PEMAHAMAN 1 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kedatangan aku di 'bumi ratu', pada pukul 5.30 petang waktu London disambut oleh butiran salji yang semakin lebat. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di benua Eropah ini. Aku pun menjalani pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Heathrow yang merupakan antara lapangan terbang yang tersibuk di dunia. Pegawai imigresen lelaki Inggeris itu bertanya beberapa soalan kepadaku. Selepas berpuas hati dengan jawapanku, dia pun menurunkan cap Lapangan Terbang Heathrow pada muka surat pertama pasport antarabangsaku. Kemudian, aku bergegas ke aras bawah lapangan terbang untuk membuat tuntutan bagasi. Setelah semua urusan selesai, aku ke lobi ketibaan untuk menunggu seseorang yang amat kurindui untuk menjemputku. Aku memandang ke luar lobi. Aku dapat melihat salji mula menutupi jalan-jalan di sekitar Heathrow menyebabkan pergerakan lalu lintas menjadi perlahan. Sedang aku asyik memandang salji yang turun, aku disapa oleh seseorang. "Helo, apa khabar? Saya Maria Iglieus," ujarnya lalu bersalaman denganku. "Khabar baik. Saya Alia Aziz," jawabku. "Ada sesiapa yang akan datang menjemput Alia? Kalau tidak ada, biar saya hantar Alia ke Malaysian Hall," ujar Maria menawarkan bantuan. "Tak mengapalah, Maria. Tak lama lagi sampailah dia," ujarku lagi. "Kalau begitu, ambil kad saya ini. Kalau ada apa-apa masalah, hubungilah saya," ujar Maria lalu keluar untuk menahan teksi. Sejam telah berlalu. Aku menjadi semakin cemas. Mataku meliar ke sekeliling lobi ketibaan itu. Tiba- tiba, aku terasa bahuku dicuit oleh seseorang. "Alia," panggil suatu suara. "Kak Lisa," ujarku lalu memeluk insan yang amat kurindui itu. Kak Lisa sudah lama tidak pulang ke tanah air kerana sibuk dengan tugasnya di sebuah syarikat pelaburan. "Maafkan kakak kerana terlambat. Kakak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," ujarnya sambil mengangkat begku lalu menuju ke keretanya yang diletak di luar. Aku berasa lega kerana berjumpa Kak Lisa. Aku sudah merancang untuk tidur sebaik-baik sahaja tiba di rumahnya nanti. Perjalanan selama 13 jam itu amat memenatkan. "Sebelum kakak terlupa, nanti jangan lupa telefon papa dan mama. Beritahu mereka bahawa Alia sudah selamat tiba di rumah kakak di kota London ini," ujar Kak Lisa.
1
1.
'Aku' tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada musim apa? A Pada musim bunga B Pada musim luruh C Pada musim panas D Pada musim sejuk
2.
Mengapakah 'aku' bergegas ke aras bawah lapangan terbang selepas pasportnya dicap oleh pegawai imigresen? A Kerana hendak menunggu seseorang yang telah berjanji hendak menjemputnya B Kerana hendak mengambil begnya yang telah melalui pemeriksaan imigresen C Kerana hendak mencari teksi untuk pergi ke rumah sahabatnya
3.
Jalan-jalan di sekitar Heathrow sesak pada petang itu kerana A ada kecelakaan jalan raya yang berlaku. B terdapat kerosakan lampu isyarat di jalan utama. C salji telah memenuhi permukaan jalan tersebut. D orang ramai keluar membeli-belah.
4.
Pernyataan yang tidak benar tentang petikan ialah A Alia baru pertama kali berkunjung ke kota London. B Kak Lisa bekerja di Malaysian Hall. C Alia berkenalan dengan Maria semasa berada di lobi ketibaan. D Alia berasa sangat letih setelah menempuh perjalanan yang lama.
5.
