NASI DAGANG Bahan-bahan: Beras nasi dagang (rendam sekejap) Bawang merah + bawang putih (mayang) Halia (mayang) Halba Garam Gula (sedikit sahaja) Santan pekat dan santan cair Cara-cara: 1.
Santan pekat dicampur dengan bawang merah,bawang putih,halba dan halia yang dimayang tadi kemudian sedikit garam dan gula.
2.
Kukus beras nasi dagang sehingga masak, angkat masukkan dalam bekas dan digaul dengan santan cair sampai rata dan dikukus lagi sehingga naik wap.
3.
Angkat lagi dan masukkan dalam bekas dan digaul dengan santan pekat dan campuran2 tadi. Siap untuk dihidangkan.
4.
Seelok-eloknya dikukus sekali lagi dalam 10 minit supaya nasi dagang tahan lebih lama.
SAMBAL KELAPA Kelapa parut (goreng garing) Ikan kembung dibakar Bawang Merah dan bawang putih Cara: Kelapa ditumbuk bersama-sama ikan kembung, bawang merah dan bawang putih tadi dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. (tumbuk halus jangan sampai pecah minyak) ACAR TIMUN Bahan-bahan: Timun (potong) Karot (potong) Cili merah (potong) Bawang merah (mayang) Cuka Garam Gula
Semua bahan tadi dicampur
MASAK LEMAK IKAN TONGKOL Bahan-bahan: Cili kering Bawang putih dan bawang merah Lengkuas Kunyit Ikan tongkol (rebus dengan sedikit air, asam keping dan garam) Garam Asam keping Santan Cara-cara: 1.
Cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit diblender.
2.
Masukan santan dalam periuk, bahan blender tadi dan juga asam keping, garam dan gula secukup rasa masak sampai mendidih (sentiasa dikacau supaya santan tak berketul2).
3.
Kemudian masukkan ikan tongkol yang direbus tadi dan biarkan mendidih lagi dan bolehlah dihidangkan.
(Note: Satu lagi lauk sesuai dimakan dengan nasi dagang ialah kari ayam. Boleh juga masak lemak udang macam nak masak ikan tongkol. Sambal kelapa takda pun takpa, tapi lagi best kalau ada). Resepi anida