Pengantar Pdidikan Bersepadu

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengantar Pdidikan Bersepadu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,450
  • Pages: 7
1

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan bergembira kerana dengan kurnia dan hidayah-NYA berjaya jua kami menyiapkan satu kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Perbezaan pendidikan bersepadu yang dikemukakan oleh Barat dengan paradigma pendidikan bersepadu yang dikemukakan di Malaysia”

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Khalijah dan Pn. Nor Sakinah Bte Mohammad, yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada staf-staf Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) yang telah membantu mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kertas kerja ilmiah ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Wacana Ilmu di Keris Mas kerana menyediakan sumber rujukan yang sangat bermanfaat, tidak lupa juga kepada rakanrakan satu fakulti kerana membantu saya dari segi memberi tunjuk ajar, meminjam laptop dan sebagainya. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik mereka semua.

2

Akhirnya, kami mengharapkan dengan wujudnya kajian ilmiah ini, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami semua tentang paradigma pendidikan bersepadu negara dan yang diamalkan di Barat. Insyaallah.

3

BAB SATU PENDIDIKAN BERSEPADU DI MALAYSIA

1.1

PENGENALAN

Kertas kerja ilmiah ini memfokuskan tentang perbezaan pendidikan bersepadu yang diamalkan di negara kita dengan di barat.

1.2

KONSEP

Abdul Raof Dalip (1991) dalam kertas kerjanya, “ Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah dan Masyarakat”, mentakrifkan bahawa konsep pendidikan sepadu yang diamalkan di Malaysia membawa erti penyatuan ilmu dengan kehidupan, keserasian antara pembangunan ummah dengan matapelajaran, perhubungan antara manusia dengan komponen- komponen di dalam dirinya ke arah wujudnya keseimbangan rohani dan jasmani yang bertunjangkan tauhid, akidah, keutuhan Yang Maha Esa. Musa Daia (1993) dalam artikenya, “ Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM ” pula mendefinisikan pendidikan bersepadu sebagai sebuah konsep pendidikan yang mewujudkan pertalian yang jelas di antara bidang kognitif, efektif, dan psikomotor dalam usaha mengembangkan individu secara menyeluruh sama ada dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dengan kata lain, konsep pendidikan yang diamalkan di Malaysia adalah berlandaskan keseimbangan antara tuntutan kerohanian dan kejasmanian selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, 1990 hlm. 6 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4

1.3

MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, matlamat pendidikan negara antara lain bertujuan melahirkan insan yang seimbang lahiriah dan batiniah, berpotensi mengembangkan bakat dan kemahiran diri serta dapat menyumbangkan bukan sahaja kepada diri tetapai juga kepada masyarakat ataupun negara ( Adnan Kamis 1993 ). Menurut Tajul Ariffin Noordin (1990), secara umumnya matlamat pendidikan ialah untuk membina daya pemikiran yakni kognitif, untuk membinan kemahiran penggunaan alat dan kemahiran hidup yakni psikomotor, dan pembinaan sikap- sikap positif untuk berjaya. Menurut beliau lagi, ketiga- tiga kelompok matlamat di atas masih beum memadai. Ini disebabkan akhlak menghayati ciri kerohanian yang menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta. Orientasi keseluruhan sesuatu masyarakat adalah selalunya diserapkan secara langsung dan tidak langsung ke dalam kurikulum sekolah yang terdapat di dalam masyarakat tersebut dan juga pola- pola interaksi yang berlaku di antara pelajar, guru, dan bahagian- bahagian lain dalam masyarakat. Durkheim (1956) menunjukkan bahawa masyarakat Sparta di Yunani menekankan keperwiraan lalu orang- orang Sparta telah menggunakan latihan jasmani untuk melatih perwiraperwira untuk peperangan. Di Malaysia, matlamat pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Sewaktu ketika dulu, pada zaman penjajahan inggeris menurut Ibrahim Saad (1977) matlamat pendidikan adalah untuk memasyarakatkan kanak- kanak dengan nilai- nilai asing ataupun nilai- nilai bukan peribumi serta bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimal dan di peringkat yang paling rendah. Menurut Ibrahim Saad lagi, matlamat pendidikan negara kemudiannya berubah selepas negara mencapai kemerdekaan dimana matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak- kehendak rakyat serta keperluan negara bermula dengan Laporan Razak (1956) hingga Laporan Kabinet (1979). Dari laporan- laporan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa sistem pelajaran di Malaysia mempunyai dua matlamat utama, iaitu untuk pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalu mementingkan kejayaan individu, kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuan ini tidak hairanlah sekiranya aspek akal atau daya intelek sahaja yang dikembangkan, sedangkan akhlak langsung tidak dipentingkan. Selain itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (1990), masyarakat Malaysia juga menghadapi krisis pemikiran yang tenat keranan merelakan wujudnya fenomena dualisme dan sekular dalam sistem pendidikan. Dari sinilah mulanya keruntuhan akhlak manusia khasnya guru dan murid. Tajul

