Pendapat Pakar Tugasan Pemikiran Kritis Qyla.docx

  • Uploaded by: Qyla Husna
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendapat Pakar Tugasan Pemikiran Kritis Qyla.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 470
  • Pages: 2
Pendapat Pakar Pendapat pakar turut juga digunakan dalam mengumpulkan maklumat untuk membuka kafetaria di kampus Univesiti Sains Malaysia (USM). Berikut merupakan transkrip temubual bersama Puan Zainah Binti Talib yang merupakan usahawan berpengalaman dalam industri penyediaan makanan di kebanyakan kafeteria di Perak. Soalan

: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang puan dan bagaimana puan menceburkan diri dalam bidang kafeteria/industri makanan ini?

Jawapan

: Nama saya Zainah Binti Talib berumur 65 tahun dan dibesarkan di Perak. Saya merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat Seri Ako Enterprise. Saya bermula dalam bidang ini ketika umur saya 38 tahun iaitu pada tahun 1991. Ketika itu, saudara mara merupakan galakan utama saya dalam bidang ini. Daripada situ, saya sering mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan dan kelabkelab usahawan wanita. Kemudian, saya terfikir apa salahnya untuk kita buat perniagaan makanan ini dan yang penting mencuba meskipun perlu mengeluarkan modal. Daripada situ, saya mula mendapat permintaan daripada kenduri kahwin saudara mara, kantin-kantin sekolah atau pejabat dan seterusnya tender-tender yang lebih besar.

Soalan

: Bagi pendapat puan, apakah faktor-faktor yang perlu dititik beratkan dalam pembukaan perniagaan kafeteria?

Jawapan

: Bagi pendapat saya, pertamanya penting adalah aspek pengetahuan dan pengalaman yang boleh diperoleh daripada kursus-kursus, pengalaman bekerja dengan orang lain dan lain-lain lagi. Kemudian, kewangan memang perlu ada seperti pengurusan kewangan, modal dan keuntungan. Keyakinan diri mesti kena kuat, mesti ada pengurusan perniagaan bukan hanya sekadar menjalankan perniagaan sahaja tapi tiada yang menguruskan. Itu semua adalah cabaran dalam berniaga. Faktor menu makanan perlu fleksibel. kafeteria ini pelbagai kaum dan umur yang berbeza akan kunjung, jadi kita kena pandai ikut citarasa pelanggan. Masakan yang lain daripada lain atau variasi pun termasuk sekali. Dalam perniagaan ini, pelanggan itu penting.

Soalan

: Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi fasa pembukaan dan fasa mengekalkan perniagaan kafeteria?

Jawapan

: Berdasarkan pengalaman saya, disamping kewangan, penting juga untuk kita berpengalaman bekerja dengan orang lain dahulu. Dari situ kita boleh belajar erti setia, berdisiplin dan lain-lain lagi. Bila berniaga ni berbeza bekerja di pejabat dengan bekerja di pejabat. Yng penting kita kena servis sebaik mungkin para pelanggan kita. Senyum paling utama walaupun dalam hati kita berdalih. Pembentukan disiplin diri juga perlu dalam menyiapkan diri dalam industri ini.

Soalan

: Sebagai seorang yang berpengalaman, apakah nasihat puan kepada orang-orang yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang ini?

Jawapan

: Saya suka apabila ada orang-orang muda berminat dalam bidang ini tambahtambah lagi pada zaman sekarang, makan gaji pun susah. Apa-apa pun mula dari bawah. Bila mula dari bawah kita akan mengerti segala tingkat kerja dan daripada situ kita boleh konsisten dalam perniagaan ini.

Berdasarkan temubual pendapat pakar yang dijalankan, aspek pengetahuan, pengalaman, pengurusan kewangan, servis yang baik dan disiplin diri merupakan aspek terpenting dalam memulakan perniagaan kafeteria ini. Ianya meliputi dalam fasa permulaan dan fasa ketika perniagaan dijalankan.

Rujukan : Temubual Zainah Talib (2018, November 12). Pengurus. Personal interview. Perak.

Related Documents


More Documents from "Amalina Shadrina"