SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (1)
MUZIUM DAN PENDIDIKAN 1.0
Pengenalan
Institusi pemuziuman telah lama wujud bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penubuhan Muzium yang pertama di Malaysia bermula sejak tahun 1883 iaitu pada zaman pemerintahan British. Kerajaan British mula menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Seterusnya, British menubuhkan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888. Negeri Selangor kemudiannya menubuhkan Muzium Selangor pada tahun 1899 (Muzium Negara Malaysia: 2007). Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah. Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963 (Muzium Negara Malaysia: 2007). Dalam tempoh Rancangan (RMKe-9) peruntukan sebanyak RM442.4 juta akan disediakan untuk program budaya, seni dan warisan. Daripada jumlah ini, 63 peratus akan digunakan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya dan 37 peratus adalah untuk melaksanakan pelbagai program seni dan budaya di peringkat negeri dan daerah. Dalam RMKe-8, perbelanjaan sebanyak RM 79.0 juta telah digunakan untuk memelihara dan memulihara muzium-muzium di Malaysia. Pada RMKe-9, Kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM 65.0 juta dalam usaha untuk memperbaiki kemudahan dan koleksi artifak yang sedia ada dan yang bakal dipamerkan supaya dapat memberikan pengetahuan beserta pendidikan kepada para pelawat yang melihatnya (RMKe-9: 498).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (2)
2.0
Muzium
Menurut Corsane (2005), beliau memberikan definisi muzium yang diambil daripada International Council of Museums (ICOM: 1989) yang berdasarkan definisi pada tahun 1974 iaitu muzium boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi yang bersifat tetap iaitu merupakan sebuah bangunan yang tidak akan berpindah. Misalnya, pembinaan muzium menggunakan bangunan atau tapak yang asal atau khas. Selain itu, penubuhan sesebuah muzium bukan bertujuan untuk mencari keuntungan, sebaliknya bersedia memberi khidmat dan maklumat kepada masyarakat yang berkaitan dengan pemuziuman, pekembangannya terbuka kepada umum iaitu tidak ada halangan kepada masyarakat, memperoleh, menyelidik, memulihara, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pendidikan dan kesenangan, barang-barang pembuktian manusia dan lingkungannya. Weil (1990) memberikan fokus kepada muzium dan memperkatakan mengenai pemuziuman: It has proven comfortable. To focus museum rhetoric on the socially beneficial aspects of a museum would ultimately be to invite discussion on a wide range of political and moral issues that could well pit trustees against staff members and staff members against another. By contrast, to focus on function-on the good, seemingly value-free work of collecting, preserving and displaying-projects with a sense of ideological neutrality…..in which people of diverse social views are able to work more amiably together. Max Hebditch (1990) telah menjelaskan muzium kepada dua bahagian iaitu: Pertama: The power of relics and symbols contained in museums. Kedua: The unstructured and informal means of transmitting information and experiences by means of the exhibition. Beliau menambah lagi tentang bahan yang dipamerkan secara tidak langsung memberi peluang kepada para pelawat untuk membentuk pengalaman sendiri berdasarkan kepada apa yang telah disaksikan.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (3)
Di negara lain seperti di Britain, muzium menjadi salah satu tepat yang terkenal dalam kehidupan masa kini mereka . Kebanyakan rakyat di sana mengunjungi muzium ketika dalam waktu santai mereka. Muzium memberi sumbangan yang besar untuk menarik pengunjung-pengunjung luar. Sekolah juga membuat lawatan ke muzium sebagai tambahan kepada sistem pembelajaran. Koleksi muzium yang dihimpunkan adalah boleh menjadi kepercayaan kepada semua. Koleksi yang dihimpunkan oleh pihak sesebuah muzium adalah untuk tujuan keseronokan dan kesedaran melalui pendidikan, sebagai rekod kepada masa lampau dan perbezaan budaya (Keene: 1996). 3.0
