ISLAM DAN PEMIKIRAN KRITIS IAEU 2309 TAJUK: UNSUR- UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM ILMU MUSTOLAH AL- HADITH
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHD FAUZI BIN HAMAT
PEMBENTANG MOHD HAFIZI B MOHAMAD PAUZI IEB 060062 NURUL SHAHIDA BT AHMAD IEB 060115
ISI KANDUNGAN Bil
Tajuk
Muka Surat
1
2
BAB SATU PENDAHULUAN
1
OBJEKTIF KAJIAN
2
3
BAB DUA ILMU MUSTOLAH AL-HADITH -
4
Definisi Istilah-istilah yang biasa digunakan dalam Mustolah Al-Hadith
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
5
5
BAB TIGA KONSEP PEMIKIRAN KRITIS -
6
2 2 3
Definisi Ketegori pemikiran kritis Tujuan pemikiran kritis
9 9 10 11
UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
12
LOGIK BARAT DAN PERBAZAANNYA DENGAN PERBAHASAN SANAD
15
‘ADALAH DALAM PERIWATAN HADITH DAN KAITANNYA DENGAN KRITIS DALAM BERFIKIR
16
17 ANTARA ELEMEN KRITIS IAITU PENYUSUNAN SISTEM ISNAD DALAM ILMU MUSTOLAH AL-HADITH 7
KESIMPULAN
18
8
SENARAI RUJUKAN
19
BAB SATU PENDAHULUAN
Hadith merupakan sumber syariah kedua selepas Al-Quran. Umat Islam diwajibkan mematuhi hadith ( sunnah ) sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran .
∩∠∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 (#θßγtFΡ$$sù çµ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u !$tΒuρ 4
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.”1
Bahkan Allah mengecam orang yang membantah atau menyalahi rasul. Seperti firman Allah2 ;
∩∉⊂∪ íΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝåκz:ÅÁム÷ρr& îπuΖ÷FÏù öΝåκz:ŠÅÁè? βr& ÿÍνÍ÷ö∆r& ôtã tβθàÏ9$sƒä† tÏ%©!$# Í‘x‹ósuŠù=sù 4
63. Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. 1 2
Surah Al-hasyr :7 Surah Annur :63
Firman di atas menunjukkan bahawa umat Islam dilarang menentang hukum yang datang dari Rasulullah sallahualaihi wasallam. Seperti yang kita maklum, ilmu hadith merupakan satu ilmu yang sangat luas. Perkembangan ilmu Islam yang mengembangkan ilmu hadith itu sendiri. Maka wujudlah cabang dari ilmu hadith yang dinamakan Mustolah al-Hadith.
OBJEKTIF KAJIAN
Demi memastikan kajian ini tidak tersasar dari tajuk Unsur Pemikiran Kritis dalam Ilmu Mustolah Al-Hadith, penulis telah meletakkan dua objektif kajian seperti berikut: 1. Kajian bertujuan untuk memastikan unsur pemikiran kritis yang terdapat dalam ilmu mustolah al-Hadith 2. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kepentingan unsur pemikiran kritis dalam ilmu mustolah al-Hadith
BAB DUA ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
2.1 Definisi Mustolah al-Hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah- istilah yang digunakan dalam ilmu hadith.3
Ilmu mustolah al-Hadith ialah ilmu yang membahaskan unsur- unsur dan kaedahkaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan hadith dari segi diterima atau ditolak. Inti perbahasannya ialah sanad dan matan hadith dari segi diterima atau ditolak. Ini dapat membezakan hadith sahih daripada hadith yang tidak sahih.4
Ia juga bermaksud ilmu yang membahaskan tentang keadaan perawi dan apa yang diriwayatkan sama ada diterima dan ditolak. Berdasarkan ini kita dapat mengetahui dan memilih hadith- hadith yang diterima atau ditolak.5 Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi.6
2.2 Istilah – istilah yang biasa digunakan dalam Mustolah al- Hadith:
3
Mustafa ‘Abdul Rahman ( 2000) Hadith 40 ( terjemahan dan Syarahnya), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Fajar, 4 Manna’Khalil al-Qathan ( 2006), Cara Mudah Memahami Ilmu- Ilmu Hadith,Abu Izzat al-Mubarat( pt), Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd. h. 123 5 Subhi Saleh ( 1998) ‘Ulum al-Hadith wa mustalaha. Beirut : Dar al – ‘Ilm li al – Malayin,cet.17 1998. 6 Tahun 360 Hijrah
i.
