[A] Enharmonic Di dalam muzik moden dan penotasian, enharmonic ialah persamaan pic di antara dua not yang berbeza, tetapi dinamakan secara berlainan. Contoh 1:
Pada Contoh 1 di atas not C# dan Db mempunyai pic yang sama, tetapi nama keduadua not yang mempunyai pic yang sama ini adalah berlainan. Contoh 2:
Pada Contoh 2 di atas not C dan B# mempunyai pic yang sama, tetapi nama keduadua not yang mempunyai pic yang sama ini adalah berlainan. [B] Syap Berganda ( ) dan Flet Berganda ( ) Di dalam notasi muzik, flet (b) bermaksud rendah dalam pic sebanyak satu semiton. Syap (#) pula bermaksud tinggi dalam pic sebanyak satu semiton. Apabila syap berganda digunakkan, pic not yang disyapkan akan dinaikkan sebanyak dua semiton atau pun wholetone. Simbol “x” (seperti di atas) akan digunakkan untuk menunjukkan syap berganda. Apabila flet berganda digunakkan, pic not yang difletkan akan diturunkan sebanyak dua semiton atau pun wholetone. Simbol “bb” akan digunakan untuk menunjukkan flet berganda. Contoh 1:
Not A disyapkan sebanyak dua kali. Pic bagi not A adalah sama dengan pic not B.
Not C difletkan sebanyak dua kali dan pic bagi not tersebut ialah sama dengan pic not B flet.
1
[C] Nama Pic Mengikut Skel Diatonik Setiap not yang membentuk skel-skel diatonik mempunyai nama teknikal masing-masing.
1
2
3
Nombor Not 1 2 3 4 5 6 7
Reference:
5
4
6
7
Nama Teknikal Tonik (Tonic) Super tonik (Supertonic) Median (Mediant) Sub dominan (Subdominant) Dominan (Dominant) Sub median (Submedient) Not pimpin (Leading Tone)
1) http://www.wikipedia.org/wiki/sharp(music) 2) http://www.wikipedia.org/wiki/flet(music) 3) http://www.wikipedia.org/wiki/enharmonic 4) http://www.wikipedia.org/wiki/diatonicscale
Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009] Created on: 03 Feb. 09, 22:57:10
2