Pendidikan
Pendidikan ialah suatu proses pembelajaran yang dilakukan berdasarkan pengalaman yang dilalui pembacaan, kajian serta hubungan dengan faktor persekitaran. Pendidikan juga boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara formal dan tidak formal. Pendidikan secara formal biasanya berlaku di sekolah semasa pengajaran oleh guru-guru. Pendidikan tidak formal boleh berlaku di luar waktu peesekolahan apabila kita berada di rumah semasa berkomunikasi dengan ibu bapa, melalui pengalaman lepas dan sebagainya (Stone & Mackenzie: 1990). Proses pembelajaran teori-asas sains. Ahli psikologi menjelaskan bahawa melalui pendidikan kanak-kanak mula berfikir dan merasai tentang sesuatu yang mereka pelajari bagaimana proses pembelajaran berlaku, mereka mula mencari apakah pengaruh yang terdapat dapat motivasi, bagaimana pengajaran tersebut mempengaruhi mereka. Perkara lain ialah mengenai pengetahuan, kejelasan, kesungguhan dan pengajaran secara langsung dan aktif (Shuell: 1996). Sumber warisan sejarah berpotensi sebagai aset yang mempunyai kepentingan dan dinamik dalam skop aset pendidikan. Maklumat mengenai perkara-perkara atau koleksi lepas
seperti artifak dapat dipelajari di muzium. Ini mungkin dipelajari dan telah
ditetapkan secara formal dalam sistem pembelajaran dan juga berlaku dalam situasi tidak formal dan yang mana sesuatu yang ditemui semasa di muzium atau semasa berada di
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (4)
kawasan sejarah (heritage), atau yang digabungkan dengan kawasan persekitaran bersama pembangunan dan lanskap budaya tempatan (Stone: 1992). 4.0
Pendidikan Muzium
Pendidikan muzium ialah suatu pembelajaran dengan yang dapat dilakukan cara melihat bahan pameran, menyentuh koleksi artifak yang dipamerkan dan merasai kekukuhannya , mendengar penjelasan yang diberikan tentang koleksi artifak yang dipamerkan, memegang bahan koleksi yang dipertontonkan (pengalaman) melalui himpunan koleksi atau artifak yang dipamerkan di sesebuah muzium (Condit: 1976). Aktiviti pendidikan di muzium pada hari ini telah ditemui hasil kerja oleh Kenneth Hudson (1976). Beliau meringkaskan pembangunan muzium pada masa kini dapat dibangunkan dengan perkenalkan muzium melalui pendidikan di serata dunia untuk memastikan mereka mendapat lebih banyak maklumat yang benar dan berasas. Pendidikan muzium juga dapat menjamin pengekalan identiti budaya untuk terus dihayati oleh masyarakat. Muzium bukan lagi sebuah rumah stor atau agen untuk penyimpanan barang-barang bersejarah. Terdapat bukti tentang perkara berkaitan pemuziuman kepada pendidikan seperti yang diperkatakan oleh George Brown Goode (1897) pada hujung abad ke-19. Beliau mencadangkan agar sesebuah muzium meletakkan label pada setiap bahan yang dipamerkan supaya para pengunjung dapat mengetahui apa yang dilihat oleh mereka di samping mengingati koleksi atau bahan yang dipamerkan. Muzium menjadi sebuah institusi yang berkuasa sebagai cara untuk pendidikan. Pendidikan muzium menjadi tema yang sentiasa berulang-ulang semasa di abad terakhir yang bukan sahaja dalam kesusasteraan muzium tetapi melibatkan persidangan muzium antarabangsa (International Council of Museums: 1972).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (5)
Olofsson (1979) menjelaskan di sesetengah negara, pemandu pelancong dan beberapa program telah dijalankan bagi tujuan pendidikan di sesebuah bangunan muzium yang hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar dan pelajar kumpulan yang lain. 5.0
Tujuan Pendidikan Muzium
