SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA 41000 KLANG, SELANGOR UJIAN BULANAN 3 BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 3 MASA : 1 JAM NAMA
: ……………………………………………………..
TAHUN
: ……………………….
TARIKH
: ……………………….
Arahan
: Jawab semua soalan yang diberi iaitu sebanyak 50
soalan. Hitamkan satu sahaja jawapan bagi setiap soalan di kertas objektif yang diberi. ______________________________________________________________________ Disediakan oleh,
Disemak oleh,
………………….. (Pn. Noor Khaflida bt Mustafa) Isa) Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Melayu
…………………………. (Pn. Noor Hafiza bt Mohd Ketua Panitia Bahasa
Disahkan oleh, ……………………. (Pn. Minah bt Abdul Majid) Guru Penolong Kanan Kurikulum 1
Petikan 1 : Soalan 1 hingga 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang diberikan. Penduduk Kampung Bahagia terdiri daripada berbilang kaum dan keturunan. Mereka sentiasa bergotong-royong dan bekerjasama antara satu sama lain. Penduduk kampung itu telah menubuhkan sebuah unit Rukun Tetangga untuk mengawal keselamatan kampung mereka. Mereka bergilir-gilir bertugas menjaga keselamatan kampung mereka pada waktu malam.
Sejak unit Rukun Tetangga
diadakan kejadian kecurian dan pecah rumah di kampung mereka telah berkurangan.
1. Apakah nama kampung dalam petikan di atas ? A B C D
Kampung Pulai Kampung Bahagia Kampung Sentosa Kampung Aman
2. Bagaimana hubungan masyarakat kampung itu ? A B C D
sentiasa bergaduh sentiasa bergotong-royong sentiasa bermusuh sentiasa bermaaf-maafan
3. Penduduk kampung itu terdiri dari A B C D
Orang Melayu Orang Cina Orang India berbilang kaum dan keturunan
4. Nyatakan tujuan penubuhan unit itu. A Menjaga kebajikan penduduk B Mengawal keselamatan kampung 2
C Menangkap pencuri D Meronda kawasan kampung 5. Apakah nama unit yang ditubuhkan ? A B C D
Rukun Tetangga Rukun Negara Rukun Islam Rukun Iman
Petikan 2 : Soalan 6 hingga 10 Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya. Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia.
Gunung
Everest terletak di Banjaran Himalaya di sempadan negara Nepal dan Tibet. Nama Gunung Everest adalah sempena dengan nama seorang juruukur British, Sir George Everest.
Beliau telah menemui gunung tersebut pada tahun 1856.
Sebelum itu, Gunung Everest dikenali sebagai Chomolungma. Berbagai-bagai jenis haiwan dan tumbuhan terdapat di situ. Suhu gunung itu, sentiasa di bawah takat beku dan udaranya sejuk. Seseorang yang hendak mendaki Gunung Everest haruslah mendapat latihan terlebih dahulu.
6. Gunung Everest adalah gunung yang tertinggi di … A B C D
Malaysia dunia Nepal Tibet
7. Di manakah letaknya Gunung Everest ? A B C D
Banjaran Himalaya Britain Nepal Tibet
3
8. Siapakah yang menemui Gunung Everest ? A B C D
penduduk Nepal Seorang juruukur British Chomolungma pendaki dari Tibet
9. Perkataan “mendaki” dalam petikan bermaksud … A B C D
menaiki berjalan memanjat melompat
10. Bagaimana keadaan cuaca di Gunung Everest ? A B C D
Udara di Gunung Everest sangat panas Udara di Gunung Everest hujan sepanjang tahun Udara di Gunung Everest sangat sejuk Udara di Gunung Everest berhabuk
Petikan 3 : Soalan 11 hingga 15 Teliti jadual di bawah dan jawab soalan berikutnya. 8.30 pagi : 9.00 pagi : 10.00 pagi : 10.15 pagi : 11.15 pagi : 12.00 tengah hari : 1.00 petang : 1.15 petang :
Berkumpul di padang sekolah. Bertolak ke kilang biskut. Tiba di kilang biskut. Disambut oleh pengurus kilang. Melawat persekitaran kilang biskut. Bertolak ke kilang kasut. Melawat ke dalam kilang. Jamuan ringan. Bertolak pulang ke sekolah.
11. Apakah kegiatan yang dilakukan oleh mereka ? A Perkhemahan 4
B Lawatan C Perkelahan D Bergotong-royong
12. Apakah yang dilakukan oleh mereka pada pukul 8.30 pagi ? A B C D
Berkumpul Berbaris Bertolak ke tempat yang dituju Membersihkan padang
13. Bilakah mereka sampai ke kilang biskut ? A B C D
9.00 pagi 10.00 pagi 10.15 pagi 11.30 pagi
14. Apakah yang dilakukan selepas melawat persekitaran kilang biskut ? A B C D
Jamuan ringan Bertolak ke kilang kasut Bertolak pulang Berehat
15. Di manakah mereka berada pada pukul 11.15 pagi ? A B C D
Di kilang biskut Di kilang kasut Di sekolah Di dalam bas
5
Petikan 4 : Soalan 16 hingga 20. Baca dialog di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Swee Lan
:
Hello, itu Syarikat Maju Jaya ?
Encik Wong :
Ya, ini Syarikat Maju Jaya. Nak bercakap dengan siapa ?
Swee Lan
Saya nak bercakap dengan Encik Wong, err … itu ayah, ya.
:
Encik Wong :
Oh, Swee Lan! Suara ayah pun tak kenal.
Swee Lan
Bukan tak kenal, ayah. Murid-murid dalam kedai koperasi ini ramai.
:
Bisinglah, ayah. Suara ayah pun tak berapa terang. Encik Wong :
Emm… Apahal?
Swee Lan
Begini, ayah. Petang ni ada latihan pancaragam. Jadi, Swee Lan tak
:
balik tengah hari ni. Kawan-kawan pun ramai yang tak balik. Encik Wong:
Jadi, di mana kamu nak makan tengah hari ?
Swee Lan
Swee Lan ada bawa bekal, ayah. Petang nanti, ayah jemput ya.
:
Encik Wong :
Baiklah. Tunggu di depan sekolah. Pukul lima nanti ayah datang.
16. Siapakah yang menelefon Encik Wong ? A B C D
Swee Lan Swee Mei Mei Lan Wai Lan
17. Apakah nama tempat Encik Wong bekerja ? A B C D
Syarikat Jaya Maju Syarikat Maju Raya Syarikat Maju Jaya Syarikat Jaya Raya 6
18. Mengapakah Swee Lan tidak balik tengah hari ? A B C D
kerana ada latihan sukan kerana dia malas hendak balik kerana ada latihan pancaragam kerana ada kelas tambahan
19. Di manakah tempat Swee Lan menelefon ayahnya ? A B C D
Di pondok telefon Di kedai koperasi Di tepi jalan raya Di rumah
20. Di manakah Swee Lan akan menunggu ayahnya ? A B C D
Di perhentian bas Di belakang sekolah Di padang sekolah Di depan sekolah
Soalan 21 hingga 27 : Pilih jawapan yang paling sesuai. 21. Tiada sesiapa yang tinggal ________ rumah usang itu. A B C D
ke di pada hingga
22. Mereka berlindung _______ hujan di perhentian bas. A dari B pada 7
C daripada D kepada
23. Kak Mas _________ masalah matematik itu. A B C D
selesai diselesaikan penyelesaian menyelesaikan
24. Razak ________ bola di tengah padang. A B C D
mainan bermain memainkan dimainkan
25. Ah Kit _______ apabila mendengar berita itu. A B C D
terkejut kejutan mengejutkan dikejutkan
26. Dia bermain bola setiap petang _________ hari hujan. A B C D
kecuali atau dan kerana
27. Abang mengulangkaji pelajarannya _______ larut malam. A B C D
sejak ketika jika hingga
8
Soalan 28 dan 29 : Pilih erti kata yang bergaris. 28. Kami dapat melihat pertunjukkan sarkas di pesta itu. A B C D
menyaksikan melawat menyertai memandang
29. Mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur pada petang nanti. A B C D
