Panduan Mencari Pekerjaan
R
isalah ini disediakan secara percuma untuk membantu lepasan SPM, STPM, IPTS dan IPTA untuk mencari pekerjaan. Semoga kalian beroleh kejayaan. Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya terdapat sebarang kelemahan, kesilapan dan kesalahan pada risalah ini. Beberapa Panduan Membuat Resume
R
esume adalah merupakan data ringkas yang menceritakan pengalaman dan kelayakan yang dimilikki oleh seseorang yang mencari sesuatu pekerjaan. Ianya juga adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam menentukan calon layak untuk proses selanjutnya samada dalam proses senarai pendek atau proses temuduga.
•
•
• • •
•
Resume yang dibuat dengan baik akan memudahkan pembacanya menilai kelayakan caloncalon. Dalam persaingan mencari pekerjaan ditengah-tengah situasi ekonomi yang tidak menggembirakan saat ini, ditambah lagi dengan banyaknya jumlah pencari pekerjaan, majikan terpaksa meluangkan banyak waktu untuk memilih calon yang berkualiti. Dengan membuat resume secara menarik, padat dan ringkas pencari pekerjaan sebenarnya memperoleh manfaat yang sangat besar bagi dirinya. Panduan-panduan membuat resume :
•
• •
Pada umumnya resume hanya terdiri dari 2 mukasurat. Namun jika pengalaman pekerjaan dan pendidikan yang anda rasa sangat penting maka 3 mukasurat resume masih dapat diterima. Sertakan foto pada muka hadapan, pastikan pakaian dan rambut anda kemas dan rapi. Untuk menjimatkan kos, gunakan foto digital yang boleh dicetak terus pada resume sekiranya and menggunakan pencetak warna. Tulis sejarah pendidikan dan pekerjaan anda secara tepat. Tuliskan hanya hal-hal yang relevan dengan tuntutan pekerjaan yang anda pohon. Elakkan kesalahan-kesalahan tanda baca, ejaan mahupun tata bahasa. Jika anda menulis resume dalam bahasa Inggeris, cubalah minta untuk disemak oleh teman yang menguasai bahasa tersebut. Resume yang dibuat secara tidak tersusun menggambarkan fikiran yang tidak jernih dan ketidakmampuan penulis untuk menceritakan pengalaman dan kelayakannya. Pilihlah format terbaik yang dapat anda tampilkan untuk membuat resume, termasuk pemilihan jenis huruf dan kertas yang digunakan serta paduan warna jika anda menggunakan pencetak warna. Nyatakan penghargaan yang pernah anda terima sesuai dengan jawatan yang dipohon. Nyatakan prestasi akademik yang anda raih.
• • • •
•
• •
•
Jika anda terlibat dalam organisasi professional seperti Institut Jurutera Malaysia dan sebagainya sila nyatakan. Tuliskan semua pengalaman yang pernah anda lalui sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang anda pohon. Tidak perlu menyatakan gaji yang anda perolehi sebelum ini, tetapi perlu dinyatakan gaji yang anda pohon. Lampirkan dokumen atau salinan sijil yang penting sahaja terutamanya salinan sijil SPM/STPM, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah. Tidak perlu dilampirkan sijil penyertaan merentas desa, penyertaan kursus sehari yang tiada kaitan dengan pekerjaan, sijil berhenti sekolah, sijil beranak dan sebagainya melainkan ianya diminta secara khusus oleh majikan. Sila sahkan salinan sijil yang dilampirkan. Jika anda memilikki lesen kenderaan sila nyatakan. Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri dan paspot antarabangsa sila nyatakan sekiranya jawatan yang dipohon memerlukan anda untuk melakukan tugas-tugas luar. Resume yang dihantar hendaklah didahulukan dengan surat permohonan pekerjaan yang padat dan kemas. Simpan surat permohonan dan resume anda dalam “softcopy” supaya mudah untuk anda hantar melalui mel elektronik bila perlu. Pastikan saiz dokumen anda tidak besar supaya tidak melambatkan proses penerimaan mel oleh majikan. Sebaiknya saiz dokumen hendaklah kurang daripada 50 KB. Gunakan perisian “word processing” apabila anda membuat resume. Elakkan menggunakan perisisan
“spread sheet” seperti Excel dan sebagainya untuk membuat resume anda.
• •
Panduan Mengisi Borang Permohonan • • • •
Tulis dengan kemas. Gunakan pen yang terang dan lancar. Gunakan pen dakwat hitam atau biru. Semua perkataan mestilah dieja dengan betul. Ikut arahan yang diberi dengan teliti. Semak semula borang yang telah diisi.
•
Sewaktu Sesi Temuduga •
Panduan Menulis Surat Permohonan •
• •
• •
Tujuan surat permohonan dihantar adalah supaya anda dipanggil untuk sesi temuduga, bukan untuk mendapatkan pekerjaan. Pastikan surat permohonan anda ditaip dengan baik dan kemas. Pastikan ianya ringkas dan maklumatmaklumat yang lengkap dilampirkan di dalam resume. Pastikan anda tidak mengulang maklumat yang ditulis dalam resume ke dalam surat permohonan anda. Nyatakan taraf pendidikan, pengalaman dan kebolehan anda secara ringkas. Jangan nyatakan bahawa anda membuat permemohonan adalah kerana anda bosan dengan pekerjaan anda yang lama atau anda mahukan gaji yang lebih tinggi.
• •
• • •
Panduan Sebelum Temuduga •
Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal.
Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat melalui internet atau sumber-sumber lain. Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.
•
Pakailah pakaian yang sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Untuk jawatan pengurusan, professional dan eksekutif adalah lebih sesuai jika anda memakai kemeja lengan panjang dan tali leher untuk lelaki. Pakailah jam tangan. Pastikan talipon bimbit anda dimatikan sebelum anda memasukki bilik temuduga. Semua sijil-sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di dalam fail atau sampul surat yang besar sahaja. Sebaiknya gunakan fail lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama dihadapan. Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan memakai kasut sukan, selipar, sandal atau but. Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki. Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan. Bawa bersama pen dan buku kecil atau diari untuk catitan sekiranya perlu.
Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Semasa Sessi Temuduga • • •
• • • • •
Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan anda. Elakkan memuji diri sendiri. Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda. Pastikan percakapan anda jelas didengari. Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap. Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan. Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti. Elakkan menanya penemuduga dengan bertujuan untuk menguji kebolehan penemuduga.
Pertanyaan Kepada Majikan • • • • • • • •
Di akhir sessi temuduga , penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan. Elakkan terlalu banyak soalan. Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon. Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri. Tanyakan tempoh waktu kerja. Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan. Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima Tanyakan kemudahan kesihatan
Diterbitkan oleh
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau