Pemimpin Dan Matlamat Organisasi Pendidikan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemimpin Dan Matlamat Organisasi Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,917
  • Pages: 20
KEPIMPINAN DAN MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI PENDIDIKAN Pengenalan Organisasi bergerak berasaskan matlamat. Manusia, seperti pemimpin dan pengikut juga mempunyai matlamat mereka sendiri. Pemimpin yang berkesan perlu memimpin agar matlamat organisasinya, dirinya, dan pengikutnya tercapai. Organisasi didefinisikan sebagai kelompok yang merangkumi manusia, bahanbahan, peralatan dan pelbagai kemudahan yang diselaraskan agar mencapai sesuatu matlamat yang spesifik yang telah ditetapkan. Kepemimpinan pula mengikut Yukl (1989) merupakan satu proses di mana seorang individu mempengaruhi ahli-ahli kumpulan bagi mencapai matlamat tertentu kumpulan atau organisasi manakala Harold Koontz & Heinz Weihrich (1995) pula menyatakan kepemimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.

Dalam hubungan ini, fungsi pemimpin ialah menyatu dan

menyelaraskan semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat organisasi dan fokus kepemimpinan adalah menggerakkan anggota-anggota organisasi dengan dorongan yang tidak memaksa. Matlamat pula merupakan suatu kedudukan atau keadaan pada masa hadapan yang apabila tercapai akan memberi sumbangan terhadap tercapainya misi sebuah organisasi.. Di negara kita terdapat banyak contoh organisasi yang mencipta kecemerlangan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan hasil keberkesanan kepemimpinan seperti Petronas, Bank Public, Tabung Haji dan Syarikat Penerbangan Air Asia. Di bidang pendidikan, terdapatnya banyak contoh organisasi yang berjaya mencapai matlamat masing-masing, hasil keberkesanan kepemimpinan pendidikan di Jabatan Pelajaran

1

Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah. Setiap pemimpin organisasi bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Dalam hal ini, seorang pemimpin boleh saya umpamakan seperti kapten kapal yang mengetuai satu misi pelayaran. Kapal sebagai organisasi, kelasi sebagai para pengikut dan penumpang pula merupakan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mempastikan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju, serta dapat memenuhi

hasrat

penumpang,

kapten

perlu

melaksanakan

tugas-tugas

kepemimpinan, antaranya seperti menetapkan arah dan laluan yang perlu dilalui serta merancang tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan semasa pelayaran dan pelbagai tindakan alternatif yang akan diambil sekiranya menghadapi masalah di lautan yang bergelora. Oleh itu kepemimpinan organisasi yang baik perlu mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan arah tujuan yang perlu diikuti. Dengan cara

itu

barulah

seorang

pemimpin

mampu

memberikan

panduan

dan

menggembleng semua sumber dan kepakaran yang ada bagi melaksanakan segala pelan tindakan yang telah dirancangkan dengan lebih sistematik dan berkesan. Sehubungan itu, sebagai pemimpin seseorang itu perlu menentukan matlamat organisasi serta mempunyai perancangan strategik yang sesuai untuk mencapai matlamat organisasi. Di samping itu, pemimpin itu mesti memiliki kemahiran dan kualiti kepemimpinan yang bertepatan supaya dapat mempengaruhi anggotaanggotanya bekerja ke arah matlamat organisasi.

Matlamat

organisasi

kecemerlangan

dalam

pendidikan semua

iseperti aspek

sekolah

pendidikan

merangkumi seperti

pencapaian

pengurusan

dan

pentadbiran, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, sukan dan permainan. Sumber