Apakah hubungan antara Alia dengan Kak Lisa? A Adik-beradik B Sepupu C Sahabat pena D Ibu saudara
2
PEMAHAMAN 2 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
No. 73, Jalan Delima, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. 1 Mac 2006. Ke hadapan saudari Izelea yang kini berada di Kuala Kangsar, semoga dalam keadaan sihat dan ceria selalu hendaknya. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terlambat membalas surat saudari. Tentu saudari ternanti-nanti cerita saya semasa melawat ke Kanada bersama-sama keluarga tempoh hari. Seminggu berada di sana, terasa bagai sehari sahaja. Masa begitu pantas berlalu. Sepanjang berada di sana, saya berpeluang berkunjung ke bandar Ontario, di selatan Kanada berhampiran dengan Niagara Fall. Bandar ini kelihatan kacau-bilau sekali. Kepala beberapa ekor dinosaur yang berleher panjang terjengul berhampiran dengan menara telekomunikasi Ontario. Ada juga orang yang mencuba menyeberangi jalan raya di bandar itu di atas seutas tali. Sebenarnya Izelea, semua ini adalah gambaran sebuah bandar tema di Niagara Fall, Kanada. Orang yang saya maksudkan tadi sebenarnya hanya sebuah patung. Patung itu tidak bergerak-gerak. Patung itu ditempatkan di situ sebagai memperingati seseorang yang telah menyabung nyawanya menyeberangi Air Terjun Niagara hanya dengan seutas tali. Dialah orang yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh sebab itulah, Guinness World of Records telah membina patungnya untuk mengenang keberaniannya itu. Begitu juga halnya dengan dinosaur yang saya sebutkan tadi. Dinosaur-dinosaur itu hanyalah patung-patung yang ditempatkan berselerak di bandar ini. Sekali imbas, replika dinosaur itu memang kelihatan seperti dinosaur yang betul. Saya berasa sangat terhibur berada di sini sama seperti ketika berada di taman tema Tanah Tinggi Genting dan Sunway Lagoon. Setiap langkah kita dicabar oleh pelbagai jenis permainan yang menduga keberanian. Semua permainan ini akan membuatkan kita tersenyum dan ketawa. Setakat ini sajalah yang dapat saya ceritakan kepada saudari. Semoga kita bertemu kembali dalam lembaran yang lain. Akhir kata sambutlah salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga. Salam mesra,
Diana
3
1.
Di manakah penulis surat ini berkunjung? A Australia B Niagara Fall C New Zealand D Kanada
2.
Mengapakah patung orang yang mencuba menyeberangi jalan raya di atas seutas tali diletakkan di bandar itu? A Untuk dijadikan hiasan B Untuk memperingati seseorang yang telah mempertaruhkan nyawanya menyeberangi Air Terjun Niagara di atas seutas tali C Untuk dijadikan daya penarik kepada para pelancong D Untuk menambahkan bilangan patung di bandar Ontario
3.
Guinness World of Records telah membina patung tersebut untuk A B C D
mengenang keberaniannya. mengindahkan pemandangan bandar itu. menyedarkan orang ramai supaya tidak berkelakuan begitu. menambahkan replika-replika menarik yang terdapat di bandar itu.
4.
Antara yang berikut ialah gambaran tentang bandar Ontario? A penduduk di bandar itu berada dalam keadaan kacau-bilau. B kepala beberapa ekor dinosaur terjengul berhampiran dengan menara telekomunikasi Ontario. C patung orang mencuba menyeberangi jalan raya di atas seutas tali.
5.
Mengapakah penulis berasa terhibur semasa berada di bandar Ontario, kecuali A Kerana setiap langkahnya akan dicabar oleh permainan yang menduga keberanian B Kerana terdapat banyak pusat membeli-belah C Kerana penulis berjumpa dengan kawan lamanya
4
PEMAHAMAN 3 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sejak dahulu lagi, manusia telah menjalankan aktiviti memburu hidupan liar. Aktiviti ini dijalankan atas beberapa sebab seperti untuk mendapatkan makanan dan pakaian. Namun, apabila aktiviti ini dijalankan secara berleluasa dan tidak terkawal, akan mengakibatkan setengah-setengah hidupan liar diancam bencana kepupusan. Harimau merupakan antara spesies yang paling terancam. Tanggapan bahawa hidupan ini mengancam kehidupan manusia telah menyebabkan haiwan ini terus diburu. Tetapi, faktor utama yang menyebabkan kepupusan hidupan ini adalah kerana keghairahan manusia untuk mendapatkan anggota badannya yang dipercayai mujarab untuk merawat penyakit. Akibatnya, dianggarkan hanya tinggal 5 000 hingga 7 000 ekor harimau sahaja di muka bumi ini. Badak sumbu juga menerima nasib yang sama seperti harimau. Haiwan ini diburu kerana dipercayai bahawa sumbunya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antaranya, untuk menurunkan suhu badan dan memulihkan tenaga batin. Keghairahan manusia untuk menjadikan gading gajah sebagai perhiasan menjadi punca kepada kepupusan hidupan ini. Oleh sebab gading gajah mempunyai nilai yang tinggi, manusia