Panduan Guru Kskp Pjpk Komponen Pj.pdf

  • Uploaded by: Nurpaznin Jusoh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Panduan Guru Kskp Pjpk Komponen Pj.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 12,120
  • Pages: 120
KURIKULUM STANDARD KELAS PERALIHAN

BUKU PANDUAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018

Terbitan Jun 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia.

CIP/ISBN ISBN 976-967-420- XXX-X

KANDUNGAN Muka Surat Rukun Negara

v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vi

Kata Alu-aluan

vii

Pendahuluan

ix

Maklumat dalam Modul

xiii

BIDANG KEMAHIRAN Unit 1

Gimnastik Asas

1

Unit 2

Pergerakan Berirama

15

Unit 3

Permainan Kategori Serangan; Bola Sepak

25

Unit 4

Permainan Kategori Serangan; Bola Jaring

35

Unit 5

Permainan Kategori Jaring; Bola Tampar

49

Unit 6

Olahraga Asas

59

Unit 7

Rekreasi dan Kesenggangan

67

Unit 8

Konsep Kecergasan

77

Unit 9

Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan

85

Rujukan

99

Penghargaan

101

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan melahirkan

kepada

Tuhan.

warganegara

berketerampilan,

Usaha Malaysia

berakhlak

ini

adalah

yang

mulia,

bertujuan

berilmu

untuk

pengetahuan,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi

KATA ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah

dengan

izin

dan

limpah

kurnia-Nya,

Bahagian

Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan Buku Panduan Guru Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP). Buku ini diharap

dapat menjadi panduan dan rujukan guru seterusnya sebagai pencetus

idea

baharu

kepada

guru

dalam

merancang

dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran KSKP di sekolah. Selari dengan transformasi kurikulum di semua peringkat persekolahan, Buku Panduan Guru ini memfokuskan kepada kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan dan merangsang pembelajaran untuk mempertingkat dan memperkukuh penguasaan bahasa Melayu. Buku ini turut memberi panduan tentang penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah, dan kepimpinan mengikut kesesuaian dan keupayaan kumpulan murid Kelas Peralihan. Selain itu, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta turut diintegrasikan bagi membantu guru melaksanakannya bersesuaian dengan keupayaan dan pencapaian murid.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Buku Panduan Guru KSKP. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid kelas peralihan sebagai persediaan meneruskan pendidikan di peringkat menengah. Sekian, terima kasih.

Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018 vii

PENDAHULUAN Kurikulum baharu bagi Kelas Peralihan dilaksanakan mulai tahun 2019 selari dengan perubahan dalam kurikulum kebangsaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dilaksanakan bagi menggantikan Kurikulum Kelas Peralihan (Semakan 2003) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. KSKP digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di Kelas Peralihan selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa dijelmakan dalam KSKP menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua mata pelajaran. Usaha menambah baik kurikulum Kelas Peralihan adalah sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan semua murid menguasai kecekapan asas berbahasa Melayu. KSKP memfokuskan kepada kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. KSKP hendaklah dilaksanakan melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan dan merangsang pembelajaran untuk mempertingkat serta memperkukuh penguasaan bahasa Melayu murid sebagai persediaan untuk meneruskan pelajaran mereka di Tingkatan Satu. KSKP juga mengambil kira elemen memupuk nilai perpaduan dan keharmonian kaum supaya murid mengenal, menghormati dan menerima kelainan serta perbezaan individu. Kejayaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bergantung

kepada kefahaman dan penghayatan guru terhadap hasrat dan matlamat pelaksanaan KSKP. Keberkesanan pelaksanaan KSKP menuntut komitmen yang jitu daripada guru dalam mempelbagaikan pendekatan PdP. Buku Panduan Guru ini dihasilkan untuk membantu guru dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan KSKP mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.

ix

PENDAHULUAN PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) Panduan Guru KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani) ini merupakan usaha Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran

ini. Panduan Guru ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen

Standard

Kelas

Peralihan

(KSKP)

kepada

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran (PdP). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini, guru hendaklah merancang sendiri aktiviti PdP. Panduan Guru KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani) ini mengandungi 9 unit bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung dalam KSKP PJPK (Komponen Pendidikan Jasmani). Unit-unit pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh setahun. Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas kurikulum, kaedah inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir

secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran dan berpengetahuan serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai

kesejahteraan diri.

xi

MAKLUMAT DALAM MODUL 5 JAM

BOLA TAMPAR

HURAIAN MODUL Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga mengadaptasi kemahiran bola tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan berdasarkan situasi permainan

Tajuk dan cadangan masa setiap modul.

Menggambarkan keseluruhan kandungan dalam bidang yang hendak dicapai dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

mengikut posisi pemain.

Standard Pembelajaran yang dikelompokkan supaya sejajar dengan objektif dan aktiviti PdP.

STANDARD PEMBELAJARAN Kemahiran servis bawah dan servis atas 1.5.2 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan. 2.5.2 Menerangkan lakuan kemahiran servis bawah dengan servis atas. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Cadangan aktiviti mencapai SP perlu dilakukan mengikut turutan seperti berikut:

CADANGAN AKTIVITI Aktiviti 3: Servis dan Menyangga 1.

Murid-murid dibahagi dalam kumpulan kecil.

2.

Mula aktiviti dengan servis bawah atau atas.

3.

Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan sepasukan sebelum menghantar melepasi jaring ke pihak lawan (2 sentuhan).

STRATEGI PdP

1. Memanaskan Badan. 2. Penyampaian SP. 3. Permainan Kecil atau persembahan. 4. Menyejukkan Badan. 5. Penilaian PdP.

Cadangan strategi yang sesuai digunakan bagi bidang dalam modul.

Pendekatan TGfU Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan Pembelajaran murid: Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta memenuhi tahap perkembangan dan minat

mereka.

Cadangan soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep dan perbahasan untuk merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1.

Nyatakan kemahiran asas bola tampar?

2.

Apakah kemahiran yang digunakan semasa bertahan?

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF SEMAKAN KENDIRI ARAHAN: Tandakan (/) berdasarkan kemahiran yang dikuasai oleh kamu .

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1.

Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar.

2.

Melakukan kemahiran servis dan menyangga dalam situasi permainan bola tampar.

xiii

Cadangan pentaksiran formatif yang sesuai untuk modul ini.

Cadangan pentaksiran sumatif yang sesuai untuk modul ini.

5 JAM

GIMNASTIK ASAS

HURAIAN MODUL Kemahiran gimnastik asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Menerusi kemahiran gimnastik asas Kelas Peralihan, murid menggunakan kemahiran yang spesifik untuk melakukan kawalan badan dan sokongan serta lantunan dan layangan menggunakan trampolin. Proses PdP gimnastik asas dapat meningkatkan kemahiran interpersonal seperti interaksi, keyakinan diri dan kerjasama dalam kumpulan. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam gimnastik asas.

STANDARD PEMBELAJARAN Kemahiran Gimnastik Asas 1.1.1 Melakukan kemahiran imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dan putaran. 1.1.2 Melakukan rangkaian lantunan, layangan dan putaran di atas trampolin dan mendarat. 2.1.1 Menyatakan cara mengekalkan imbangan di atas trampolin. 2.1.2 Menjelaskan kemahiran putaran yang dilakukan di trampolin. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti. 5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 1

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Jom Beraksi” 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan melakukan pelbagai aksi kemahiran imbangan, lantunan dan putaran mengikut zon yang ditetapkan seperti Rajah 1. Tip Guru: Sediakan label bagi setiap zon kemahiran: i.

Zon Putaran

ii. Zon Hambur

x

x x x

x

MULA

TAMAT

x x x

Zon Imbangan

Zon Lantunan

Zon Putaran

iii. Zon Imbangan

Rajah 1: Aktiviti Jom Beraksi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 2

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Putaran Berganti” 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan membentuk bulatan dengan seorang berada di tengah bulatan. 2. Murid yang berada di tengah bulatan akan melompat dan membuat putaran 90 0, 1800,

2700 atau 3600 ke arah putaran jam atau lawan putaran jam dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki seperti Rajah 2. 3. Setiap ahli kumpulan bergilir-gilir melakukan putaran di tengah bulatan. 4. Ulang aktiviti di atas dengan melakukan putaran di atas trampolin. 5. Murid menyebut perkataan “lantun”, “layang”, “putar” dan “mendarat” semasa melakukan kemahiran yang berkaitan dengan merujuk kad imbasan yang dipegang oleh guru. Tip Untuk Murid: Fleksikan lutut dan luruskan kedua-dua belah tangan ke hadapan semasa mendarat.

Variasi 2

Variasi 1

Rajah 2: Aktiviti Putaran Berganti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 3

CADANGAN AKTIVITI

Persembahan: “Formasi Trampolin” 1. Murid dalam kumpulan kecil merancang formasi kemahiran trampolin. 2. Setiap ahli kumpulan boleh merancang untuk melompat dan membuat putaran di atas trampolin dengan memilih salah satu kedudukan 90 0 ke kanan, 900 ke kiri atau ke

hadapan sebelum melompat keluar dari trampolin dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki seperti Rajah 3. 3. Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir mengikut kumpulan. 4. Persembahan akan dinilai oleh kumpulan lain. Contoh turutan formasi

Rajah 3: Persembahan Formasi Trampolin.

Bil. Sebutan Perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1. formasi

Susunan dengan bentuk tertentu.

2. lantun

Aksi lakuan mendarat dari permukaan dan ke atas secara berulang-ulang.

3. layang

Fasa badan di udara atau tidak menyentuh permukaan.

4. putaran

Lakuan memutarkan badan pada sudut tertentu.

