Notautk Iab

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Notautk Iab as PDF for free.

More details

  • Words: 8,028
  • Pages: 21
HUBUNGAN luar sekolah mudah disebut, tetapi agak sukar untuk diamalkan. Perancangan sekolah yang berkait dengan hubungan luar cantik terpapar di atas kertas cadangan, tetapi begitu lemah dari segi pengamalan. Perasaan ibu bapa dan jiran tetangga sekolah tidak begitu dipedulikan berbanding perasaan guru-guru. Ibu bapa begitu penting dan sangat diperlukan ketika pungutan yuran sekolah dibuat, tetapi selepas semua ini dibereskan ibu bapa tidak begitu diperlukan lagi. Mereka hanya dipanggil apabila anak-anak mereka terlibat dengan kes salah laku serius dan berulang, walaupun sebelum ini tidak pernah dihubungi untuk dikenali dengan lebih rapat. Ternyata sekali hubungan dengan ibu bapa didorong oleh sebab-sebab yang bersifat kebendaan, sementara dan hanya untuk memenuhi kepentingan semasa sekolah. Kehadiran ibu bapa lebih banyak disangsikan, daripada diperlukan. Pendapat dan sumbangan mereka tidaklah dianggap penting. Suatu segi kita inginkan ibu bapa meramaikan majlismajlis sekolah, dan menyalahkan mereka apabila kehadiran tidak memuaskan, tetapi suatu segi yang lain kebanyakan Pengetua khuatir jika ibu bapa terlalu memainkan peranannya atau bersikap terlalu terbuka kerana dikatakan ini akan mengancam sekolah. Ramai pengetua yang berpendapat, “tak apa kalau tak hadir pun, yang penting jangan ganggu sekolah”. Senario di atas mungkin benar-benar berlaku. Mungkin juga tidak. Sebabnya mudah kerana belum ada satu dapatan emperikal tentang siapa sebenarnya yang menjadi pelanggan sekolah. Belum dibuat satu pemerhatian profesional atau bercorak saintifik tentang keutamaan yang diberikan oleh sekolah terhadap para pelanggannya. Sekolah belum dapat menyenaraikan mana-mana pelanggan yang lebih utama berdasarkan kedudukan, masa yang diperuntukkan untuk berurusan dengan mereka atau tanggungjawab yang patut ditunaikan oleh sekolah terhadap mereka. Di Malaysia belum ada satu kajian dibuat tentang pelanggan sekolah yang menjadi keutamaan walaupun selalu disebut bahawa pelajar itu adalah pelanggan utama. Belum juga dapat dibezakan dengan jelas antara siapa itu klien, pelanggan dan stake holders. Berdasarkan kelemahan yang wujud dalam mengendalikan hubungan luar seperti sekarang ini maka terlebih dahulu pengurusan sekolah wajar menyenaraikan klien-klien sekolah yang dijangkakan. Di peringkat ini semua klien yang berkemungkinan berhubung dengan sekolah daripada yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya hendaklah disenaraikan. Jangan ada yang tercicir dalam senarai itu.Di peringkat kedua senaraikan klien-klien yang benar-benar pernah berhubung dengan sekolah. Selepas itu susun klien-klien tersebut menurut keutamaan. Keutamaan klien sekolah ditentukan oleh variable berikut: kekerapan datang ke sekolah, kekerapan dihubungi atau menghubungi melalui telefon dan surat, lama masa yang diambil dalam berurusan dengannya, pemberatan tanggungjawab dan peranan yang dipikul terhadap klien tersebut, di samping kedudukan dan hubungan klien tersebut dengan pihak sekolah. Satu rekod pemerhatian ke atas klien-klien tersebut hendaklah disediakan, di samping buku kehadiran. Ini termasuklah buku pelawat. Dengan menyemak rekod pemerhatian, serta buku kehadiran sekolah, pihak pengurusan sekolah dapat membuat kesimpulan siapakah sebenarnya klien yang menjadi keutamaan sekolah. Selepas semua itu dilaksanakan, senaraikan sepuluh klien sebenar sekolah yang disusun mengikut ranking. Jika senarai keutamaan sebelum ini tidak sama pihak sekolah hendaklah bersedia mengubahnya, kerana senarai baru inilah yang lebih wajar digunakan kerana diperoleh melalui pemerhatian , rekod dan kajian. Pihak sekolah kini, khususnya pengetua telah pun berjaya mengenal pasti klien-kilennya. Sebelum data yang tepat diperoleh, kita hanya dapat menjangkakan bahawa klien utama sekolah ialah ibu bapa, guru-guru, serta para pelajar. Ibu bapa di sini sama ada yang telah, sedang dan akan menghantar anaknya ke sekolah kita.Ada di kalangan mereka masih mempunyai anak untuk dihantar ke sekolah.Ada juga yang mungkin akan melakukannya buat kali pertama. Bagaimanakah seseorang pengetua harus menjalin

