Notes: Caklempong (form 3)

  • Uploaded by: Jerry Ubin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Notes: Caklempong (form 3) as PDF for free.

More details

  • Words: 555
  • Pages: 2
Caklempong Sejarah Caklempong Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. (Sumber: Abd Samad Idris, 1970) Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya. Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turus menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

Alat-alat Muzik Caklempong Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut krcil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garis pusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8-10 sentimeter. Gong-gong kecil diperbuat daripada tembaga.

Gereteh. Set gong utama dalam ensembel caklempong. Gereteh terdiri daripada 15 buah gong yang disusun berbaris-baris dalam dua barisan (7 gong dalam barisan pertama, dan 8 gong dalam barisan yang kedua). Caklempong utama ini menghasilkan melodi utama dalam lagu. Jika terdapat gereteh yang kedua dalam ensambel, melodi berbalas akan dimainkan. Gong disusun dalam nada C Major satu oktaf.

Tingkah dan Saua. Set gong tingkah dan saua mempunyai lapan gong berbusut dalam satu barisan yang diletak dalam rak masing-masing. Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.

Gendang. Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.

Serunai Bangsi, Serunai dan Pupuik. Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 sentimeter, notasi buluh dan mempunyai tujuh lubang untuk menghasilkan tujuh skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai empat lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai lima ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G. Pupuik terdiri daripada pupuik gadang (diperbuat daripada daun kelapa) dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk kerbau). Erofon ini membawa melodi yang sama dengan caklempong gereteh terutama dalam lagu yang dihasilkan.

Rujukan: 1) Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Penang, The Asian Center, 1997. 2) http://www.caklempong.com/muzik.asp Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009] Created on: 20 Jan. 09, 20:48:25

Related Documents

Notes: Caklempong (form 3)
December 2019 15
Notes: Melodi & Pic (form 3)
December 2019 13
Notes 3
May 2020 3
Notes 3
July 2020 7
Notes 3
May 2020 5
Notes 3
June 2020 8

More Documents from ""