5. mendarat

Aksi selepas melakukan sesuatu kemahiran.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 4

STRATEGI PdP

1. Guru menunjukkan contoh kemahiran gimnastik asas menggunakan trampolin kepada murid dengan menggunakan kad imbasan, gambar, video atau demonstrasi. 2. Murid meniru pelbagai aksi yang ditunjukkan. 3. Guru membimbing murid melakukan imbangan, lantun, layangan dan putaran di atas trampolin. 4. Guru merangsang murid menyatakan perkaitan sudut putaran dengan posisi akhir semasa melakukan lompatan di atas trampolin. 5. Murid membuat sumbang saran merancang rangkaian pergerakan yang melibatkan kemahiran imbangan, lantun, layangan dan putaran di atas trampolin. 6. Murid dibimbing menilai persembahan kumpulan. 7. Murid dibimbing menambahbaik kelemahan dalam gabungan kemahiran imbangan, lantun, layangan dan putaran.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 5

CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta 1. Apakah posisi akhir apabila melakukan putaran 1800? 2. Apakah aksi yang boleh dilakukan untuk kemahiran imbangan, hambur dan putaran? 3. Lakar dan namakan formasi yang direka cipta.

4. Namakan jenis-jenis kemahiran yang dilakukan.

Berdasarkan Konsep 1. Bagaimanakah cara mendapatkan imbangan yang stabil? 2. Bagaimanakah cara menghasilkan putaran yang lebih laju?

Berdasarkan Perbahasan 1. Bincangkan kemahiran yang sesuai digunakan semasa melakukan persembahan yang direka cipta. 2. Bincangkan bagaimanakah kamu menetapkan kriteria kumpulan bagi persembahan terbaik. Mengapa?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 6

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KEMAHIRAN GIMNASTIK ASAS NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Pilih dan tuliskan kemahiran berikut berdasarkan gambar.

PUTARAN

LANTUNAN LAYANGAN

MENDARAT

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 7

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PELAN PERANCANGAN PERSEMBAHAN NAMA: ___________________

KUMPULAN: _____________________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada kemahiran yang akan dilakukan. KEMAHIRAN GIMNASTIK (a) Kemahiran Imbangan: Imbangan pelbagai tapak sokongan Putaran 90⁰, 180⁰, 270⁰ atau 360⁰

(b) Rangkaian ‘Aksi Trampolin’: Lantunan Layangan Putaran Mendarat

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 8

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada formasi yang akan dilakukan dalam kotak yang disediakan.

1.

5.

9.

2.

6.

10.

3.

7.

11.

4.

8.

12.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 9

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Senarai Semak Kendiri bagi Penguasaan Kemahiran NAMA KUMPULAN: ____________________ ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada kemahiran yang akan dilakukan dalam kotak yang disediakan.

Nama Ahli dalam Bil. Kumpulan 1.

Nazmi

Aktiviti Imbangan

Hambur

Putaran







Jumlah 3/3

2.

/3

3.

/3

4.

/3

5.

/3

6.

/3

7.

/3

8.

/3

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 10

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PERANCANGAN PERSEMBAHAN RANGKAIAN ‘AKSI TRAMPOLIN’ NAMA KUMPULAN: ___________________________ ARAHAN: Isi maklumat di bawah untuk merancang persembahan kumpulan. Bil.

Nama Ahli dalam Kumpulan

Kemahiran Gimnastik

Berpasangan/ Individu

Nama Pasangan

Kedudukan dalam Formasi

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 11

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PEMARKAHAN PERSEMBAHAN 'FORMASI TRAMPOLIN' NAMA KUMPULAN: ___________________________ ARAHAN: Isi maklumat di bawah untuk menilai persembahan kumpulan. Bil.

Kumpulan

Kemahiran Trampolin (20 Markah)

Kreativiti (20 Markah)

Kerjasama (20 Markah)

Jumlah

1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 12

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

1. Murid berada dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan mereka cipta satu rangkaian pergerakan yang mengandungi kemahiran hambur, layangan, putaran dan imbangan. 3. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil rangkaian pergerakan

yang direka cipta.

Borang Penilaian Rakan Sebaya bagi Persembahan NAMA KUMPULAN: _________________

KELAS: ________________

ARAHAN: Markah penilaian untuk persembahan perlu berpandukan jadual yang diberikan. Cemerlang (8-10 markah) Memenuhi keempatempat kemahiran yang dinyatakan.

Sederhana (4-7 markah) Mengandungi tiga kemahiran yang dinyatakan.

Pemulihan (1-3 markah) Mengandungi dua atau kurang dari dua kemahiran yang dinyatakan.

Melibatkan pelbagai variasi pada setiap kemahiran.

Melibatkan variasi kemahiran yang sederhana.

Melibatkan hanya satu lakuan pada setiap kemahiran.

Pergerakan yang sangat lancar dan teratur.

Pergerakan yang lancar dan teratur.

Pergerakan yang kurang lancar dan teratur.

SKOR

JUMLAH PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 13

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menyenaraikan nama kemahiran yang telah dipelajari. 2. Melakarkan pelan rangkaian pergerakan yang melibatkan kemahiran hambur, lantunan, layangan, putaran dan imbangan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 14

5 JAM

PERGERAKAN BERIRAMA

HURAIAN MODUL Pergerakan berirama merupakan medium penting untuk menggalakkan murid kreatif dan

menguasai kemahiran sosial. Pergerakan berirama bagi murid Kelas Peralihan memberi penekanan kepada pergerakan kreatif berdasarkan tema. Menerusi kemahiran ini, murid boleh mereka cipta pergerakan kreatif mengikut kreativiti dan membuat persembahan. Murid menggunakan kemahiran dan pengetahuan asas dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta tema yang dipilih dalam mereka cipta pergerakan kreatif. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam pergerakan berirama.

STANDARD PEMBELAJARAN Mereka cipta pergerakan kreatif 1.2.1 Mereka cipta pergerakan kreatif secara berkumpulan berdasarkan tema mengikut muzik yang didengar. 2.2.1 Memberi justifikasi pemilihan tema dalam mereka cipta pergerakan kreatif. 2.2.3 Memilih dan memberi justifikasi pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dalam mereka cipta pergerakan kreatif bertema. 5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 15

STANDARD PEMBELAJARAN Mempersembahkan pergerakan kreatif 1.2.2 Melakukan persembahan pergerakan kreatif bertema menggunakan props yang direka cipta secara berkumpulan mengikut muzik yang didengar. 2.2.2 Menyatakan konsep pergerakan seperti kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan yang digunakan dalam mereka cipta pergerakan kreatif bertema. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 16

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Aksi Bertema” Murid melakukan aksi pergerakan kreatif bertemakan ‘Sukan di Malaysia’ secara berkumpulan mengikut muzik dengan mengintegrasikan kemahiran dan konsep pergerakan. Aksi yang dicadangkan adalah seperti berikut: a.

Olahraga – lari berganti-ganti sambil menghantar dan menerima baton.

b.

Hoki – aksi memukul kuat, menggelecek perlahan, menguis dan menahan dengan kayu hoki.

c.

Sofbol – aksi membaling, memukul, menangkap dan berlari ke tapak dengan cepat.

d.

Sepak takraw – aksi melambung, servis, menimang dengan ringan, merejam dengan kuat, mengadang dan menanduk.

e.

Kayak – aksi mendayung ke depan dan belakang, menahan dan melakukan gaya ‘drawing’ bersama dengan rakan.

f.

Ulang aksi (a) hingga (e).

Persembahan: “Pergerakan Kreatif Kumpulan” 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.

2. Murid merancang pergerakan kreatif dengan props dalam kumpulan mengikut muzik. 3. Murid memilih tema, watak, muzik, props dan konsep pergerakan yang terlibat dalam pergerakan kreatif. 4. Murid merancang turutan pergerakan kreatif bertema mengikut muzik. 5. Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan kreatif yang telah dirancang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 17

STRATEGI PdP 1. Guru menunjuk ajar pergerakan kreatif bertema menggunakan props tanpa muzik dan dengan muzik. Murid memerhati dan meniru. 2. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan asas dan konsep pergerakan yang digunakan dalam pergerakan yang ditiru. 3. Guru menggunakan muzik yang bersesuaian untuk mewujudkan keseronokan murid

semasa melakukan pergerakan kreatif bertema. 4. Guru membimbing murid merancang persembahan pergerakan kreatif bertema. 5. Murid dalam kumpulan memilih tema yang sesuai seperti Amalan Gaya Hidup Sihat, Masyarakat Penyayang, Rantai Makanan atau Sistem Pengangkutan. 6. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta pergerakan kreatif dan props berdasarkan konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam persembahan. 7. Murid mencatat turutan pergerakan dan mencuba jaya pergerakan kreatif bertema berdasarkan muzik dan props yang dipilih. 8. Murid membuat persembahan yang akan dinilai oleh kumpulan lain menggunakan Borang Penilaian Persembahan. 9. Guru membimbing murid menilai persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi persembahan. 10. Murid memberi maklum balas yang membina terhadap persembahan kumpulan

rakan serta menerima kritikan secara terbuka daripada rakan. 11. Guru mengambil kira penggunaan rangsangan dalam bentuk visual, audio atau kinestetik dalam persembahan murid.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 18

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1. Apakah kemahiran pergerakan yang terlibat? 2. Senaraikan arah pergerakan yang kumpulan kamu pilih dalam merancang. 3. Apakah props yang digunakan dalam persembahan? 4. Apakah tema yang kumpulan kamu pilih? 5. Senaraikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang kumpulan kamu pilih dalam pergerakan kreatif.