hubungan dengan ketiga-tiga kumpulan klien ini. Saya percaya bahawa ibu bapa, adalah kumpulan klien luaran yang paling penting berbanding klien-klien lain. Andaian saya ialah ibu bapa tidak begitu mengambil berat tentang aduan yang dikemukakan oleh anak mereka tentang sekolah. Tetapi apabila ibu bapa itu menceritakan semula apa yang didengar daripada anak mereka kepada ibu bapa yang lain, di sinilah pengaruh mereka boleh dilihat.Ibu bapa yang dimaksudkan di sini ialah ibu atau bapa yang anaknya sedang belajar di sekolah. Sebahagian daripada mereka pula mempunyai anak yang bakal meneruskan persekolahan mereka di sekolah tertentu. Mereka cenderung untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut, tetapi mereka juga boleh tidak menghantarnya atas beberapa sebab. Di sinilah pentingnya sekolah menjalin hubungan luar yang baik. Tindakan yang perlu diambil ialah dengan memasarkan sekolah secara strategik. Pemasaran strategik bermaksud cara-cara bagaimana sekolah berkomunikasi dan mempromosikan tujuan, nilai-nilai, perkhidmatan dan produk-produknya kepada para pelajar, ibu bapa, staf dan masyarakat umum secara aktif dan berkesan. Dalam konteks hubungan luar, para pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajarpelajar dari sekolah luar, bakal pelajar (majoritinya tentu dari sekolah-sekolah feeder) dan bekas pelajar (dan jika mereka bergabung tentunya persatuan bekas pelajar). Elemen paling penting dalam pemasaran strategik sekolah ialah komunikasi yang efektif, iaitu komunikasi dua hala antara sekolah dengan klien-klien luar tadi. Pengetua mesti mempastikan bahawa slogan Pelanggan adalah keutamaan kami, bukan sekadar menjadi slogan, tetapi benar-benar menjadi amalan. Agenda utama ialah memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelangganpelangan dalaman, iaitu pelajar yang sedang belajar di sesebuah sekolah dalam usaha menarik lebih ramai pelajar terbaik memilih sekolah itu dan untuk kekal di dalamnya. Bakal-bakal pelajar dan ibu bapa kepada bakal-bakal pelajar tersebut tidak akan mendapat gambaran sebenar tentang kebolehan dan kejayaan sekolah sehinggalah kita mampu menunjukkan kemampuan kita melalui peningkatan pencapaian keputusan peperiksaan am setiap tahun. Ibu bapa sebenarnya tidak begitu peduli terhadap pencapaian sekolah dalam sukan atau dalam bidang yang lain. Tetapi keutamaan mereka ialah adakah sekolah menunjukkan prestasi dan reputasi yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya dalam peperiksaan. Jika mereka ingin anak-anak mereka berjaya dalam bidang sukan, lebih baiklah mereka masukkan anak mereka di sekolah sukan yang sedia wujud. Sekolah menerima bahan mentah pada waktu pagi atau tengah hari selama 5 hari dalam seminggu dan sekolah akan memulangkannya pada hari itu juga. Kemungkinan-kemungkinan berikut patut dipertimbangkan.Yang kita terima cantik dan tiada cacatnya, tetapi yang kita pulangkan cacat dan cedera disana sini. Yang kita terima ceria dan gembira, tetapi yang kita pulangkan sedih dan murung. Yang kita terima sihat, tetapi yang kita pulangkan pada petangnya sakit dan tidak berupaya. Yang kita terima pelajar yang cerdas dan mendapat sepuluh tempat teratas semasa di sekolah rendah, tetapi yang kita pulangkan ialah pelajar yang dungu. Yang kita terima ialah pelajar yang rajin membaca semasa di rumah, tetapi yang kita pulangkan adalah pelajar yang malas membaca, dan tidur dalam kelas. Yang kita terima ialah pelajar yang bersemangat tinggi untuk belajar, tetapi yang kita pulangkan adalah pelajar yang tidak bermotivasi. Mengapa senario ini menimpa pelajar kita? Apa sebenarnya yang sedang melanda sekolah hari ini? Apa sebenarnya yang guru-guru buat? Inilah beberapa persoalan yang bukan sahaja patut dijawab, tetapi diambil tindakan jika kita ingin menarik sokongan ibu bapa terhadap kita. Hubungan luar yang asalnya tidak begitu begitu ditekankan akan bertukar menjadi impak yang besar kepada sekolah jika perkara ini tidak ditangani secara berkesan. Sebab itulah hubungan luar yang kita jalinkan mesti memberi keutamaan kepada aktiviti yang mampu meningkatkan prestasi akademik sekolah. Setiap pengetua hendaklah memastikan bahawa hubungan dengan klien-klien luar adalah termasuk dalam perancangan strategik sekolah, bukan dibuat secara ad-hoc atau di peringkat pelaksanaan sahaja. Pihak sekolah mesti menganggap mereka utama dan melayan mereka seperti insan yang sepatutnya. Jika ramai