terus memburu haiwan ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan risiko. Dianggarkan, gading gajah dapat dijual tidak kurang daripada RM800 sekilogram. Atas sebab ini, manusia yang mata duitan akan terus memburu haiwan ini tanpa mengambil peduli akan akibatnya. Selain haiwan-haiwan tersebut, banyak lagi spesies haiwan yang lain menjadi mangsa pemburuan manusia. Haiwan ini diburu untuk mendapatkan bahagianbahagian badan yang dapat dijadikan pakaian, makanan, dan perhiasan yang bernilai tinggi. Jika aktiviti ini tidak dibendung, dikhuatiri haiwan-haiwan ini akan berada di ambang kepupusan sama seperti harimau, badak sumbu, dan gajah. Oleh sebab itu, langkah pemeliharaan harus dijalankan dengan serius untuk melindungi haiwan ini daripada pupus. Orang ramai harus sedar bahawa kepupusan haiwan-haiwan ini tidak sahaja melenyapkan haiwan tersebut, malah akan menjejaskan hidupan yang lain termasuk manusia. Hal ini demikian kerana setiap hidupan di muka bumi ini hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain.
5
1.
Apakah penyebab utama yang mendorong kepada pemburuan harimau? A Harimau mengancam kehidupan manusia. B Nilainya yang tinggi menyebabkan haiwan ini ditangkap oleh manusia. C Kemujaraban anggota badannya untuk mengubati penyakit. D Harimau diburu untuk dijadikan perhiasan yang bernilai tinggi.
2.
Mengapakah penulis mengatakan badak sumbu mempunyai nasib yang sama seperti harimau? A kerana jumlahnya yang tinggal antara 5000 hingga 7000 ekor sahaja B Kerana badak sumbu turut menghadapi bahaya kepupusan akibat diburu bagi tujuan perubatan C kerana badak sumbu turut mengancam kehidupan manusia
3.
Pada pendapat kamu, mengapakah gading gajah mempunyai nilai yang tinggi? A Kerana gajah sudah pupus B Kerana gading gajah sukar didapati C Kerana gading gajah cantik dan sesuai untuk dijadikan perhiasan D Kerana hanya orang yang mampu layak membelinya
4.
Berikut yang manakah bukan haiwan yang diburu untuk dijadikan bahan perhiasan? A Rusa B Gajah C Harimau D Monyet
5.
Pernyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali A gading gajah bernilai tinggi. B kehidupan manusia tidak akan terjejas akibat kepupusan haiwan. C harimau dan gajah mengalami nasib yang sama. D sumbu badak dipercayai dapat menurunkan suhu badan.
6
PEMAHAMAN 4 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Ekspedisi Kembara Muda ke Taman Negara Pada 28 Mei yang lalu, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Putri Jaya, Kuala Lumpur telah mengadakan Ekspedisi Kembara Muda ke Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Ekspedisi itu telah disertai 30 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring. Peserta ekspedisi bertolak dari sekolah menaiki bas sekolah yang disewa khas pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan kami ke Kuala Tembeling melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak mengambil masa selama lima jam. Kebanyakan peserta sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjejakkan kaki di Taman Negara. Setibanya kami di Jeti Kuala Tembeling, Pegawai Perhubungan Awam Taman Negara Resort telah menyambut kedatangan kami. Selepas itu, Cikgu Roffi telah menguruskan pendaftaran kami dan membayar cukai kemasukan di Jabatan Perhilitan. Seterusnya kami menaiki bot yang sudah sedia menunggu untuk menyusuri Sungai Tembeling. Pada sebelah malamnya, pihak Taman Negara Resort telah mengadakan jamuan untuk meraikan kedatangan kami. Selepas makan, kami terus naik ke bilik untuk masuk tidur. Ternyata perjalanan yang jauh itu amat memenatkan. Pada 29 Mei, Abang Syafie Omar telah membantu kami untuk memulakan aktiviti mendaki Bukit Teresek. Kami terpaksa mendaki bukit yang curam. Namun kami dapat melakukannya dengan berjaya sekali. Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke jambatan gantung yang lebih dikenali dengan titian kanopi. Titian kanopi ini dibina sepanjang 400 meter dan setinggi 30 meter. Rata-rata peserta ekspedisi berasa kecut perut semasa memandang ke bawah ketika meniti titian kanopi tersebut. Menurut Abang Syafie, jambatan gantung itu akan bertambah tinggi kedudukannya jika terdapat pokok yang tinggi. Pada sebelah petangnya pula, kami telah mandi-manda di Lubuk Simpon. Airnya yang jernih dan sejuk membuktikan bahawa kawasan tersebut masih terpelihara keindahan semula jadinya. Pada keesokan paginya, kami berkemas dan bersiap untuk pulang. Sesungguhnya ekspedisi ini telah mendedahkan para peserta kepada pelbagai
7
cabaran dan pengalaman baru yang agak asing bagi mereka. Selain itu, ekspedisi ini juga telah memupuk semangat berpasukan dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Laporan disediakan oleh,
