Notes: Skel, Major & Minor (form 3)

  • Uploaded by: Jerry Ubin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Notes: Skel, Major & Minor (form 3) as PDF for free.

More details

  • Words: 553
  • Pages: 3
[A] Skel  Skel adalah koleksi pic yang disusun secara menaik atau menurun. Skel digunakan untuk menunjukkan bagaimana not-not muzik digunakan untuk membentuk melodi. Contoh skel C Major:

'&=r=s=t=u=v=w=x=y=. [B] Skel Diatonik (Diatonic Scale)  Dalam teori muzik, skel diatonik mengandungi lapan not-not muzikal yang dijarakkan atau dipisahkan oleh tone dan semitone. Skel diatonik terdiri daripada lima tone dan dua semitone. semitone

tone Pada gambarajah keyboard di atas:  C – C# adalah 1 semitone  C – D adalah 1 tone

semitone

tone tone

semitone

tone tone tone

Pada skel C Major di atas:  Terdapat 5 tone dan 2 semitone  E – F, B – C adalah 1 semitone  C – D, D – E, F – G, G – A dan A - B adalah 1 tone

[C] Skel Major  Skel major adalah salah satu contoh skel diatonik. Skel major mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama (tonic) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. 

Skel major terbentuk daripada gabungan 5 tone dan 2 semitone. Untuk membentuk skel Major, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, T, S, T, T, T, S (T=Tone, S=Semitone). semitone

tone tone

semitone

tone tone tone

Skel di atas menunjukkan bagaimana skel major terbentuk dengan gabungan tone, semitone dan mengikut susunan T, T, S, T, T, T, S.

1

[D] Skel Minor  Skel minor juga merupakan salah satu contoh skel diatonik. Skel minor mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama (tonic) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. 

Skel Minor terdiri daripada: a) Minor natural b) Minor harmonik c) Minor melodic



Skel minor natural terbentuk daripada gabungan 5 tone dan 2 semitone. Untuk membentuk skel minor, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, S, T, T, S, T, T (T=Tone, S=Semitone). semitone

tone

semitone

tone tone

tone tone

Skel di atas menunjukkan bagaimana skel minor terbentuk dengan gabungan tone, semitone dan mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T.



Skel minor harmonik juga terbentuk mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T, tetapi not ke tujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone.

'&=p=q=r=s=t=u=v=w=. A Minor Natural

'&=p=q=r=s=t=uÖv=w=. A Minor Harmonik (not ketujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone)



Skel minor melodik juga terbentuk mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T, not ke enam dan ke tujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone apabila skel disusun secara menaik, not ke enam dan ketujuh akan diturunkan sebanyak 1 semitone apabila disusun secara menurun.

'&=p=q=r=s=t=u=v=w=. A Minor Natural

'&=p=q=r=s=t=uÖv×w!=w=v=u=t=s=r=q=p=. A Minor Melodik (not ke 6 dan 7 dinaikkan sebanyak 1 semitone apabila disusun secara menaik, not ke 6 dan 7 akan diturunkan semula sebanyak 1 semitone apabila disusun secara menurun)

2

[E] Relatif (relative key) di antara Major dan Minor  Gambar rajah di bawah menunjukkan perhubungan di antara major (nada dengan huruf besar) dan minor (nada dengan huruf kecil). 

Relative key bermaksud tanda nada yang mempunyai bilangan tanda yang sama tetapi mempunyai nada yang berlainan.



Sebagai contoh relatif minor bagi G Major ialah E Minor (relatif major bagi E Minor ialah G Major), kedua-duanya mempunyai satu sharp sahaja, tetapi dengan nada berlainan.

* Pic: Ciycle of Fifths Taken from http://en.wikipedia.org/wiki/minorscale

Reference:

1) http://www.wikipedia.org/wiki/majorscale 2) http://www.wikipedia.org/wiki/minorscale 3) http://www.wikipedia.org/wiki/diatonicscale

Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009] Created on: 10 Feb. 09, 20:48:25

3

Related Documents


More Documents from ""