DEMAM PANAS ( Sehingga terketar - ketar Tubuh Badan )
Ubatnya: 1. 2. 3. 4.
Akar birah hitam Akar keladi hitam Cekur Jerangau
Mamahkan (kunyahkan) semua itu dan semburkan pada semua sendi-sendinya.Insha Allah sembuh Uba t Muntah
Dar ah
Uba tny a :
Ambil daun capa kemudian makan dengan sirih pinang. Insha Allah Sembuh dengan segera. BALGAM ( Lendir yang menganggu pernafasan ) Ubatnya: Dapatkan sedikit beras dan air limau nipis sekadar cukup untuk direndam beras tersebut. Setelah direndamkan beras tersebut maka pada sebelah paginya ambil beras tersebut dan dimakan.Insha Allah sembuh. PENYAKIT LELAH Ubatnya: Untuk Minum 1. Cuka nipah atau selainnya sebanyak secupak 2. Kunyit yang besar sebanyak secupak
Kemudian masak campuran diatas sehingga tinggal lebih kurang 3 cawan airnya.Maka air yang 3 cawan tadi beri minum sehingga habis. Ubat untuk makan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Kapur barus Kayu Kelembak Gaharu Cendana Akar Cerita ( cereka) Bawang Putih Bawang Merah
Lumatkan benda-benda tersebut dan masak dengan madu lebah kemuadian gentel jadi seperti makjun kemudian makan setiap hari berulang-ulang sehingga habis.Insha Allah Sembuh.
DEMAM KEPIALU Ubatnya: 1. 2. 3. 4.
Ambil pucuk bayam langit 3 helai Halia 3 hiris Lada hitam 3 butir Daun sirih yang telah tua sehelai
Semua bahan yang tersebut digiling, kemudian dimasukkan kedalam sehelai perca kain yang berwarna putih dan perahkan kedalam lubang hidung yang menghidapi demam kepialu tersebut.Insha Allah Sembuh.
Mencantikan Rambut Menjadikan rambut lebat serta panjang Ubatnya: 1.
Daun labu
2. 3.
Tempurung bulu Air kelapa hijau
Caranya: Ramas daun labu didalam tempurung bulu dan embunkan semalaman. Kemudian pada sebelah paginya semasa belum terbit matahari lumurkan dikepala. Ulangi setiap hari hingga nampak perubahannya.