Oriental Is Ma

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Oriental Is Ma as PDF for free.

More details

  • Words: 4,586
  • Pages: 19
ORIENTALISMA TA'RIF Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat. SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA 1. Awal Kemunculannya Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya Orientalisma. Sebagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisma bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia muncul ketika terjadi Perang Salib. Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai Universiti di Eropah. Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838. Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999 —1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis. Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab. Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi. Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke dalam

bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton. Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh Adelard. Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan mendapat gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at al-Kimia’ dalam tahun 1251 M 2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah) Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasabahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid (1705 M). Gerejagereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut. Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian Bahasa Arab di Jerman. Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi. Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab. Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat. Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’. Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau) Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’. S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India. G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954 M. A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam. K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’ yang diterbitkan pada tahun 1956 M. L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit pada tahun 1922 M. D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’, terbit pada tahun 1908 M. M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah. D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin .

Buku-bukunya antara lain: - Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M. - Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M. - Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M. A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain; - Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M. - Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M. Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam. H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M. R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’ ( 1930 M ) Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‘AlIslam’ dan ‘Tha'if’. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam. J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku ‘Ushul Fiqh Islam’. Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-Islam. PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme 1. Faktor Agama

Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah : a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama. b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya. c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi. d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang. e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani f. Mengkristiankan ummat Islam. g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya dan mengembangkan teorinya. 2. Faktor ekonomi dan penjajahan Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M. 3. Faktor politik a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang diamalkan. c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai. 4. Faktor keilmuan a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya sematamata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam,

seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria. Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting 1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M). 2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945—1977 M. 3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang. Ketiga: Persidangan dan Organisasi Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan, seminar dan pertemuanpertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan. Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis. Misalnya, Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25 negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah. Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis, ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun 1823 M, Institut Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M. Keempat : Majalah-majalah Orientalis

Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ; 1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah. 2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang. 3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M. 4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies. 5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam. Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab menubuhkan majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di Afrika. Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World Rusia, yang telah menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah. Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian dia kembali ke Belanda dengan laporanlaporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun. Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut. Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa al-Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapat dibantah. Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber dari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani. Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai citarasa yang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimatkalimatnya terlalu panjang dan membosankan. Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada Ketua Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dari perang” Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira karena Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali." Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan ciplakan undang-undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut, "undangundang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang berbaju Arab.' Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dalam bahasa Arab." Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa 'Amiyyah. CATATAN Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali bukubuku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian. Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta

berhati-hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya." ASAS PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan. Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah. PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol. Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-pusat orientalisme dan pengkajian Islam. Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana keuangan dan penajan , mereka juga menyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universiti-universiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan orang. Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan cengkamannya , baik langsung ataupun tidak langsung. Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam Jenis kumpulan Orientalis 1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.

2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru. 3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka. 4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain. 5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79) Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas: 1. A.J Arberry a. Islam Hari Ini (Islam Today) b. Pendahuluan Sejarah Tasawuf c. At-Tasawuf d. Terjemahan Quran (1948-1950) · Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam 2. A. Geom Buku: Al-Islam Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir. 3. Baron Garra de Vaux Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia · Berbangsa Perancis dan sangat musuhi Islam 4.

H.A.R Gibb

a. Pengarang utama Islamic Encyclopedia b. Cara Islam (Inggeris & Arab)

c. Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab) d. Mazhab Muhammadi (Mohammedanism) e. Islam & Masyarakat Barat f. Whither Islam 19471947 · Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir. Profesor di Universiti Hartford, USA· Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam 5.

Goldziher

a. Pengarang utama Islamic Encyclopedia b. Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab) c. Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law) d. Halangan Muhammad · Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam 6.

John Maynard : Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)

7.

S.M. Zweimer

a. Dunia Islam (pengasas majalah ini) b. Islam Mencabar c. Demi ‘Aqidah d. Al-Islam (1908-1911) Berasal dari Amerika Syarikat , Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam. 8. Aziz ‘Atiyyah Suryal Menulis beberapa buah kitab tentang Perang Salib . Rakyat Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam. 9.

G.Von Grunbaum

a. Islam di zaman pertengahan b. Perayaan Muhammad c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam e. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam

Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam. 10.

Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman c. Al-Islam d. Sejarah Syria e. Asal usul Agama Duruz · Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan 11.