Tujuan pendidikan muzium adalah untuk memberi dan memastikan setiap maklumat yang dibekalkan tentang sesuatu fakta atau kebenaran adalah benar. Sesuatu fakta itu akan dinyatakan kebenarannya melalui hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para pengkaji, pameran yang dijalankan dan aktiviti ilmu yang berkaitan dengan artifak. Ini akan memberi faedah kepada pemahaman yang lebih baik mengenai perkara lepas yang telah berlaku (Stone & Molyneaux: 1994). Menurut Olofsson (1979), tujuan pendidikan muzium dijalankan adalah untuk memastikan keadaan sesuatu maklumat berada pada aliran yang betul, memberi peluang yang professional untuk melihat koleksi-koleksi yang dihimpun, pelawat yang melihat bahan-bahan pameran dapat bertukar-tukar pendapat, cadangan sesama mereka dan memberi sokongan kepada rakan sekerja yang berada di muzium kerana pada masa tersebut prioriti pendidikan mengenai pemuziuman masih di peringkat yang rendah. Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan melalui pendidikan
kepada
budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan bukan sahaja dalam institusi pemuziuman sahaja malah ia dilakukan dengan memelihara dan memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak, terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan ini, 63 monumen dan 25 tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik taraf untuk manfaat negara serta sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk Rumah Merdeka di Alor Star, Kedah iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang telah dibaik pulih menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010). Di samping menyelenggara muzium sedia ada, muzium dan arkib baru juga diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia serta menjadi pusat untuk
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (6)
memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi mempamerkan pencapaian Malaysia dalam industri automatif, Muzium Automobil Nasional telah dibina di Kompleks Litar Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004 dan menarik lebih daripada 34,500 pengunjung. Penubuhan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan Arkib Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah memudahkan koleksi, pemerolehan dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan penyelidikan. Di samping itu, Muzium Kesenian Islam menyumbang ke arah mempromosi seni dan artifak Islam tempatan dan asing. Langkah juga diambil mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan warisan budaya negara dengan penyebaran maklumat dan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010). 6.0
Bentuk Koleksi Yang Dikumpul
Setiap koleksi semasa pameran di muzium mempunyai nilainya yang tersendiri. Bentuk koleksi yang dikumpul sebagai bahan pameran dilengkapi dengan nilai-nilai warisan seperti kebudayaan, tradisi, nilai warisan sejarah yang tinggi pada koleksi tersebut dan nilai-nilai kesenian dan estetika. Eirinberg (1992) menyebut warisan berada dalam kesedaran literal iaitu sesuatu yang diwarisi. Beliau menyatakan perkatan warisan sebagai sesuatu yang diwarisi atau pusaka. Warisan merujuk kepada sesuatu warisan yang mempunyai nilai yang mana warisan tersebut telah diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Wright (1985) juga menjelaskan mengenai warisan: The interpretative stress on the senses, on the experience of meanings which are vitaly incommunicable and undefined may only seem clear an example of what Hermann Glaser once decribed as the “deadening of thought through mysticising vagueness”……a kind of sacrament encountered only in fleeting if well remembered experiences which go without saying to exactly the extent that they are taken for granted by initiates, by true members of the ancestral nation.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (7)
Warisan kebudayaan juga adalah sebagai harta kebudayaan. Dalam sesetangah kes yang ekstrem, ia bergantung dengan keadaan yang bersesuaian (Eirinberg:1992). Koleksi artifak atau bahan yang dikumpulkan untuk pameran perlu mempunyai nilai warisan kebudayaan yang tinggi seperti pakaian yang dapat melambangkan keadaan sesuatu budaya contohnya baju kurung melambangkan kebudayaan orang Melayu, sari pula digunakan dalam kebanyakan uparaca ritual seperti semasa perkahwinan yang kebanyakannya diamalkan oleh orang India dahulu. Bentuk koleksi yang dihimpunkan merangkumi warisan sejarah yang merupakan himpunan koleksi barangan atau artifak yang diwarisi. Warisan-warisan sejarah yang biasa dipamerkan adalah menjadi bahan sejarah dari turun-temurun atau tinggalan lama di muzium seperti rumah peninggalan pusaka, pedang, keris, pinggan mangkuk masyarakat dulu kala, wang kertas dan syiling dan sebagainya yang mengandungi pelbagai maklumat