Al-hadith : Berita atau baharu. Menurut istilah bermaksud berita atau khabar yang berbentuk kata-kata, perbuatan dan pengakuan yang disandarkan kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.7
ii.
Al-Khabar : Berita. Menurut istilah membawa pengertian yang sama dengan alHadith, apa yang datang daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, manakala al-khabar ialah sesuatu yang datang selain Baginda dilalui sama ada baik atau buruk.
iii.
As-Sunnah : Jalan yang biasa . Menurut ulama’usul ia bermaksud apa yang diriwayatkan daripada Nabi sallallahu’alaihi wasallam merangkumi kata- kata , perbuatan atau pengakuan Baginda sahaja.8
iv.
Al- Athar : Kesan daripada sesuatu. Menurut istilah sesuatu yang diriwayatkan daripada para sahabat radhiallahu’anhu ( dinamakan juga sebagai hadith mauquf)9
v.
Sanad : Sandaran, menurut isthilah ialah jalan yang menyampaikan kepada matan iaitu silsilah perawi- perawi hadith.10
vi.
Isnad : bermaksud suatu perbuatan menyandarkan sesuatu hadith kepada perawiperawinya dan ia digunakan dengan makna yang sama dengan sanad.11
vii.
Matan : Suatu benda keras yang timbul di atas permukaan bumi. Menurut istilah ialah lafaz- lafaz hadith yang membawa makna atau kalam yang berada di akhir sanad.12
7
Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani ( 1978), Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ,hlm 124 8 Ibid.,1978, h. 128 9 ibid., 1, 1978 h. 129 10 Mustafa ‘Abdul Rahman ( 2000 ) Hadith 40 ( terjemahan dan Syarahnya ), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Fajar, h. 128-129 11 Ibid., h. 128-129 12 Ibid., h. 129
viii.
Al-Musnid: Orang yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya semata- mata sama ada dalam keadaan mengetahui ilmu hadith atau tidak.13
ix.
Al-Muhaddith : Golongan yang berkecimpung dalam bidang hadith sama ada ilmu dirayah atau riwayah, mendalami sanad- sanad dan kecacatan sesuatu hadith, mengetahui perawi-perawi hadith dan riwayat-riwayat yang ada pada zamannya dan benar- benar melibatkan diri dalam periwayatan hadith tersebut. Menghafaz sejumlah besar daripada matan dengan mengambil daripada kitab-kitab yang sahih. Contohnya ’Umar bin ’Ubaidillah al-Dzihli.14
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
Para pengkaji sejarah telah menyimpulkan bahawa asas dan rukun- rukun asas bagi ilmu mustolah al-Hadith dan pemindahan hadith yang wujud sehingga hari ini adalah bermula daripada firman Allah subhanahu wata’la yang bermaksud15 : óΟçFù=yèsù $tΒ 4’n?tã (#θßsÎ6óÁçGsù 7's#≈yγpg¿2 $JΒöθs% (#θç7ŠÅÁè? βr& (#þθãΨ¨t6tGsù :*t6t⊥Î/ 7,Å™$sù óΟä.u!%y` βÎ) (#þθãΖtΒ#u tÏ%©!$# κš‰r'‾≈tƒH
∩∉∪ tÏΒω≈tΡ
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
13
Ibid., h. 215 Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani ( 1978 ), Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 127 15 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 47 14
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.16 Maksud firman Allah di atas telah menjadi titik permulaan kepada pengambilan hadith dan pemeliharaan ilmu mustolah al-Hadith dengan sepenuh perhatian. Dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya , para sahabat radhiallahu’anhu telah menetapkan satu garis panduan yang perlu dituruti dalam menerima dan memindahkan hadith-hadith Rasulullah sallallu’alaihi wassalam. Mereka sangat berhati- hati agar tidak terdapat sebarang keraguan pada kebenaran pemindahan hadith tersebut. Sanad 17 bagi sesebuah hadith memainkan peranan yang sangat penting dalam penerimaan sesebuah hadith.18 Secara terperinci, perkembangan ilmu mustolah al-Hadith dapat dibahagikan kepada tujuh peringkat. Peringkat pertama ini bermula selepasa kewafatan Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam sehingga akhir kurun pertama hijrah. Pada peringkat pertama ini, ilmu mustolah al-Hadith mempunyai ciri- ciri berikut iaitu kurangnya periwayatan hadith daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wassallam kerana dibimbangi tersilap atau terlupa yang menjerumus ke arah perkara syubhat dan pembohongan secara tidak sengaja terhadap Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, terlalu teliti dalam menerima dan meriwayatkan hadith daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, menolak sebarang riwayat yang bertentangan dengan nas sahih serta kaedah hukum yang telah ditetapkan oleh para ulama.19