Carl Brocklemann: The History (Jerman, Inggeris)

12.

A.J Weinsink : Aqidah Islam (1932).

Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini) 13.

Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim World b. Dakwah al-Makzanah (956) · Berasal dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan Kristian di Universiti Hartford 14.

L. Massignon

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam b. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam. Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf Islam.

15.

D.B. Macdonald

a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Perlembagaan Dalam Islam b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908) · Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam 16. M.Green : Setiausaha Majalah Middle East 17. Majid Qadrawi Bukunya bertajuk “Perang & Damai Dalam Islam” (1955) · Penganut Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington· Terlalu membenci Islam 18.

D.S Margoliouth

a. Perkembangan Baru Dalam Islam b. Muhammad & Kelahiran Islam c. Universiti Islam Berbangsa Inggeris 19. R.A Nicholson a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Para ahli Sufi Islam c. Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) · Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam. 20. Henry Lammens a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Al-Islam c. At-Toif d. Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA (1925) · Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra . 21. Joseph Schacht a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Usul Fiqh Islam c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·

Berbangsa Jerman. Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh. Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom 22. Rudi Paret a. The Quran b. Der Koran · Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran 23.

Karl Heinrich Becker : Pengasas Majalah Islam

24. Jetson Phiit : Buku Majd al-Islam (Kemuliaan Islam) Menghentam Islam melalui kitabnya 25. Richard Bell : Bukunya berjudul “Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh 26. Lord Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti ‘Alif Lam Mim’ dan lain-lain. 27. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis) · Berbangsa Arab 28.

W.C. Smith : Buku berjudul “Islam in Modern History”

29. Montgomery Watt a. Sirah Nabi di Mekah , b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina) c. Mohammad, Prophet & Statesman 30. Dr C.G Pfander: Buku berjudul ‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)’ Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, “Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi) 31. George Sale : Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris 32. Hamilton Jobb: Bukunya berjudul ‘Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam’

Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya. 33. William Muir Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan. 34. Louis Gardeih: Buku berjudul ‘Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian’ Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran. 35. Z.P Bodly Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi) 36. Cofan, Renan, Jano ·. Kesemua mereka adalah penipu besar dalam mengutarakan hal-hal Asas Syariat Islam.

Berikut adalah beberapa nama buku yang paling bahaya hasil karya para Oreintalis. 1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. 3. 4. 5.

Majalah ‘The Muslim World' Shorter Encyclopedia Of Islam Encyclopedia Of Religion and Ethics Encyclopedia Of Social Sciences

6. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee 7. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir 8. Al-Islam oleh Alfred Geom 9. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson 10.Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin 11.Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens 12.Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer 13.Islam Today oleh A.J Arberry 14.Translation of Quran oleh A.J Arberry 15.Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher 16.Arabic History oleh Phillip Hitti 17.Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh 18.Qamus Al-Munjid : 19. Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (‫ )الطلقاء‬, diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini) 20.Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam. Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :1. Prof T. W Arnold - The Preaching of Islam 2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi) 3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain 4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan’ Al- Hafiz Ibnu Hajar 5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon 6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha 7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate Antara karya bekas Orientalis yang telah memeluk Islam.

1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) 4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam. Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut : 1. Prof. Ahmad Amin Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie) Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam’ · Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.· 2. Abu Rayyah Adwa': ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah 3. Ismail Adham. Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan) 4. Prof. Ali Hasbullah: Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-

Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi. 5.

Syeikh Ali Abd Raziq :

Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam.· Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. · Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit alMut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. · Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh 6. Prof Khalid Muhd Khalid : Bukunya bertajuk ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)’ dan ‘ AdDemoqratia Abadan’ · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna na'lam’ (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam’Bab Maslahat 7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor Undang-undang ) ‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami’ (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, men dakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll. 8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar 9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar 12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia). Dalam kebanyakan artikel karya mereka . Tiada ruang untuk dinyatakan di sini.· Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. 13 Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak, tiada ruang untuk disebut di sini 14. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total. Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia

Related Documents

Oriental Is Ma
April 2020 20
Oriental
November 2019 43
Is Ma
June 2020 6
Is Ma
June 2020 4
Oriental
May 2020 26

More Documents from ""