2

manusia yang merupakan faktor paling penting dalam keberkesanan kepimpinan pendidikan ialah semua pegawai, pentadbir, guru-guru dan staf sokongan yang ada di dalam organisasi itu. Sebagai pemimpin organisasi, tercapai atau tidaknya matlamat

organisasi

bergantung

kepada

keupayaan

pemimpin

mendorong,

merangsang, membangun dan menggemblengkan sepenuhnya tenaga kerja, kepakaran dan peralatan yang ada di organisasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usaha-usaha Untuk Merealisasikan Matlamat Organisasi Pelbagai usaha boleh dilakukan sebagai pemimpin bagi merealisasikan matlamat sesebuah organisasi. Antara usaha-usaha yang boleh dirancang dan dilaksana untuk tujuan itu adalah seperti berikut: i. Budaya Kerja Cemerlang Budaya kerja dalam sesebuah organisasi biasanya dikaitkan dengan sistem nilai, norma, sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap ahlinya. Empat elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan anggota-anggota, cara mereka berfikir, berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Budaya kerja yang difahami dan dikongsi bersama boleh menjadi pendorong kepada anggota-anggota organisasi untuk menghapuskan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tiada disiplin, membazir, cuai dan tidak amanah. Secara tidak langsung anggota-anggota organisasi yang enggan memajukan diri, bermuka-muka, lembab dan tidak berkesan akan secara terpaksa mengubah cara bekerja mereka untuk disesuaikan dengan budaya kerja yang lebih dominan ini. Didapati bahawa pegawai atau staf yang kurang produktif terpaksa mengubah sikap dan gaya kerja apabila diletakkan di organisasi yang mempunyai budaya kerja cemerlang. Usaha penerapan budaya kerja cemerlang dalam kalangan anggota yang merangkumi nilai

3

dan etika dalam perkhidmatan awam amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ini adalah bertepatan dengan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang bertemakan “Kualiti Teras Kejayaan” yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 27 November 1989. Tujuan utama budaya kerja itu adalah untuk memupuk satu budaya kerja yang berorientasi kualiti dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang cemerlang. Berdasarkan program tersebut, usaha-usaha bagi menerapkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan anggota-anggota seperti yang

disenaraikan

dan

dicadangkan

dalam

Pekeliling-Pekeliling

Kemajuan

Perkhidmatan Awam (PKPA) mesti dilaksanakan. Antara program-program yang akan diberikan keutamaan seperti dalam PKPA termasuklah Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam, Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam dan Pelaksanaan MS ISO 9000.

Seseorang pemimpin pendidikan mesti memastikan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi Objektif Etika Kerja, Prinsip Etka Kerja, Nilai Utama Dalam Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Tonggak Dua Belas sentiasa diamalkan oleh semua anggota. Di samping itu, kepentingan budaya kerja cemerlang ini mesti dikaitkan dengan matlamat organisasi Untuk memastikan pengamalan budaya kerja cemerlang secara berterusan, maka satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memantau dan memberi pelaporan sejauh mana budaya kerja cemerlang itu dilaksanakan oleh ahli-ahli organisasi. Dengan cara ini, usahausaha penambahbaikan akan dapat dilakukan bagi memantapkan budaya kerja cemerlang dalam sesebuah organisasi..

4

Kewujudan budaya itu akan dapat mendorong dan merangsang anggota-anggota organisasi untuk bekerja dengan lebih cekap dan berkesan. Ini adalah kerana budaya kerja seperti yang disarankan dalam PKPA dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam memberikan panduan dan bimbingan kepada semua anggota berkaitan tatacara melaksanakan kerja yang terbaik. Jika semua ini diamalkan, maka semua anggota akan dapat menyumbang kepada kejayaan mencapai matlamat. Oleh itu, seseorang pemimpin mesti memastikan proses pembinaan budaya sentiasa dilakukan sehingga budaya kerja cemerlang ini menjadi sebati dalam jiwa dan amalan dalam kalangan semua anggota organisasi pendidikan. ii. Komunikasi Berkesan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati 75% masalah di tempat kerja adalah disebabkan oleh faktor komunikasi (Chris Cole, 1993). Menurut Henry Mintzberg komunikasi ialah suatu proses yang dilakukan melaluinya seseorang manusia mencuba berkongsi pengertian menerusi mesej-mesej simbolik. Fungsi komunikasi ini ialah memberitahu hasrat dan isyarat kefahaman di pihak lain agar hasrat dan harapan dapat ditunaikan.