Berdasarkan Konsep 1. Bagaimanakah kamu menilai persembahan pergerakan kreatif? 2. Apakah kaitan props kamu dengan tema? 3. Bagaimanakah ahli kumpulan kamu melakukan pergerakan yang seragam mengikut tempo muzik?

Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah aktiviti pergerakan berirama dapat meningkatkan tahap kecergasan kamu? 2. Bagaimanakah pergerakan berirama dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 19

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA NAMA KUMPULAN: _________________ Arahan: Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan tema yang kumpulan kamu pilih.

TEMA: Nama Murid

Watak

Pergerakan

Props

PELAN LANTAI ARAHAN: Lakarkan formasi pergerakan kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 20

Kumpulan

(20 Markah)

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor yang digunakan Kesesuaian Props (10 Markah)

Aplikasi Konsep Pergerakan (20 Markah)

Borang Pemarkahan diisi oleh penilai.

(20 Markah)

Kreativiti Persembahan (10 Markah)

Kerjasama Kumpulan

PERSEMBAHAN PERGERAKAN BERIRAMA

BORANG PEMARKAHAN

(20 Markah)

Keseragaman Pergerakan Mengikut Muzik

JUMLAH

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI)

21

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA BORANG PENILAIAN KENDIRI

NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Tuliskan YA atau TIDAK pada pernyataan di bawah.

Bil. Pernyataan

YA/ TIDAK

1. Saya boleh meniru pergerakan kreatif bertema yang ditunjukkan mengikut muzik yang didengar. 2. Saya boleh mengimprovisasi dan melakukan pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar. 3. Saya boleh menyenaraikan empat konsep pergerakan. 4. Saya boleh menerangkan konsep pergerakan yang sesuai digunakan semasa melakukan pergerakan kreatif bertema. 5. Saya yakin saya boleh melakukan aktiviti pergerakan kreatif bertema menggunakan props mengikut muzik yang didengar. 6. Saya akan mempraktikkan pergerakan kreatif sebagai gaya hidup sihat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 22

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN KREATIF BERTEMA LEMBARAN KERJA NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Senaraikan konsep pergerakan yang terlibat dalam pergerakan kreatif bertema. a) ________________________________ b) ________________________________ c) ________________________________

2. Senaraikan tiga (3) pergerakan lokomotor yang digunakan dalam persembahan kamu. Nyatakan sebab mengapa kamu memilih pergerakan itu. a) ________________________________ b) ________________________________ c) ________________________________ d) Saya memilih pergerakan ini kerana __________________________________________________________

__________________________________________________________

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 23

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1.

Memahami konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam pergerakan kreatif dan pemilihan pergerakan asas yang sesuai semasa mencipta pergerakan kreatif melalui ujian bertulis.

2.

Mereka cipta pergerakan kreatif dan props yang mudah melalui penerokaan pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam peruntukan masa yang diberi.

3.

Membuat persembahan pergerakan kreatif bertema secara berkumpulan semasa ‘Majlis Penyampaian Hadiah’.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 24

BOLA SEPAK

5 JAM

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran bola sepak, murid boleh mengaplikasi prinsip mekanik dan

konsep

pergerakan

untuk

meningkatkan

penguasaan

kemahiran

bola

sepak.

Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan bola sepak.

STANDARD PEMBELAJARAN Kemahiran Hantar dan Serkap Bola 1.3.1 Melakukan hantaran leret dan lambung dalam situasi permainan. 1.3.2 Melakukan kemahiran menyerkap menggunakan pelbagai anggota badan yang dibenarkan mengikut situasi permainan. 2.3.1 Mengenal pasti titik kontak pada bola semasa melakukan hantaran leret dan hantaran lambung. 2.3.2 Menerangkan lakuan menyerkap bola berdasarkan situasi yang sesuai.

5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. 5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

Kemahiran Mengelecek 1.3.3 Melakukan kemahiran mengelecek dalam situasi permainan. 2.3.3 Menyatakan tujuan mengelecek dalam permainanan bola sepak. 5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti. PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 25

CADANGAN AKTIVITI Aktiviti 1: “Siapa Cekap Menghantar dan Menyerkap Bola” 1.

Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil berlima.

2.

Pemain dalam setiap pasukan akan cuba melakukan hantaran dan menyerkap bola dalam kiraan dua kali tanpa halangan dari pihak lawan seperti Rajah 4.

3.

Pasukan yang berjaya melakukan hantaran dan menyerkap bola dua kali berturut akan mendapat satu mata.

4.

Setiap kali mendapat mata, pemainan akan mengambil 1 kad.

5.

Permainan akan diteruskan sehingga pasukan dapat mengumpulkan semua kad.

6.

Pasukan yang dapat membentuk perkataan menggunakan kad yang terkumpul dikira sebagai pemenang.

Tip Guru:

Guru boleh sediakan kad perkataan atau abjad bagi murid membentuk perkataan.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani 1.

hantaran leret

Kemahiran hantaran bola menyentuh permukaan yang digunakan untuk hantaran dekat.

2.

hantaran lambung

Kemahiran hantaran bola aras tinggi.

3.

menyerkap

Kemahiran menahan bola.

4.

menyerang

Tindakan individu atau pasukan melepasi pihak lawan untuk menghasilkan jaringan.

5.

bertahan

Tindakan individu atau pasukan menghalang pihak lawan untuk menghasilkan jaringan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 26

CADANGAN AKTIVITI

Susun perkataan

Petunjuk:

arah bola arah pergerakan pemain Rajah 4: Aktiviti Permainan “Siapa Cekap Menghantar dan Menyerkap Bola”.

Panduan: Selepas permainan tamat setiap kumpulan akan menyusun kad bagi membentuk perkataan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 27

CADANGAN AKTIVITI Aktiviti 2: “Siapa Cekap Mengelecek” 1.

Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

2.

Pemain mesti mengelecek melepasi pihak lawan sebelum melakukan hantaran atau menjaringkan gol.

3.

Sekiranya pemain tidak melepasi pihak lawan, bola akan bertukar kepada pihak lawan.

4.

Pasukan yang mendapat jaringan terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani 1.

mengelecek

Mengawal bola untuk melepasi pihak lawan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 28

STRATEGI PdP Pendekatan TGfU 1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka. b. Guru memberi penekanan permainan bola sepak merupakan kategori serangan. Permainan bola jaring melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak lawan untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan. c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola sepak Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) ialah kemahiran hantaran, menyerkap dan mengelecek. 2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil. b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan. Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang dilakukan. c. Guru memastikan kumpulan yang melakukan kemahiran hantaran akan memilih rakan yang tidak dikawal atau hantaran kepada ahli kumpulan yang bergerak ke ruang kosong ketika melakukan serangan. Manakala kumpulan yang bertahan akan menetapkan posisi pemain berdasarkan strategi pihak lawan dan mendapatkan bola untuk melakukan serangan balas. 3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks. b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 29

STRATEGI PdP c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi mengikut situasi permainan di mana (a) arah hantaran (b) bagaimana melakukan kemahiran menyerkap dan/atau (c) bila sesuai melakukan kemahiran mengelecek bola perlu dilakukan. 4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang dikemukakan oleh guru. b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan pemilihan arah hantaran, jenis hantaran dan kemahiran yang sesuai ketika bertahan atau menyerang yang betul berdasarkan situasi permainan serta kekuatan dan kelemahan pihak lawan berdasarkan situasi permainan. 5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing-masing. b. Guru membuat pemerhatian terhadap:

i.

Pemilihan kemahiran yang sesuai dan posisi pemain semasa menyerang dan bertahan.

ii. Pemain berjaya melakukan kemahiran hantaran yang tepat, kemahiran menyerkap dan kemahiran mengelecek pihak lawan berdasarkan situasi permainan. iii. Pemain berjaya mengatasi lawan dan menjaring untuk mendapatkan mata berdasarkan situasi permainan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 30

STRATEGI PdP

6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing-masing. b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 31

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1.

Nyatakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak.

2.

Nyatakan anggota badan yang boleh digunakan untuk menyerkap bola dalam permainan bola sepak.

Berdasarkan Konsep 1.

Nyatakan tindakan yang boleh dilaksanakan selepas mengelecek.

2.

Nyatakan situasi yang sesuai untuk menggunakan hantaran lambung.

3.

Jelaskan bagaimana kamu mengawal bola semasa mengelecek.

4.

Bagaimanakah kamu menahan bola yang dihantar leret?

Berdasarkan Perbahasan 1. Bilakah hantaran leret atau lambung digunakan untuk menjaringkan gol? 2. Seseorang pemain yang tidak mempunyai kemahiran mengelecek boleh menjadi seseorang pemain bola sepak. Bincangkan. 3. Seorang pemain bola sepak perlu menguasai pelbagai kemahiran. Pada pendapat kamu apakah kemahiran utama yang perlu dikuasai?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 32

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENARAI PENILAIAN KENDIRI NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan pandangan diri kamu. Panduan: 1. Tidak setuju Item 1. Membuat Keputusan (Kognitif)

2. Tidak pasti

3. Setuju

Lakuan

1

2

1. Saya dapat mencari ruang kosong untuk terima bola dari rakan. 2. Saya menentukan sendiri kemahiran hantaran bola kepada rakan semasa saya bermain.

2. Pelaksanaan Kemahiran (Psikomotor)

1. Saya dapat melakukan tendangan leret dengan mudah kepada rakan. 2. Saya dapat menyerkap bola leret dengan betul.

3. Kesukanan (Afektif)

1. Saya selalu dapat bekerjasama dengan rakanrakan. 2. Saya selesa berbincang dengan rakan dan guru untuk memperbaiki kemahiran bola sepak.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 33

3

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menjelaskan secara lisan kemahiran asas bola sepak. 2. Menganalisis kemahiran asas bola sepak yang digunakan oleh pemin berdasarkan gambar atau tayangan video atau perlawanan sebenar.