yang berlatarbelakangkan sejarah. Untuk mendapatkan sumber
perolehan sesuatu koleksi, institusi muzium perlu membuat objektif dan skop keperluan koleksi yang diperlukan. Kaedah dan cara mendapatkan koleksi adalah perkara yang paling penting dalam memdapatkan sesuatu koleksi. Ini bagi menjaga hak dan batasan ke atas bahan yang bakal dipamerkan (Corsane: 2005). Perolehan bagi sesuatu koleksi akan dilihat daripada dua segi iaitu material dan non-material.Warisan sejarah biasanya bersifat material seperti alatan senjata yang pada kebiasaanya dapat dilihat. Setiap koleksi yang dipamerkan bukan bertujuan sebagai bahan hiasan tetapi koleksi yang dipamerkan kepada para pelawat adalah bertujuan memberi pengetahuan dalam pendidikan supaya mereka dapat menggambarkan keadaan sejarah pada masa lampau dan mengetahui asal-usul kejadian mereka. Oleh itu, setiap bahan pameran perlu dilengkapi dengan nilai-nilai moraliti, nilai-nilai estetika dan kesenian. Ini supaya para pelawat tidak jemu dan dapat menghayati himpunan koleksi yang dipamerkan. Pertumbuhan dalam koleksi himpunan muzium adalah selari dengan setiap pertambahan yang berlaku. Wilson dalam buku Keene (1996) menerangkan muzium yang tidak melakukan sebarang koleksi adalah dikenali sebagai “dead museum” muzium
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (8)
yang mati atau merujuk kepada muzium yang tidak mempunyai nilai-nilai pendidikan yang tinggi serta tidak memberi sebarang ganjaran ilmu kepada pengunjungnya. 7.0
Kaedah Pendidikan Muzium
Untuk menerapkan ilmu pengetahuan mengenai pemuziuman, pelbagai kaedah dilakukan untuk menarik minat para pelawat tanpa mengira dari peringkat mana datangnya mereka. Kaedah pendidikan muzium pada kebiasaannya dijalankan menerusi pameran. Dengan cara ini, setiap pameran yang dilakukan perlu cantik, menarik dan dapat menarik minat para pengunjung di samping mereka dapat mengingati koleksi bahan yang dipamerkan. Olofsson (1979) menjelaskan beberapa cara atau kaedah pendidikan muzium yang dapat dijalankan bagi mencerna idea-idea dan ilmu-ilmu baru dalam pendidikan muzium. Kaedah pertama menurut beliau ialah didactic atau persetujuan mengajar. Untuk kanakkanak dan golongan remaja menghadirkan diri ke sekolah atau menjadi ahli kepada sesebuah pertubuhan. Ini merujuk kepada penyertaan seseorang individu kedalam bengkel, seminar yang berkaitan. Kaedah pendidikan muzium ini dijalankan menerusi seminar-seminar tentang muzium, bengkel kesedaran, forum berkaitan kepentingan kewujudan muzium adalah merupakan sebahagian daripada projek pendidikan muzium. Dari situ, berlaku percampuran maklumat. Pembelajaran akan diberikan kepada pelajar di dalam kelas dan kumpulan tertentu. Tujuan utama di sini ialah mereka yang terlibat akan mempelajari sejarah dan prasejarah masing-masing. Pendidikan muzium dapat dipelajari semasa waktu lapang. Masa waktu senggang ini, pelajar khususnya digalakkan mengadakan lawatan berpandu ke muzium, kawasan arkeologi dan monumen supaya mereka dapat menimba sedikit pengalaman tentang sejarah. Lawatan ini perlu diadakan secara besar-besaran kepada orang awam termasuklah kanak-kanak, ahli keluarga dan sebagainya. Pendidikan estetika terutamanya kepada golongan muda perlu diterapkan seperti menggunakan kaedah latihan untuk menbantu mereka memahami nilai-nilai estetika koleksi yang dipamerkan. Selain latihan ilmiah, penyelidikan bersepadu hasil gabungan pihak yang berkaitan perlu
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (9)
diwujudkan bagi memantapkan lagi kekuatan sesuatu maklumat
yang diperolehi
