Motivasi Kerja Hasil Karya Pakar Motivasi Hilter Yew

  • Uploaded by: Hilter Yew
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Motivasi Kerja Hasil Karya Pakar Motivasi Hilter Yew as PDF for free.

More details

  • Words: 1,544
  • Pages: 6
Hilter Yew

Motivasi kerja Seseorang yang banyak berpindah kerja perlu memikirkan sebab di sebaliknya. Ini kerana diri seseorang tidak boleh bertahan dengan dunia kerja dan mempunyai berbagai tekanan yang sukar diatasi. Persoalan yang eprlu difikirkan adalah seperti : Soalan pertama : Adakah anda menjalankan kerja dengan penuh tanggung jawab Setiap majikan menghendakkan pekerjanya menjalankan tugasan dengan baik.

Ini bermaksud , diri anda perlu menyiapkan sesuatu

yang diserah kepada anda tanpa menimbulkan masalah kepada syarikat. Jika anda lalai, lewat atau lupa; kemungkinan besar diri anda akan dapat tekanan dari majikan.

Dalam hal ini, janganlah kita

menyalahkan majikan bila diri dimarah, tetapi tanpa diri anda dari segi kecekapan dan keupayaan diri sendiri. Soalan ke dua : Adalah anda sudi belajar dari kesilapan Setiap orang baru dalam sesuatu kerja pasti akan berhadapan dengan berbagai masalah. Antaranya , kita mungkin akan gagal menjalankan tugas kerana kurang ilmu dan kemahiran. Ini memberi tekanan kepada majikan kerana merasai bahawa diri anda tidak sesuai memegang tugas tersebut. Adakah anda dengan rendah diri , meminta maaf dan mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri.

Selalaunya, majikan

akan berikan anda masa. Jika anda masih tidak dapat menunjukkan kemajuan yang nyata, majikan akan memberi tekanan untuk anda dengan harapan anda meninggalkan kerja ini dengan secepat mungkin dan

mereka

dapat

mencari

orang

yang

lebih

sesuai

untuk

menggantikan tempat anda. Soalan ke tiga : Adakah anda suka bergaul mesra dengan pekerja lain

Hilter Yew Salah satu tekanan yang dialami oleh orang-orang baru ialah perasaan tidak senang hati di kalangan kaki tangan syarikat. Ini wujud kerana anda gagal menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang ada dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Anda perlu

menghormati arahan mereka dan belajar menyesuaikan diri dalam masa yang secepat mungkin. Bercakaplah dengan sopan dan berbudi bahasa. Tunjukkan anda sudi merendahkan diri dan belajar dari mereka. Soalan ke empat : Adakah anda memahami tujuan anda kerja? Bila kita memilih sesuatu kerja, biasanya kerana kita suka kepada kerja tersebut.

Contohnya, seseorang yang memilih kerja kerani kerana

suka dengan kerja pejabat.

Seseorang yang memilih kerja jurujual

insurans kerana suka dengan kerja di luar pejabat. Sekadar suka tidak menjamin kita akan bebas dari tekanan kerja. Tidak ada kerja yang dikatakan senang.

Tujuan seseorang kerja ialah untuk meringankan

beban majikan. Setiap majikan mempunyai masalah yang tersendiri dan mereka perlukan orang bawahan untuk membantunya. Sebaliknya , anda akan dapat ganjaran wang sebagai pulangan. Jika tujuan kita kerja ialah untuk bersenang dan tidak mahu masalah, maka kehadiran kita di sesebuah syarikat menjadi tidak begitu bermakna. Soalan ke lima : Adakah anda terlalu pentingkan duit? Setiap kali anda menukar kerja , anda perlu nampak kaitan kerja baru dengan masa depan anda yang lebih cerah. Maksudnya , anda mahu meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri dengan belajar sesuatu bidang kemahiran dalam tempat kerja anda.

Anda mahu peluang

meneroka bakat yang lebih besar. Anda tahu haluan anda ialah untuk menyandang tugasan yang lebih besar dan mempunyai status kerja yang lebih tinggi. Tetapi , jika kita bertukar kerja hanya kerana ratusan atau puluhan ringgit gaji, ini jelas menunjukkan kita belum sedar

Hilter Yew dengan makna kerja yang sebenarnya.