pelanggan berurusan dengan sekolah pada waktu yang sama pengetua memutuskan untuk mengutamakan ibu bapa yang anaknya sedang belajar di sekolah mereka. Jika bertembung antara ibu bapa dan pelajar, tentulah pelajar menjadi keutamaan kerana mereka yang menerima perkhidmatan sekolah secara langsung.Pengetua juga mesti mempastikan piagam pelanggan disemak semula agar piagam itu benar-benar menggambarkan kehendak sebenar pelanggan terhadap sekolah, bukan kehendak pihak sekolah ke atas para pelanggan. Saya banyak memerhatikan piagam pelanggan yang digubal secara salah seolah-olah pelanggan mesti mengikut cara kita. Jika itu terjadi ia bukan Piagam Pelanggan namanya, ia adalah piagam sekolah. Maksudnya apa yang kita mahu pelanggan buat, bukan apa yang sepatutnya pelanggan dapat. Dalam menyemak kembali piagam pelanggan, pihak sekolah hendaklah memastikan ketiga-tiga pelanggan utama sekolah ada disebutkan secara jelas dalam piagam itu, iaitu satu piagam untuk pelajar, satu untuk ibu bapa dan satu lagi untuk guru. Apa yang patut diperolehi oleh ketiga-tiga jenis pelanggan tersebut patut disebutkan secara terperinci. Menyebutnya secara umum tanpa membezakan ketiga-tiga jenis pelanggan itu bukanlah piagam yang baik.Dalam memasarkan sekolah atau lebih tepat menjual sekolah, pihak pengurusan sekolah mesti menggunakan saluran-saluran dan medium komunikasi yang strategik dan penuh efektif untuk menghubungkan sekolah dengan pelanggan-pelanggan luar ini. Memandangkan hubungan bersua muka yang kerap amat mustahil berlaku rentetan ibu bapa yang sibuk bekerja, dan guru yang dibebankan dengan pelbagai tugas untuk dibereskan mengikut waktunya, maka komunikasi tulisan harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Persoalannya bagaimana ia dapat dimanfaatkan secara berkesan? Dalam hal ini cadangan Brent Davies dan Linda Ellison mungkin boleh digunakan. Mereka mencadangkan penggunaan prospektus sebagai saluran utama penyaluran maklumat tentang sekolah kepada ibu bapa seperti yang dibuat oleh sekolah bantuan penuh di England danWales. Saluran komunikasi itu bukan sahaja memaparkan maklumat yang padat dan terperinci, tetapi juga dipersembahkan dalam bentuk yang menarik disertai gambar yang boleh menonjolkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Kandungan dan reka bentuk prospektus harus berupaya menarik pelanggan untuk mengenali sekolah dengan lebih dekat. Gambar yang tercetak di dalamnya harus berupaya menyimpulkan apa sebenarnya keutamaan yang ditekankan oleh pihak sekolah.Untuk itu cadangan Davies dan Ellison agar perkara-perkara yang lebih spesifik disenaraikan dalam prospektus itu. Mereka menyenaraikan 12 perkara spesifik, antaranya kulitnya ringkas, menarik perhatian dan menarik hati. Tentukan isu-isu utama, tentukan juga kekuatan-kekuatan sekolah yang hendak ditonjolkan, jadikan ia senang dibaca, gunakan ilustrasi yang berkualiti tinggi dan jangan masukkan bahan yang bertarikh.Tetapi bagi sekolah-sekolah di negara kita yang dibiayai oleh kerajaan, dan kalau ada yuran pun jumlahlah begitu terhad, prospektus tidak begitu munasabah kerana kos percetakannya agak mahal. Oleh itu sebagai alternatif lain, brosur mungkin boleh digunakan, malahan kos penerbitannya jauh lebih murah berbanding prospektus. Dengan sehelai kertas bersaiz F4 atau A4 dibahagi 3 kita sudah mendapat 6 muka surat yang boleh dimuatkan dengan pelbagai maklumat tentang sekolah yang dipadatkan dalam ayat yang ringkas, menarik dan bergambar untuk menarik minat pelanggan sedia ada dan pelanggan baru sekolah.Selain itu, soal selidik rawak hendaklah diedarkan kepada ibu bapa untuk melihat apakah keperluan dan harapan mereka terhadap sekolah. Dalam hal ini model soal selidik Bradley boleh digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Dalam model yang asal ini, soal selidik mengandungi 30 soalan dengan pecahannya seperti berikut: 7 untuk kategori Pengajaran dan Pembelajaran, 6 kepuasan terhadap staf, 2 untuk komunikasi, 5 untuk tingkah laku, 5 untuk kemudahan, 2 soalan am dan 3 untuk peluang yang sama. Daripada dapatan soal selidik itu nanti kita boleh merangka satu perancangan pemasaran strategik sekolah untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.Dalam memasarkan sekolah apa salahnya pengetua dengan bantuan beberapa orang guru yang bertugas secara bergilir akan bergerak dari satu surau ke satu surau (atau masjid),

