Pandang Serius Ancaman Dalaman

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pandang Serius Ancaman Dalaman as PDF for free.

More details

  • Words: 350
  • Pages: 1
PANDANG SERIUS ANCAMAN DALAMAN Oleh AMIR SARIFUDIN (wartawan utusan) pada hakikatnya, sebelum merdeka dan selepas merdeka hinggalah ke hari ini, pelbagai bentuk ancaman telah dilalui pasukan keselamatan kita. Namun, ancaman sebenar ialah yang datang atau diwujudkan oleh pihak tertentu dari dalam negara sendiri. Mungkin perkara ini kita tidak perasan, tetapi hakikatnya ancaman dari dalam telah wujud silih berganti. Ancaman dalaman boleh dikategorikan secara meluas sama ada yang berbentuk agresif, bersifat kritikan tidak membina, berniat jahat, menyentuh perasaan kaum lain, menyentuh sentimen agama dan banyak lagi. Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail berkata, ancaman dalaman sentiasa silih berganti dan boleh wujud dalam pelbagai bentuk. "Isu-isu semasa yang menyentuh perasaan kaum dan agama, isu politik semasa dan banyak lagi, semua ini boleh dianggap sebagai ancaman dalaman. "Jika ancaman-ancaman dalaman ini berterusan berlaku, ia boleh menyebabkan ketidakstabilan negara. Sudah tiba masanya rakyat sedar dan menolak bentuk-bentuk ancaman dalaman ini kerana ia sebenarnya memusnahkan erti kemerdekaan dan keharmonian yang telah sekian lama wujud di negara ini," katanya. Ancaman-ancaman dalaman boleh wujud melalui tindakan provokatif, menyentuh sentimen kaum, kritikan ahli politik dengan agenda tersembunyi, tuntutan melampau pihak tertentu, rusuhan dan kekacauan jalanan. Yang pasti, apa jua bentuk tindakan menyalahi undang-undang dan menggugat keselamatan boleh dianggap sebagai ancaman. Ini kerana semua itu sebenarnya bukan cara penyelesaian terbaik yang mengikut undang-undang sebaliknya lebih kepada mewujudkan ketidakstabilan. Dalam hal ini, kita seharusnya memahami apa sebenarnya maksud kebebasan bersuara. Dalam negara Malaysia yang majmuk ini, kebebasan bersuara tidaklah boleh disamakan dengan kebebasan tanpa batas yang diamalkan oleh negara-negara Barat. Memang benar kita boleh bersuara tetapi hendaklah secara berhemah, tidak menyentuh sentimen agama dan kaum lain. Keadaan dan perkembangan tidak sihat ini seharusnya dihentikan. Untuk itu, mana-mana ancaman dalaman hendaklah disekat dan ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa. Mohd. Salleh berkata, kebebasan tanpa batasan yang membawa kepada ancaman dalaman. "Jika keadaan sudah tidak dapat dikawal ekoran ancaman dalaman, memang sukar untuk kita wujudkan semula keselamatan. "Bila ini berlaku, kita kena bermula dari awal seperti mahu mewujudkan satu kemerdekaan baru untuk mengembalikan keyakinan semua kaum dan mewujudkan keharmonian," katanya. UTUSAN MALAYSIA 22/10/2008

1

Related Documents


More Documents from ""