KURSUS PEMANTAPAN GURU-GURU GEOGRAFI SABAH – 20 OKTOBER 2018
PELBAGAI KAEDAH KREATIF DALAM PENGAJARAN Oleh: HJ SADLI BIN ABDULLAH Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Syed Ibrahim, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. Emel :
[email protected] / Blog : http://hjsadli.wordpress.com Hp : 013-4245797
1.
Pengenalan
Pengajaran adalah proses menyampaikan maklumat atau isi mata pelajaran kepada pelajar melalui kaedah yang membolehkan pelajar faham dan menguasai isi-isi pengajaran tersebut. Kesan sesuatu pengajaran akan membolehkan pelajar mengalami perubahan kognitif, tingkahlaku dan kefahaman tentang sesuatu perkara yang dipelajari.
Pembelajaran pula adalah proses penerimaan, pencernaan dan penyimpanan maklumat atau isi mata pelajaran di dalam minda atau ingatan setelah pelajar mengetahui dan memahami maklumat tersebut. Pengalamian ini akan digunakan semula apabila ada ransangan yang memerlukan maklumat tersebut dikeluarkan semula oleh pembelajar( pelajar ).
Gabungan kedua-dua konsep ini menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah proses pemindahan maklumat atau ilmu kepada pelajar melalui kaedah yang berkesan yang membolehkan pelajar mengalami perubahan kognitif dan tingkahlaku
2.
Cabaran pengajaran dan pembelajaranmasa kini
Pemodenan dan kemajuan dunia masa kini menuntut perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dan persekitaran. Peluang meneroka pengetahuan melalui kecanggihan teknologi telekomunikasi, pelbagai inovasi media, cara hidup moden serta trenda semasa keperluan dunia memerlukan pendidikan berubah mengikut arus semasa. Justeru, pendidikan masa kini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar.Dalam usaha guru memperkasakan P&P, beberapa langkah penting perlu diambil tindakan, iaitu ; 1. 2. 3. 4. 5.
Menilai atau membuat refleksi pengajaran. Ini dapat dilakukan dengan meneliti kelemahan dan kekurangan proses pengajaran yang diamalkan sejak dahulu hingga kini. Memahami ‘selera’ pelanggan, iaitu pelajar masa kini. Ini dapat dilakukan dengan mengkaji sejauh mana pendekatan, bahan dan kaedah P&P yang digunakan serasi atau digemari oleh pelajar. Peka terhadap kerkembangan teknologi pendidikan semasa, misalnya penggunaan ICT dalam P&P. Peka terhadap keperluan pasaran kerja dan IPT masa kini. Ini membolehkan gurumenyampaikan maklumat pengajaran yang relevan dengan dunia kehidupan, pekerjaan dan realiti masyarakat. Memeriksa keupayaan dan keperluan diri sebagai professional guru untuk menerima serta melakukan perubahan paradigm, selaras dengan keperluan semasa.
Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), terdapat tujuh elemen yang perlu ada pada seseorang guru untuk menghasikan P&P yang berkesan iaitu:
1
KURSUS PEMANTAPAN GURU-GURU GEOGRAFI SABAH – 20 OKTOBER 2018
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Guru perlu mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam Mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar. Menguruskan pelajar dan kawalan bilik darjah yang baik. Menggunakan masa dan sumber yang berkesan. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar. Memberi kerja-kerja rumah sebagai pengukuhan kepada apa yang dipelajari oleh pelajar di sekolah.
3.
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi meningkatkan keberkesanan dalam P&P, guru haruslah memberikan perhatian kepada dua komponen iaitu persediaan pengajaran dan penyampaian pengajaran. 1.
2.