8 JUN 2006.
Lia ........ .....Shira .................................
(LIA SHIRA BINTI MUSTAFA) Setiausaha, Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Putri Jaya. 1.
Pada pendapat kamu, mengapakah kebanyakan peserta ekspedisi sudah tidak sabar-sabar lagi menjejakkan kaki ke Taman Negara? A Kerana mereka hendak menjalankan aktiviti Persatuan Pengakap B Kerana mereka hendak menghabiskan cuti persekolahan di sana C Kerana mereka hendak menikmati keindahan semula jadi di sana D Kerana mereka baru pertama kali hendak berkunjung ke sana
2.
Apakah kenderaan yang dinaiki para peserta dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara? A Bas B Bot C Kereta D Kayak
3.
Semasa ekspedisi di Taman Negara, Abang Syafie Omar bertindak sebagai A guru pengiring. B pekerja Taman Negara Resort. C jurupandu. D pembantu perubatan.
4.
Antara aktiviti-aktiviti yang berikut, manakah perkara yang amat menakutkan peserta ekspedisi? A Meniti jambatan gantung B Menyusuri Sungai Tembeling C Mandi di Lubuk Simpon D Mendaki Bukit Teresek
5.
Pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas ialah A ekspedisi Kembara Muda ke Taman Negara itu telah berlangsung selama tigahari. B jambatan gantung yang terdapat di Taman Negara dibina pada ketinggian yang sama. C peserta ekspedisi itu banyak mendapat pengalaman yang berguna. 8
PEMAHAMAN 5 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, 46000 Petaling Jaya. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, 46000 Petaling Jaya.
10 MAC 2006.
Tuan, Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Lawatan ke Pusat Sains Negara Saya mewakili Persatuan Sains dan Matematik, ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menganjurkan lawatan ke Pusat Sains Negara pada 16 April 2006. 2. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mendedahkan perihal pentingnya sains dalam kehidupan manusia kepada ahli persatuan. Selain itu, matlamat lawatan kami juga adalah untuk memupuk perasaan ingin tahu di kalangan ahli persatuan, selari dengan objektif persatuan kami. Lawatan ini juga diharapkan dapat membuka pemikiran ahli persatuan tentang perkembangan teknologi pada hariini. 3. Sebanyak 20 orang murid tahun 4, 15 orang murid Tahun 5, dan 15 orang murid Tahun 6 akan turut serta dalam lawatan ini. Rombongan kami akan diiringi oleh guru-guru penasihat persatuan, iaitu Cikgu Aspalaila dan Cikgu Muradiah. 4. Jika permohonan kami ini diluluskan, kami merancang untuk menyewa sebuah bas untuk ke Pusat Sains Negara. Urusan penyewaan bas dan surat memohon kebenaran daripada pihak Pusat Sains Negara akan diselenggarakan oleh guru penasihat kami. 5. Perbelanjaan untuk lawatan ini akan ditanggung bersama oleh peserta-peserta lawatan. Untuk tujuan ini, kami akan mengutip wang sebanyak RM10 daripada setiap peserta. Kami juga akan menggunakan wang tabung persatuan jika wang yang dikutip tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan. 6. Mengikut perancangan, kami akan bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan dijangka tiba di kawasan sekolah semula pada pukul 4.00 petang. Untuk maklumat lanjut tentang sebarang aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan, 9
tuan boleh merujuk kepada atur cara lawatan yang ada dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. 7. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar,
Ifti Lyana
........................................... (IFTI LYANA BINTI ISMAIL) Setiausaha, Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Medan Jaya.