Oleh itu usaha seterusnya yang perlu

dilakukan ialah melaksanakan komunikasi berkesan. Komunikasi ini perlu dilakukan dengan berkesan supaya hasrat dan matlamat organisasi dapat dijelaskan, difahami, dihayati dan seterusnya dilaksana oleh anggota-anggota.

Dengan adanya komunikasi , peluang menjelaskan strategi-strategi yang mesti diambil dan dilaksanakan oleh anggota-anggota bagi pencapaian matlamat organisasi dapat dilakukan. Ini boleh dilakukan menerusi mesyuarat, taklimat, dialog, bengkel, seminar, kursus dan perjumpaan berkala. Perjumpaan-perjumpaan seperti ini terutama yang berbentuk dua hala akan membolehkan maklumbalas status

5

pencapaian matlamat diterima dan dipantau dari masa ke semasa dan seterusnya memungkinkan langkah-langkah tindakan susulan diambil bagi memastikan matlamat organisasi boleh dicapai. Ini termasuklah juga tindakan-tindakan susulan atau penambahbaikan untuk mengatasi masalah yang melibatkan prosedur kerja, latihan, kebajikan anggota-anggota, arahan kerja, konflik dalaman dan pengiktirafan. Sebagai pemimpin, perkara-perkara ini mesti diatasi dengan segera kerana semangat anggota-anggota untuk bekerja kemungkinan besar terjejas. Jika perkaraperkara itu berjaya dilakukan, maka kepuasan dan komitmen anggota-anggota terhadap pemimpin mereka akan dapat dipertingkatkan.

Selain melalui lisan, komunikasi berkesan boleh juga dilakukan melalui penggunaan peralatan seperti media cetak atau media elektronik. Ini termasuklah penggunaan peralatan ICT seperti komputer, kemudahan internet dan emel serta pembinaan laman web untuk mengumpul, menganalisa serta menyalurkan segala maklumat berkaitan organisasi. Dengan menggemblengkan segala tenaga kerja, kepakaran dan peralatan yang ada maka matlamat organisasi termasuklah visi, misi dan strategi-strategi mencapai matlamat akan dapat disampaikan dan disebarkan kepada semua warga organisasi. Pembentukan pasukan webmaster dari kalangan anggota yang memiliki kepakaran dalam pembinaan laman web atau portal akan dapat membantu menyalur dan menyebar segala maklumat dengan cepat untuk makluman dan tindakan warga organisasi. Akses kepada kepada laman web organisasi boleh dilakukan pada bila-bila masa dan maklum balas kepada setiap pelaksanaan program dan aktiviti untuk mencapai matlamat akan dapat dibuat dengan pantas. Kaedah lain yang boleh digunakan ialah melalui media cetak dan ini termasuklah peralatan yang digunakan seperti mesin cetak, mesin faks dan mesin

6

pendua. Maklumat daripada laman web boleh juga dicetak dan disebar atau dipamer untuk makluman anggota-anggota.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi berkesan dapat membantu organisasi merealisasikan matlamatnya. Oleh itu segala saluran komunikasi perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk tujuan itu. Keberkesanan komunikasi ini dapat ditingkatkan lagi dengan penggunaan peralatan atau teknologi termasuk ICT secara optimum.

iii. Kepimpinan Melalui Teladan Usaha selanjutnya yang boleh dilakukan ialah mengamalkan Kepimpinan Melalui Teladan. Menurut Robert J.House dan Terence R.Mitchell darjah kepuasan dan motivasi

subordinat

bergantung

kepada

sejauh

mana

kelakuan

pemimpin

mempengaruhi kebolehan subordinat mencapai matlamat. Oleh itu, sebagai pemimpin tingkah laku perlu dijaga pada setiap masa dan ketika kerana perkara ini sentiasa diperhatikan oleh semua anggota dan kegagalan melakukan ini akan memberi padah yang buruk sebagai pemimpin. Kepentingan kepimpinan melalui teladan telah disedari oleh pemimpin-pemimpin negara kita. Oleh itu, tidak hairanlah jika Kempen Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkan pada tahun 1983 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Tujuan kempen itu ialah untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan berkesan yang boleh dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota perkhidmatan awam.