Komponen persediaan pengajaran . Komponen persediaan merujuk kepada perancangan pengajaran guru bagi sesuatu tajuk, mengadaptasi sumber alat bantu mengajar dan mengumpul serta menyusun maklumat/ilmu mata pelajaran yang akan diajar. Faktor komposisi kelas iaitu keadaan murid, masa pengajaran dan kemudahan pengajaran sangat penting dalam membantu guru membuat perancangan pengajaran. Komponen penyampaian pengajaran. Komponan inimeliputi set induksi pengajaran dan perkembangan pengajaran . i) Set induksi adalah cara bagaimana guru meneroka dan membuka minda pelajar supaya tertarik atau terdorong kepada tajuk yang akan diajar. Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam proses P&P bertujuanuntuk membina aliran fikiran dan menimbulkan minat murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan dan membolehkan P&P lebih bermakna. Antara cara yang boleh digunakan dalam set induksi ialah mendedahkan keadaan persekitaran sosial, budaya, ekonomi, alam sekitar melalui teknik menyoal, “movie clip”, gambar, lakonan, lagu , puisi dan pemerhatian. Set induksi dijalankan dalam masa singkat sahaja, biasanya tidak lebih daripada lima minit dalam sesuatu proses P&P. ii)
iii)
Komponen perkembangan pengajaran. Bahagian ini akan menentukan sama ada sesuatu objektif P&P akan tercapai ataupun tidak. Bahagian ini merujuk kepada langkah mengajar yang disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip mengajar, iaitu daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada kompleks. Dalam bahagian ini , guru menjalankan aktiviti P&P dengan strategi dan kaedah yang sesuai. Guru seharusnya dapat mengelolakan isi pelajaran mengikut peringkat yang sesuai, menggunakan alat bantu dengan berkesan serta melaksanakan aktiviti P&P yang menarik. Isi pelajaran yang hendak disampaikan hendaklah mengandungi kemahiran yang telah ditentukan dalam peringkat persediaan awal. Isi pelajaran boleh dirujuk kepada buku teks dan sukatan pelajaran. Pencerakinan dan pemeringkatan isi pelajaran hendaklah mengikut prinsip daripada mudah ke kompleks supaya dapat disampaikan langkah demi langkah yang bersesuaian dengan kebolehan murid di dalam kelas tersebut. Dalam bahagian ini, strategi P&P yang merujuk kepada kaedah dan teknik mengajar yang sesuai amat diperlukan untuk mencapai objektif pelajaran hingga ke peringkat optimum. Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan, kaedah inkuiri-penemuan, kaedah kerja praktik dan kaedah demonstrasi. Sementara itu, teknik mengajar yang biasa diamalkan ialah teknik soal jawab, perbincangan, bercerita, simulasi, main peranan, lakonan dan uji kaji. Komponen penutup .Penutup merupakan bahagian akhir dalam sesuatu proses P&P. Komponen ini meliputi teknik memilih jenis penutup yang sesuai seperti aktiviti susulan, penilaian objektif pengajaran, aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan serta pengubahsuaian dalam pengajaran
2
KURSUS PEMANTAPAN GURU-GURU GEOGRAFI SABAH – 20 OKTOBER 2018
berikunya. Sebelum menutup sesuatu pelajaran, guru juga hendaklah menjalankan aktiviti penilaian untuk mengukur sejauh manakah objektif pelajaran telah tercapai. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan cara pemerhatian aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid, melalui ujian lisan ataupun tulisan. Maklumat penilaian ini berguna sebagai asas untuk membuat pengubahsuaian pada persediaan mengajar selanjutnya. 4.
Pelbagai kaedah kreatif dalam pengajaran
Berdasarkan pengetahuan guru, tahap kemahiran ( ICT , melukis, mereka cipta), bakat, kebolehan dan kemudahan pengajaran yang ada guru boleh mengaplikasi pelbagai kaedah kreatif semasa melakukan set induksi, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran. Antara kreativiti yang boleh ditampilkan oleh guru ialah : 1.
2.
3.
4.
5.
Penggunaan “movie clip” : Membuat suntingan filem bagi menunjukkan sesuatu proses atau fenomena yang boleh meransang pemikiran atau menjana idea pelajar. Sesuai digunakan semasa set induksi atau semasa perkembangan pengajaran. Filem boleh diperoleh dari laman web Youtube atau disunting menggunakan perisian “CD Cutter” atau “DVD Cutter”. Panjang filem antara 2 hingga 3 minit bagi setiap konsep yang akan diajar. Guru perlu menyediakan soalan-soalan lisan yang terancang dan tersusun berkaitan filem tersebut. Mengeksploitasi gambar: Menggunakan gambar sebenar bagi menjana pemikiran atau memberi maklumat tentang sesuatu konsep atau tajuk Guru boleh menggunakan beberapa keping gambar yang berkaitan sesuatu konsep/tajuk atau menggunakan satu keping gambar besar Guru menyediakan soalan-soalan tertutup atau bercapah bagi menggalakkan pelajar memberi respon tentang konsep yang ingin diajar. Sesuai untuk set induksi dan penutup pengajaran atau refleksi Membaca cerpen : Menggunakan cerpen yang direka khas oleh guru dengan memasukkan konsep-konsep atau fakta-fakta mengenai sesuatu tajuk. Semasa pembacaan cerpen dalam P&P, pelajar akan mengenal pasti isi-isi atau konsep yang ada dalam cerpen tersebut. Guru menyediakan soalan lisan atau lembaran kerja untuk membantu pelajar mengesan isi pengajaran Pelajar secara individu atau berkumpulan membentangkan isi pengajaran Menggunakan bahan realistik (nyata) : Guru membawa bahan contoh yang nyata ke dalam bilik darjah Guru mengarahkan murid membawa bahan nyata ke dalam bilik darjah Guru merancang aktiviti menggunakan bahan nyata tersebut Tanpa tulisan ( tafsir gambar ) : Memberi ransangan idea melalui siri gambar yang tidak mempunyai tulisan penjelasan. Pelajar akan memberi ulasan atau tafsiran isi pengajaran mengikut perkembangan atau urutan gambar Sesuai untuk komponen perkembangan pengajaran bagi menjelaskan isi yang berkaitan dengan proses atau peristiwa.