16
Surah Al-Hujurat : Ayat 6 Sanad ialah jalan periwayatan yang menyampaikan kepada matan iaitu silsilah perawai- perawi hadith. 18 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 49 19 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab Trading m.s 52 17
Peringkat kedua ini bermula dari akhir kurun pertama sehingga kurun kedua hijrah. Peringkat ini adalah ke arah menyempurnakan lagi kaedah- kaedah yang terdapat dalam ilmu mustolah al-Hadith dengan menilai taraf serta kekuatan hadith satu persatu.20 Peringkat ketiga bermula dari kurun ketiga sehingga kurun keempat hijrah. Pada peringkat ini, ilmu mustolah al-Hadith mula berkembang sebagai ilmu yang berasingan daripada ilmu- ilmu lain. Ilmu jarh wa at- ta’dil, tarikh ar –ruwah21, ilmu gharib al – hadith22 dan sebagainya juga telah mula ditulis pada peringkat ini.23 Peringkat keempat bermula dari pertengahan kurun keempat sehingga awal kurun ketujuh hijrah. Hasil- hasil penulisan tentang ilmu mustolah al-Hadith semakin meluas pada peringkat ini. Istilah- istilah ini baru bagi mustolah al-Hadith juga telah mula dicipta untuk memudahkan pemahaman ilmu ini. Ulama-ulama hadith pula menitikberatkan kajian mereka terhadap matan-matan hadith, rijal, kecacatan sanad dan lain-lain lagi. Antara hasil penulisan terbesar yang terhasil pada peringkat ini ialah Ma’rifah ulum alhadith karangan Imam an –Nisaburi dan Al-kifayah fi qawan ibn al-Riwayah karangan Ibn al-Khatib al-Baghdad.24 Seterusnya, peringkat kelima. Ia bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesepuluh Hijrah. Penyusunan mustolah al-Hadith semakin sempurna pada peringkat ini dan banyak permasalahan hadith yang berjaya diselesaikan. Ramai Mujtahid hadith yang
20
Ibid., h. 53 Ilmu tarikh ar-ruwah adalah ilmu yang membicarakan tentang perawi hadith, sama ada dari kalangan sahabat ,tabiin atau mereka yang selepasnya. Ilmu ini bertujuan untuk mengetahui keadaan perawi yang menerima hadith dari Rasulullah salallahu’alihu wassalam serta keadaan perawi yang menerima hadith daripada sahabat dan seterusnya. 22 Ilmu gharib al-hadith adalah ilmu yang membahaskan dan menerangkan ucapan atau perkataan yang terdapat dalam matann hadith yang sular difahami maknanya disebabkan ia jarang ditemui. 23 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 53 24 Ibid., h. 54 21
mula lahir ketika ini seperti Imam an- Nawawi, Al-Iraqi dan Ibn Hajar. Antara karya yang terhasil ialah Ulum Al-Hadith karangan Ibnu Solah.25 Peringkat keenam pula bermula dari kurun kesepuluh dan beberapa kurun selepasnya. Peringkat ini dalah peringkat jumud dan beku. Tidak ada sebarang ijtihad, penyelesaian masalah mahupun penulisan dalam ilmu mustolah al-Hadith.26 Seterusnya, peringkat ketujuh merupakan zaman muktahir sehingga hari ini. Peringkat kebangkitan semula dalam ilmu mustolah al-Hadith ini berlaku apabila para orientalis
27
Barat mula campur tangan. Keadaan ini menimbulkan kesedaran dan
menyebabkan para ulama hadith bangkit untuk memelihara hadith daripada sebarang penyelewengan dan pemalsuan. Peringkat ini berterusan sehingga hari ini.28
Berdasarkan kepada peringkat di atas, jelaslah bahawa pentingnya penggunaan ilmu mustolah al- Hadith dalam membantu ahli hadith dalam mengkaji dan menyampaikan ilmu hadith pada masa kini.