7

Pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik serta tidak mematuhi undangundang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan akan kehilangan integriti dan kewibawaan. Dalam struktur organisasi, kewibawaan menjadi asas yang penting untuk mewujudkan suasana yang dapat meningkatkan prestasi seseorang pekerja. Pemimpin yang mempunyai sifat yang unggul akan dihormati dan disegani oleh ahli -ahli organisasi dan segala arahan serta keputusan yang dikeluarkan akan mudah dipatuhi oleh orang bawahannya tanpa bantahan atau keraguan. Tambahan pula memberi contoh yang baik adalah sangat dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia mesti dihayati dan prinsipprinsip itu ialah niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Disamping itu Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu juga diamalkan iaitu amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Sebagai contoh atau role model janganlah menjadi pemimpin cakap tidak serupa bikin atau seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ini akan menyebabkan segala usaha dan tindakan yang dijalankan tidak dapat dipatuhi oleh anggota-anggota dan segala teguran dan saranan akan menjadi seperti menuang air ke daun keladi. Yang paling membimbangkan ialah kewibawaan pemimpin akan terhakis dan krisis kepimpinan mungkin berlaku dan keadaan seperti ini akan menjejaskan segala proses kerja organisasi.

Oleh itu, sebagai pemimpin etika kerja yang tinggi dan penghayatan Kepimpinan Melalui Teladan dalam setiap tindak tanduk mesti diamalkan supaya dapat

8

mendorong dan merangsang anggota-anggota untuk melakukan perkara yang sama. Sekiranya ini dipandang ringan, lambat laun integriti pemimpin akan terjejas dan akhirnya matlamat organisasi gagal dicapai.

iv. Gaya Kepemimpinan Organisasi Satu lagi usaha yang boleh dilakukan ialah pengamalan gaya kepemimpinan yang berkesan. Untuk itu pemimpin pendidikan mesti memahami dan menguasai gaya atau stail kepemimpinan yang berkesan. Contoh-contoh gaya kepemimpinan yang ada ialah seperti kepemimpinan transformasi, kepemimpinan situasi, kepemimpinan transaksional, kepemimpinan instruksional dan kepemimpinan karismatik. Menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan untuk mendorong, merangsang dan membangun keupayaan dan kepakaran anggota-anggota organisasi.

Dengan gaya kepemimpinan yang sesuai, elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan anggota bagi mencapai matlamat organisasi dapat dipenuhi. Sebagai pegawai pendidikan sudah tentulah kepimpinan pengajaran menjadi salah satu bentuk kepemimpinan yang mesti dikuasai. Ini adalah bertepatan dengan penegasan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semenjak beberapa tahun lalu, ramai pegawai pelajaran dan pentadbir sekolah telah didedahkan

dengan

kepemimpinan

pengajaran.

Apakah

itu

kepemimpinan

pengajaran? Kepemimpinan pengajaran ialah satu bentuk kepemimpinan sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Kepemimpinan

9

pengajaran merupakan satu bentuk kepemimpinan yang menekankan kepada keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Elemen-elemen kepemimpinan instruksional adalah seperti berikut : •

Perancangan Strategik dalam Pengurusan Kurikulum Cemerlang



Strategi Meningkatan Pencapaian Murid



Headcount dan Post-mortem



Pengurusan Kurikulum Cemerlang



Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan



Pencerapan, Penyeliaan dan Program Memperkasakan Guru



Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

Oleh itu sebagai pemimpin pendidikan, penguasaan kepemimpinan pengajaran adalah sangat penting kerana dengan itu proses memberi bimbingan dan pemantauan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dalam proses pemantauan, dorongan dan rangsangan akan dapat dilakukan oleh pemimpin. Di samping itu, maklumat keperluan latihan dan pembangunan sumber manusia akan dikumpulkan. Berdasarkan kepada penerangan-penerangan di atas, tidak syak lagi bahawa penguasaan pelbagai gaya kepemimpinan termasuklah kepemimpinan pengajaran ini mesti dilaksanakan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi pendidikan. v. Pengurusan Strategik Organisasi Usaha seterusnya yang boleh dilakukan sebagai pemimpin untuk merealisasikan matlamat organisasi ialah melaksanakan pengurusan strategik. Haines dan McCoy (1995)