termasuk dewan orang ramai untuk memaklumkan tentang hasrat sekolah di samping memaklumkan perkembangan terkini tentang sekolah. Saya percaya ibu bapa sangat gembira untuk mendengar perkhabaran baik tentang anak mereka dan organisasi tempat anak mereka belajar. Malahan kesempatan dalam pertemuan ini memang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa untuk berkenalan lebih rapat dengan pengetua dan guru-guru, di samping menyatakan pendapat masing-masing tentang sekolah. Tradisi turun kemedan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan sekolah dan masyarakat, tetapi juga menanam rasa hormat ibu bapa kepada sekolah. Memperuntukkan 15 hingga 20 minit untuk minum di kedai kopi atau warung yang berhampiran dengan sekolah, sambil berbual dengan pelanggan dan menjelaskan harga minuman mereka adalah strategi politik pengetua yang agak berkesan. Saya tidak fikir tindakan pengetua ini keterlaluan. Kebanyakan pengetua menghindari amalan sebegini kerana bimbang disalah tanggap sebagai ponteng kerja. Atau khuatir dituduh menjalankan perniagaan. Jika itulah tanggapan masyarakat setempat terhadap pengetua yang bertindak seperti itu mengelakkan strategi itu mungkin lebih baik sebelum menimbulkan fitnah. Tetapi jika itulah strategi yang masih ada dan dilihat berkesan apalah salahnya. Bukankah ia sedang menjalankan tugas yang sangat penting untuk meyakinkan ibu bapa dan komuniti tentang keupayaan sekolah, dan merapatkan hubungan sekolah dengan komuniti setempat. Saya tidak melihat itu satu kerja yang salah dan perlu dilakukan secara berasingan daripada tugas rasmi sekolah. Dari sini juga pengetua mengumpulkan maklumat tentang pandangan orang ramai terhadap sekolah atau individu-individu di dalamnya. Dan dengan berbekalkan maklumat itu ia berupaya membangunkan sekolah seperti yang sepatutnya.Dalam menilai keberkesanan hubungan dengan pihak luar, terutama ibu bapa Pengetua boleh memisahkan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah dengan Mesyuarat Agung PIBG. Kebiasaan mengadakan mesyuarat agung selepas selesai Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah mungkin sesuai untuk sekolahsekolah berasrama penuh yang ibu bapanya datang dari tempat yang jauh dan berbeza-beza. Tetapi pendekatan ini tidak begitu sesuai dengan sekolah harian biasa. Mengadakan mesyuarat agung PIBG selepas HUPH, semacam satu sindiran kepada ibu bapa bahawa kamu hanya akan datang ke mesyuarat agung PIBG sebab ada HUPH. “ Jika tidak kamu tidak akan datang.” Kami terpaksa mengadakannya serentak dengan HUPH untuk memerangkap kamu hadir. Inilah bentuk salah sangka terhadap ibu bapa yang berlangsung sekian lama yang perlu dielakkan. Ibu bapa mesti menyedari bahawa tidak ada satu aktiviti yang benar-benar melibatkan penyertaan ibu bapa sepenuhnya. Mesyuarat agung PIBG salurannya.

KONSEP DAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT Oleh Shamsiah Bt. Mohd. Amin Shahrulbanun Bt. A.Ghani Azaiah Bt . Ab. Latib Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kertas kerja ini menjelaskan tentang konsep serta perlaksanaan sekolah selamat di peringkat sekolah. Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Di harapkan aspek keselamatan diambil berat dan mampu dipertingkatkan serta merasai sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan masyarakat sekitar. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat. Langkah-langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi budaya kehidupan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan badan pertubuhan setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak. Abstract: This paperwork explains the concept safety in establishing safety among schools in different levels. The school safety programme is introduced by the Ministry of Education to explain the method and proper procedures including exposure among students, parents, teachers and individual. Those who are involved in school environment, play important roles to make it sucessful for the school safety in the aspect at physical, development, students activities, disaster, social and the location of the school. The aspects of safety are important and drastic improvement should be taken as everybody has their responsibilities. This effect school administrations, teacher, students, parents, NGO and society. The are varieties of way to implement school safety. The first step to expose the level of understanding, providing correct implementation and produce according to daily life it is a norm of culture among students, teachers, Muka surat 2/13 parents, society and others organizations. Full initiations provide the same level of society in school best level will motivate convincing others in them. Pengenalan Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan di sekolah malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai.

Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja, tetapi ia termasuk juga peruntukan mencukupi bagi melindungi ``perkara-perkara lain'' yang terjejas. Lee berkata selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar dan pelawat. Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”. Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang semakin menjadi-jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan akhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat kecederaan di tulang belakang. Diikuti pula berita lebih 100 orang pelajar ting 4 dan 5 S.M. Teknik Seberang Perai dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana disyaki mengalami keracunan makanan.Pada awal bulan Ogos 2005, seorang pelajar perempuan sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dalam perjalanan ke sekolah telah dilarikan dan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki. Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah dimakan anai-anai. Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000). Sebelum ini, pelbagai laporan kes buruk sudah dilaporkan membabitkan pelajar dan sekolah seperti guru diserang pelajar dan ibu bapa, pelajar dipukul di depan pagar sekolah, perbuatan samseng serta lain-lain perbuatan yang dianggap mengancam keselamatan institusi sekolah. Kes-kes keruntuhan moral dan akhlak dan insideninsiden kemalangan yang meragut nyawa pelajar sentiasa diberi liputan yang meluas.

Kes-kes yang turut mendapat perhatian ialah kes-kes berhubung kejadian kebakaran dan dakwaan-dakwaan jenayah atau sivil yang dikenakan ke atas pentadbir dan guru-guru di sekolah. Pelbagai perdebatan timbul dan masing-masing menunding jari kepada pihak lain mengenai keadaan disiplin dan keselamatan sekolah membabitkan ibu bapa, Kementerian Pelajaran, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pelbagai cadangan dan tindakan dibuat untuk mengatasi masalah berkenaan tetapi sehingga kini masalah keselamatan sekolah dan disiplin, terutama pelajarpelajar sekolah masih tiada penghujungnya. Oleh itu, kertas kerja ini akan menghuraikan tentang apa yang dikatakan sebagai konsep sekolah selamat dan bagaimana pihak pentadbir atau pengetua memainkan peranan untuk mewujudkan keadaan sekolah yang lebih selamat pada masa kini dan akan datang. Definisi Dan Konsep Sekolah Selamat Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Keluarga yang selamat Masyarakat yang selamat Sekolah yang selamat Prinsip-Prinsip Sekolah Selamat Menurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah: a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan. b. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan pelajar. c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar. d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.

e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku bersesuaian dan membina.

juga yang akan yang

f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluankeperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar. g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius. h. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat. Beyer (1997) pula mencadangkan bahawa prinsip-prinsip pelaksanaan sekolah yang selamat adalah: a. Pasukan perancang sekolah perlu sentiasa berbincang Pasukan perancangan sekolah yang selamat sering berkumpul dan berbincang. Tujuannya bagi mengenalpasti masalah dan mewujudkan pasukan kerja yang padu. b. Mengelola penilaian sekolah Mengelola segala penilaian sekolah yang selamat agar segala kekurangan atau halangan yang mungkin timbul dapat diatasi segera. Perubahan yang sesuai perlu diterapkan untuk penambahbaikan dan dasar pencegahan lebih berkesan. c. Menyusun strategi dan implementasi mencegah ancaman Tingkatkan strategi dan implementasikan pencegahan bagi mengelakkan ancaman atau keganasan. Program-program pencegahan perlu disebar luaskan kepada seluruh warga sekolah atau komuniti agar mereka sentiasa peka dengan keselamatan dan mengekalkan keharmonian sekolah. Misalnya, tentang peraturan keluar dan masuk dari sekolah, penggunaan kenderaan ke sekolah dan sebagainya. Begitu juga amalan atau tindak laku yang terpuji dan kurang baik perlu diberitahu kepada warga sekolah. d. Melibatkan komuniti setempat dengan pihak sekolah Kenalkan dan sebar luaskan Pasukan Sokongan Komuniti. Aktiviti-aktiviti atau sumbangan yang dilaksanakan oleh pihak komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan kepada masyarakat sekeliling dan warga sekolah. Ini bertujuan supaya sumbangan mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Cara ini juga akan menjadikan pelajar-pelajar rasa dihargai dan dilindungi oleh ibu bapa mereka walaupun ketika mereka sedang berada di sekolah.

e. Pelan tindak balas krisis Tingkatkan pelan tindak balas krisis. Sekiranya perancangan bagi menangani masalah kurang bersesuaian dengan masalah yang timbul, pelan tindakan krisis perlu diubah suai dan penambahbaikan. Tindakan ini bagi menjimatkan masa dan tenaga yang terlibat serta dapat mengawal iklim keselamatan sekolah agar sentiasa terjamin. f. Pemantauan berterusan Pemantauan yang berterusan oleh penyelia. Pihak pengurusan dan kepimpinan sekolah semestinya sentiasa mempastikan kumpulan keselamatan sekolah sentiasa peka dengan keselamatan sekolah mengikut prosedur yang telah dipiawaikan. Objektif Sekolah Selamat a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka. Cara-Cara Mewujudkan Sekolah Yang Lebih Selamat Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Manakala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia menjurus kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negatif seperti bebas dari dadah, keganasan, ketakutan dan keadaan yang tidak memungkinkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang panjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum memerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan pencegahan dan kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau pengetua supaya sekolah itu terhindar daripada gejala-gejala berkenaan.