1.
Apakah tujuan surat ini ditulis? A Memaklumkan tentang lawatan yang akan diadakan kepada Guru Besar B Momohon wang untuk menanggung perbelanjaan lawatan C Mendapatkan kebenaran daripada Pusat Sains Negara D Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan lawatan
2.
Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan ini? A 50 orang B 52 orang C 62 orang
3.
Berdasarkan laporan di atas, objektif persatuan itu adalah untuk A mengadakan lawatan sambil belajar. B mewujudkan perasaan ingin tahu di kalangan ahli persatuan. C memahami kepentingan sains dalam kehidupan manusia. D mencapai keputusan terbaik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
4.
Pilih penyataan yang tidak benar tentang tujuan kutipan wang sebanyak RM10 dikutip daripada setiap peserta lawatan A Untuk membeli makanan peserta-peserta lawatan B Untuk membayar sewa bas C Untuk dimasukkan ke dalam tabung persatuan D Untuk membayar tiket masuk ke Pusat Sains Negara
5.
Ifti Lyana Ismail ialah A Setiausaha Persatuan Sains Gunaan. B guru penasihat persatuan. C pemandu bas sewa. D penulis surat di atas.
10
PEMAHAMAN 6 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Elida bercadang untuk menulis tentang khasiat dan kebaikan kacang soya dalam projek sainsnya. Oleh itu, dia telah mewawancara Puan Ani, pakar teknologi makanan untuk mendapatkan maklumat. Elida : Terima kasih, Puan Ani kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual. Pn. Ani : Sama-sama. Elida : Baiklah, puan. Apakah makanan yang mengandungi khasiat kacang soya? Pn. Ani : Di Malaysia, antara makanan yang berasaskan kacang soya ialah tauhu, tempe, dan minuman soya. Selain itu, terdapat juga tepung kacang soya yang dijadikan sebagai bahan untuk memproses makanan contohnya roti. Elida : Adakah kicap diperbuat daripada kacang soya? Pn. Ani : Ya, memang kicap diperbuat daripada kacang soya. Tetapi kicap mungkin kurang ataupun langsung tidak mengandungi khasiat. Proses penghasilan kicap telah memusnahkan zat-zat yang terkandung dalam kacang soya itu. Elida : Oh, begitu! Bolehkah Puan Ani terangkan serba sedikit tentang khasiat kacang soya? Pn. Ani : Kacang soya merupakan sumber protein terbaik kerana mengandungi hampir kesemua jenis protein yang diperlukan oleh manusia dalam proses tumbesaran. Selain itu, kacang soya juga mengandungi jumlah kalsium, magnesium, dan vitamin B yang tinggi, serta zat-zat lain yang diperlukan oleh badan. Elida : Selain sebagai sumber zat makanan, apakah kelebihan lain yang ada dalam kacang soya? Pn. Ani : Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kacang soya dapat mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada serangan jantung. Elida : Saya ada terbaca dalam suatu artikel yang mengatakan bahawa kacang soya dapat merawat penyakit kanser. Bolehkah Puan Ani jelaskannya? Pn. Ani : Kurang tepat tu, Elida. Sebenarnya kacang soya tidak dapat merawat penyakit kanser tetapi mampu mengurangkan risikonya kerana kacang soya mengandungi bahan antikanser. Selain itu, kacang soya juga baik untuk kesihatan kaum wanita, terutamanya golongan yang 11
berumur kerana kacang soya mengandungi bahan yang diperlukan oleh tubuh mereka. Elida : Jadi, bolehlah saya ringkaskan di sini bahawa kacang soya bukan sahaja kaya dengan zat tetapi juga dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis penyakit. Pn. Ani : Ya, benar sekali. Elida : Baiklah, puan. Saya rasa maklumat yang saya peroleh ini sudah tentu dapat membantu saya untuk melaksanakan projek sains ini. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang Puan Ani berikan. Pn. Ani : Sama-sama. 1.
Apakah tujuan Elida bertemu dengan Puan Ani? A Mendapatkan biji benih kacang soya B Mendapatkan maklumat tentang khasiat kacang soya C Mengetahui teknik-teknik penanaman kacang soya D Mengetahui langkah-langkah untuk mengurangkan risiko penyakit kanser
2.
Pernyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali A kicap bukan diperbuat daripada kacang soya. B kacang soya dapat merawat penyakit kanser. C kolestrol adalah punca serangan jantung. D kacang soya tidak mengandungi protein yang diperlukan oleh manusia.
3.
Antara berikut, makanan yang manakah tidak mengandungi banyak khasiat kacang soya? A Tempe B Kicap C Tauhu D Minuman soya
4.
Pada pendapat kamu, dari manakah Elida mendapat maklumat tentang kacang soya yang dikatakan dapat merawat penyakit kanser? A Guru B Majalah C Rakan-rakan
5.
Kacang soya diproses untuk dijadikan A pewarna makanan. B kicap. C pencuci mulut. D perasa makanan.
12
PEMAHAMAN 7 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein, suatu nama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua mengantikan Tunku Abdul Rahman dari tahun 1970 hingga 1976. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang, Telah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya di Kolej Raffles, Singapura. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di London dalam bidang perundangan dan telah dilantik sebagai peguam pada tahun 1950. Tun Abdul Razak mula berjinak-jinak dalam lapangan politik ketika masih menuntut lagi. Karier cemerlangnya bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO dan seterusnya beliau terus melangkah setapak demi setapak sehinggalah dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada 22 September 1970. Sebagai seorang ahli politik terkemuka, beliau telah banyak melakukan pembaharuan di Malaysia. Antaranya ialah merombak sistem pendidikan penjajah (Inggeris) kepada suatu sistem pendidikan yang bersatu padu dan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Sistem ini telah dikenali sebagai Penyata Tun Razak. Walau bagaimanapun, sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang pembangunan sehingga beliau digelar Bapa Pembangunan. Beliau telah bertanggungjawab menghidupkan semangat gotong-royong dan menggerakkan rakyat menghapuskan kemiskinan, kejahilan, dan penyakit terutama di kawasan luar bandar. Beliau juga telah merangka Rancangan Pembangunan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk merapatkan jurang kemiskinan antara rakyat berbilang kaum. Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah melancarkan Projek Buku Hijau yang bertujuan untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan negara. Melalui projek ini, orang ramai digalakkan untuk bercucuk tanam di sekeliling kediaman mereka untuk menampung keperluan sendiri. Dengan itu, pergantungan terhadap makanan import dapat dikurangkan lantas mengurangkan kadar inflasi pada masa itu. Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Namun nama dan jasa beliau akan terus terpahat di hati setiap rakyat Malaysia kerana sumbangannya memajukan dan membangunkan negara ini.
13
1.
Di negara manakah Tun Abdul Razak melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan? A Filipina B Malaysia C England D Singapura
2.
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mula berjinak-jinak? A Mula menceburi sesuatu bidang tetapi tidak secara serius B Mula memahami sesuatu C Mula mengambil tahu tentang sesuatu
3.
Pernyataan yang manakah tidak benar tentang sistem pendidikan yang diutarakan oleh Tun Abdul Razak? A Sistem pendidikan yang bersatu padu B Sistem pendidikan Inggeris C Dikenali sebagai Penyata Tun Razak D Bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa pengantar
4.
Mengapakah Tun Abdul Razak akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia? A Kerana beliau telah melancarkan projek Buku Hijau B Kerana beliau ialah warganegara Malaysia C Kerana sumbangan beliau memajukan dan membangunkan negara D Kerana beliau bergelar 'Bapa Pembangunan'
5.
