Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat. Penyajak mengajak pembaca untuk mendengar kisah raja yang memerintah di Negeri Kembayat.Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan. Ada raja suatu negeri Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Raja merupakan seorang pemerintah yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga bersifat budi pekerti dan melayani para pedagang dan ulama dengan adil.Tindakan ini telah menyebabkan negeri ini menjadi pusat pengajian Islam. Hairan orang empunya temasya. Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Raja merupakan seorang yang berkuasa. Baginda mentadbir negerinya dalam suasana harmoni dan tenteram. Ini menyebabkan rakyat berasa hairan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa depan. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan kemudian, permaisuri baginda telah hamil. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana aman damai, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda meninggalkan takhtanya. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Pada suatu hari, Negeri Kembayat telah diserang oleh seekor burung garuda yang gagah yang terbang dari angkasa .
Serangan ini telah mendatangkan banyak kemusnahan kepada rakyat negeri. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana, Membawa diri ke mana-mana. Digambarkan kisah burung garuda yang menyerang negeri dengan suaranya yang kuat yang telah menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru – hara. Rakyat terpaksa lari lintang – pukang untuk menyelamatkan diri. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." Di istana, rakyat telah menghadap raja. Apabila, mendapat tahu keadaan di luar istana sangat bising dan gegak – gempita, baginda yang garang menanyakan pertolongan yang boleh diberikan oleh baginda. Tema Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara Persoalan a) Keadilan dalam menjalankan pemerintahan b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan untuk menhadapi musibah c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting) d) Musibah yang tidak dapat dijangka Bentuk a) Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas. b) Terdiri daripada 8 rangkap. c) Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.. d) Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu tiga hingga lima patah kata. e) Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata. f) Rima akhirnya ialah aaaa. Gaya Bahasa a) Repitisi atau – beberapa bulan beberapa hari. b) Metafora – takhta kerajaan. c) Hiperbola – datanglah menyambar suaranya bahana. d) Simile – mendengar gempar seperti e) Inversi – tuan dengarkan suatu riwayat. f) Asonansi – baginda duduk bersuka-sukaan (pengulangan vokal u) g) Aliterasi – beberapa bulan beberapa hari (pengulangan konsonan k)