Open

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Open as PDF for free.

More details

  • Words: 753
  • Pages: 2
ICTS 2015 KONSEP ASAS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TUGASAN 1 Format & syarat tugasan : � Tugasan harus mengandungi jawapan yang menepati keperluan soalan. Huraian perlu jelas dan dirumus dengan baik. � Pelajar dikehendaki menjawab kesemua soalan. � Setiap jawapan dicetak disebelah muka surat sahaja. � Saiz font 12, langkau 2 baris. � Margin kiri, kanan, atas dan bawah ialah 1 � inci dengan format A4. � Rujukan mesti disertakan dan haruslah dipetik dari sumber yang sahih, berbentuk ilmiah seperti buku, jurnal bercetak atau dimuat turun dari Internet. � Unsur plagarisma, peniruan, penipuan fakta atau isi kandungan tidak akan diberi markah, tidak akan diterima sebaliknya akan dikenakan tindakan tatatertib. � Tajuk tugasan perlu disertakan pada kertas jawapan. � Setiap soalan dan jawapan dimulakan di mukasurat yang baru. � Nyatakan nombor Matrik, nama dan kod matapelajaran dihujung atas sebelah kanan setiap helai kertas jawapan (header) � Jilidkan tugasan sebaik mungkin. Pada kulit hadapan tugasan perlu ditaip butiran berikut ditaip dengan jelas � Nama pelajar, nombor Matrik, program dan pusat pembelajaran. � Nyatakan nama tutor � Nyatakan alamat e-mel dan nombor telefon � No Tugasan Pemarkahan bagi setiap soalan berbentuk esei berdasarkan butiran berikut Pendahuluan, pernyataan objektif kertas kerja & pengkonsepan Perbincangan / Huraian atau Rumusan & Kesimpulan Bagi soalan berbentuk konsep, markah hanya akan diberi kepada jawapan yang dibincangkan dengan baik menggunakan bahan rujukan. Nota: Jumlah markah akan dinyatakan pada penghujung setiap soalan. Markah akan ditolak bagi tugasan yang : � Tidak merujuk kepada mana-mana buku ilmiah untuk mengukuhkan fakta. � Tidak menepati kehendak soalan � Tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan � Didapati mengandungi unsur plagarisma, peniruan, penipuan fakta atau isi kandungan � Tidak dihantar pada tarikh yang ditetapkan ( 1 markah bagi setiap hari) � Tidak menepati format dan syarat tugasan yang telah ditetapkan. Tarikh penyerahan tugasan 1 ialah pada Tutorial ke 3 PANDUAN MENULIS RUJUKAN (sila rujuk Buku Panduan Pembelajaran) ICTS 2015 KONSEP ASAS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SOALAN TUGASAN 1 ________________________________________________________________ 1. Port membolehkan peranti-peranti berkomunikasi dengan sistem komputer dan menghantar maklumat di antara satu sama lain. Pasti kebanyakan daripada anda pernah menggunakan salah satu daripada port-port klasik seperti port sesiri dan port selari untuk menyambung peranti-peranti seperti pencetak, tetikus dan kekunci kepada komputer anda. Kini muncul pula dua format baru iaitu Port Bas Bersiri Universal (USB) dan Port Wayar Api (FireWire). Kedua-dua jenis port ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya

yang tersendiri; dan tidak seperti teknologi lain, port-port ini mampu wujud pada ketika yang sama di dalam pasaran komputer. a) Berikan penerangan ringkas tentang perbezaan di antara port klasik (port sesiri dan port selari) jika dibandingkan dengan kedua-dua port baru USB dan FireWire. (5 markah) b) Port USB dan FireWire mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Terangkan apakah yang anda tahu (Cth: latar belakang, jenis-jenis dsbnya) berkenaan port USB dan port FireWire. (10 markah) c) Nyatakan kelebihan dan kelemahan port USB dan port FireWire dan buatkan perbandingan di antara kedua-dua teknologi port ini. (20 markah) d) Sekiranya diberi pilihan, apakah port pilihan anda. Nyatakan sebab. (5 markah) [Jumlah: 40 markah] 2. Puan Sabrina adalah seorang pereka grafik bebas (freelance) yang bekerja di rumah. Baru-baru ini beliau bercadang untuk menukar monitor tiub sinar katodnya (CRT) yang telah lama ke monitor paparan kristal cecair/panel rata (LCD). Walau bagaimanapun faktor harga merupakan faktor penghalang untuk beliau menukar ke monitor LCD. Tugas anda adalah untuk membantu Puan Sabrina membuat keputusan dengan menerangkan faktor-faktor atau kelebihan-kelebihan yang terdapat pada monitor LCD yang perlu beliau ketahui dan ambil kira sebelum membuat keputusan pembelian. (30 markah) 3. Proses mencari maklumat di Internet adalah suatu proses yang penting yang ada ketika mendatangkan keputusan yang memuaskan dan ada ketikanya mengecewakan. Ramai pengguna banyak menghabiskan masa menjelajahi Internet untuk mencari maklumat tetapi gagal. Setiap alat gelintar merupakan sumber yang unik. Dengan mengetahui alat gelintar yang sesuai untuk digunakan dan cara-cara penggunaan yang betul boleh menjimatkan banyak masa. a) Enjin gelintar dan portal merupakan dua kaedah utama mencari maklumat di Internet. Huraikan kedua-dua kaedah ini. (10 markah) b) Pada pandangan anda kenapakah Google merupakan antara enjin gelintar yang popular di kalangan pengguna Internet. Bincangkan fitur-fitur menarik yang terdapat pada enjin gelintar ini yang menjadikan ia amat digemari oleh pengguna setia yang ingin mendapatkan maklumat dengan kuasa carian yang terbaik. (10 markah) c) Selain daripada memilih kaedah pencarian maklumat yang bersesuaian, pengetahuan tentang teknik gelintaran yang betul juga akan menjimatkan banyak masa sewaktu anda mencari maklumat. Nyatakan beberapa panduan atau teknik pencarian yang boleh diikuti untuk mendapatkan maklumat yang dicari dengan berkesan dan cepat. (10 markah) [Jumlah:30 markah] (Jumlah keseluruhan markah Tugasan 1 : 100 markah) ****************************************

Related Documents

Open
December 2019 35
Open
October 2019 39
Open
November 2019 41
Open
August 2019 43
Open
August 2019 52

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31