menyatakan

bahawa

pengurusan

10

strategik

merupakan

satu

cara

melaksanakan urusan seharian berdasarkan perancangan strategik dan muhasabah setiap hari sepanjang perjalanan organisasi, menjadikannya sebagai landasan dan tumpuan kepada setiap aktiviti organisasi manakala perancangan strategik pula ialah suatu proses formal bagi menentukan bidang tugas yang merangkumi visi, misi, objektif, faktor-faktor kejayaan yang penting dan strategi-strategi bagi sesebuah organisasi. Dengan melaksanakan pengurusan strategik, seseorang pemimpin akan dapat melakukan perkara yang betul, untuk sasaran yang betul, pada tempat yang betul, dan pada masa yang betul serta dalam peruntukan yang betul. Di samping itu, peluang akan dapat diberikan kepada semua warga pendidik dalam proses merancang strategi bagi mencapai matlamat organisasi. Ini akan mendorong dan merangsang anggota organisasi meningkatkan semangat kerja berpasukan dan penghayatan hala tuju yang sama.

PELAKSANAAN

KAWALAN & PENILAIAN

TOWS MATRIKS INDIKATOR PRESTASI

PELAN TAKTIKAL & TINDAKAN

STRATEGI

ISU STRATEGIK MATLAMAT STRATEGIK

PRA PERANCANGAN (MANDAT) MISI

ANALISIS SWOT

VISI

Rajah 1: Langkah-Langkah Dalam Membina Perancangan Strategik 11

Berdasarkan kepada penerangan di atas, maka pengurusan strategik sangat mustahak untuk dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Pelaksanaan pengurusan strategik itu melibatkan pengemblengan semua tenaga, kepakaran dan peralatan yang ada di pejabat ini untuk mengejar matlamat yang telah ditetapkan. Strategi yang diambil adalah berdasarkan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), ancaman (threats), peluang (opportunities). Akronimnya ialah analisis KLAP atau SWOT . Langkah-langkah yang diambil dalam membina perancangan strategik organisasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Untuk membina dan melaksanakan perancangan strategik organisasi, maka amatlah penting sesi pendedahan dan pembengkelan diadakan untuk semua anggota organisasi. Dengan cara ini kefahaman membina perancangan strategik dan kepentingannya akan dapat diterapkan dalam kalangan anggota. Di samping itu, kesedaran bahawa kerjasama secara bersepadu merupakan faktor kritikal dalam kejayaan organisasi mencapai matlamat dan ini mesti disemat dalam pemikiran setiap anggota organisasi. Bagi memastikan tercapainya perancangan strategik itu, jawatankuasa pelaksana di peringkat daerah perlu ditubuhkan dengan mengambil kira aspek-aspek seperti kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah, hal ehwal murid, sukan, pembangunan dan bekalan. Keanggotaan dalam jawatankuasa tersebut mesti melibatkan ahli-ahli yang memilki kepakaran dalam pelbagai aspek seperti yang telah dinyatakan. Adalah amat penting sebagai pemimpin organisasi, penjelasan tentang peranan dan tugas setiap ahli diberikan. Di samping itu, visi, misi dan matlamat organisasi yang digubal perlu juga dihebahkan dan diperjelaskan kepada anggota-anggota di daerah supaya mereka mengetahui, memahami, menghayati