a. Kepemimpinan yang berkesan Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis. b. Tumpuan kepada pencapaian akademik Kita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif. Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981). c. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan. d. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). e. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf,

mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing. f. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan yang tidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks, penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang menerima layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan. Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua pelajar dan guru dihormati. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan dan menerapkan elemen-elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan penyuburan nilainilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua pelajar berpotensi untuk berjaya, dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspek pelaksanaan aktiviti persekolahan. Budaya “caring” perlu dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan di kalangan warga sekolah. g. Kawalan keluar masuk sekolah Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku. h. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat. Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakantindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya.

i. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun. j. Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatan Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru (National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan sebagai indikator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999). Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah.

k. Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu, sekolah perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn langkah-langkah keselamatan pelajar. Contohnya, Briged Komuniti yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak tahun 1991 yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis, Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampuang (JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek keselamatan sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). l. Mewujudkan sistem pelaporan dan aduan Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat. Oleh itu, sistem aduan dalaman boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan pelajar selain masyarakat luar sekolah untuk membuat aduan, komen, dan pandangan-pandangan mengenai sekolah kita. Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah.

untuk

m. Mempertingkatkan mutu disiplin Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila para pelajar telah menerima struktur peraturan / disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya sematamata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir sekolah. Ketidakhadiran pelajar khususnya yang melibatkan kes ponteng yang serius juga perlu ditangani dengan sewajarnya kerana ia boleh memberi impak langsung dalam pencapaian pelajar dan merendahkan self-esteemnya. Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harga awam (Glasser, 1969). n. Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan sekolah Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative guide” yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. “Administrative guide” ini boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran dan

panduan-panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan. “Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas mengikut bidang masingmasing.Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan melaksanakan tugas berpandukan kepada “administrative guide” yang ada untuk mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya. PENGERUSI PENGETUA / GURU BESAR SETIAUSAHA GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH / GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH AHLI JAWATANKUASA PIBG POLIS BOMBA DAN PENYELAMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN PEJABAT KESIHATAN JAWATANKUASA MASJID WAKIL PELAJAR JAWATANKUASA OPERASI 1) JKO KESELAMATAN AKTIVITI MURID 2) JKO KESELAMTAN BENCANA ALAM 3) JKO KESELAMATAN FIZIKAL & BANGUNAN SEKOLAH 4) JKO KESELAMATAN SOSIAL 5) JKO KESELAMATAN PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH JAWATANKUASA OPERASI ( JKO ) PROGRAM SEKOLAH SELAMAT Jawatankuasa Sekolah Selamat JKO KESELAMATAN AKTIVITI MURID Diri Murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah JKO KESELAMTAN BENCANA ALAM Kebakaran Menjalankan aktiviti Koko Kegiatan Luar Tatacara Tindakan apabila berlaku kemalangan Perubahan Cuaca Wabak penyakit

3) JKO KESELAMATAN FIZIKAL & BANGUNAN SEKOLAH Tandas Kerosakan Perabot Kelas Pusat Sumber Peralatan Keselamatan Pendawaian & Peralatan Elektrik Padang dan Gelanggang Permainan Bengkel Penghuni Asrama Stor / Kebun Sains Makmal Sains Semua Bangunan dalam Kawasan Sekolah, Kawasan Sunyi & Gelap JKO KESELAMATAN SOSIAL Peras ugut JKO KESELAMATAN PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH Kawasan berair bergerak/statik Sumbang Mahram Ganguan Seksual Membuli/Pelacoan Sekolah berhampiran J/Raya/Keretapi Kawasan perumahan/Bandar Besar Keharmonian kaum di sekolah Keselamatan gangguan emosi dan Rohani Kawasan Pendalamam Kawasan Rancangan /FELDA Implikasi Sekolah Selamat Carolyn (1998) menggariskan beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat dapat diwujudkan. Antaranya ialah: i. Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah. ii. Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada peningkatan potensi pelanggan yang sentiasa berurusan. iii. Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan secara telus dan saling mempercayai. iv. Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah. v. Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi. vi. Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif. vii. “Team Work” akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif. viii. Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan. ix. Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra. x. Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab. xi. Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi. Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap sebagai ‘part and parcel’ di dalam membantu dan melengkapkan usaha mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah

Selamat akan memberi satu ransangan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan Kesimpulan Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita. Rujukan Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. “Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah.” http://www.utusan online .com.my Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. “19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.” http://www.utusan online .com. Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan. ” http://www.utusan online .com.my Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. “Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.” Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4. Beyer, D. (1997). “School Safety and The Legal Rights of Students”.No.121. Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and Curriculum Developmental.Vol.21, 1998. Comer, J.P. (1998). “Model of The School Development Program Success”. New Haven, CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center. Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers. Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan”. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16. Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah. Mohd.Ismail Othman (2004). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States.

Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “ Safe Schools: You Can’t Do It Alone”.Phi Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496. Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works”! Ronald, D. Stephens. (1996). “The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and Control Student Discruiton”. AASA.Number 2, Volume 53. http://www.aasa.orang/SA/feb9601.htm. Muka surat 13/13 Salleh Buang (1996). “Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tidak kira di mana sahaja berada, para ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gengsterisme dan pemilikan pistol secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif. Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya. Kisah terkini yang menyambung dilema pendidikan negara dengan kematian seorang lagi pelajar Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan seolah-olah memberi satu lagi tekanan dalam menyelesaikan keadaan ini. pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras merupakan hasil terbaru kesan gejala yang tidak dapat dibendung sepenuhnya. Lebih parah lagi, sekolah agama kerajaan merupakan lokasi kejadian ini berlaku. Para pelajar sekolah dikelompokkan kepada dua, kelompok kuat dan lemah. Sebagaimana kebiasaan yang lemah tiada tempat bergantung melainkan hanya mampu mengadu apabila ditindas yang kuat. Suasana sebegini berlaku sama ada di sekolah harian mahupun berasrama. Ketika ini kita perlu sekali lagi menilai keberkesanan sistem dalam mendidik hati para pelajar selain mempertingkatkan kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik serta persiapan kerjaya masa hadapan. Selagi rasa ego, senioriti, tuan-hamba berlegar dalam minda pelajar, selepas ini kita bakal melihat satu lagi pelajar menjadi ganti Muhammad Farid Ibrahim kepada kes yang mungkin dilupakan masyarakat sebulan dua ini. Terdahulu, hukuman merotan dilihat dapat membendung masalah gengsterisme di kalangan pelajar apabila cadangan ini diterima pakai dan disokong oleh banyak pihak. Kelihatan ia

seperti satu cara yang berkesan kerana memberi kesan kepada pelajar. Tetapi, sejauh mana keberkesananya dapatkah ia dinilai melalui kajian atau angka-angka statistik salah laku di kalangan pelajar merupakan perkara penting untuk dilihat semula. Dunia moden banyak membawa kepada perubahan pemikiran manusia melalui limpahan maklumat serta pergaulan yang semakin luas sempadannya. Remaja sebagai pelajar abad ini semestinya berhadapan dengan perubahan tersebut yang mana mereka sedar dan sanggup meredah risiko atas perbuatan mereka. Sebagaimana dikongsi oleh rakan penulis pada zaman persekolahannya, pelajar yang dihukum rotan masih mampu tersenyum kerana apa yang dilakukan sudah dilaksanakan. Malah satu ketika, terdapat sekolah yang menjemput bapa pelajar sendiri untuk merotan anaknya di hadapan ribuan pelajar. Kesannya cukup mendalam, rasa malu dan terhina dengan hukuman sedemikian. Ia mungkin membantu membantutkan sikap samseng dan kurang ajar pelajar tetapi kita perlu mengambil kira bagaimana sikap pelajar-pelajar keseluruhan sebagai komuniti kecil yang turut menyaksikan dan mengetahuinya? Persoalannya, sama ada pelajar-pelajar mempunyai sikap mengambil berat serta memberi sokongan dan melihat rakan yang dirotan dengan rasa simpati atau disambut pula dengan sindiran keras. Jika berlaku keadaan kedua, siapa pula bakal menanggung risiko baru seterusnya, guru yang menghukum, keluarga atau rakan-rakan yang menyindir? Hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya. Pada 18 September 2003, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Arau, Mohd. Firdaus Abd. Rahim, 16 dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga terpaksa dibedah adalah serius dan kejam. Secara fizikal, ia kelihatan begitu dan dalam masa yang sama masyarakat turut bersifat kejam jika hanya terus menerus menyalahkan pelajar walhal gejala-gejala luaran dibiarkan menerobos masuk ke minda mereka. Jauh daripada memastikan keselamatan sekolah dikawal melalui peraturan, hukuman dan amaran, kita perlu menyedari sekolah bukannya sahaja pusat mendidik para pelajar, mempersiapkan mereka dengan pelbagai jenis ilmu dan memastikan mereka dapat pergi jauh lagi dan membina kerjaya yang cemerlang, malah ia merupakan institusi moral dan budaya pelengkap kehidupan hari ini dan akan datang. Lebih penting lagi, sekolah berperanan secara tiga hala, mendidik murid, guru dan ibu-bapa sendiri. Mesyuarat tahunan PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibu bapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah atau pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata, tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan ini dan mendidik ibu-bapa tentang fungsi sekolah yang sebenar, mendengar permasalahan guru-guru dan kehendak mereka untuk bekerjasama dengan keluarga murid serta dalam masa yang sama guru-guru yang berpengalaman perlu bersedia memberi saranansaranan membantu pihak sekolah dalam proses pendidikan terus ke rumah pula. Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Namun jika masih dengan idea-idea lama untuk mengatasi masalah-masalah baru yang timbul di kalangan pelajar yang silih berganti, seolah-olah meletakan institusi pendidikan di ambang maut. Islam meletakkan elemen kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan. Ia merupakan budaya dalam unit keluarga sehinggalah kepimpinan nasional. Al-Quran menyebut di dalam surah Ali-Imran ayat 159, Bermusyawarahlah kamu dengan masyarakat dalam urusan itu. Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara yang membawa budaya buli dan pukul memukul. Sebagaimana berlaku di Jepun, seorang guru sekolah rendah