Berapakah usia Tun Abdul Razak ketika beliau meninggal dunia? A 51 tahun B 52 tahun C 53 tahun D 54 tahun
14
PEMAHAMAN 8 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA LUMPUR, Selasa – Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan muncul sebagai juara Pertandingan Kuiz Sains Nasional Dumex 2006, mengalahkan 11 buah sekolah dari seluruh negara yang diadakan di Pusat Sains Negara, semalam. Pasukan yang terdiri daripada tiga orang murid tahun tiga itu diwakili oleh Nur Batrisya Amir, Su Jan Nee, dan Susila Menon serta diiringi dua orang guru pengiring, iaitu Puan Nora Maria Johari dan Encik Sharul Idham Sulaiman. Kejayaan pasukan itu membolehkan sekolah tersebut membawa pulang wang tunai bernilai RM3000, sebuah komputer multimedia, satu set CD-ROM pendidikan, sebuah piala, hamper Dumex bernilai RM500, dan sijil penghargaan untuk setiap pemenang. Sementara itu, tempat kedua pula disandang oleh Sekolah Kebangsaan Ampang, Perak. Sekolah itu memenangi wang tunai RM2000, sebuah komputer multimedia, satu set CD-ROM pendidikan, sebuah piala, hamper Dumex bernilai RM300, dan sijil penghargaan untuk setiap pemenang. Tempat ketiga pula dimenangi Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu. Pasukan sekolah itu menerima wang tunai RM1000, sebuah komputer multimedia, satu set CD-ROM pendidikan, sebuah piala, hamper Dumex bernilai RM100, dan sijil penghargaan untuk setiap pemenang. Kesemua peserta menerima hadiah daripada Pengurus Besar Pemasaran Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd., Lee Chor Seng. Dalam ucapan penutupnya, Lee Chor Seng berkata kuiz yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menduga akal murid tahun tiga di seluruh negara. Kuiz yang berlangsung selama lima bulan di 180 buah sekolah rendah di seluruh negara itu bercorak komputer bagi menyemai minat mendalam murid-murid terhadap pembelajaran Sains.
15
1.
Di manakah Pertandingan Akhir Kuiz Sains Nasional Dumex 2006 dijalankan? A Di dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap B Di Pusat Sains Negara C Di dewan Sekolah Kebangsaan Ampang D Di dewan Sekolah Kebangsaan Zainab (2)
2.
Berapakah jumlah murid yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kuiz Sains Nasional Dumex 2006? A 3 orang B 2 orang C 33 orang D 36 orang
3.
Antara berikut merupakan hadiah yang dimenangi oleh pemenang pertama kuiz tersebut, kecuali A Wang tunai RM3000 B Komputer multimedia C Hamper Dumex D Tiket melancong
4.
Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz itu? A Guru pengiring B Menteri Pelajaran C Pengurus Besar Pemasaran Dumex
5.
Apakah tujuan pertandingan Kuiz Sains Nasional Dumex 2006 diadakan? A Untuk mencungkil bakat murid-murid dalam pelbagai pertandingan B Untuk menduga akal murid tahun tiga di seluruh negara C Untuk menyemai minat murid-murid terhadap pelajaran Sains D Untuk memenangi hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur
16
PEMAHAMAN 9 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selamat sejahtera dan selamat pagi Yang Berbahagia Penghulu Kampung Lepar, penduduk kampung, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang berucap di majlis sambutan Hari Kebangsaan yang ke-49 bagi Kampung Lepar ini. Pada pagi yang berbahagia dan bersejarah ini, dapatlah kita berkumpul beramai-ramai di padang ini dalam suasana ceria dan gembira. Kita seharusnya bersyukur kerana dapat berhimpun untuk sama-sama merayakan Hari Kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Hadirin yang saya muliakan, Tahun ini adalah tahun keenam majlis sambutan ini diadakan di kampung ini. Sesungguhnya majlis sambutan ini besar sekali ertinya dan amat baik diadakan. Selain mencari dan memahami erti kemerdekaan, majlis ini juga menunjukkan bahawa perpaduan di kalangan penduduk kampung memang terjalin erat. Hadirin yang dihormati, Memang payah untuk mencapai kemerdekaan. Namun, mengisi dan mengekalkan kemerdekaan adalah lebih payah. Bagaimanakah mahu mengekalkan kemerdekaan jika sesama kita hidup berpecah belah? Bagaimanakah kebebasan itu dapat diisi andainya kita tidak bersatu padu dan meningkatkan usaha? Demi kemajuan kampung, negeri, dan seterusnya negara, saya sebagai Pegawai Daerah Raub, menyeru agar kemerdekaan yang dinikmati ini dipertahankan. Tuan-tuan dan puan-puan harus bersatu padu, bekerjasama, dan hidup dalam harmoni. Pada tarikh 31 Ogos 2006 ini, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis sambutan Hari Kebangsaan yang ke-49 bagi Kampung Lepar ini. Sekian, terima kasih.
17
1.
Mengapakah penduduk Kampung Lepar berhimpun? A Untuk menyambut hari ulang tahun keputeraan Sultan Pahang B Untuk menyambut Hari Kebangsaan negara yang ke-49 C Untuk meraikan kedatangan pegawai daerah
2.