12

dan jelas tentang matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi. Semua ini dapat dilakukan melalui komunikasi berkesan seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu. Untuk mencapai matlamat organisasi, strategi-strategi yang terbaik dipilih melalui analisis SWOT. Setiap strategi yang dilaksanakan mesti mempunyai pelan tindakan dan pelan kontigensi. Pelan tindakan ini sama ada berbentuk taktikal atau operasional menyatakan tindakan atau aktiviti yang mesti dijalankan oleh setiap peringkat organisasi bagi mencapai matlamat. Aspek lain yang penting dalam pelaksanaan strategi adalah pemantauan iaitu melihat secara berkala pelaksanaan pelan strategik. Antara kepentingan pemantauan ialah untuk memastikan usaha yang dijalankan adalah selari dengan apa yang dirancang dan juga membolehkan tindakan pembetulan dilakukan. Penilaian dan pelaporan pelaksanaan perancangan strategik oleh semua pihak termasuk jawatankuasa pelaksana sangat penting untuk memastikan usaha-usaha yang dijalankan menuju ke arah matlamat yang disasarkan. Kesimpulannya ialah dengan melaksanakan pengurusan strategik ini, pegawaipegawai atau warga pendidik dapat didorong, dirangsang dan dibangunkan potensi mereka untuk memikir, menyusun, merancang dan melaksanakan secara sistematik perancangan strategik bagi setiap aspek pendidikan dan seterusnya memastikan matlamat organisasi tercapai.

v. Pengiktirafan Pengiktirafan adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, sebagai pemimpin usaha ke arah ini mesti dilaksanakan. Pengiktirafan boleh mengambil pelbagai bentuk seperti pujian lisan, surat penghargaan, pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, pemberian insentif, 13

pergerakan gaji, kenaikan pangkat dan anugerah pingat serta boleh diberikan kepadaa individu atau kumpulan. Pengiktirafan ini boleh diberikan atas sebab-sebab seperti inovasi dan kreativiti yang dihasilkan, pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang pendidikan dan juga kejayaan dalam mencapai matlamat organisasi . Kepentingan pengiktirafan ini tidak dapat dinafikan kerana boleh menjadi pendorong dan perangsang kepada ahli-ahli organisasi untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya membantu pencapaian matlamat organisasi. Usaha-usaha seperti ini adalah bersesuaian dengan Model Tingkat Kehendak Maslow yang merangkumi fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi. Berdasarkan Maslow, anggota-anggota akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi mereka. Penyediaan tempat bekerja yang kondusif seperti penyediaan ruang, cahaya, hawa dingin dan lain-lain lagi akan memenuhi keperluan fisiologi individu. Galakan penyertaan dalam merancang matlamat organisasi akan memberikan kepuasan sosial kepada anggota-anggota untuk memberikan sumbangan yang berkesan kepada organisasi. Pujian, pemberian tugas atau tanggungjawab yang besar dan mencabar serta sokongan untuk kenaikan pangkat oleh pentadbir akan memotivasikan pegawai-pegawai dalam mencapai keperluan harga diri. Penyediaan peluang melalui program latihan dan pembangunan kerjaya oleh pemimpin pula akan menggalakkan mereka berusaha untuk mencapai kesempurnaan diri yang akhirnya boleh disumbangkan kepada usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Insentif-insentif yang diberikan akan menggerakkan mereka bekerja dengan lebih gigih kerana wujudnya dorongan secara ekstrinsik ataupun intrinsik. Dorongan secara ekstrinsik akan menjadi perangsang kepada ahli-ahli organisasi untuk mendapat ganjaran dalam bentuk kewangan, faedah, pangkat, pujian dan status

14

simbol dalam organisasi. Dorongan secara intrinsik pula akan memberikan kepuasan dalam diri untuk mendapat harga diri yang tinggi serta mencapai kesempurnaan diri yang diinginkan. Kesemua faktor-faktor dorongan diri seperti keperluan, kepuasan, harapan dan sasaran yang digabungjalinkan dengan kebolehan untuk melaksanakan tugas ini akan membuahkan hasil yang diharapkan dalam organisasi

Kejayaan untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan oleh

organisasi akan mencerminkan kecekapan dan keberkesanan pemimpin dalam mengurus sumber manusia yang ada. Mungkin individu yang sering dikritik akan berasa lebih teruja untuk berusaha dengan gigih apabila diberikan pujian sebaliknya individu yang sering mencipta kejayaan sudah lali dengan pujian sebaliknya memerlukan dorongan berbentuk harga diri yang tinggi ataupun kesempurnaan diri daripada pemimpin.