Dari zaman sahabat lagi telah menetapkan satu garis panduan yang perlu dituruti dalam menerima dan memindahkan hadith-hadith daripada Rasulullah sallallhu’alaihi wasallam. Mereka sangat berhati-hati agar tidak terdapat sebarang keraguan pada kebenaran pemindahan hadith tersebut. Bermula dengan itulah maka penulisan dan pembukuan ilmu mustolah al- Hadith.
25
Ibid., h. 55 Ibid., h. 55 27 Orientalis merupakan golongan yang mengkaji dan mendalami Islam dengan tukjuan untiuk merosak dan menyelewengkannya. 28 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 56 26
BAB TIGA KONSEP ASAS PEMIKIRAN KRITIS 3.1 Definisi Dalam Kamus Dewan ( 1984) perkataan kritis ditakrifkan sebagai ” tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu ( menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu”.Perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ” Critic”. Namun begitu kata dasar kritis merupakan perkataan Greek ’Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang ( judge). Menimbang membawa maksud menilai ( evaluates ), membezakan ( distinguishes), memutuskan ( decide) dan menyoal ( qustion )sama ada sesuatu itu benar atau salah ( Levy, 1997). Sehubungan dengan itu , pemikiran kritis bukan hanya berkisar kepada soal–soal mengkritik tetapi sepatutnya dilihat daripada perpektif yang membina dan objektif.29 Setiap sarjana sains pemikiran akan memberikan pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita mengenai apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis. ”...berfikir secara serius ( mendalam ) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. ( Dewey , 1933)
”..pemikran kritis melibatkan aktiviti mental seperti analisis sintesis dan penilaian.,..” ( Bloom, 1956 )
29
Mohd Azhar Abd.Hamid ( 2001) Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia hlm 91
”...sebagai pemikiran ”relektif” yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat” ( Ennis, 1985) ”Secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru.” ( Nik Azis, 1994) 3.2 Kategori Pemikiran kritis Som dan Mohd Dahlan ( 1999) membahagikan pemikiran kritis kepada dua kategori, iaitu : 1. Pemikiran Kritis Rendah30 Pemikiran kritis rendah hanya sekadar proses kognitif yang sederhana. Minda hanya memilih , mengasingkan , memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti :
30
•
Membanding dan membeza
•
Membuat kategori
•
Membuat sekuens dan urutan
•
Membuat bahagian- bahagian kecil dan keseluruhan
•
Menerangkan sebab
Ibid., h. 91
2. Pemikiran Kritis Tinggi31 Pemikiran kritis tinggi ialah memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat, penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti : •
Membuat ramalan
•
Mengusul periksa andaian
•
Membuat inferens
•
Mengesahkan sumber maklumat
•
Membuat generalisasi
•
Mencari sebab dan membuat kesimpulan
Dalam pemikiran kritis bukan sahaja soal nilai ( baik atau buruk) yang dibincangkan , tetapi juga soal fakta ( benar atau salah), soal bahasa ( jelas atau kurang jelas ), dan terutama sekali soal susunan hujah ( sah atau tidak sah ).32
3.3 Tujuan Pemikiran Kritis
Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara ( lebih) berkesan . Ini bermaksud bahawa yang penting bukan aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya 31 32
Ibid., h. 91 Mohd. Micheal Abdullah ( 1995) Pemikiran Kritis.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 3
digunakan oleh manusia. Pemikiran kritis menumpukan perhatian pada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang Pemikiran Kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.33
UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
óΟçFù=yèsù $tΒ 4’n?tã (#θßsÎ6óÁçGsù 7's#≈yγpg¿2 $JΒöθs% (#θç7ŠÅÁè? βr& (#þθãΨ¨t6tGsù :*t6t⊥Î/ 7,Å™$sù óΟä.u!%y` βÎ) (#þθãΖtΒ#u tÏ%©!$# κš‰r'‾≈tƒH ∩∉∪ tÏΒω≈tΡ Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.34
Ayat di atas merupakan permulaan
asas dan rukun- rukun asas bagi ilmu
mustolah al-Hadith dan pemindahan hadith yang wujud sehingga hari ini. Ini bermaksud sesuatu perkara yang kita perolehi hendaklah dikaji atau diselidiki terlebih dahulu untuk mengetahui kesahihan sesuatu perkara.