(Olofsson: 1979). Kaedah pendidikan muzium juga dapat dijalankan dengan mengedarkan risalahrisalah yang berisi maklumat berkaitan pemuziuman seperti kepentingan muzium, bagaimana memahami budaya dan kesenian kita dan seumpamanya. Melalui penerbitan berkala seperti majalah-majalah berkenaan muzium perlu dilakukan bagi masyarakat kita mengetahui perkembangan terbaru yang dilakukan oleh pihak muzium dan hasil penyelidikan terkini yang ditemui. 8.0
Matlamat Pendidikan Muzium
Terdapat tiga matlamat pendidikan muzium yang paling utama iaitu untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Matlamat kedua pula adalah mempelbagaikan lagi program pendidikan di muzium. Pihak pemuziuman seharusnya menggiatkan lagi program-program pendidikan di muzium secara berterusan dengan mengadakan bengkel, pertandingan, kembara, pameran dan sebagainya yang berkaitan dengan warisan dan kebudayaan negara manakala matlamat utama yang ketiga untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat umum mengenai istilah dan pengertian muzium yang sebenarnya (Corsane: 2005). Kebanyakan masyarakat menganggap penubuhan sesebuah muzium adalah untuk tujuan pameran semata-mata namun sekiranya tidak wujud pendidikan muzium sudah pasti masyarakat ini akan sentiasa beranggapan sedemikian. Melalui pendidikan muzium yang diterapkan hal ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat tentang istilah serta tujuan sebenarnya penubuhan sesebuah muzium. Antara matlamat-matlamat lain pendidikan muzium ialah memberi dan menyampaikan maklumat yang tepat. Hal ini demikian kerana segala maklumat yang disampaikan kepada pengunjung adalah diperolehi melalui kajian dan penyelidikan yang teliti oleh pihak pemuziuman (Alofsson: 1979). Selain itu, pendidikan muzium turut melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Penubuhan muzium juga berperanan sebagai sebuah institusi yang memberi sokongan terutamanya kepada para pelajar dalam
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (10)
mata pelajaran sejarah yang merupakan subjek wajib di setiap sekolah. Matlamat yang seterusnya ialah untuk melahirkan masyarakat yang celik warisan budaya dan sejarah. Dengan wujudnya institusi
pemuziuman ini pendidikan muzium mula
diperkenalkan. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi pendidikan tentang muzium kepada masyarakat dan telah membuka mata masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga khazanah warisan bangsa. Matlamat lainnya ialah bagi melahirkan masyarakat yang berkeperibadian. Dengan perkataan lain masyarakat akan lebih menghargai serta mengetahui asal usul setiap warisan dan kebudayaan negara melalui pendidikan yang disampaikan tersebut. 9.0
Fokus Pendidikan Muzium
Pendidikan muzium ini adalah bersifat terbuka. Sesiapa sahaja yang berminat boleh turut serta dalam mempelajari hal berkaitan institusi pemuziuman ini. Tetapi, penubuhan muzium juga memberikan fokus terhadap beberapa kumpulan tertentu. Bagi pelancong dalam dan luar negara, mereka disarankan melawat muzium yang bersifat lebih umum dan yang menggambarkan seni budaya sesebuah negera contohnya pelancong Jepun yang datang ke Malaysia. Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa, kebanyakan mereka terdedah kepada pelbagai budaya asing yang masuk ke Malaysia. Oleh itu, mereka memerlukan pendedahan supaya mengingati asal-usul diri mereka. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah digalakkan mengikuti perkembangan muzium terkini supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ini kerana pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah mengambil mata pelajaran sejarah sebagai salah satu keperluan dalam sistem sukatan pelajaran. Fokus terhadap guru-guru juga penting kerana mereka merupakan pembimbing terpenting dalam membentuk jati diri seseorang pelajar.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (11)
10.0
Konsep Pendidikan Muzium
