Bahagian C 1. Melalui pemerhatian terhadap sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos yang disambut setiap tahun, nyatakan bagaimana perpaduan kaum dapat dieratkan tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Sebenarnya, Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Jika seseorang itu menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, maka dia akan dapat merasai pengalaman itu dengan sendirinya. Dia akan berasa megah dan bangga dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Seseorang itu akan lebih menghayati dan manghargai hari kemerdekaan jika berbanding dengan seseorang yang hanya duduk di depan televisyen menonton sahaja. Dia akan berasa lebih bermakna melalui penglibatan sendirinya di dalam sempena sambutan hari kemerdekaan tersebut. Semangat patriotik mempunyai kaitan yang besar dengan perpaduan kaum. Jika seseorang yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi dalam dirinya, dia tidak akan mewujudkan masalah yang sensitive yang akan menyebabkan ketidakpuas antara kaum. Hal ini kerana sesiapa yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi tersebut tidak akan berharap negara tanah airnya berhuru – hara. Oleh itu, semangat patriotic yang dipupuk semasa hari kemerdekaan dapat meningkatkan perpaduan kaum. Di samping itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum melalui menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan, barulah kita dapat memahami pengorbanan dan perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang – pejuang kemerdekaan negara kita pada masa dahulu. Pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga semata – mata untuk kemerdekaan negara kita. Setelah memahami pengorbanan besar yang telah dibuat oleh pejuang dahulu, barulah rakyat
akan sedar dan berazam untuk mempertahankan negara kita. Oleh itu, perpaduan dapat dieratkan dengan rakyat yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menghargai jasa perjuang dan mempertahankan kemerdekaan negara. Sementara itu, lagu tema hari ulang tahun kemerdekaan, contohnya Sayangi MalaysiaKu yang telah disiarkan semasa hari ulang tahun kemerdekaan juga dapat mengeratkan perpaduan kaum. Hal ini kerana dalam siaran tersebut terdapatlah penglibatan daripada pelbagai kaum, tidak kira dalam penghasilan lagu, lirik atau video. Oleh itu, tidak dapat kita menafikan bahawa semangat perpaduan akan dipupuk semasa penghasilan tersebut. Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita memangnya dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut menyertai dalam sambutan terebut. Hal ini secara langsungnya dapat memupuk semangat perpaduan melalui kerjasama yang ditunjukkan melalui persediaan untuk sempena hari ulang tahun kemerdekaan. Perkara ini tentunya menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Kesimpulannya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang dicapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satunya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan antara semua kaum sentiasa wujud.