Sebagai

kesimpulan

boleh

dikatakan

dorongan,

perangsang

dan

peluang

membangunkan kerjaya dalam bentuk pengiktirafan dapat menggerakkan anggotaanggota untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk mencapai matlamat organisasi. Pengiktirafan berbentuk kumpulan pula akan dapat menggemblengkan semua tenaga dan kepakaran yang ada di pejabat ini untuk menghasilkan pencapaian kerja yang lebih cemerlang. Seseorang pemimpin mesti memastikan anggota-anggota yang telah menghasilkan kerja yang cemerlang dan menepati matlamat organisasi diberikan pengiktirafan

yang sewajarnya dan pengiktirafan kepada mereka tidak

boleh ditangguh begitu lama kerana ini boleh menjejaskan motivasi anggota-anggota dan juga matlamat organisasi. Paling penting kejayaan anggota-anggota mesti diraikan secara beramai-ramai dengan kehadiran barisan kepemimpinan organisasi.

15

vi. Pembangunan Sumber Manusia Pekerja merupakan aset yang paling berharga kepada sesebuah organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan tenaga penggerak dan penentu kejayaan bagi sesuatu organisasi. Keupayaan sesebuah organisasi mencapai matlamatnya sangat bergantung

kepada

kecekapan

dan

keberkesanan

anggota-anggotanya

melaksanakan tugas. Oleh itu , sebagai pemimpin adalah amat penting untuk memastikan anggota-anggota menjadi cekap dan berkesan melalui pelaksanaan pembangunan sumber manusia. Pembangunan sumber manusia perlu dilaksanakan kerana dapat : •

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota dalam bidang kerja masing-masing



membentuk sikap dan mind-set anggota pejabat ke arah penerapan dan pengamalan nilai dan etika kerja yang sesuai dengan organisasi



meningkatkan komitmen anggota-anggota terhadap visi, misi dan matlamat organisasi



memberikan tumpuan terus kepada memberikan latihan dan kemajuan kerjaya anggota-anggota

Pembangunan

sumber

manusia

merangkumi

tiga

komponen

penting

iaitu

pendidikan, latihan dan pembangunan diri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. Melalui program ini pengetahuan, kemahiran dan kepakaran anggotaanggota organisasi boleh ditingkatkan dari masa ke semasa dan mengikut keperluan

16

Pembangunan Sumber Manusia

Pendidikan Pembelajaran bagi menyediakan seseorang individu meghadapi kerja yang berbeza tetapi yang telah dikenal pasti

Latihan Proses meningkatkan kompetensi individu yang berkait rapat dengan tugasnya semasa

Pembangunan Usaha menyediakan individu supaya dapat bertugas dengan berkesan dan cekap untuk jangka masa yang panjang

Rajah 2 : Komponen Utama Dalam Pembangunan Sumber Manusia

organisasi. Sebagai contoh, dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang pesat pada hari ini, peralatan komputer menjadi enabler bagi mempercepat dan meningkatkan proses kerja organisasi. Di samping itu, teknologi bukan sahaja merujuk kepada mesin-mesin atau peralatan elektronik seperti komputer, mesin taip elektrik atau mesin faksimili tetapi juga merangkumi pengetahuan dan kaedah-kaedah bekerja yang saintifik.

Semua ini tidak akan

terlaksana sekiranya tiada latihan disediakan oleh pemimpin organisasi. Selain itu, pengisian program pembangunan sumber manusia mestilah merangkumi aspekaspek penting seperti budaya kerja cemerlang, pengurusan strategik, kerja berpasukan, etika kerja, integriti, lawatan sambil belajar termasuk juga program penandarasan. Penandaarasan adalah merupakan satu proses melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul. Ini akan dapat membantu organisasi untuk meningkatkan profesionalisme anggota..