3
KURSUS PEMANTAPAN GURU-GURU GEOGRAFI SABAH – 20 OKTOBER 2018
6.
Lakonan : Fakta-fakta pengajaran bagi sesuatu tajuk dijadikan skrip drama / lakonan pendek untuk dilakonkan oleh pelajar Guru perlu menyediakan skrip lakonan berdasarkan apakah fakta pengajaran yang ingin disampaikan
7.
Pemerhatian di lokasi : PLBD – pengajaran di luar bilik darjah seperti di persekitaran sekolah, bilik khas Guru perlu merancang aspek pemerhatian atau uji kaji yang perlu dibuat seperti ciri tumbuhan, mengambil sampel air tercemar, sampel tanah atau batu, mengukur cuaca ( suhu, kelembapan, tiupan angin ) Zikir fakta : Guru menyediakan fakta untuk bacaan berulang Sesuai untuk kelas lemah
8.
9.
Aplikasi “I Think”: Guru menggunakan aplikasi peta minda dalam pengajaran
10. Penerokaan ICT Guru mengenal pasti laman web bagi meneroka sesuatu tajuk pengajaran Guru memuat turun dan mencetak bahan dari laman web untuk rujukan atau perbincangan pelajar dalam kelas 5.
Merangsang tumpuan pembelajaran 1. 2. 3. 4. 5.
Penglibatan murid - menjawab soalan, berbincang, bersoal jawab , mempersembah perbincangan , melukis, menunjuk cara Bakat atau kebolehan - berlakon, silap mata , bernyanyi , deklamasi , syair Penampilan guru - gaya , suara, jenaka , ketegasan , personaliti Penggunaan ABM – LCD , TV , audio , carta, peta , gambar , lagu , puisi , bahan sebenar Penyediaan BBM – RATA , GAMTA, PETA, lembaran kerja, lembaran grafik “I Think”
6.Perancangan Pengurusan Mata Pelajaran Perancangan pengurusan mata pelajaran ialah susunan aktiviti untuk setiap kelas pengajaran guru sepanjang tahun. Contoh : Perangan Pengurusan Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 5SKP 2017 Bil Aktiviti J F M A M J J O S O N 1 Pemeriksaan buku nota 30 30 28 30 30 1 2 Pemeriksaan buku latihan x x x x x x x x x x 3 Ujian bulanan 5 15 10 4 Peperiksaan 15 12 5 Bengkel kemahiran peta 27 12 6 Bengkel kemahiran nota ringkas 20 7 Kelas tambahan x x x x x x x 8 Kajian Geografi 22 9 Pelancaran Insentif Geografi 1 X = sepanjang bulan berkenaan
4
KURSUS PEMANTAPAN GURU-GURU GEOGRAFI SABAH – 20 OKTOBER 2018
6.
Memotivasikan pelajar
1.
KETAM Nasi Lemak – kelas tambahan hujung minggu ( Sabtu ) atau cuti perayaan dengan guru menyediakan nasi lemak untuk jamuan pelajar. Insentif Geografi - menyediakan insentif kepada pelajar yang berjaya mencapai Prinsipal A Geografi STPM atau Gred A Geografi SPM. Contoh Insentif 2012 : Prinsipal A Geografi – RM50.00 + Jamuan KFC. “SMS PEMBELAJARAN” – memberi khidmat kaunseling dan bimbingan mata pelajaran melalui SMS kepada pelajar-pelajar terpilih ( pelajar yang lemah, kurang berminat , markah rendah ) LULUSKAN – menambah markah secara rahsia menjadikan seseorang pelajar yang hampir lulus sehingga ia lulus dalam ujian atau peperiksaan. Misalnya : markah 39/100 dijadikan 40/100. NAIK GRED – menambah seara rahsia satu atau dua markah untuk menjadikan pelajar yang mendapat markah hampir kepada Gred A mendapat Gred A atau Prinsipal A. PEMBELAJARAN MELALUI ICT – program interaktif guru dengan pelajar melalui pelbagai “pengantara” seperti EDMODO , “face book”, e mel, twitter dan “blog”
2.
3. 4. 5. 6.
8.Kesimpulan
Faktor terpenting keberkesanan P&P ialah kesungguhan guru dalam membuat persediaan dan melakukan kaedah pengajaran serta penghasilan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Kemudahan prasarana P&P dibilikdarjah perlu diberi keutamaan oleh sekolah untuk membolehkan guru-guru mengajar dengan baik dan berkesan melalui pelbagai kaedah pengajaran. Pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran memerlukan bantuan alatan sokongan seperti LCD atau TV LCD, laptop, papan putih dan alatan audio (radio-cd) .
5