Nabi Nuh

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nabi Nuh as PDF for free.

More details

  • Words: 1,965
  • Pages: 9
Nabi Nuh Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam. (3:33)

Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar." Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kesesatan yang nyata." Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesilapan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku menasihatkan kamu, kerana aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani." Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta. (7:59-64)

Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku mempercayakan; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan janganlah memberi aku tangguh.

Kemudian jika kamu berpaling, aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim." Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami melantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang diberi amaran. (10:71-73)

Dan Kami mengutus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas. Janganlah kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku takut untuk kamu akan azab hari yang pedih." Maka berkatalah pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami tidak melihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak melihat mana-mana yang mengikuti kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak melihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami menyangka bahawa kamu adalah pendusta-pendusta." Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia memberi aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan memaksa kamu sedang kamu benci padanya? Wahai kaumku, aku tidak meminta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan mengusir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan menemui Pemelihara mereka. Tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh. Wahai kaumku, siapakah yang akan menolongku terhadap Allah, jika aku mengusir mereka? Apakah kamu tidak mengingati? Aku tidak berkata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'; aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak berkata, 'Aku seorang malaikat.' Tidak juga aku berkata kepada orang-orang yang mata-mata kamu mengeji, 'Allah tidak akan memberi mereka sebarang kebaikan'; Allah sangat mengetahui apa yang di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang yang zalim." Mereka berkata, "Wahai Nuh, kamu telah berbantah dengan kami, dan membuat banyak bantahan terhadap kami. Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika kamu berkata benar."

Berkata, "Allah akan mendatangkannya kepada kamu jika Dia mengkehendaki, dan kamu tidak dapat mengandaskan. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku menghendaki untuk memberi nasihat kepada kamu, jika Allah menghendaki untuk membuat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (11:25-34)

Kaum Nuh telah mendustakan para utusan, Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa? Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul yang dipercayai. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku." Mereka berkata, "Adakah kami akan mempercayai kamu, yang orang-orang paling hina mengikuti?" Berkata, "Apakah pengetahuan yang aku ada mengenai apa yang mereka buat? Perhitungan mereka hanyalah atas Pemeliharaku, jika kamu menyedari. Aku tidak akan mengusir orang-orang mukmin, Aku, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang direjam." Berkata, "Wahai Pemeliharaku, kaumku mendustakan aku, Maka bukakanlah satu keputusan antara aku dan mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang mukmin yang bersamaku." Maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia, di dalam kapal penuh muatan.

Kemudian selepas itu, Kami menenggelamkan orang-orang yang tinggal. (26:105-120)

Nuh telah memanggil Kami; dan betapa sangat baiknya Penyahut-Penyahut! Dan Kami menyelamatkannya dan keluarganya daripada kecemasan yang besar, Dan Kami membuatkan keturunannya orang-orang yang kekal, Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir. "Kesejahteraan ke atas Nuh di kalangan semua alam!" Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik, (37:75-80)

Kaum Nuh telah mendustakan sebelum mereka; mereka mendustakan hamba Kami, dan berkata, "Seorang yang dirasuk!" Dan dia dicegah. Lalu dia berseru kepada Pemeliharanya, "Aku dikalahkan; tolonglah aku!" Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, Dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan. Dan Kami membawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku, Berlayar di bawah pengawasan (mata) Kami - satu balasan ke atas orang yang dinafikan. Dan Kami meninggalkannya untuk satu ayat. Adakah sesiapa yang mengingatinya? Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku? (54:9-16)

Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas, ‘Hendaklah kamu menyembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku, Dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu mengetahui.” Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang, Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya. Kemudian sesungguhnya, aku menyeru mereka dengan terang-terang, Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia, Dan aku mengatakan, ‘Mintalah ampun kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dia adalah Yang Pengampun, Dia akan mengutus langit kepada kamu dengan hujan lebat, Dan membantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan membuatkan untuk kamu kebunkebun, dan membuatkan untuk kamu sungai-sungai. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mengharapkan keagungan pada Allah, Memandangkan Dia mencipta kamu berperingkat? Tidakkah kamu merenungkan bagaimana Allah mencipta tujuh langit berlapis-lapis, Dan membuatkan bulan padanya untuk cahaya, dan membuatkan matahari untuk lampu? Dan Allah menumbuhkan kamu daripada bumi dengan penumbuhan, Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalamnya, dan mengeluarkan kamu dengan pengeluaran. Dan Allah meletakkan bumi untuk kamu sebagai hamparan,

Supaya padanya kamu menyeliti jalan-jalan, jurang-jurang.’” Nuh berkata, "Wahai Pemeliharaku, mereka menentang aku, dan mengikuti orang yang hartanya dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya kecuali dalam kerugian, Dan membuat tipu daya dengan tipu daya yang besar, Dan mereka berkata, ‘Janganlah meninggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan meninggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’ Dan mereka telah menyesatkan ramai. Janganlah Engkau menambahkan bagi orangorang yang zalim kecuali dalam kesesatan!” Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak mendapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka. Doa Nabi Nuh Dan Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orangorang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hambahamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:1-28)

Kapal Nabi Nuh

Dan diwahyukan kepada Nuh, "Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan mempercayai, kecuali orang yang telah percaya; janganlah kamu berdukacita dengan apa yang mereka buat. Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu mengucapkan kepada Aku mengenai orang-orang yang membuat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan."

Dan dia membuat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, "Jika kamu mengejek kami, sungguh, kami akan mengejek kamu sebagaimana kamu mengejek, Dan kamu akan mengetahui kepada siapa yang akan datang azab yang mengaibkannya, dan kepada siapa turun azab yang kekal." Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, "Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya." Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit. Dia berkata, "Naiklah ke dalamnya; dengan nama Allah pelayarannya dan pelabuhannya. Sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih." Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gununggunung; dan Nuh memanggil anak lelakinya yang berdiri terpisah, "Wahai anakku, naiklah bersama kami, dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang tidak percaya." Berkata, "Aku akan mencari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air." Berkata, "Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang yang Dia mengasihani." Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang yang ditenggelamkan. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!" Dan Nuh memanggil Pemeliharanya, dan berkata, "Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku, dan janji Engkau benar. Engkau yang paling adil antara para hakim." Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukanlah daripada keluarga kamu; ia adalah amalan yang tidak salih, maka janganlah kamu menanyai Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku menegurkan kamu supaya kamu jangan menjadi antara orang-orang yang bodoh." Berkata, "Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi." Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan kesejahteraan daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat yang bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan memberikan mereka kesenangan, kemudian akan menyentuh mereka,

daripada Kami, azab yang pedih." (11:36-48)

Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?" Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang yang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang menghendaki untuk menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia menurunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah mendengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu. Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang gila; maka tunggulah padanya untuk satu waktu." Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku." Kemudian Kami mewahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkanlah ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan; dan janganlah berucap kepada-Ku mengenai orang-orang yang membuat kezaliman; mereka akan ditenggelamkan. Kemudian, apabila kamu telah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan kami daripada kaum yang zalim.' Dan katakanlah, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.'" (23:23-29)

Isteri Nabi Nuh

Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya mengkhianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.” (66:10)

Hayat

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir mengambil mereka sedang mereka orang-orang yang zalim. Namun begitu, Kami menyelamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam. (29:14-15)

Related Documents

Nabi Nuh
November 2019 41
Perahu Nabi Nuh
November 2019 28
Allah Terima Doa Nabi Nuh
November 2019 23
Nuh
November 2019 32
Nabi Nuh As Dan Ismail As
November 2019 6

More Documents from ""

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38