Cerita Binatang

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerita Binatang as PDF for free.

More details

  • Words: 345
  • Pages: 10
CERITA BINATANG

Cerita yang menggunakan watak binatang sebagai watak dalam cerita Watak binatang ini mempunyai sifat seperti manusia biasa. Contohnya, boleh bertutur seperti manusia biasa, berfikir, hidup bermasyarakat dan sebagainya.

JENIS-JENIS CERITA BINATANG

1. Cerita Asal-usul

2. Cerita ‘Fable’ 3. Cerita Beast Epic

Cerita Asal-usul menceritakan tentang asalusul binatang. Cerita ini dilahirkan oleh masyarakat melayu yang masih lagi berfikiran primitif dan keinginan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Pertanyaan “mengapa” sering diutarakan.

Cerita binatang jenis fable mengandungi unsur pengajaran dan teladan. Ia bertujuan memberi tauladan dan pengajaran serta nasihat kepada pembaca atau pendengar. Disampaikan secara lucu dan menggembirakan dan disebalik kelucuan ini lah terselit unsurunsur pengajaran dan nasihat. Contoh cerita jenis ini seperti Arnab berlumba dengan Kurakura, Anjing Dengan Bayangbayang dan sebagainya.

Cerita binatang berbentuk ‘Beast Epic’ ialah cerita yang berpusatkan kepada satu pelakon binatang sebagai watak utama. Watak binatang ini akan menemui berbagai-bagai peristiwa atau kisah.Setiap cerita merupakan cerita lengkap. Contoh cerita binatang jenis ini dalam masyarakat melayu ialah Cerita Sang kancil dan Pelanduk Jenaka.

FUNGSI CERITA BINATANG Berfungsi Memberi hiburan Berfungsi Pengajaran & Pendidikan Berfungsi Mengkritik

Cerita binatang mempunyai unsurunsur hiburan. Unsur-unsur hiburan ini dapat dilihat melalui kepintaran watak utama iaitu binatang di dalam cerita. Watak binatang tersebut menggunakan kepintaran secara tipu helah dan akal fikiran bagi tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, dengan kepintaranakal fikiran dan tipu muslihat watak Sang kancil yang kecil dapatmengalahkan gajah yang lebih besar darinya.

Selain unsur lucu, cerita binatang juga banyak mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan. Sifat-sifat binatang yang menyerupai sifat manusia seperti bijaksana, berfikir, pintar dan sebagainya mewujudkan unsur-unsur pendidikan untuk difikirkan oleh pembaca dan pendengar. Contohnya, tubuh badan yang kecil belum menentukan cerdik bodohnya seseorang Kisah-kisah binatang ini juga terselit unsur-unsur pengajaran seperti berwaspada, adil, tidak menganiya, belas kasihan, bersatu padu dan sebagainya. Contohnya melalui cerita Gagak dengan Tekar dapat memberi pengajaran supaya

Unsur kritikan juga terselit dalam cerita binatang. Terselit sindiran tajam dan kritikan. Misalnya, sifat lupa diri akan membawa padah pada diri sendiri. Contohnya, Sang Kancil yang sering menang dengan kecerdikan dan tipu helahnya, tetapi adakalanya ia lupa diri dan kerana itu membawa padah pada dirinya sendiri

Related Documents

Cerita Binatang
April 2020 31
Cerita
May 2020 54
Cerita
June 2020 51
Binatang Ternak.docx
December 2019 34
Mewarnai Binatang
June 2020 19
Cerita
June 2020 51