Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

  • Uploaded by: miss iza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 1,109
  • Pages: 10
Nota kaedah dan teknik

pengajaran bahasa PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL •

Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam polapola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.



Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.



Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerak

balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar

pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur AKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI PENDEKATAN SITUASI LATIH TUBI  Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola

yang digunakan oleh guru.  Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi

sebutan tersebut.  Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus

ulanginya lagi.  Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi

fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.  Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat

menghasilkan makna digunakan. Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu. DIALOG DAN NYANYIAN •

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.



Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.



Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

LATIHAN PANDANG DAN SEBUT •

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.



Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.



Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.



Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN  Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan.  Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.  Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.  Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan

murid.

 Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid.  Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.  Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekpaan bahasa mereka

serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.  Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan

dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :  merangsang interaksi verbal pelajar  menambah kefasihan dan keyakinan  menyediakan konteks pembelajaran  bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan  bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TUJUAN TEKNIK PERMAINAN  Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan

menggembirakan  Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan

semasa bermain  Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh

murid-murid  Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi

dengan rakan sebaya mereka.  Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas

yang diberi. CONTOH PERMAINAN

 Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan.  Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.  Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu  Permainan kad  Permainan dam

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI 1. Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. 2. Dibawak konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan

oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. 3. Dengan kata lain, aktiviti- mengandungi segala tindakan dalam P&P. 4. Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. 5. J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. 6. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh

dan seimbang. 7. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. 8. Didalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang

boleh digunakan di sekolah.

Antaranya aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. 9. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkan

beberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya. 10. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN 

Terhasil daripada huraian ahli-ahli tatabahasa tradisional atau klasik.



Kaedah yang paling awal digunakan dalam pengajaran bahasa.



Ahli bahsa tradisional lebih mengutamakan penulisan dalam kajian mereka daripada lisan.



Oleh itu, yang terhasil daripada huraian bahasa ini juga mengutamakan penulisan daripada lisan.



Unsur-unsur sebutan tidak dipentingkan



Pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini amat terikat dengan penggunaan buku teks.



Bahan-bahan bahasa yang diajar iaitu bahan bacaan dan terjemahan diambil daripada buku teks.



Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai.



Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut murid-murid diberi terjemahan dalam bahasa ibunda.



Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan peraturan-perturan nahu yang telah diajar



Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya.



Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan yang dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

Kelebihan kaedah tatabahasa terjemahan 

Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid-murid cerdas yang berminat untuk menaakul konsep-konsep abstrak.



Murid-murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan perbendaharaan kata yang diajar.



Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan dan bantu mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.



Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan teknik pengajaran.



Guru hanya perlu menggunakan kapur dan papan hitam bagi menghuraikan nahu dan perbendaharaan kata.



Kebanyakan bahan pengjarannya terdiri daripada buku teks.



Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang ramai.

KAEDAH TERUS 

Terbentuk pada abad ke 20, sebagai reaksi terhadap kaedah nahu terjemahan.



Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan melalui penggunaan bahasa sasaran semata-mata.



Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.



Kaedah ini beranggap bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut.



Asas pengajaran ini adalah selari dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.



Kaedah ini berpendapat, kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.

Related Documents


More Documents from "Muhd Mursyid"