Orang sebegini akan terus

mencari kerja yang memberi kepuasan kewangan dan dirinya tidak mungkin akan dapat kepuasan kerja. Ini kerana dirinya tidak pernah menjadikan kemajuan diri sebagai teras kerja dan selama-lamanya dirinya akan terus bergelut dengan tahap kerja yang rendah. Soalan ke enam : Adalah anda nampak masa depan anda ? Ramai individu yang berjaya mendirikan perniagaan sendiri memang mula dengan kerja makan gaji.

Dalam tempoh tersebut , mereka

dapat mengaitkan apa yang dilakukan dengan cita-citanya. Kalau kita tidak dapat kepuasan kerja kerana berhadapan dengan majikan yang kurang menyenangkan , kita tidak akan merungut. Ini kerana kita akan berdikari dan membebaskan diri darinya suatu hari. Seseorang yang tidak mempunyai cita-cita besar akan sering terjerumus dalam emosi negatif

bila

berhadapan

menyenangkan.

dengan

suasana

kerja

yang

kurang

Sebaliknya , individu yang positif akan terus

mengamalkan sikap terbuka bila dirinya dimarah atau ditegur. Ini kerana dirinya dapat melihat makna di sebalik teguran, yakni untuk membaiki dirinya. Soalan ke tujuh : Adakah sikap anda sesuai untuk dunia kerja? Mereka yang baru menjejak kaki di dunia kerja mungkin masih terus terlena dengan suasana hidup yang sekolah yang kurang mencabar. Sebenarnya , dunia kerja memerlukan sikap kerja yang positif. Jika kita tidak ada sikap tersebut, kita tidak akan dapat kerja dengan selesa di mana-mana sahaja. Dengan erti kata lain, kita tidak akan diterima oleh mana-mana majikan.

Antara sikap kerja yang positif termasuklah :

Buat lebih baik dari apa yang disuruh, sentiasa bertanggung jawab terhadap

tugasan

dan

tidak

perlu

menghormati arahan majikan dan lain-lain.

diingatkan

selalu,

dapat

Hilter Yew

Tekanan dunia korporat Seorang yang berdaya maju menjadikan tekanan sebagai suatu syarat untuk kemajuan. Jika anda merasa tekanan sebagai suatu ugutan dan ingin melarikan diri, ini hanya menunjukkan anda tidak berseida untuk menerima tekanan. Individu yang lemah boleh dilihat dari cara dia berhadapan dengan tekanan. Mereka henya sukakan cuti dan rekreasi. Mereka beranggapan kononnya hidup yang bahagia adalah hidup yang bebas dari tekanan. Mereka tidak menerima tugasan rumah atau pejabat sebagai suatu tanggung jawab , sebaliknya ingin melarikan diri darinya. Mentaliti ahli korporat berjaya mengalu-alukan tekanan. Mereka merasa kerja yang tiada tekanan adalah kerja yang membosankan dan tidak mempunyai prospek masa depan. Mereka tahu , setiap aspek tekanan akan membina keperibadian dan kematangan seseorang. Setelah beberapa tahun bergelut dalam hidup yang bertekanan, dirinya akan menjadi lebih gagah dan cemerlang. Berikut ini disenaraikan lima pendekatan yang penting untuk membantu seseorang berhadapan dengan tekanan. Dengan mengamalkan pendekatan berikut, diri anda akan memperolehi kekuatan mental yang tinggi. Pertama : Anda akan menjadi istimewa Keupayaan anda menonjolkan diri adalah bergantung kepada tahap tekanan yang anda pikul.

Disebabkan ramai orang tidak boleh berhadapan dengan tekanan, anda dengan

mudahnya akan menjadi lebih istimewa dari orang lain. Pada masa anda perlu kerja lebih masa, ramai orang menolaknya. Pada masa anda dimarah dan ditegur, orang lain hanya ketawa sahaja. Anggapkan semua tekanan adalah rahmat yang tersirat. Kata pepatah, " Semua malapetaka adalah kebaikan yang terselindung.’ Ramai orang mengelakkannya tetapi mereka yang pintar akan menyahutnya. Tekanan menjadi penghancur impian bagi setengah orang tetapi menjadi pencetus harapan bagi ahli korporat yang berdaya maju. Tidak ada suatu tempat yang bebas dari tekanan. Cara anda melayan dan menyahutnya akan menentukan masa depan anda sendiri.