Sudah berapa kalikah perhimpunan menyambut Hari Kebangsaan itu diadakan di Kampung Lepar? A Tujuh kali B Enam kali C Tiga kali D Lima kali
3.
Bilakah tarikh mula-mula sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Kampung Lepar? A 31 Ogos 1957 B 31 Ogos 2001 C 31 Ogos 2006 D 31 Ogos 2000
4.
Siapakah yang merasmikan majlis sambutan Hari Kebangsaan Kampung Lepar? A Menteri Besar Pahang B Ketua Kampung Lepar C Penghulu D Pegawai Daerah Raub
5.
Berpandukan petikan, pernyataan yang manakah tidak benar? A Ucapan ini disampaikan oleh penghulu Kampung Lepar. B Perpaduan di kalangan penduduk Kampung Lepar terjalin erat. C Penduduk menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana ceria dan gembira. D Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-49.
18
PEMAHAMAN 10 Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim, guru-guru, serta hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Televisyen Pelbagai Rangkaian Membawa Kesan Buruk kepada Masyarakat". Hadirin sekalian, Pada zaman teknologi maklumat ini, tanpa kita sedari terdapat lebih daripada 30 buah rangkaian televisyen yang boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia. Jumlah ini merangkumi lima buah rangkaian percuma kerajaan dan swasta serta lebih 22 buah rangkaian berbayar yang disalurkan melalui kabel dan satelit. Namun, di sebalik keghairahan kita untuk memiliki kesemua rangkaian ini, terfikirkah kita tentang kesankesan yang bakal timbul dalam kehidupan kita? Kebanyakan rancangan dari luar negara yang ditayangkan kepada kita itu disalurkan melalui rangkaian televisyen berbayar dan swasta. Rancangan-rancangan ini dipenuhi dengan adegan-adegan ganas, lucah, dan unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia. Akibatnya, rancangan-rancangan bercorak begini akan meracuni pemikiran serta mempengaruhi perbuatan dan tingkah laku penonton. Hadirin sekalian, Walaupun terdapat rancangan yang bercorak informasi dan pendidikan ditayangkan, namun jumlah rancangan hiburan jauh lebih banyak dan kian mendapat perhatian penonton. Rancangan ini menjadikan penontonnya terutama golongan pelajar leka sehingga melupakan tanggungjawab mereka. Terdapat banyak kes pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah mereka dan datang ke kelas dalam keadaan mengantuk akibat terlalu asyik menonton rancangan televisyen hingga larut malam. Selain itu juga, kebanjiran rancangan menarik yang disalurkan melalui rangkaian yang pelbagai ini menjadikan seseorang individu itu menghabiskan waktu lapangnya dengan menonton televisyen. Masa yang sepatutnya digunakan untuk beriadah dibazirkan dengan bermalas-malas di depan kaca televisyen. Kini jelaslah kepada kita bahawa televisyen pelbagai rangkaian ini membawa mudarat kepada masyarakat. Malah kesannya adalah lebih meluas jika difikirkan secara mendalam. Namun, oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka saya tidak dapat mengupasnya secara terperinci. Oleh itu, setakat ini sahaja ucapan saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
19
1.
Pada pendapat kamu, di manakah syarahan ini disampaikan? A Di dalam kelas B Dalam perhimpunan sekolah C Dalam pertandingan syarahan D Semasa sambutan Hari Guru
2.
Pilih pernyataan yang benar. A Rangkaian televisyen yang disalurkan melalui kabel adalah milik kerajaan. B Bukan semua orang memiliki kesemua rangkaian yang ditawarkan. C Rangkaian televisyen percuma tidak menayangkan rancangan dari luar negara. D Jumlah rancangan hiburan adalah sama dengan jumlah rancangan berinformasi.
3.
Berdasarkan syarahan, murid tidak membuat kerja sekolah kerana A malas. B Bukan memahami pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. C terpengaruh dengan adegan ganas. D terlalu asyik menonton rancangan televisyen.
4.
Perkataan kebanjiran dalam petikan bererti A banyak. B basah. C kurang.
5.
Jika penyampai syarahan mempunyai lebih masa, dia mungkin akan A meneruskan syarahan dengan tajuk lain. B memberi contoh-contoh rancangan yang memberi kesan negatif. C meneruskan syarahan dengan mengupas lebih banyak kesan negatif televisyen pelbagai rangkaian. D meninggalkan majlis.
20