17

Seseorang pemimpin mesti mengalakkan anggota-anggota untuk memajukan diri supaya dapat memperbaiki prestasi kerja dan meningkatkan kerjaya mereka ke tahap lebih tinggi. Di samping itu, sedapat mungkin anggota-anggota perlu ditempatkan mengikut kesesuaian berdasarkan pengalaman,

pengetahuan dan

kemahiran yang ada pada mereka. Selain itu, langkah-langkah memperkayakan kerja, pusingan kerja dan perluasan tanggungjawab akan dilaksanakan bagi mencabar dan mencungkil potensi yang mereka miliki.

Sebagai kesimpulan, matlamat sesebuah organisasi tidak akan tercapai sekiranya anggota-anggotanya kurang cekap, kurang berkesan atau tidak kompeten dalam melaksanakan tugas. Oleh itu Program Pembangunan Sumber Manusia mesti dijalankan dari masa ke semasa atau mengikut keperluan untuk memastikan matlamat organisasi boleh dicapai dan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan adanya anggota-anggota yang cemerlang. .

vii. Kerja Berpasukan Usaha terakhir yang boleh dilakukan sebagai pemimpin ialah memastikan semangat dan amalan kerja berpasukan sentiasa diutamakan pada setiap masa dan ketika. Setiap organisasi biasanya mempunyai beberapa unit yang saling berinteraksi dan bekerja secara bersepadu untuk mencapai matlamat organisasi. Benarlah kata orang-orang tua dahulu bahawa Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh dan Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat. Kerja berpasukan bermakna semua anggota organisasi bersatu padu dan bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama dengan menggunakan

18

strategi-strategi yang telah dipersetujui secara bersama. Tali pengikat kesatuan anggota-anggota organisasi ini ialah pemimpin yang berkesan.

Rumusan

Matlamat adalah sangat penting kepada sesebuah organisasi. Tanpa keberkesanan kepemimpinan matlamat organisasi gagal dicapai kerana tenaga kerja, kepakaran dan segala peralatan yang ada di organisasi tidak dapat dimanfaat oleh pemimpim. Kalau dapat dimanfaatpun mungkin hala tuju atau matlamat organisasi kurang jelas kepada anggota-anggota. Ini mungkin diburukkan lagi apabila pemimpin tidak berupaya memberi dorongan, rangsangan dan membangun potensi anggotaanggota dalam organisasi. Tambahan pula tiada inisiatif oleh pemimpin untuk menggemblengkan tenaga kerja, kepakaran dan peralatan bagi menjayakan segala program dan aktiviti yang telah dirancangkan untuk organisasi. Pemimpin yang tidak berupaya ini umpamakan sebagai seorang general yang cedera parah dalam peperangan.

Maka

sebagai

pemimpin,

usaha-usaha

seperti

yang

telah

dihuraikan di atas perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan secara berterusan. Dengan izin tuhan, segala usaha-usaha yang diambil itu akan membantu merealisasikan matlamat organisasi.

19

Rujukan : Dr. Hjh. Asmah bt. Ahmad (2003). Pembangunan Sumber Manusia Serta Latihan & Pembangunan Staf: Satu Tinjauan Persamaannya. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia Jilid 13 Bil. 02 Disember 2003, 89-95 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 6 Tahun 1991. Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam. Jabatan Perdana Menteri Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 7 Tahun 1991. Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Jabatan Perdana Menteri Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 1999. Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Jabatan Perdana Menteri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1994). Perkhidmatan Awam Malaysia ke Arah Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Kerajaan Malaysia. Conrad, C. (2004). Strategic Organizational Communication In A Global Economy. 5th . Edition. Florida : Holt, Rinehart & Winston, Inc. Noran Fauziah Yaakub (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

20

Related Documents