3. Menggunakan kemahiran asas bola sepak dalam satu perlawanan antara kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 34

5 JAM

BOLA JARING

HURAIAN MODUL Menerusi modul pengajaran bola jaring, murid boleh mengaplikasi kemahiran dan

pengetahuan dalam situasi permainan. Murid juga boleh membuat pilihan terhadap kemahiran yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan bola jaring.

STANDARD PEMBELAJARAN

Menghantar dan Menerima 1.4.1 Melakukan kemahiran hantaran aras dada dan lob dalam situasi permainan. 1.4.2 Melakukan kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan dalam situasi permainan. 2.4.1 Menyatakan lakuan kemahiran hantaran aras dada dan lob. 2.4.2 Menerangkan lakuan kemahiran menerima bola dari pelbagai arah dan ketinggian. 5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Gerak Kaki 1.4.3 Melakukan kemahiran pivot dalam situasi permainan. 2.4.3 Mengenal pasti kaki yang menjadi paksi semasa pivot ketika mendarat.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 35

STANDARD PEMBELAJARAN

Mengadang 1.4.4 Melakukan kemahiran mengadang dalam situasi permainan. 2.4.4 Menjelaskan kemahiran mengadang yang sesuai digunakan berdasarkan situasi permainan. 5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Menjaring 1.4.5 Melakukan kemahiran menjaring dalam situasi permainan. 2.4.5 Menerangkan lakuan menjaring. 5.3.2 Menerima pendapat orang lain dan memberi idea semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 36

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Mari Menghantar” 1. Murid dibahagikan dalam dua kumpulan kecil. 2. Guru menentukan masa permainan bersyarat. 3. Seorang pemain akan memulakan permainan dari bulatan tengah dengan membuat hantaran kepada ahli kumpulan. 4. Kumpulan melakukan serangan untuk melakukan jaringan bagi mendapat mata seperti Rajah 5. 5. Pihak lawan akan cuba mendapatkan bola dan melakukan serangan untuk menjaring. 6. Setiap jaringan akan diberi satu kad suku kata. 7. Apabila tamat permainan, guru akan memberi isyarat mula supaya setiap kumpulan menyusun atau membentuk perkataan berdasarkan suku kata yang terkumpul. 8. Kumpulan yang dapat menyusun atau membentuk perkataan dalam masa yang paling pantas dan perkataan yang banyak dan tepat dikira pemenang. Contoh susunan perkataan:

Bil. Sebutan Perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

pivot

Kemahiran melibatkan pergerakan kaki iaitu sebelah kaki menjadi paksi bagi memudahkan pergerakan ke pelbagai arah.

2.

lob

Hantaran tinggi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 37

CADANGAN AKTIVITI

Rajah 5: Aktiviti Mari Menghantar.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 38

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 2: “Kemahiran Gerak Kaki” 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. 2. Pemainan akan dimulakan dari bulatan tengah. 3. Pasukan A yang memulakan permainan akan membuat hantaran kepada rakan sepasukan sehingga berada di kawasan gol seperti Rajah 6. 4. Murid perlu melakukan pivot sebelum menghantar bola kepada rakan. 5. Sekiranya murid gagal melakukan pivot, giliran menghantar bertukar kepada pihak lawan. 6. Pemain yang memegang bola dalam kawasan gol perlu membuat hantaran lob kepada pemain yang berada dalam gelung. 7. Sekiranya pemain dalam gelung berjaya menangkap bola, 1 mata akan diberi. 8. Pasukan yang mengumpulkan jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Rajah 6: Aktiviti Kemahiran Gerak Kaki.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 39

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 3: “Mengadang Separa Gelanggang” 1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga. 2. Permainan dijalankan dalam separuh gelanggang dengan menggunakan satu gol sahaja. 3. Setiap pasukan akan melakukan kemahiran mengadang untuk memastikan pasukan lawan tidak berjaya menjaringkan gol. 4. Pemain bertahan yang berjaya mengadang bola atau menjaringkan gol akan diberi satu mata. 5. Tukar peranan pasukan setiap kali adangan atau jaringan gol berjaya dilakukan. 6. Pasukan yang mengumpulkan jumlah gol terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

Perbuatan menghalang atau menyekat pergerakan lawan.

adang

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 40

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 4: “Mata Tertinggi” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Pemainan akan dimulakan dari bulatan tengah. 3. Pasukan A yang memulakan permainan akan membuat hantaran kepada rakan sepasukan sehingga berada di kawasan gol. Manakala pasukan B akan merampas bola untuk melakukan serangan dan menjaring. 4. Pemain yang memegang bola dalam kawasan gol perlu menjaring untuk mendapatkan mata. 5. Sekiranya pemain berjaya melakukan jaringan, 1 mata akan diberi. 6. Pasukan yang mengumpulkan jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan Perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

Memasukkan bola ke dalam gelung atau jaring.

menjaring

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 41

STRATEGI PdP Pendekatan TGfU 1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka. b. Guru memberi penekanan permainan bola jaring merupakan kategori serangan. Permainan bola jaring melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak lawan untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan. c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola jaring Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) ialah kemahiran hantaran aras dada dan lob, kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan, kemahiran pivot, kemahiran mengadang dan kemahiran menjaring. 2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil. b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan. Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang dilakukan. c. Guru memastikan kumpulan yang melakukan kemahiran hantaran akan memilih rakan yang tidak dikawal atau hantaran kepada ahli kumpulan yang bergerak ke ruang kosong ketika melakukan serangan. Manakala kumpulan yang bertahan akan menetapkan posisi pemain berdasarkan strategi pihak lawan dan mendapatkan bola untuk melakukan serangan balas. 3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks. b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 42

STRATEGI PdP murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan. c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi mengikut situasi permainan di mana (a) arah hantaran dilakukan (b) posisi dan lakuan menerima bola (c) gerak kaki pivot (d) mengadang pihak lawan dan/atau (e) kebolehan melakukan kemahiran menjaring. 4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang dikemukakan oleh guru.

b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan pemilihan arah hantaran, jenis hantaran dan kemahiran yang sesuai ketika bertahan atau menyerang yang betul berdasarkan situasi permainan serta kekuatan dan kelemahan pihak lawan berdasarkan situasi permainan. 5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing-masing.

b. Guru membuat pemerhatian terhadap: i.

Pemilihan kemahiran yang sesuai dan posisi pemain semasa menyerang dan bertahan.

ii. Pemain berjaya melakukan kemahiran hantaran yang tepat dan kemahiran mengadang pihak lawan berdasarkan situasi permainan. iii. Pemain berjaya mengatasi lawan dan menjaring untuk mendapatkan mata berdasarkan situasi permainan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 43

STRATEGI PdP 6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing-masing. b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 44

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola jaring? 2. Apakah peranan pemain di setiap posisi dalam permainan bola jaring? 3. Nyatakan lakuan kemahiran hantaran aras dada dan lob. 4. Nyatakan lakuan kemahiran menangkap bola dari pelbagai arah dan ketinggian. 5. Nyatakan kaki yang digunakan sebagai pivot semasa mendarat. 6. Berapakah jarak yang sesuai semasa mengadang pemain yang memegang bola?

Berdasarkan Konsep 1. Nyatakan perbezaan pergerakan bola di udara antara hantaran aras dada dan lob. 2. Nyatakan situasi yang sesuai untuk membuat hantaran aras dada dan lob. 3. Mengapakah bola perlu dipegang pada hujung jari semasa menjaring? 4. Mengapakah pemain perlu melakukan adangan dalam situasi permainan?

Berdasarkan Perbahasan 1. Apakah strategi untuk mendapatkan banyak jaringan? 2. Apakah kelebihan ketinggian pemain dalam permainan bola jaring?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 45

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN KENDIRI NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Semak lakuan kamu bagi kemahiran menjaring. Tandakan ( √ ) pada ruang sesuai. Bil.

Lakuan

Ya

1.

Berdiri dengan kaki seluas bahu dan menghadap gol.

2.

Pandang ke arah sasaran.

3.

Pegang bola dengan jari terbuka.

4.

Tangan lurus ke atas di sisi telinga. Gunakan tangan sebelah lagi untuk menyokong sisi bola.

5.

Pegang bola tinggi atas kepala dengan tangan lurus.

6.

Lakuan feksi lutut dan siku berlaku serentak.

7.

Menolak bola ke atas dan ke hadapan sambil meluruskan kaki dan siku.

8.

Menggunakan pergelangan tangan dan jari untuk flick bola.

Tidak

Catatan

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 46

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

MENJARING Senarai Semak Rakan Sebaya NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Semak lakuan rakan bagi kemahiran menjaring. Tandakan ( √ ) pada ruang sesuai.

Lakuan

YA

TIDAK

Catatan

Badan dalam kedudukan seimbang. Mata fokus pada hadapan gelung gol. Pergelangan tangan dan siku perlu selari dengan tiang. Lutut fleksi. Flick hujung jari semasa melepaskan bola. Jari dan pergelangan tangan ikut lajak.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 47

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1.

Menyenaraikan kemahiran yang digunakan oleh pemain bola jaring berdasarkan tayangan video permainan bola jaring.

2.

Melakukan ujian kemahiran bola jaring menerusi situasi permainan yang melibatkan kemahiran asas dalam bola jaring.

3.