Muzium turut memainkan peranan penting dalam pendidikan terutamanya kepada masyarakat umumnya. Terdapat beberapa konsep pendidikan yang diterapkan oleh institusi pemuziuman dalam menyampaikan mesej mereka kepada masyarakat yang berkenaan dengan pemuziuman. Salah satu konsep pendidikan yang diterapkan ialah pendidikan secara terbuka dan berterusan. Pendidikan yang menekankan aspek kesenian dan warisan budaya harus diserap dalam diri masyarakat hari ini samada melalui media massa mahupun media elektronik seperti televisyen, radio, internet, majalah, risalahrisalah dan sebagainya (Read: 1973). Pendidikan ini haruslah dijalankan secara berterusan dan bukannya secara berkala. Sekiranya pendidikan ini dijalankan secara berterusan ianya secara tidak langsung akan dapat menarik lagi minat masyarakat untuk memahami dan mendalami bidang yang berkaitan dengan pemuziuman seperti sejarah serta warisan budaya negara. Konsep pendidikan yang diterapkan kepada individu juga tidak mengira peringkat umur samada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Namun sekiranya masyarakat tahu atau sedar tentang pentingnya pendidikan pemuziuman yang ada kaitannya dengan sejarah dan warisan bangsa tentu mereka tidak akan ketinggalan untuk mempelajarinya dan menggalakkan anak-anak supaya turut mempelajarinya. Pendidikan yang berkenaan pemuziuman ini boleh diserapkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah sejak di pra persekolahan lagi sehingga ke pusat pengajian tinggi (Olofsson: 1979). 11.0
Kesan kepada Institusi Muzium, pendidikan dan Masyarakat
11.1
Kesan kepada institusi muzium
Melalui pendidikan muzium kepada masyarakat ianya dapat memberi kesan kepada institusi pemuziuman itu sendiri contohnya seperti memperbetulkan salah anggap masyarakat terhadap fungsi muzium yang sebenarnya. Jika dilihat pada masa dahulu muzium memfokus kepada tujuan pameran semata-mata namun berbeza dengan institusi muzium yang ada pada masa kini yang berperanan menyampaikan segala maklumat yang berkaitan sejarah dan warisan negara (Hale: 1968). Pendidikan muzium juga memberi
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (12)
kesan lain kepada institusi muzium iaitu dengan memanfaatkan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para profesional muzium selain dapat memanfaatkan kepakaran para profesional muzium. Hal ini secara tidak langsung membolehkan kurator menambahkan kepakaran dalam bidang mereka itu. Institusi pemuziuman turut berperanan menjadikan muzium sebagai sebuah tempat atau destinasi kunjungan yang bermanfaat dan menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. 11.2
Kesan kepada masyarakat
Pendidikan muzium dapat memberi kesan kepada masyarakat antaranya ialah untuk memperbetulkan salah anggap masyarakat terhadap institusi pemuziuman. Melalui pendidikan yang diterapkan oleh pihak muzium kepada masyarakat ianya boleh menyedarkan masyarakat tentang kewujudan institusi muzium yang berperanan sebagai gedung khazanah warisan negara. Pendidikan muzium juga turut melahirkan masyarakat yang berbudaya dan celik sejarah. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan masyarakat membentuk jati diri dan memupuk semangat cintakan negara dalam diri mereka. 11.3
Kesan kepada pendidikan
Keperluan mempelbagaikan kaedah pengajaran juga amat ketara apabila guru perlu membantu pemahaman pelajar dalam pembelajaran. Setiap kaedah pengajaran mempunyai ciri-ciri yang khusus dan berkeupayaan memupuk atau melatih aspek-aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap tertentu. Keberkesanan setiap kaedah pengajaran itu pula boleh dipertingkatkan lagi melalui penggunaan pelbagai alat bantu mengajar yang relevan dan menarik. Perkembangan aspek-aspek sosial, kerohanian, mental dan fizikal para pelajar juga perlu diberi perhatian. Pendidikan muzium dapat memberikan peluang berfikir dengan lebih kreatif dan kritis, kemahiran menaakul, bertutur dan menulis. Selain itu, mereka juga dapat memupuk diri sendiri dengan nilai-nilai murni dan kemahirankemahiran sebagai asas kepada kehidupan di luar dan alam persekolahan. Kaedah-kaedah pengajaran yang lazim diamalkan dalam bilik darjah boleh diklasifikasikan menjadi satu bentuk taksonomi yang dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan setiap kaedah yang dijalankan (Peterson et al.: 1984).
