak bangsa,'' katanya kepada pemberita pada Persidangan Pendidikan Malaysia ke-10 di sini hari ini. Menurut Loke Pheng, guru-guru yang mengajar di bandar-bandar besar seperti terutama Kuala Lumpur dan di kawasan pedalaman adalah bilangan yang banyak diserang stres sehingga ada yang perlu mendapatkan rawatan psikiatri. ``Sebagai contoh, ada seorang guru akan keluar kelas setiap kali hujan semata-mata untuk melihat hujan sehingga ia berhenti dan satu lagi kes ialah ada guru yang tidak suka pergi ke sekolah,'' jelasnya. Tambah beliau, bagaimanapun, kedua-dua kes itu telah pun dirujukkan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kaunseling. ``Satu kajian telah dibuat oleh NUTP pada tahun lalu mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. ``Sebanyak 9,328 orang telah memberi maklum balas yang terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. ``Daripada kajian itu, sebanyak 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres,'' katanya. Menurut beliau lagi, faktor tertinggi yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Tambah beliau, faktor lain ialah bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320,000 guru, hanya 40,000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. ``Oleh kerana peluang kenaikan pangkat terlalu sedikit, maka ramai guru yang kecewa sehingga ada yang menjadi guru kelas biasa sehingga bersara. ``Begitu juga dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. ``Apabila guru stres, maka perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti meluahkan kemarahan kepada pelajar atau mendenda pelajar bagi melepaskan perasaan tertekan tersebut,'' ujarnya. Yim Pheng berharap kementerian melihat perkara ini secara serius kerana kini guru melakukan pelbagai kerja sehingga membawa kemudaratan kepada kesihatan dan mental.

Kendali emosi atasi stres pekerjaan Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Sejak kebelakangan ini, setiap kali pulang ke rumah, Iskandar Haron, 40 hanya mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik. Isteri dan anak-anaknya berasa hairan melihat perubahan tersebut.

TIDAK mendapat sokongan daripada rakan sekerja juga boleh menyebabkan stres. – Gambar hiasan

Jika dahulu, dialah suami yang sering membantu isteri sebaik sahaja pulang ke rumah dan bapa yang bermesra dengan anak-anak. Tetapi sekarang telah berubah. Isterinya risau, begitu juga anak-anak yang sering bertanya mengenai bapa mereka. Isterinya pernah bertanya masalah yang dihadapi tetapi Iskandar hanya mendiamkan diri.

Situasi ini bukan sahaja berlaku kepada Iskandar tetapi berjuta-juta orang yang bekerjaya. Mereka tidak dapat menghindarkannya kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dan alam pekerjaan. Semuanya berpunca daripada stres yang tidak dapat dibendung. Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh. Ia suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi diuji melampaui keupayaan tubuh dan minda yang tidak mampu menahan dan menanggungnya. Dalam kes Iskandar, dengan gaji yang tidak setimpal dengan tugas yang diberi dan tekanan untuk menyiapkan projek secepat mungkin tanpa mendapat kerjasama dengan rakan sekerja menjadikannya menjadi tertekan. Ditambah lagi dengan kos kehidupan masa kini yang rata-ratanya semuanya meningkat, membuatkannya menjadi tidak tentu arah bagi menanggung perbelanjaan keluarga. Punca stres yang dialami oleh Iskandar adalah hanya sekelumit bagi golongan yang bekerja, sedangkan banyak lagi yang menjadi puncanya. Antaranya ialah: - Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas - Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan - Peranan yang berkonflik - Tugas yang membosankan dan tidak bermakna - Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit - Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal - Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan - Konflik interpersonal - Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah Langkah menangani stres pekerjaan 1. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja - Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja. - Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai. 2. Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya keadaan ini berlaku: - Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda. - Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta. - Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah. 3. Berkomunikasi secara berkesan

- Jadilah pendengar yang baik - Berkomunikasi secara bersemuka - Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas. - Hormati pandangan orang lain. - Gunakan fakta dan bukannya mengikut perasaan. 4. Tangani kritikan dengan baik Apabila anda dikritik: - Bertenang - Tentukan apa yang anda boleh percaya Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar: - Terima - Ambil langkah yang sewajarnya Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda: - Dapatkan lebih maklumat - Betulkan tanggapan yang salah itu. 5. Tangani kemarahan secara berkesan Tiga langkah yang penting: - Berhenti - Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang. - Berfikir - Rancang fikiran anda. - Bertindak - Gunakan daya tindak yang berkesan. 6. Atasi masalah dengan berkesan Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL: - I - Kenal pasti masalah (Identify the problem) - D - Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options) - E - Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan (Evaluate pros and cons) - A - Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act based on the best possible action) - Belajar dan semak semula (Learn) Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.

7. Praktikkan pengurusan masa yang berkesan - Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari - Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan. - Delegasikan tugas anda secara berkesan. 8. Amalkan cara hidup sihat - Bersenam selalu. - Makan secara sihat. - Tidak merokok. - Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi - Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)

Name:Crystal Cassandra Paul No.maktab:06136 Kelas: 4 ar-Razie Guru Subjek: Cikgu Vincent / Cikgu Nazri

Related Documents