Melakukan penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan bertahan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 48

5 JAM

BOLA TAMPAR

HURAIAN MODUL Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasikan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga mengadaptasi kemahiran bola tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan berdasarkan situasi permainan mengikut posisi pemain. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan bola tampar.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran menyangga 1.5.1 Melakukan kemahiran menyangga dalam situasi permainan. 2.5.1 Menyatakan bahagian tangan yang digunakan untuk menyangga semasa kontak bola. 5.3.2 Menerima pendapat orang lain dan memberi idea semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran servis bawah dan servis atas 1.5.2 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan. 2.5.2 Menerangkan lakuan kemahiran servis bawah dengan servis atas. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 49

CADANGAN AKTIVITI Aktiviti 1: “Menyangga Bulatan” 1. Murid dalam kumpulan kecil dan membentuk bulatan. 2. Setiap kumpulan mempunyai sebiji bola. 3. Aktiviti dimulakan dengan seorang murid melambung bola kepada rakan. 4. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan dalam kumpulan secara berterusan. 5. Kumpulan yang berjaya mendapat bilangan menyangga tertinggi (tanpa bola jatuh) dalam tempoh 3 minit dikira sebagai pemenang. 6. Setiap bola yang dapat disangga diberikan satu mata. 7. Kumpulan yang mengumpulkan mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

Kemahiran menerima bola menggunakan bahagian tangan.

Menyangga

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 50

CADANGAN AKTIVITI Aktiviti 2: “Menyangga Cepat” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Aktiviti dimulakan dengan seorang murid menyangga bola ke pihak lawan melepasi jaring. 3. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola terus melepasi jaring kepada pihak lawan secara berterusan. 4. Murid digalakkan bertukar-tukar posisi semasa menyangga bola. 5. Kumpulan yang tidak dapat menyangga bola atau bola jatuh ke kawasan sendiri satu mata akan diberi kepada pihak lawan. 6. Kumpulan yang mengumpulkan mata tertinggi dikira pemenang. Tip Guru Jaring bola tampar boleh digantikan dengan tali.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

melepasi

Lepas dari sesuatu halangan.

2.

posisi

Kedudukan pemain dalam gelanggang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 51

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 3: “Servis dan Menyangga” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Aktiviti dimulakan dengan servis bawah atau atas seperti Rajah 7. 3. Murid yang menerima bola hendaklah menyangga bola kepada rakan sepasukan sebelum menghantar ke pihak lawan. 4. Kumpulan yang tidak dapat menyangga bola atau bola jatuh di dalam kawasan sendiri satu mata akan diberi kepada pihak lawan. 5. Murid bertukar posisi selepas bola jatuh. 6. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dikira sebagai pemenang.

Rajah 7: Aktiviti Servis dan Menyangga.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

servis bawah

Kemahiran servis dengan bola di sisi badan atau paras pinggang bagi memulakan perlawanan.

2.

servis atas

Kemahiran servis dengan bola dilambung melepasi kepala bagi memulakan perlawanan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 52

CADANGAN AKTIVITI

Permainan Kecil: “Juara Bola Tampar” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Seorang murid dalam kumpulan melakukan servis melepasi jaring ke pihak lawan seperti Rajah 8. 3. Pihak lawan menyangga dan menghantar kepada rakan. Setiap kumpulan dibenarkan menyangga bola dengan 3 sentuhan. 4. Pasukan yang gagal menyangga bola dan jatuh di kawasan sendiri atau bola tidak melepasi jaring akan diberi ganjaran. 5. Ganjarannya adalah dengan mengambil kad perkataan dan dilekatkan pada baju. 6. Kumpulan yang tidak dapat menyangga atau bola jatuh dalam kawasan, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. 7. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak dikira sebagai pemenang.

Sekiranya pasukan yang gagal menyangga dan bola jatuh di kawasannya atau bola tidak melepasi jaring akan dikenakan ganjaran. Contoh: Sebut “MENYANGGA” atau “ SERVIS”

Rajah 8: Permainan Kecil “Juara Bola Tampar”.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 53

STRATEGI PdP Pendekatan TGfU 1. Bentuk Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid bermain permainan kecil yang telah diubah suai dari segi saiz gelanggang dan alatan supaya dapat menguasai kemahiran dengan bimbingan serta memenuhi tahap perkembangan dan minat mereka. b. Guru memberi penekanan permainan bola tampar merupakan kategori jaring. Permainan bola tampar melibatkan dua pasukan yang cuba mengatasi pihak lawan untuk memperoleh mata kemenangan yang telah ditetapkan. c. Penekanan kemahiran dalam permainan bola tampar Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) ialah menyangga dan servis. 2. Apresiasi Permainan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid melakukan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam kumpulan kecil. b. Murid seharusnya memahami peraturan asas permainan yang dijalankan. Pengubahsuaian beberapa peraturan ini bersesuaian dengan tahap kemahiran dan taktik yang akan digunakan untuk menjayakan permainan tersebut. Ini akan membolehkan murid menghargai serta seronok dengan permainan yang dilakukan. c. Guru memastikan kumpulan yang memulakan servis akan menentukan arah servis bola ke ruang kosong. Manakala kumpulan yang menerima bola servis akan menetapkan posisi pemain di gelanggang untuk menyangga bola dan menghantar semula bola ke gelanggang pihak lawan. 3. Kesedaran Taktikal – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid seharusnya memahami, menyedari dan mengamalkan taktik permainan secara beransur-ansur mengikut prinsip pergerakan, berdasarkan kepada idea mudah, ruang dan masa supaya permainan ini mudah dijalankan dan dapat ditingkatkan kepada situasi yang lebih kompleks. Murid dapat mengaplikasikan taktik serangan dan pertahanan dalam situasi permainan mudah ke kompleks. b. Guru akan memberhentikan permainan dan mengemukakan beberapa soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan sebagai rangsangan untuk murid berfikir aras tinggi dan memberi respons lakuan. c. Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka perlu memberi respons lakuan mengikut kebolehan untuk mengubah suai kemahiran perlakuan dan turutan mengikut konsep pergerakan asas; menunjuk cara taktik dan strategi mengikut situasi permainan di mana (a) servis bawah dan servis atas dan/atau (b) menyangga perlu dilakukan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 54

STRATEGI PdP 4. Membuat Keputusan – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid didedahkan kepada kemahiran membuat keputusan iaitu kesedaran taktikal yang perlu dibuat semasa bermain berdasarkan perubahan situasi dan membuat pemilihan keputusan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. Murid memberi respons lakuan kepada soalan inkuiri sebagai rangsangan KBAT berdasarkan fakta, konsep atau perbahasan yang dikemukakan oleh guru. b. Guru membuat pemerhatian terhadap pemain yang berjaya membuat keputusan pemilihan servis yang betul berdasarkan situasi permainan dan bilangan menyangga serta arah sasaran bola ke gelanggang pihak lawan berdasarkan situasi permainan. 5. Pelaksanaan Kemahiran – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat mengenal pasti dan melaksanakan kemahiran dengan lakuan yang betul dan tepat berdasarkan situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing -masing. b. Guru membuat pemerhatian terhadap:

i.

Kedudukan sedia pemain semasa servis dan menyangga bola.

ii. Pemain berjaya melakukan servis bawah atau servis atas melepasi jaring ke gelanggang lawan berdasarkan situasi permainan. iii. Pemain berjaya menyangga bola tidak melebihi 3 sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan berdasarkan situasi permainan. 6. Prestasi – aspek yang perlu dipertimbangkan a. Murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan berkemahiran secara tekal berdasarkan kriteria spesifik kemahiran dalam situasi permainan mengikut tahap kebolehan masing-masing.

b. Guru mengenal pasti dan menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang masih tidak menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 55

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1. Nyatakan kemahiran asas bola tampar. 2. Apakah kemahiran yang digunakan semasa bertahan?

Berdasarkan Konsep 1. Mengapa bola perlu disangga dan dihantar melepasi paras kepala? 2. Mengapa kedua-dua belah tangan perlu diluruskan semasa menyangga bola? 3. Berdasarkan titik kontak semasa servis, ke arah manakah bola itu tuju?

Berdasarkan Perbahasan 1. Apakah perbezaan menyangga kepada rakan sepasukan dengan menyangga melepasi jaring kepada pihak lawan? 2. Mengapakah kamu memilih servis bawah atau servis atas semasa memulakan permainan bola tampar?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 56

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN KENDIRI NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan pandangan diri kamu. Skala: 1. Tidak setuju

2. Tidak pasti

3. Setuju

Bil.

Pernyataan

1.

Saya bergerak ke arah bola untuk menyangga.

2.

Saya boleh menyangga bola dengan mudah.

3.

Saya seronok bermain dalam kumpulan saya.

1

2

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 57

3

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar. 2. Melakukan kemahiran servis dan menyangga dalam situasi permainan bola tampar.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 58

5 JAM

OLAHRAGA ASAS

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran olahraga asas, murid boleh mengadaptasi prinsip biomekanik dan perkaitannya dengan memperhalus teknik lakuan kemahiran olahraga

untuk meningkatkan prestasi. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam permainan olahraga asas.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Lari Pecut

1.6.1 Melakukan kemahiran lari pecut pada pelbagai jarak. 2.6.1 Menerangkan lakuan tangan dan kaki dalam lari pecut. 5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran Lompat Jauh 1.6.2 Melakukan kemahiran lompat jauh.

2.6.2 Menerangkan perkaitan antara kepantasan lari landas dengan jarak lompatan. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 59

CADANGAN AKTIVITI Kemahiran Lari Pecut: Aktiviti 1: “Padang Panas” 1. Aktiviti dilakukan di padang atau gelanggang. 2. Apabila isyarat diberi, murid perlu mengangkat kaki dengan lutut tinggi dan berlari pantas seolah-olah padang atau gelanggang tersebut “panas” seperti Rajah 9.

Rajah 9: Aktiviti “Padang Panas”.

Bil.

Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

mengangkat kaki

Menaikkan kaki melalui aksi lutut tinggi.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 60

CADANGAN AKTIVITI Kemahiran Lari Pecut: Aktiviti 2: “Kutip Objek” 1. Murid berada di garisan permulaan dan objek akan diletakkan pada satu jarak seperti Rajah 10. 2. Apabila isyarat diberi, murid perlu berlari pantas untuk mengambil objek tersebut. 3. Setiap murid hanya perlu mengambil objek atau kad perkataan sahaja dan berlari kembali ke tempat permulaan. 4. Murid dikehendaki menyebut nama objek yang diambil. 5. Betulkan kesalahan lakuan dalam pergerakan tangan dan kaki. 6. Murid mengulang aktiviti dengan mengubah jarak objek dari garisan permulaan.

Rajah 10: Aktiviti Kutip Objek.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

Berlari dengan pantas pada satu jarak.

lari pecut

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 61

CADANGAN AKTIVITI

Kemahiran Lompat Jauh: Aktiviti 1: “1 – 2 – 3 – 4 – 5 Lompat” 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. 2. Murid akan berlari lima langkah dan lompat dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

3. Murid mengulang lakuan aktiviti dengan menambah kelajuan pada dua atau tiga langkah yang akhir.

Kemahiran Lompat Jauh: Aktiviti 2: Lompat ‘Telemark’ dari Atas Bangku 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.

2. Murid akan berlari lima langkah dan melonjak daripada bangku. 3. Murid dikehendaki berada di udara seberapa lama yang mungkin dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 4. Murid mengulang lakuan aktiviti dengan menambah kelajuan pada dua atau tiga langkah yang akhir.

Bil.

Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

lompat

Aksi melompat untuk mendapatkan jarak atau ketinggian.

2.

lompat jauh

Lakukan melibatkan beberapa fasa iaitu larian, lonjakan, layangan dan mendarat.

3.

mendarat

Aksi selepas fasa layangan lompat jauh.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 62

STRATEGI PdP

1. Murid mempraktik dan memperhalus teknik lakuan kemahiran lari pecut dan lompat jauh dengan pelbagai aktiviti yang berfokus kepada prinsip biomekanik. 2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti lari pecut. 3. Murid menjawab soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk menunjukkan pencapaian prestasi berbahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 63

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1. Menyatakan lakuan lari pecut yang betul. 2. Menerangkan lakuan tangan dan kaki yang betul dalam meningkatkan kepantasan larian. 3. Menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa lakuan lari pecut.

Berdasarkan Konsep 1. Mengapa faktor ayunan tangan dan kaki penting dalam meningkatkan kepantasan dalam lari pecut. 2. Bagaimanakah kamu boleh meningkatkan kepantasan lari pecut? 3. Apakah perkaitan di antara kelajuan larian landas dengan jarak lompatan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Mengapa kecederaan otot hamstring sering berlaku terhadap pelari pecut? 2. Mengapa penting melakukan pemanasan badan sebelum berlari pecut?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 64

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA NAMA PELAKU: ________________ NAMA PENILAI: ______________ ARAHAN: Tandakan ( √ ) pada petak yang difikirkan sesuai dengan lakuan rakan kamu.

Skala: 1. Salah 2. Tidak sempurna 3. Betul

SKALA

Lakuan

1

2

Tangan Fleksi siku 90º. Ayunan tangan ke atas kepala. Ayunan tangan tidak menyilang bahagian tengah badan. Kaki Lutut tinggi semasa berlari. Kontak bebola kaki pada permukaan lantai. Badan Tegak Kepala Pandang ke hadapan PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 65

3

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menjawab ujian bertulis yang menguji pengetahuan dalam lari pecut dan lompat jauh. 2. Merancang satu permainan kecil berdasarkan kemahiran lari pecut.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 66

5 JAM

REKREASI DAN KESENGGANGAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran rekreasi dan kesenggangan, murid boleh melakukan aktiviti secara berkumpulan secara efektif. Semua ahli kumpulan berfungsi mengikut peranan dan boleh berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan semasa merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menilai sesuatu perkara berdasarkan aktiviti rekreasi dan kesenggangan yang dipelajari. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam rekreasi dan kesenggangan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Permainan Gasing Pangkah 1.7.1 Melakukan kemahiran permainan Gasing Pangkah. 2.7.1 Menerangkan teknik melilit tali pada gasing, memutar dan memangkah gasing. 5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai.

5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan. Kemahiran Permainan Galah Panjang 1.7.2 Melakukan kemahiran permainan Galah Panjang. 2.7.2 Merancang dan menjelaskan strategi mengadang dan mengacah dalam permainan Galah Panjang. 5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti. PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 67

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: “Kemahiran Melilit Tali dan Memutar Gasing” 1. Murid melilit tali pada gasing mengikut arah jam atau lawan arah jam seperti Rajah 11. 2. Murid memutarkan gasing yang telah dililit di kawasan yang sesuai.

Rajah 11: Teknik Melilit Tali Gasing.

Tip Keselamatan Pastikan rakan berada di luar kawasan permainan dan belakang pemutar.

Permainan Kecil: “Kemahiran Permainan Gasing Pangkah” 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil 3 hingga 5 orang. 2. Murid pertama akan memutarkan gasing pada kawasan yang telah ditetapkan. 3. Murid kedua akan memangkah gasing yang sedang berputar supaya keluar daripada kawasan permainan atau berhenti berputar. Gasing pemangkah perlu kekal berpusing dalam kawasan permainan. 4. Sekiranya pangkahan tidak mengenai gasing yang sedang berpusing, pemain lain akan meneruskan pangkahan terhadap gasing yang sedang berputar. 5. Permainan diteruskan sehinggalah semua murid dapat giliran memangkah beberapa kali.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 68

CADANGAN AKTIVITI

Permainan Kecil: “Galah Panjang” 1. Sediakan gelanggang Galah Panjang seperti dalam Rajah 12. 2. Murid dalam dua kumpulan antara 5 hingga 7 orang. 3. Permainan dimulakan apabila ketua pasukan menyerang menepuk tangan ketua pasukan bertahan. 4. Semua pemain menyerang hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula ke garisan permulaan tanpa dapat disentuh oleh pasukan bertahan seperti Rajah 12. 5. Jika salah seorang penyerang dapat disentuh oleh pasukan bertahan, maka pasukan itu dikira mati. 6. Pertukaran kedudukan menyerang dan bertahan akan dilakukan. 7. Satu mata akan diberikan bagi setiap orang pemain penyerang yang berjaya melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. 8. Pemain bertahan melakukan halangan dengan mendepakan tangan seluas mungkin bagi menutup ruang laluan pemain penyerang. 9. Pemain penyerang melakukan acahan untuk mengelirukan pergerakan pihak bertahan agar ruang terbuka untuk serangan ke petak seterusnya.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

galah

Batang kayu atau buluh yang panjang.

2.

mendepa

Perbuatan meluruskan tangan ke arah sisi bertentangan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 69

CADANGAN AKTIVITI

A

Mula / Tamat C

D

Jarak antara garisan 3—4 meter.

F

E

H

G

J

I

L

K

B

Lebar garisan 6—8 meter.

Rajah 12: Permainan Kecil “Galah Panjang”.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 70

STRATEGI PdP

Pendekatan inkuiri dalam PdP Bidang Rekreasi dan Kesenggangan Fasa 1 Memahami (Pelibatan dan Penerokaan) 1.

Guru memberi tugasan kepada murid dalam kumpulan kecil. Tugasan: Melakukan Kemahiran Permainan Gasing Pangkah.

2.

Murid meneroka dan mengenal pasti kemahiran melilit dan memutarkan gasing yang digunakan dalam permainan Gasing Pangkah.

3.

4.

Guru mengemukakan soalan berikut semasa murid meneroka: a.

Apakah alat yang boleh digunakan untuk melilit gasing?

b.

Bagaimanakah cara lilitan gasing dilakukan?

c.

Bolehkah gasing ini berputar dengan cara lilitan yang kamu lakukan?

d.

Bagaimanakah cara balingan yang betul untuk memastikan gasing berputar?

Murid juga bertanya pada diri sendiri atau guru dengan soalan berikut: a.

Apa yang perlu saya lakukan ketika melilit gasing?

b.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan gasing berputar?

Fasa 2 Merancang (Pengembangan dan Penerangan) 1.

Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.

2.

Murid dalam kumpulan berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi berdasarkan soalan-soalan berikut: a.

Bagaimanakah cara untuk memangkah gasing lawan dalam kemahiran permainan Gasing Pangkah?

b.

Mengapakah pemangkah tidak berjaya memangkah gasing lawan?

c.

Bincangkan cara untuk melakukan pangkahan?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 71

STRATEGI PdP 3.

Murid bertanya pada diri sendiri dengan soalan-soalan berikut: Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan balingan gasing mengenai sasaran?

4.

Berdasarkan hasil perbincangan, murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menganalisis dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai bagi menyelesaikan tugasan.

5.

Murid mencuba dan meneroka bagaimana gasing dapat berpusing lebih lama.

6.

Berdasarkan hasil perbincangan, murid dapat menganalisis dan mengenal pasti cara yang sesuai bagi melakukan kemahiran Gasing Pangkah.

Fasa 3 Melakukan (Pengembangan dan Penilaian) 1. Murid dalam kumpulan melakukan kemahiran permainan Gasing Pangkah. 2. Setiap kumpulan melakukan aktiviti yang telah dirancang dalam masa yang ditetapkan. 3. Semua murid dapat membuat penilaian terhadap pelakuan rakan lain. Fasa 4 Membuat Refleksi 1. Guru membimbing murid membuat refleksi dan penambahbaikan bagi mencari penyelesaian untuk melakukan aktiviti. 2. Semasa membimbing guru mengemukakan soalan-soalan berikut: a. Apakah kekuatan dan kelemahan rakan yang kamu nilai? b. Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan?