Pengajian ilmu mustolah al-Hadith juga sarat terkandung dalamnya elemenelemen pemikiran kritis, khususnya jika dilihat dari kriteria-kriteria atau parameter yang digunakan oleh ulama dalam menilai kesahihan sesuatu hadis. Pertama, kritikan 33 34
Ibid., h. 3 Surah Al-Hujurat: Ayat 6
terhadap matan
hadis dan sanadnya menentukan sejauh mana sesuatu maklumat
berkenaan hadith boleh diterima sebagai sesuatu yang benar dan sahih. Matan hadis yang mengelirukan dan perawi yang meragukan atau dipertikaikan dari segi dhabitnya ( ketepatan ingatan atau catatan hadis) atau kebolehpercayaannya ( thiqah) diambil kira sebagai kayu ukur penting dalam penilaian sesuatu hadis. Selain dari itu , kaedah al-jjarh wa –ta’dil juga tidak kurang pentingnya dalam menilai kebolehpercayaan dan kebolehterimaan sesuatu hadis.35
Sesuatu hadis itu diterima kerana mempunyai unsur- unsur pemikiran kritis dalam ilmu mustolah al - Hadith iaitu melalui syarat- syarat yang telah ditetapkan iaitu sanad yang bersambung yakni mestilah ada antara perawi sanad satu ikatan seperti bertemu dengan orang yang mendapat hadith daripada orang yang terdahulu dan orang yang mengambil hadith daripada penyampai hadith secara langsung dari awal hingga akhirnya.36
Kedua, perawi yang adil iaitu satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertaqwa, bermaruah, menjauhkan diri daripada perkara keji dan bida’ah. 37 Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi syarat–syarat berikut iaitu islam, baligh, berakal, tidak fasik, menjaga maruah.38
35
Mohd Fauzi Mahat, (2007).”Pengajaran Kursus Pemikiran Kritis Berteraskan Al-Quran Di Peringkat Pengajian Tinggi: Satu Cadangan.” Kertas Kerja Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi ( CTLHE),12-14 Disember 2007. 36 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 152 37 Ibid., h. 154 38 Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani (1978)
Ketiga , perawi mestilah yang kuat ingatan . Mereka yakin apa yang mereka hafaz, terpelihara dari kesalahan atau kesamaran dan mampu menyebut apa yang dihafaz. Jenis penjagaan yang perlu dititikberatkan ialah penjagaan meliputi penjagaan di dalam dada iaitu menghafaz dan dapat menyampaikan semula apa yang didengar pada bila- bila masa. Seterusnya penjagaan bebentuk penulisan iaitu perawi menjaga terhadap apa yang ditulis setelah membuat pembetulan, membaiki tulisan dan membuat pengiktirafan terhadapnya serta menjaga kitabnya daripada sampai ke tangan orang yang ingin melakukan pemesongan.39
Keempat, selamat dari keganjilan iaitu tiada perbezaan perawi terhadap siapakah perawi yang lebih diyakini atau lebih dipercayai, kerana kecacatan atau keganjilan ialah terdapat perselisihan di antara perawi yang dipercayai ( thiqah ) dan perawi yang lebih diyakini daripadanya iaitu terdapat tambahan atau kekurangan pada riwayat yang dibawa oleh perawi yang lebih diyakini tidak terdapat sebarang tambahan atau kekurangan. Oleh itu sebarang bentuk persepakatan tidak mungkin berlaku di antara dua riwayat yang berbeza, di mana ada perselisihan ini akan menghalang kesahihan hadith.40