Hilter Yew

Kedua : Tekanan melatih anda Kebanyakan masalah dan cabaran yang memberikan tekanan kepada anda adalah kerja yang menyukarkan. Samada anda berhadapan dengan orang yang bermasalah atau kerja yang berat, anda perlukan kekuatan untuk mencari ilmu yang dibawa bersama. Kerja yang sama mungkin bukan suatu tekanan kepada orang lain tetapi menjadi suatu yang amat berat kepada anda. Ini kerana tahap kemampuan dan kemahiran setiap orang adalah berbeza. Jika anda mempunyai semangat untuk terus mencari kemajuan diri, sambutlah semua cabaran dengan tangan terbuka. Katakan dengan diri sendiri, ,”Bersyukurkan kerana saya mempunyai satu lagi peluang untuk meningkatkan kredibiliti diri.” Ketiga : Kepuasan kerja Setiap kerja yang membawa cabaran adalah jauh lebih bermakna dari kerjayg serba biasa. Bayangkan kerja anda bersifat rutin dan tidak mempunyai sebarang cabaran. Pasti anda akan merasa bosan. Ramai orang yang kerja di kilang mendapati kerjanya tidak memberi kepuasan yang sejajar. Semakin tinggi cabaran, semakin tinggi kepuasan khususnya bila anda telah berjaya mengatasinya dengan usaha diri sendiri. Ramai ahli korporat memikul kerja yang jauh dari keupayaan dirinya. Mereka diberi kuota yang terlalu tinggi dan mereka berhadapan dengan ahli pasukan yang bermasalah. Mereka tahu, semua ini adalah makna kehadiran dirinya. Jika dirinya boleh melakukan semua ini dengan baik, ganjaran yang pertama adalah datang dari diri sendiri; yakni kita akan merasa bangga dengan prestasi sendiri. Bagi ahli korporat ini, sanjungan dan ganjaran dari luar adalah bersifat sekunder. Keempat: Prospek organisasi yang cerah Semakin banyak tugasan yang berat perlu diselesaikan, semakin tinggi cabaran organisasi. Ini juga bermakna organisasi ini dapat mencecah pertumbuhan yang lebih aktif dan memabwa masa dedpan yang lebih cerah kepada ahli pasukannya. Sebaliknya , sesebuah organisasi yang lembab dan tidak mempunyai sebarang bentuk cabaran, ,kemungkinan besar organisasi ini tidak dalam fasa pertumbuhan. Ahli korporat hanya berminat dengan prospek kerja dan prospek organisasi berbanding dengan ganjaran

Hilter Yew kewangan atau kebendaan. Dalam hal ini, mereka akan memilih sebuah syarikat yang mempunyai cabaran kerja yang besar. Kelima : Tekanan menguji keikhlasan ahli pasukan Ahli korporat yang setia dengan perjuangan misi syarikat tidak akan cepat melarikan diri bila berhadapan dengan kerja yang penuh dengan masalah. Sebaliknya, mereka akan terus mencari jalan untuk mengatasi setiap tugasan dengan penuh dedikasi. Kita boleh menilai kesetiaan ahli pasukan bukan waktu dirinya dalam saat ketenangan dan keselesaan, tetapi dalam saat berhadapan dengan masalah.

Ahli korporat yang

memahami konsep ini percaya, selagi saya boleh buktikan kesungguhan saya masa susah, pasti suatu hari yang terbaik akan datang kepada hidup saya. Mereka melayan masalah organisasi sebagai masalah diri sendiri. Ke enam : Membina sistem kawalan masalah Setiap tekanan menunjukkan ada sesuatu yang perlu dikawal atau diatasi. Jika sesuatu tekanan dapat membawa suatu perubahan positif kepada organisasi, ini bermaksud tekanan itu adalah suatu nikmat. Sebaliknya jika tekanan adalah suatu yang meruntuhkan organisasi , kita perlu mencari cara pembentungan agar ia tidak berlanjutan. Apa pun yang berlaku, setiap masalah yang berlaku membolehkan seseorang ahli korporat menggubalkan semula sistem pentadbirannya agar menjadi lebih baik dan berkesan. Kita tidak boleh menutup sebelah mata dan menganggap “tidak mengapa”. Biarpun betapa kecilanya masalah, ia perlu ditangani dengan bijak agar organisasi anda dapat maju ke depan.

Related Documents


More Documents from ""