beralih berangkat berganti berpindah
Soalan 30 dan 31 : Pilih lawan kata yang bergaris. 30. Shanti membuang sampah itu ke dalam tong sampah. A B C D
meletakkan mengutip memasukkan menyerahkan
31. Semasa berburu, dia ternampak akan seekor haiwan yang gagah. A B C D
lembut lembik lemah liar
9
Soalan 32 hingga 35 : Pilih kata ganda yang sesuai. 32. Kebanyakan _______ suka memelihara arnab dan kucing. A B C D
kanak-kanak laki-laki orang-orang rama-rama
33. Janganlah ________ di tepi jalan raya. A B C D
bernyanyi-nyanyi bersiul-siul bercakap-cakap bermain-main
34. Suasana menjadi __________ semasa guru tiada di dalam kelas. A B C D
sunyi-sepi gundah-gulana huru-hara gelap-gelita
35. Mereka ingin menyertai acara menyanyi ________. A B C D
berganti-ganti berlumba-lumba beramai-ramai berturut-turut
Soalan 36 hingga 39 : Pilih simpulan bahasa yang sesuai. 36. Lebih baik kita mengalah kerana dia _______. A sampai hati 10
B keras kepala C buta huruf D anak emas
37. Kakak saya _________. Dia susah diajak berbual. A B C D
anak buah besar hati hidung tinggi berat mulut
38. Mariana berasa ________ apabila diperli oleh kawan-kawannya. A B C D
panas hati lurus hati ambil hati geli hati
39. Azhan telah _______ hendak ke Perak. A B C D
bulat hati buta hati busuk hati besar hati
Soalan 40 hingga 43 : Pilih penjodoh bilangan yang sesuai. 40. Di dalam bakul itu ada dua _______ epal. A B C D
butir ekor sikat biji
41. Halim membeli se _______ pen di kedai Pak Mail. A biji 11
B buah C batang D butir
42. Azman memikul se_______ pisang dari kebun datuknya. A B C D
biji sikat ulas tandan
43. Ayah membelikan adik dua _________ stokin. A B C D
helai keping pasang ikat
Soalan 44 hingga 48 : Pilih ayat yang betul susunannya. 44.
A B C D
Pak Zaki memancing ikan ke sungai. Ke sungai Pak Zaki memancing ikan. Pak Zaki ke sungai memancing ikan. Memancing Pak Zaki ikan ke sungai.
45.
A B C D
Banyak lalat itu di tempat sampah. Tempat itu lalat banyak di sampah. Di tempat sampah lalat banyak itu. Di tempat sampah itu banyak lalat.
46.
A B C D
Lila di sekolah berjalan kaki. Berjalan kaki Lila ke sekolah. Ke sekolah Lila berjalan kaki. Lila berjalan kaki ke sekolah. 12
47.
A B C D
Ke pulau kami pergi dengan bot. Kami pergi ke pulau dengan bot. Dengan pergi bot kami ke pulau. Pulau kami ke bot dengan pergi.
48.
A B C D
Zaitun bekerja sebagai seorang pramugari. Seorang pramugari Zaitun sebagai bekerja. Bekerja Zaitun seorang sebagai pramugari. Pramugari Zaitun sebagai seorang bekerja.
Soalan 49 hingga 50 : Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. 49.
A B C D
Apa akan kamu lakukan ? Marini. Apa akan kamu lakukan. Marini. Apa akan kamu lakukan, Marini ? Apa akan kamu lakukan. Marini !
50.
A B C D
Dia tinggal di kampung Seri sentosa. Dia tinggal di Kampung seri sentosa. Dia tinggal di kampung Seri Sentosa. Dia tinggal di Kampung Seri Sentosa.
SOALAN TAMAT SEMAK SEMULA JAWAPAN ANDA, SEMOGA BERJAYA
13
14