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (13)
12.0
Penutup
Penubuhan sesebuah muzium adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya pemahaman tentang sejarah dan seni warisan negara. Melalui pendidikan muzium pengetahuan tentang penubuhan sesebuah muzium akan diperjelaskan lagi oleh pihak muzium. Keadaan ini sekaligus dapat menolak tanggapan masyarakat yang memperkatakan bahawa penubuhan muzium adalah sekadar untuk tujuan pameran semata-mata. Dengan tertubuhnya institusi pemuziuman ini segala maklumat tentang sejarah dan warisan negara akan dinyatakan dan diceritakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Institusi pemuziuman turut memainkan peranan dalam menyelidik, mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula serta pameran. Kerjasama daripada semua pihak amat digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan institusi pemuziuman ini. Selain itu, muzium juga merupakan salah sebuah institusi yang memiliki sesuatu yang penting dan ternilai untuk dimanfaatkan secara bersama dalam usaha untuk merealisasikan matlamat penubuhannya. Penubuhannya juga berperanan dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan seperti melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum, persidangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, penubuhan muzium adalah menjadi tunjang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan warisan bangsa agar ianya tidak terus lenyap ditelan zaman.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (14)
Rujukan Condit, L. 1976. Museums, imagination and education. Paris: Unesco. Corsane, G. Ed. 2005. Heritage, Museum and Galleries: An introductory Reader. London: Routledge. Eirinberg, K. 1992. Culture under fire. Geographical Magazine. 64(12): 24-28. Goode, G. B. 1897. The museums for the future. Annual report for the Smithsonian Institution. Washington DC: The Government Printing Office. Hale, J. 1968. Museums and the teaching of history. Museums 21(1): 67-72. Hebditch, M. Ed. 1990. Why do we preserve objects? Dalam managing conservation, conference preprints. London: UKIC. Hudsons, Kenneth. 1976. Learning stations, customized worksheet and exhibit effectiveness: the new museum jargon. Museum Journal 75(4): 165-166. ICOM. 1972.
The museum
in the service of man: today and tomorrow. Paris:
International Council of Museums. Keene, Suzanne. 1996. Managing Conservation in Museums. Jordan Hill: Butterworth Heinemann. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. 491-499. Malaysia. 2007. Pengenalan. Muzium Negara Malaysia. Olofsson, Ulla K. 1979. Museums and Children. Monographs on Education. Paris: UNESCO. Peterson, R., Bowyer. J, Butts. D. & Bybee, R. 1984. Science and society: A source book for elementary and junior high school teachers. Columbus, OH: Charles E. Merill Publishing Co. Read, John. 1973. Television and the museum.Paris: Unesco. Shuell, T. J. 1996. Teacing and Learning in a classroom context. Dalam D. Berliner & R. Calfee. Handbook of educational psychology. New York: Macmillan. Stone, Peter. 1992. The Magnificent Seven: reason for teaching about prehistory. Teaching History Oktober: 13-18.
SKMK 3093 PEMUZIUMAN BUDAYA (15)
______ & Mackenzie, R. 1990. The Excluded Past: Archaelogy in Education. London: Unwin Hyman. ______ &
Molyneaux, B. 1994. The Presented Past: Heritage, Museums
Education. London & New York: Routledge. Weil, S. 1990. Rethinking the Museum. Washington : Smithsonian Institution.
and