CERPEN: BINATANG 14 LALAVANG [A. Karim Kadir] 1. TEMA: Kehidupan masyarakat kaum Rungus di Sabah yang masih kuat berpegang kepada kepercayaan animisme. 2. PERSOALAN a. Kepercayaan kepada bomoh dan hantu. b. Penghijrahan anak muda ke daerah lain. c. Pertentangan amalan tradisi dan moden. d. Pengekalan warisan adat dan budaya bangsa. e. Berdakwah secara berhemah. f. Kebijaksanaan.
3. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Doktor [Watak Utama] 2. Bobolizan [Watak Utama] 3. Magunda [Watak Sampingan] 4. Orang Tua Aman [Watak Sampingan] 5. Inan [Watak Sampingan] 6. Hantu
4. AMANAT DAN PENGAJARAN a. Kita hendaklah menerima pembaharuan yang berfaedah. b. Kita hendaklah menghormati tetamu. c. Kita perlu bertindak bijak dalam menyelesaikan masalah. d. Kita janganlah mempercayai kepercayaan karut. e. Janganlah sangka buruk terhadap orang lain.
5. GAYA BAHASA 1. Repitisi anafora [m/s 18], Repitisi epifora [m/s 23] 2. Diksi [Doxy cycline-m/s20, moguhokm/s18, moginum-m/s24, tindi-m/s24 dan mingigol-m/s26]. 3. Personifikasi. [m/s 23] 4. Simile. [m/s 24 & 27] 5. Peribahasa. [m/s 24] 6. Simpulan bahasa. [m/s 23 & 27] 7. Mantera. [m/s 27] 8. Metafora. [m/s 23] 9. Sinisme. [m/s 19] 10. Retoris. [m/s 23 & 27]
6. TEKNIK PLOT 1. Imbas kembali / flashback 2. Pemerian / Deskriptif 3. Fantasi [ilusi watak]
7. SUDUT PANDANGAN - Sudut pandangan orang ketiga terbatas [Ganti nama diri ketiga, iaitu “dia” digunakan].
8. LATAR Latar tempat 1. Rumah orang tua aman
4. Dialog 5. Saspens 6. Kejutan
Latar tempat Malam
2. Binatang 14 Lalavang / Rumah Panjang
Dua hari dua malam
3. Pejabat doktor
Malam
Peristiwa - Cucunya sakit tenat dan telah 12 kali buang air dan 4 kali muntah. - Kedatangan doktor untuk memberi rawatan. Diadakan upacara mengatod. - Dapur rumahnya tidak berasap dan Hantu Dapur diseru oleh Bobolizan. -Diadakan upacara moginum dan semua orang menghadirinya dan menari mingigol. - Orang tua aman datang berjumpa doktor untuk mendapat nasihat perubatan tentang wabak yang melanda daerahnya.
Latar Masyarakat a. Masyarakat yang berpegang kuat kepada kepercayaan animisme. [m/s 19] b. Masyarakat yang tidak yakin dengan kebaikan perubatan moden. [m/s 19] c. Masyarakat yang mengamalkan upacara memuja roh dan semangat. [m/s 23] d. Masyarakat yang mengamalkan mentera dan pantang larang. [m/s 24 & 27] e. Masyarakat muda yang luas pergaulan. f. Masyarakat yang menghormati tetamu. g. Masyarakat yang mengagungkan kebesaran Allah. h. Masyarakat yang mementingkan tradisi bangsanya. [m/s 25-26]
CERPEN PERISTIWA HUJAN GERIMIS [Khalidah Adibah Amin] TEMA: Kisah jalinan perasaan kasih sayang seorang gadis remaja dengan seorang penulis sajak bernama Zaidi Lara. PERSOALAN: [a] Kehidupan remaja yang dipengaruhi perasaan cinta. [b] Persahabatan [c] Pengalaman mencorak kehidupan seseorang. [d] Menghormati orang tua [e] Bersimpati pada nasib seseorang [f] Gemar membaca mendorong minat terhadap bidang kesusasteraan. WATAK DAN PERWATAKAN [1] Hanim [Watak Utama] - Nama penuhnya Hanim Rauf. Membahaskan dirinya sebagai Anim. - Berumur 15 belas tahun dan sedang relajar dalam darjah penghabisan di sebuah sekolah Ingerís. - Kelihatan masih mentah, bertubuh Cecil, agak kurus, rambut sedikit ikal yang dipotong pendek, raut mukanya sederhana, kulit bercahaya sihat dan mempunyai sepasang mata yang dapat membayangkan perasaan di hati. - Anak yatim sejak berumur 3 tahun [telah kematian ibu]. Telah 2 tahun tinggal dengan Mak Longnya [sepupu ayahnya]. - Gemar membaca buku cerita. - Merupakan anak tunggal keluarga dan menjadi harapan ayahnya agar dia dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri untuk menjadi peguam. - Seorang gadis yang bertanggungjawab kerana mencuci pinggan mangkuk selepas makan dan mengangkat pakaian serta melipatnya. - Menghormati Mak Longnya walaupun hubungan mereka kurang mesra. - Seorang gadis yang beriman kerana menunaikan solat Zuhur selepas makan dan solat Asar sebelum ke sekolah. - Dia bertindak tidak bijak apabila tumpang berteduh di rumah Zaidi [Pemuda bukan muhrim dan berbual mesra dari petang hingga senja]. - Cuai kerana tertinggal payung Mak Longnya di dalam bas. - Seorang gadis yang kurang disenangi oleh Mak Longnya kerana agak kekok dan cuai dalam mengurus rumah tangga. [2] Zaidi Lara [Watak penting] - Nama sebenarnya Yazid Sulaiman. - Mempunyai mata yang jernih lembut, berkening hitam, bertubuh tinggi lampai, dan begitu gagah. - Mempunyai rambut yang hitam lebat dan daga yang lekuk. - Dilihat oleh Hanim sebagai pemuda yang agak degil dengan rupa yang nakal. - Anak yatim piatu yang pernah hidup miskin dan terbengkalai dalam pelajaran. - Mengharungi hidup bersendirian dan akhirnya menceburi bidang persuratan. - Bersikap baik hati dan ikhlas. [3] Norlia [Watak Sampingan] - Kawan Hanim dan dikenal sebagai Noli oleh rakan-rakannya. - Berusia kira-kira 17 belas tahun. - Berbadan gempal, lincah dan genit. - Suka mengusik kawan seperti Hanim dan dikatakan mempunyai teman lelaki bernama Syed Omar. [4] Asmah [Watak Sampingan] - Kawan sekolah Hanim yang berusia 17 belas tahun. - Bertubuh lampai dan bermuka bujur, manis, dan tenang. - Dia kelihatan tidak begitu gemar pada sikap Norlia yang suka mengusik Hanim. [5] Mak Long [Watak Sampingan] - Ibu saudara kepada watak utama iaitu Hanim dan sepupu kepada ayah Hanim. - Dia telah 2 tahun menjaga Hanim dan tinggal bersama dengannya. - Dia berusaha mengasihi Hanim tetapi agak sukar kerana kecuaian Hanim mengurus rumah tangga tidak menyenangkannya. - Ibu saudara yang bertanggungjawab menasihati Hanim agar tidak ke sekolah untuk kegiatan sukan kerana ada tanda hujan akan turun. Namun akhirnya mengizinkannya dan memberikan paying sebagai
persediaaan.