3. Murid mengemukakan soalan berikut semasa membuat refleksi: a. Adakah saya telah melakukan kemahiran yang betul semasa melakukan aktiviti? b. Apakah yang perlu saya tambahbaik bagi membolehkan gasing berputar dengan lebih lama? c. Apakah kemahiran yang telah saya kuasai dan pelajari dalam sesi PdP pada hari ini?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 72

CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta 1. Apakah nama gasing yang digunakan? 2. Nyatakan tugas ketua pasukan menyerang dan bertahan dalam permainan Galah Panjang.

Berdasarkan Konsep 1. Apakah kesan perbezaan arah lilitan tali pada gasing? 2. Nyatakan kepentingan pemasaan semasa mengadang atau mengacah dalam permainan Galah Panjang.

Berdasarkan Perbahasan Bagaimanakah cara terbaik melepasi halangan dalam permainan Galah Panjang?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 73

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERMAINAN GALAH PANJANG NAMA KUMPULAN: ________________

TARIKH: _________________

Senarai Semak Kendiri bagi Permainan Galah Panjang. ARAHAN: Lengkapkan senarai semak di bawah berdasarkan skala berikut: 1 - SANGAT LEMAH

Bil. 1.

2 - LEMAH

3 - MEMUASKAN

Kumpulan

K1 1

Skala Pembentukan Kumpulan Pemilihan ketua Keputusan kolaboratif Peranan ahli

4 - BAIK

K2 2

K3 3

5 - CEMERLANG

K4 4

K5 5

Jumlah 2.

Komunikasi Verbal Non verbal Jumlah

3.

Penyelesaian masalah Strategi Kolaboratif Jumlah Jumlah Keseluruhan (1+2+3)

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 74

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1.

Membincangkan kepentingan fungsi dan peranan pemain dalam Permainan Gasing Pangkah dan Galah Panjang.

2.

Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran Permainan Gasing

Pangkah dan Galah Panjang.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 75

2 JAM

KONSEP KECERGASAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran konsep kecergasan, murid dapat mengetahui dan memahami kesan senaman kepada sistem tubuh, aktiviti yang meningkatkan kadar nadi serta senaman yang betul untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan. Konsep ini akan memberi panduan kepada murid untuk melakukan aktiviti kecergasan secara tekal bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam konsep kecergasan.

STANDARD PEMBELAJARAN Konsep Kecergasan 3.1.1 Melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. 3.1.2 Mengira kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 4.1.1 Menerangkan tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.

4.1.2 Menggunakan kadar nadi sebagai petunjuk intensiti dalam merancang aktiviti fizikal. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 77

CADANGAN AKTIVITI Memanaskan Badan: Aktiviti: “ABC Panas” 1. Murid berpasangan. 2. Muzik akan dimainkan dan setiap pasangan murid akan berlegar-legar di padang sehingga muzik berhenti. 3. Sebaik muzik berhenti, pasangan murid akan mengambil satu Kad Aktiviti Kecergasan Fizikal, mengeja perkataan aktiviti kecergasan fizikal yang tertera dan selepas itu melakukan aktiviti tersebut selama 15 saat seperti Rajah 13. 4. Aktiviti ini diulang beberapa kali sehingga murid mencapai kadar nadi yang sesuai untuk aktiviti selanjutnya.

AKSI JOGING

MENJENGKET

Joging setempat sambil Berdiri di atas jari kaki melakukan aksi dan menurunkan tumit. bertumbuk ke hadapan. GERAK BADAN Kedua-dua belah tangan menyentuh kepala, bahu, lutut dan jari-jari kaki dalam turutan.

GERAK TARI LENGAN Joging setempat sambil mengoyangkan kedua-dua belah lengan seperti sotong.

LOMPATAN ‘X’ Melompat sambil membentuk huruf ‘X’ di udara.

ANGKAT LUTUT Joging setempat atau berkawad setempat dengan mengangkat lutut tinggi.

Rajah 13: Contoh Kad Aktiviti Fizikal.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmnani

1.

Berdiri di atas jari-jari kaki dan menurunkan tumit.

menjengket

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 78

CADANGAN AKTIVITI

Menyejukkan Badan: Aktiviti: “Bingo Perkataan” 1. Setiap murid diberi satu kad suku kata yang boleh membentuk perkataan tentang konsep kecergasan. 2. Mereka dikehendaki berjalan-jalan sambil berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat tentang suku kata rakan yang boleh membentuk perkataan tentang konsep kecergasan seperti Rajah 14. 3. Murid yang berjaya membina perkataan perlu mengeja dan menyebut perkataan tersebut. 4. Ulang aktiviti beberapa kali supaya semua murid berpeluang membentuk perkataan.

GAS

DAR

ZI

DAN

SE

FI

KA

TI

KAL

KE

AN

AK

TI

BA

NA

CER

NA

MAN

VI

DI

Rajah 14: Contoh Kad Huruf.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 79

STRATEGI PdP 1. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan muzik sebelum memulakan aktiviti lanjutan dan aktiviti menyejukkan badan selepas menamatkan aktiviti lanjutan. 2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti dengan mengambil kira faktor intensiti dan kadar nadi.

3. Murid menjawab soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk menunjukkan pencapaian prestasi bahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 80

CONTOH SOALAN INKUIRI Berdasarkan Fakta 1. Nyatakan tujuan melakukan aktiviti memanaskan badan. 2. Nyatakan tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Berdasarkan Konsep 1. Apakah yang menyebabkan perbezaan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal? 2. Apakah kepentingan memilih aktiviti yang sesuai untuk memanaskan badan? 3. Apakah kepentingan memilih aktiviti yang sesuai untuk menyejukkan badan?

Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah kadar nadi dapat memberi maklumat tentang intensiti sesuatu aktiviti fizikal? 2. Bagaimanakah kamu merancang sesuatu aktiviti fizikal berdasarkan intensiti dan kadar nadi?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 81

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KONSEP KECERGASAN Lembaran Kerja Murid NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Gariskan dan isi tempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. 1. Tujuan aktiviti senaman memanaskan badan ialah untuk menyediakan anggota (otak/ badan/ kaki) ke arah aktiviti fizikal yang lebih mencabar. 2. Tujuan aktiviti menyejukkan badan ialah untuk (memulih/ meningkat/ merehat) sistem badan selepas menjalani aktiviti fizikal. 3. Kira kadar nadi kamu selama satu minit SEBELUM menjalankan aktiviti dan SELEPAS menjalankan aktiviti: i. Kadar nadi sebelum menjalankan aktiviti: __________________ ii. Kadar nadi selepas menjalankan aktiviti: __________________

4. Berdasarkan maklumat yang diperolehi di atas, bilakah kadar nadi lebih tinggi? A. Sebelum menjalankan aktiviti. B. Selepas menjalankan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 82

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menguji pengetahuan tentang tujuan mengambil kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 2. Menyatakan kefahaman tentang tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 83

8 JAM

KOMPONEN KECERGASAN

HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan, murid boleh memilih senaman dan mengamalkan senaman bersesuaian dengan kemudahan

yang terdapat di persekitaran mereka untuk mengekalkan kecergasan. Murid juga boleh memahami hubungan antara fungsi tubuh badan dengan senaman yang sesuai mengikut komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan bagi menghasilkan kesejahteraan hidup. Murid didedahkan dengan istilah yang terdapat dalam komponen kecergasan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Kapasiti Aerobik 3.2.1 Melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik tiga kali seminggu. 3.2.2 Mengira kadar nadi rehat diri sendiri. 4.2.1 Menerangkan kesan senaman meningkatkan kapasiti aerobik kepada jantung. 4.2.2 Menyatakan perkaitan antara kadar nadi rehat dengan tahap kecergasan fizikal. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat. Senaman Kelenturan 3.3.1 Melakukan pelbagai senaman meningkatkan kelenturan. 4.3.1 Menamakan sendi yang mendapat kesan daripada senaman kelenturan. 4.3.2 Menamakan otot yang meregang dalam senaman kelenturan. 5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan semasa melakukan aktiviti. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti. PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 85

STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot 3.4.1 Melakukan pelbagai senaman meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. 4.4.1 Menamakan otot utama yang mendapat kesan daripada senaman daya tahan otot dan kekuatan otot. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam pelbagai situasi semasa melakukan aktiviti.

Komposisi badan 3.5.1 Mengukur ketinggian dan berat badan. 3.5.2 Mengira Indeks Jisim Badan. 4.5.1 Menerangkan kaedah untuk mengira Indeks Jisim Badan. 5.4.2 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan. 5.4.4 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Pentaksiran Kecergasan Ujian SEGAK 3.6.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan ujian SEGAK mengikut prosedur yang betul. 3.6.2 Melakukan aktiviti kecergasan sebagai tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK. 4.6.1 Merekodkan skor SEGAK bagi diri sendiri. 4.6.2 Menganalisis keputusan SEGAK untuk diri sendiri.

4.6.3 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK. 5.2.1 Berusaha melakukan aktiviti fizikal untuk mencapai matlamat. 5.2.3 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 86

CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN KAPASITI AEROBIK Aktiviti: “Larian Bentuk” 1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada dalam beberapa bentuk yang telah ditetapkan. 2. Murid mengira dan catatkan kadar nadi sebelum melakukan aktiviti.

