Pend Koop

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pend Koop as PDF for free.

More details

  • Words: 783
  • Pages: 2
SEPANJANG setahun saya memegang jawatan Naib Yang Dipertua ANGKASA dan dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P), banyak perkara berhubung dengan pembangunan koperasi yang dipelajari, diteliti dan dihalusi. Pelbagai borang soal selidik dan analisa program tahun-tahun sebelumnya, dijadikan petunjuk untuk membina arahtuju dan hala tuju baru dalam membangunkan koperasi ahli ANGKASA. Atas sokongan dan kerjasama di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan pengurusan B4P, penyusunan dan perancangan aktiviti dan kegiatan menjadi lebih mudah dan tersusun. Dari sehari ke sehari, pelbagai konsep dalam membangun koperasi telah dikenal pasti terutama sekali berhubung dengan “Hala Tuju Pembangunan Pendidikan Koperasi”. Istilah hala tuju ini digunakan bagi mengelak berlakunya pertelingkahan, konflik dan kekusutan di kalangan warga koperasi apabila berlaku permasalahan dalam koperasi yang dianggotai. Tanpa hala tuju, perebutan anggota koperasi akan wujud anggota koperasi yang pasif, tuding-menuding jari sepanjang Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan perebutan jawatan Lembaga Koperasi secara tidak sihat. Apabila hala tuju pembangunan pendidikan koperasi jelas, maka usaha pengukuhan dan pemantapan menjadi lebih tersusun rapi. Tanpa mengira jenis dan tahap pencapaian koperasi masa kini, saya dan ahli jawatankuasa berasakan pemimpin koperasi dan anggotanya perlu dibentuk dan dibimbing agar prihatin terhadap pembangunan koperasi supaya kehendak dan keperluan mereka selari dengan dasar-dasar Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Maktab Kerjasama Malaysia. Penyemaian budaya ini bertujuan menjaga dan mengekal identiti berkoperasi. Pernyataan ini juga bukannya bertujuan menidakkan usaha-usaha sebelum ini tetapi pernyataan ini lebih kepada perubahan, pembaharuan dan pembangunan yang berlaku dalam gerakan koperasi. Mesyuarat Jawatankuasa B4P yang diadakan setiap bulan dijadikan instrumen dalam mengukur dan menilai program pembangunan pendidikan. Bersama-sama dengan ahli jawatankuasa lain, perbincangan lebih kepada penyelarasan agar setiap koperasi ahli ANGKASA dapat bergerak seiring antara satu sama lain. Sehubungan itu, pelbagai program dan strategi pembangunan di susun oleh Jawatankuasa B4P supaya hala tuju pembangunan jelas, tepat dan berkesan dalam mendidik warga koperasi khususnya ahli ANGKASA. Selain daripada program pendidikan sedia ada (Siri 1, 2, 3, KKB dan PKS), program baru, iaitu Kursus Tatacara Minit Mesyuarat, Kursus Pemantapan Pengurusan Koperasi dan Kursus Touch Typing telah dikenal pasti. Kursus-kursus itu adalah sebahagian dari kursus yang dirancang untuk menambaik, mengukuh dan memperkasakan minda warga koperasi. Kepentingan kursus ini tidak memberi apa-apa makna jika pemimpin koperasi tidak memberi kerjasama untuk melaksanakannya di peringkat koperasi masing-masing. Walaupun pelbagai kemudahan seperti tenaga pengajar, bahan pengajaran, perbelanjaan makan minum dan sijil disediakan, ANGKASA masih mengharapkan kerjasama yang menyeluruh untuk sama-sama merealisasikannya.

Dalam membangunkan koperasi ahli ANGKASA, B4P telah memperhebatkan lagi perkhidmatan dan penyelenggaraan yang dikendalikan oleh Unit PEKA, Pra Audit dan SEKKOP. Unit PEKA bukan sahaja membimbing Lembaga Koperasi dalam mempelbagai aktivitinya tetapi juga membantu koperasi itu dari segi mendidik anggotanya tentang peranan dan tanggungjawab. Unit ini juga membantu koperasi mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar dalam aktiviti yang dijalankan. Penambahan kakitangan Unit Pra-Audit dan SEKKOP, menampakkan keinginan ANGKASA untuk memastikan setiap koperasi yang menghadapi kesulitan, kesukaran dan kerumitan dalam penyelenggaran koperasi masing-masing, dapat dorongan dalam membangunkan koperasi masing-masing. Perkhidmatan dan penyelenggaraan percuma ini memberi harapan kepada Lembaga Koperasi untuk mencari alternatif memulih koperasi-koperasi ahli ANGKASA dan mengeratkan hubungan dengan anggotanya. Di samping itu, saya berasa sudah sampai penyesuaian dibuat ke atas sistem SEKKOP bagi kegunaan koperasi dewasa dalam menyedia, menyelenggara dan memantau perakaunan koperasi masing-masing. Dalam menyeimbangkan program pembangunan pendidikan, B4P juga telah memperhebatkan program seminar di setiap negeri. Program seminar seperti zakat dan keusahawanan adalah kesinambungan daripada program sebelum ini. Dengan adanya seminar itu, usaha memperkukuhkan kerjasama antara ANGKASA Pusat, ANGKASA Negeri dengan koperasi di negeri-negeri menjadi kenyataan. Pelbagai idea dan maklumat telah diperoleh dan dibincangkan dalam Mesyuarat B4P bagi tindakan susulan pada tahun depan. Dengan mengambilkira dasar-dasar semasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, B4P juga telah memperhebatkan peranan Pusat Produk Koperasi. Selain menjadikannya pusat mempamerkan hasil-hasil koperasi, B4P telah berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran koperasi yang terlibat. Lantaran itu, B4P dari semasa ke semasa akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI, LPP, RISDA, FELCRA dan sebagainya agar produk koperasi dapat diketengahkan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Daripada hasil pemuafakatan dan kerjasama yang mantap, pemimpin dan anggota koperasi dapat mewujudkan satu landasan yang sihat iaitu saling hormat menghormati, saling ingat mengingati dan saling bantu membantu dalam memajukan koperasi masingmasing. Apabila konsep ini berjalan dengan baik, pemimpin koperasi dapat mengenal pasti kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang berlaku dalam meningkat sosioekonomi anggotanya. Anggota pula dengan sukarela dan ikhlas akan menyahut seruan pemimpin koperasi dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi koperasi. Tanpa mengharapkan penghargaan, ganjaran dan pujian daripada mana-mana pihak, ANGKASA bersedia mendengar pandangan dan idea daripada kalangan pemimpin dan anggota koperasi tentang program pendidikan yang sesuai dan selari dengan pembangunan negara. Maklumbalas ini akan membantu pihak ANGKASA ‘mencipta’ dan ‘mewarnai’ pendidikan koperasi yang lebih baik dan berkesan sejajar dengan pembangunan usahawan.

Related Documents

Pend Koop
November 2019 32
Pend
November 2019 40
Torsional Pend
June 2020 15
Manajemen Pend
October 2019 44
Pend Name
June 2020 14

More Documents from "halil karabulut"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38