5

Ariffin Noordin telah memetik daripada Christopher Dawson yang mengatakan bahawa walaupun manusia maju dalam sains dan teknologi, tetapi dari segi akhlak, martabat manusia telah jatuh. Tajul Ariffin Noordin berpendapat lagi martabat manusia di seluruh dunia telah jatuh ke tahap yang lebih rendah daripada binatang. Antara sebabnya, ialah kerana kegagalan falsafah pendidikan Demokrasi Liberal (Jaffreys), keranan wujudnya sekularisme (Titus), serta kegagalan pendidikan untuk membinan nilai- nilai manusia yang baik (Lippan). Atas kesedaran beberapa pemikir melayu seperti Syed Al- Naquib Al- Attas yang melihat fenomena dualisme dan sekular adalah bercanggah dengan sejarah dan tamadun Melayu Islam, maka tercetuslah satu pemikiran yang merubah matlamat pendidikan negara yang bukan sahaja menekankan aspek keduniaan tetapai turut memperkasakan aspek akhlak. Perkembangan ilmu berpaksikan tauhid turut terakam dalam surah al- Alaq, ayat 1-5: “bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya”. Kesimpulannya, seluruh proses pendidikan dan perkembangan ilmu tidak terpisah daripada tauhid, sama ada rohani, jasmani dan aqli. Coraknya bersepadu, lantaran itu segala ilmu itu bersifat kudus, dan sekaligus penglibatannya merupakan ibadat bagi manusia. Inilah yang kini menjadi matlamat pendidikan di Malaysia.

1.4

KURIKULUM

Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelajaran telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohammad, Menteri Pelajaran pada masa itu mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasil daripada kajian tersebut, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan pada tahun 1979, satu laporan yang boleh dianggap sebagai satu dokumen yang penting selepas Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961 kerana laporan ini telah mencetuskan dasar- dasar utama ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Laporan tersebut, antara lain telah memperakukan

6

agar Kementerian Pendidikan mengambil langkah- langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah yang bercorak pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan dalam 3M yang meliputi membaca, menulis dan mengira. Selain itu, kurikulum untuk pendidikan asas ini juga ditinjau dari segi kemahiran yang diperlukan dan bukan dari segi kepentingan tiap- tiap mata pelajaran. Sementara itu bagi peringkat sekolah menengah pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan dalam soal pembentukan masyarakat dan insan yang berilmu pengetahuan, berhati mulia, bertanggungjawab dan boleh pula membantu ke arah kemakmuran negara. Segalagalanya ini pula dipadukan dalam satu kesepaduan yang menyeluruh dan seimbang.

BAB 2 PENDIDIKAN DI BARAT

2.1

KONSEP

Pendidikan barat ditunjangi oleh dua falsafah yakni Liberal- Demokratik dan Sekular. Pemikiran ini merupakan satu pendekatan yang meninggalkan konsep agama, wahyu dan ketuhanan. Pendidikan Barat moden yang mengamalkan falsafah positivisme, berpaksikan semata- mata sains empirikal sebagai asas ilmu. Inilah yang memberikan sifat Liberal- Demokratik dan Sekular kepada pendidikan mereka.

2.2

MATLAMAT PENDIDIKAN

Matlamat pendidikan di Barat ialah mendukung kebebasan untuk menilai dan hanya berpegang kepada kaedah saintifik sebagai sumber kebenaran (Tajul Ariffin Noordin 1990). Menurutnya lagi, mereka menjadi sekular dan antiagama kerana mereka kecewa dan berperang dengan ahliahli agama mereka kerana adanya pertentangan di antara amalan gereja dan kaedah saintifik, rasional, dan empirikal.

7

2.3

KURIKULUM

Dari segi kurikulum, Barat lebih menekankan sains praktik atau dengan kata lain sains memainkan peranan terpenting dalam pendidikan. Mereka percaya bahawa manusia bersifat kebendaan dan sains membolehkan manusia memperlaku dan mengawal alam sekelilingnya. Oleh itu, bidang sains telah diberikan kedudukan yang paling penting dalam kurikulum. 2.4

KESIMPULAN

Para pendidik seluruh dunia, sama ada islam atau bukan islam, mengakui bahawa pendidikan moden walaupun telah berjaya dalam penerokaan sains dan teknologi, tetapi gagal sama sekali dalam pembinaan manusia. Oleh itu, untuk melahirkan manusia yang baik dan berakhlak, suatu perubahan yang besar dan berani perlu dlakukan. Dalam perspektif ini, pendidikan bersepadu merupakan alternatif yang terbaik. Ini disebabkan pendidikan bersepadu mengasaskan kesatuan ilmu akal dan imu wahyu, membinan kesepaduan di antara Pencipta, manusia, dan alam sekitar, membina manusia di atas kesatuan akal, roh, dan jasad. Sesungguhnya, perjalanan ini amat sukar dan jauh. Usaha dan kesungguhan di samping hikmah dan bijaksana perlu diamalkan. Isu- isu realiti semasa perlu diselesaikan, InsyaAllah dengan izin-Nya setiap usaha yang baik akan berjaya.

Related Documents

Tematik Bersepadu
April 2020 19
Pendidikan Bersepadu
May 2020 12
Pengantar
December 2019 56
Pengantar
April 2020 42