berumur 46 tahun telah digantung kerja oleh Lembaga Pendidikan Bandar Fukuoka setelah didapati membuli anak muridnya berumur 9 tahun secara terus menerus dengan memegang kedua-dua belah telinga pelajar tersebut dan mengangkatnya serta menariknya ke sana sini sambil memicit hidungnya. Apakah dalam setahun dua yang akan datang pelajar yang menjadi mangsa gurunya akan memperlakukan perkara yang sama terhadap pelajar-pelajar yang lain atau mungkin lebih daripada itu? Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh guru-guru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang dan kesabaran untuk mendidik. Tradisi Islam meletakkan guru-guru sebagai jentera yang menggerakkan minda pelajar untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ibu bapa pula seharusnya mendukung usaha keras guru melalui sokongan moral dan sifat peka terhadap permasalahan serta cabaran dunia pendidikan hari ini. Koordinasi kerjasama guru dan ibu bapa adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jurang komunikasi interpersonal antara guru dan pelajar juga perlu diberi perhatian. Kita menyedari ada guru-guru yang berjaya menjalin hubungan baik dengan anak-anak didiknya sehingga suasana yang terbentuk sangat mesra dan harmoni, seolah-olah pelajar tersebut mempunyai keluarga kedua yang sangat memahami isi hatinya dan menjadi tempat rujukan dalam menghadapi permasalahan remaja. Sebaliknya, hubungan renggang membawa kepada situasi pelajar melihat guru sebagai individu asing yang digajikan untuk menyampaikan ilmu mengikut sukatan dalam waktu yang diperuntukan dan hubungan setakat dalam sempadan sekolah. Terdapat empat kategori etika komunikasi guru dan murid. Pertama, guru hanya menyampaikan dan pelajar menjadi pendengar yang pasif. Mereka tidak dapat bertanya apabila mereka tidak faham. Demikian juga guru tidak mengetahui apakah pelajarannya dapat diikuti ataupun tidak. Melalui jenis hubungan ini, bahan pelajaran, dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Lebih buruk lagi apabila konsep komunikasi interpersonal sebegini meletakan pelajar dan guru sebagai objek berdasarkan status mereka tanpa sebarang ikatan peribadi sama sekali. Kedua, komunikasi antara seorang murid dan seorang guru secara individual. Antara pelajar dan pelajar tiada hubungan. Pelajar tidak dapat berdiskusi dengan teman atau bertanya sesama sendiri. Nilai-nilai kerjasama dan ukhuwah tidak dapat dibentuk dalam diri pelajar sehingga lahirlah golongan yang mementingkan diri, manipulasi dan jurang antara pelajar yang berlainan latar kehidupan. Ketiga, hubungan sehala antara murid dan guru ditambah dengan hubungan antara pelajar sahaja tanpa wujud suasana perbincangan dan persefahaman. Terakhir, hubungan komunikasi berangkai di mana pelajar dapat mengadakan hubungan yang tidak terbatas. Guru dapat mengetahui apakah pelajarannya dan bimbingannya dapat difahami dan diterima oleh pelajar. Perbincangan juga dapat mengupas sekecil-kecil perkara atau sebarang ketidakpuasan dalam pembelajaran, di antara guru dan pelajar malah konsep kerahsiaan individu mulai terbuka kesan daripada rasa kepercayaan dan amanah yang dipersetujui bersama sesuai dengan kehendak Islam menghormati hak individu. Bergantung kepada seorang guru melihat etika komunikasi yang diikuti dan sejauhmana ia membantu pelajar dalam kehidupan sekolah dan sekitar. Salah laku pelajar yang membudayakan nilai-nilai baru membahayakan ini adalah titik persoalan sama ada kita sebagai seorang guru, ibu atau ayah yang mewakili masyarakat keseluruhan bersedia duduk bersama memahami satu sama lain dan memperbaiki diri dan sama-sama bekerjasama demi memperbaiki keadaan hari ini.

Related Documents

Notautk Iab
October 2019 18
Iab
June 2020 11
Iab-info-betaaltermijnen
November 2019 10
Iab-2003-04-minister
November 2019 10