Kelima, selamat dari ’illat ( kecacatan ). Ia merupakan sebab berlakunya kesamaran yang boleh mencacatkan kesahihan hadith seperti penggunaan lafaz dengan kesamaran sama ada dia mendengarnya atau dia tidak mendengarnya secara langsung daripada gurunya.41
39
Ibid., Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab Trading, h. 155 41 Ibid, h.156 40
LOGIK BARAT DAN PERBAZAANNYA DENGAN ”BAHAS SANAD”
Secara amnya ia adalah bawaan Socrates yang hidupnya berakhir di tali gantung kerana dituduh bahawa pemikiran beliau meracuni golongan anak muda ketika itu oleh Raja Athens, akan tetapi pengaruh pemikirannya amat kuat, dan mereka yang membawa gelombang pemikiran beliau adalah rakan beliau sendiri iaitu Aristotel dan plato. Aristotal merupakan pengembang pemikiran logik dan ia ambilan pengaruh dari Socrates, kaedah berfikir ini ialah mencari kebenaran dengan beranya soalan, ditambah dengan kaedah Plato dan Aristotal, ia menjadi asas pemikiran Barat. Gaya berfikir ini mencari kebenaran dengan mencari kesalahan dalam pada itu pemikiran seseorang itu akan dibelasah, cara in tidak mengapa menurut Socrates.42 Dengan ini jelas sekali gaya pemikiran ini amat bercanggah dengan penerimaan Islam sebagai cara berfikir, di mana kita memiliki aset cendikiawan Islam yang terbilang dari segi keilmuan mereka, contohnya seperti imam al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan lain tokoh yang hebat ilmu mereka, mereka memperoleh ilmu dengan usaha mereka. AlGhazali misalnya mengetengahkan asas pemikiran logik yang dikiranya tidak bercanggah dengan Islam. Beliau juga Berjaya menjelaskan kaedah-kaedah yang logik yang berkisar pada perbahasan al-hadd dan al-burhan, ini bersesuaian dengan unsur bahas sanad dalam proses menerima hadith menurut manhaj ilmu Mustolah Al-Hadith43.
42 43
Ainom Mohd Bin Abdullah Hassan (1999), Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti. h. 218 Mohd Fauzi Hamat (2005), Ketokohan Imam Al-Ghazali Dalam Bidang Logik. h. 50
‘ADALAH DALAM PERIWATAN HADITH DAN KAITANNYA DENGAN KRITIS DALAM BERFIKIR
Syarat peneriman hadith banyak dibincangkan oleh ulama hadith di dalam karyakarya mereka. Antara syarat terpenting yang perlu diberi perhatian disini di sini ia syarat yang berkaitan dengan keadilan, kejujuran dan keboleh percayaan yang ada pada diri seorang pelapor malumat atau berita tersebut.‘Adalah Al-Rawi atau keadilan boleh diketahui melalui dua cara, pertama ialah sifat adilnya yang mahsyur diketahui oleh orang ramai. Kedua ialah pengesahan atau tazkiyyah tentang sifat adil seorang perawi yang dibuat oleh individu yang juga adil 44. Syarat ini penting diberi perhatian kerana dengan syarat inilah Al-Imam Al-Syafie turut mengiktiraf hadith ahad atau khabar alWahid45. Imam Al-Syafie meletakkan syarat ‘adalah sebagai syarat yang perlu diberikan keutamaan dalam penerimaan sesuatu hadith, ketiadaan syarat ini menyebabkan sebahagian besar ulama, khususnya jumhur muhaddisin, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Solah tidak menerima kehujahan hadith Mursal kerana penerimaan sesuatu hadith terletak pada syarat Al-‘Adalah yang dimiliki oleh perawinya dan dalam kes hadith Mursal, ‘Adalah Al-Rawi tidak mungkin diketahui kerana nama perawinya tidak diketahui langsung. Syarat ‘Adalah ini mempunyai hubungan rapat dengan syarat AlDabt dari aspek kedua-duanya mempunyai unsur kebolehpercayaan ( Al-Thiqah ) dan sebab itu, ada kalangan yang berpendapat bahawa jikalau disebut istilah Al-Thiqah yakni