3. Apabila isyarat diberi, kumpulan murid di setiap bentuk akan berlari dalam satu barisan mengelilingi bentuk tersebut sebanyak dua ulangan seperti Rajah 15. 4. Murid bergerak ke bentuk selanjutnya mengikut arah pusingan jam dan ulang aktiviti sehingga semua bentuk dilalui.

arah larian berjalan pantas

Rajah 15: Aktiviti Larian Bentuk.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

aktiviti kapasiti aerobik

Aktiviti yang melibatkan kemampuan tubuh untuk mengambil dan menggunakan oksigen untuk meningkatkan prestasi.

2.

kadar nadi rehat

Kadar nadi yang diambil sejurus dari bangun tidur.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 87

CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN KELENTURAN Aktiviti: “Sirkit Tuala” 1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada di enam stesen aktiviti seperti dalam rajah. 2. Murid melakukan aktiviti secara individu di setiap stesen berdasarkan maklumat yang dipaparkan seperti Rajah 16.

3. Aktiviti yang dicadangkan ialah senaman pasif untuk meningkatkan kelenturan. 4. Setiap aktiviti senaman pasif perlu dilakukan selama 15 saat. 5. Murid bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut turutan apabila isyarat diberikan.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

hamstring

Salah satu daripada tiga otot paha posterior di antara pinggul dan lutut.

2.

quadrisep

Kumpulan otot besar pada bahagian depan dan sisi paha. Ia mempunyai empat bahagian iaitu rectus femoris, vastus lateralis, vastus medialis dan vastus intermedius.

3.

rotasi bahu

Pergerakan bahu berputar di sekitar paksi tunggal.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 88

CADANGAN AKTIVITI

A Nama: Regangan Hamstring Sendi yang mendapat kesan: Lutut

Nama: Regangan Kuadrisep Sendi yang mendapat kesan: Lutut

D Nama: Regangan Rotasi Bahu Sendi yang mendapat kesan: Bahu

C

B

Nama: Regangan Gastroknemius Sendi yang mendapat kesan: Pergelangan Kaki

F

E Nama: Regangan Dada Sendi yang mendapat kesan: Bahu

Nama: Regangan Tarikan Sisi Sendi yang mendapat kesan: Bahu

Rajah 16: Cadangan Senaman Kelenturan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 89

CADANGAN AKTIVITI

SENAMAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT Aktiviti: “Pilihan Sihat” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid diberi kad-kad yang mengandungi senaman daya tahan dan kekuatan otot. 3. Letakkan semua kad di tengah kawasan permainan berbentuk segiempat atau

bulatan seperti dalam rajah 17. 4. Pastikan semua kumpulan yang bermain berada di jarak yang sama dari tengah kawasan permainan. 5. Peraturan permainan adalah seperti berikut: a. Pemain bergilir-gilir berlari ke tengah kawasan permainan untuk mengambil satu kad. b. Pemain perlu mengambil kad dengan segera (tanpa melihat kandungan) dan membawa terus kepada kumpulannya. c. Semua pemain mesti melakukan aktiviti daya tahan otot atau kekuatan otot seperti

yang ditunjukkan di dalam kad. d. Permainan diteruskan sehingga semua pemain mengambil kad dan melakukan aktiviti seperti di dalam kad tersebut.

Bil. Sebutan perkataan

Makna dalam Konteks Panduan Pendidikan Jasmani

1.

Aksi koordinasi melompat setempat sambil menepuk tangan di atas kepala secara berselang-seli.

jumping jacks

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 90

CADANGAN AKTIVITI

Petunjuk: Pilihan arah larian

Rajah 17: Aktiviti Pilihan Sihat.

Contoh gambar pada Kad Senaman:

jumping jacks

step-up onto chair

high knees running in place

push-up

wall sit

squat

triceps dip on chair

lunge

push-up and rotation

abdominal crunch

plank

side plank

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 91

STRATEGI PdP

1. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti memanaskan badan dengan muzik sebelum memulakan aktiviti lanjutan dan aktiviti menyejukkan badan selepas menamatkan aktiviti lanjutan. 2. Murid merancang dan melaksanakan aktiviti senaman yang melibatkan Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan. 3. Murid menjawab soalan-soalan pentaksiran secara bertulis dan lisan untuk

menunjukkan pencapaian prestasi bahasa yang baik.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 92

CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta 1. Nyatakan senaman yang sesuai untuk meningkatkan kapasiti aerobik, kelenturan, daya tahan otot dan kekuatan otot. 2. Nyatakan dua aspek yang perlu diukur untuk mendapatkan nilai Indeks Jisim Badan. 3. Nyatakan tiga organ yang terlibat semasa melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik.

4. Nyatakan sendi-sendi yang mendapat kesan daripada senaman kelenturan. 5. Apakah petunjuk yang mudah untuk menentukan tahap kecergasan seseorang?

Berdasarkan Konsep 1. Apakah perbezaan antara senaman daya tahan otot dengan senaman kekuatan otot? 2. Mengapakah sesetengah senaman boleh menyebabkan kecederaan? 3. Apakah kepentingan memilih dan mengamalkan senaman yang sesuai?

Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat? 2. Bincangkan kepentingan otot teras yang kuat dalam membantu kesejahteraan hidup?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 93

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN KAPASITI AEROBIK Lembaran Kerja Murid NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

1. Berdasarkan gambarajah di bawah namakan organ yang terlibat semasa melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik.

A) ____________

B) _____________

C) ______________

2. Murid yang mempunyai kadar nadi rehat yang rendah akan mempunyai tahap kecergasan yang (rendah/ sederhana/ tinggi).

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 94

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN KELENTURAN Lembaran Kerja Murid NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Pilih dan tuliskan nama otot yang terlibat berdasarkan lakuan senaman kelenturan yang ditunjukkan.

lower back

bahu

kuadrisep

hamstring

gluteus dada

trisep

gastroknemius

upper back

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 95

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENAMAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT Lembaran Kerja Murid NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Dengan berpandukan gambar rajah yang diberi, bulatkan sama ada aktiviti yang ditunjukkan adalah daya tahan otot atau kekuatan otot, dan nyatakan sebab pilihan kamu.

A.

DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT Mengapa?

B.

C.

DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT Mengapa?

DAYA TAHAN OTOT / KEKUATAN OTOT Mengapa?

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 96

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KOMPOSISI BADAN Lembaran Kerja Murid NAMA: ________________

KELAS: ________

TARIKH: _________

ARAHAN: Jawab soalan berikut:

1. Kirakan Indeks Jisim Badan murid berikut jika berat badannya ialah 50 kg dan ketinggiannya ialah 1.6 m. Rumus Indeks Jisim Badan =

Berat (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

=

50 1.6 x 1.6

= 2. Kirakan Indeks Jisim Badan kamu menggunakan rumus. Berat Tinggi

________ kg ________ cm

3. Apakah status BMI kamu? Tandakan ( √ ) . Susut

Berat Badan Normal

Berlebihan Berat Badan

Obes

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 97

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menguji pengetahuan dari segi istilah kecergasan berdasarkan kesihatan, jenis-jenis senaman dan mengira Indeks Jisim Badan dalam satu ujian bertulis. 2. Mengira Indeks Jisim Badan diri menggunakan rumus yang diberikan.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 98

RUJUKAN Jensen, J., (1994). Fundamental V olleyball. Minneapolis: Lerner Publications. Lee, B., (2003). Jump Rope Training. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers. Mitchell, D., Davis, B. & Lopez, R., (2002). Teaching Fundamental Gymnastics Skills. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 99

PENGHARGAAN Penasihat Dr. Mohamed bin Abu Bakar

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editor Mohamed Salim bin Taufix Rashidi

Ketua Sektor Sektor Kesenian dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor Kamariah binti Mohd Yassin

Ketua Unit Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Bahagian Pembangunan Kurikulum

Nawi bin Razali

Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bidang Gimnastik Asas Syed Muhd Kamal bin S A Bakar Muhammad Fauzi bin Narsri

IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor

Bidang Pergerakan Berirama Kok Mong Lin Jamie Lim Siew Hoon Fakhri bin Mohd Nor

Open Universiti, Malaysia SK Sikamat, Negeri Sembilan SK Bangsar, Kuala Lumpur

Bidang Permainan Kategori Serangan; Bola Sepak Ishak bin Othman IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur Azhar bin Ariffin SMK Datok Bahaman, Pahang Abdul Razak bin Sulaiman SMK Dato Dol Said, Melaka Bidang Permainan Kategori Serangan; Bola Jaring Noorrul Afniza binti Ahmad SSN SMK Seri Kota, Melaka Jamaludin Nurhidayah binti Mustafar SMK Tunku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan Juriah binti Othman SMK Sultan Sulaiman Shah, Selangor

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 101

Bidang Permainan Kategori Jaring; Bola Tampar Adib bin Sulaiman IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor Zool Hilmi bin Abu Bakar SMK Tengku Lela Segara, Terengganu Bidang Olahraga Asas Gopal A/L Raman Chia Chiow Ming Abdul Razak bin Sulaiman

SMK Puchong Permai, Selangor IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SMK Seri Indah, Selangor

Bidang Rekreasi dan Kesenggangan Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang Nur Ahmad Kamel bin Ahmad@ SMK Manjalara, Kuala Lumpur Mohamed Maizan binti Alias SMK Taman Ehsan, Selangor Bidang Kecergasan Fizikal Gopal A/L Raman Chia Chiow Ming Syahrizal bin Drus @ Adrus

SMK Puchong Permai, Selangor IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SMK Chung Hua, Sarawak

Grafik dan Ilustrator Othman bin Che Man Rahayu binti Che Romli Ahmad Shaker bin Abdul Majeed

IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang SMK Seksyen Sebelas, Selangor SMK Ayer Hangat, Kedah

PANDUAN GURU KSKP PJPK (KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI) 102

Related Documents


More Documents from "Amrin Madolan"