44 45
Mohd Fauzi Hamat (2003). Al-Bayan, Jurnal Al-Quran & Al-Hadith, bil. 1, h. 175 Ibid., h.176
keboleh percayaan, maka tidak perlu lagi disebut Al’Adl dan Al-Dabt dalam definisi hadith.46
ANTARA ELEMEN KRITIS IAITU PENYUSUNAN SISTEM ISNAD DALAM ILMU MUSTOLAH AL-HADITH
Para sahabat Rasulullah saw amat menekankan aspek Isnad dalam penyampaian sesuatu berita yang berkaitan dengan Rasulullah saw. Abu Bakar As-Siddiq misalnya amat berhati-hati dalam penerimaan sesuatu berita47. Sistem Isnad diperketatkan lagi bila mana berlakunya peristiwa-peristiwa pada kurun fitnah selepas pembunuhan Saidina Uthman r.a, yang menyaksikan lahirnya golongan berkepentingan dan aliran-aliran politik dalam masyarakat Islam48. Merujuk kepada pengkaedahan hadith, perhatian terhadap benar atau salahnya sesuatu fakta maklumat. Bukan sahaja dilihat dari sudut fakta itu sendiri atas sifatnya sebagai satu fakta maklumat, tapi ia juga dinilai dari sudut pembawa fakta49
46
Ibid., h. 177 Ibid., h. 180 48 Ibid., h. 181 49 Ibid., h. 186 47
KESIMPULAN
Bermulanya surah al-Hujurat ayat 6 yang telah dinyatakan , bahawa sebarang berita atau perkhabaran yang sampai kepada kita hendaklah diselidiki terlebih dahulu. Terdapat tiga perkara yang dapat disimpulkan berdasarkan kepentingan pemikiran kritis dalam ilmu mustolah al-Hadith : i.
Perlunya untuk mengelakkan daripada penyelewengan dan pemalsuan sesuatu hadith.
ii.
Menilai kesahihan sesuatu hadith samada diterima atau ditolak.
Kaedah ini juga boleh diterapkan sebagai asas dalam bidang kewartawanan dan penulisan ilmiah.50 Ini bermakna sebarang maklumat yang diperolehi hendaklah diselidiki terlebih dahulu sebelum ditulis atau diterbitkan. Ini perlu dititikberatkan supaya segala maklumat yang ingin disampaikan adalah sahih dan tepat serta tidak ada keraguan terhadapnya.
50
Op.cit,.2007
SENARAI RUJUKAN
Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani, Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Ainom Mohd Bin Abdullah Hassan. 1999. Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors. Manna’Khalil al-Qathan ( 2006), Cara Mudah Memahami Ilmu- Ilmu Hadith, Abu Izzat al-Mubarat( ptj).Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd Mohd Azhar Abd.Hamid ( 2001) Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Micheal Abdullah ( 1995) Pemikiran Kritis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Mustafa Abdul Rahman ( 2005) Hadith 40, Terjemahan dan Syarahannya: Petaling Jaya: Dewan Pustaka Fajar Mohd Fauzi Hamat (2005), Ketokohan Imam Al-Ghazali Dalam Bidang Logik. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Mohd Fauzi Hamat (2003). Al-Bayan, Jurnal Al-Quran & Al-Hadith, bil. 1, h. 175 Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab Trading. Rosmawati Ali (2005) ,Pengantar Ulum Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Subhi Saleh ( 1998) ’Ulum al-Hadith wa mustalahah. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin, cet.17.