KOLUM DOA [Doa Malam Lailatul Qadar]
َ ُ ْ َ َ ْ َْ ا ُِ ُ َ َ اُ ِإ ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku” [HR at-Tirmizi (3513) dan Ibn Majah (3850), Imam at-Tirmizi berkata: Hadith Hasan Sahih]
EDISI KEDUA BELAS
Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Bagi Mendapatkan Lailatul Qadar: Oleh Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal Wanita haidh, nifas dan tetap boleh mendapatkan bahagian lailatul qadar. Namun kerana wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan shalat ketika keadaan seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah, 1. Membaca Al Qur’an tanpa menyentuh mushaf. 2. Berzikir dengan memperbanyak bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya. 3. Memperbanyak istighfar. 4. Memperbanyak do’a. Sumber: http://www.rumaysho.com/belajar-islam/amalan/2696-menantikan -malam-1000-bulan.html Dan banyak lagi amal ibadah.
Terbitan INTIS Consultant (INTIS), layari http://intisonline.com. Sebarang komen, hantarkan kepada:
[email protected]
MENARIK DI DALAM
Doa Malam alQadr
Amalan Wanita Mencari al-Qadr
Kelebihan Lailatul Qadar: A) Pengampunan dosa-dosa yang lalu“Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”[HR. al-Bukhari no. 1901] B) Kemuliaan melebihi 1000 bulan “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” [al-Qadr:3] Bilakah terjadinya malam al-Qadr? Ia terjadi pada malam-malam ganjil di 10 Ramadhan terakhir. Dalil-dalilnya ialah: Sabda Rasulullah SAW: “Carilah lailatul qadar di malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”[HR. al-Bukhari no. 2017] Al-Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani telah menyebutkan empat puluh pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat daripada pelbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun [Fathul Baari, 6/306, Mawqi’ Al Islam Asy Syamilah]. Bagaimana menghidupkan malam al-Qadr? Bersungguh-sungguh dalam ibadah: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” [HR. Muslim no. 1175] Bagaimana Wanita Haidh Menghidupkan Malam Lailatul Qadar? Juwaibir pernah mengatakan bahawa dia pernah bertanya pada Adh Dhahak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berzikir), apakah mereka boleh mendapatkan bahagian daripada lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bahagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bahagian malam tersebut.”[Latho-if Al Ma’arif, hal. 331]
Maksud I’tikaf: Dalam kitab lisanul arab, i’tikaf bermakna merutinkan (menjaga) sesuatu. Sehingga orang yang memestikan dirinya untuk berdiam di masjid dan mengerjakan ibadah di dalamya disebut mu’takifun atau ‘akifun. (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/150) Dari Aisyah RA: Rasulullah SAW beri’tikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan sehingga wafat, dan selepas itu isteri-isteri baginda SAW melakukan demikian jua” [al-Bukhari dan Muslim, Riadussolihin :1269] Hukum-hakam I’tikaf A) Mesti dilakukan di masjid- Allah SWT berfirman: “(Tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid”(AlBaqarah: 187). B) Wanita juga boleh beri’tikaf sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengizinkan isteri beliau untuk beri’tikaf sebagaimana hadith di atas. Namun wanita boleh beri’tikaf di sini mesti memenuhi 2 syarat: (1) Diizinkan oleh suami dan (2) Tidak menimbulkan fitnah (masalah bagi lelaki). C) Yang membatalkan i’tikaf adalah: (1) Keluar masjid tanpa keperluan (2) Jima’ (bersetubuh) dengan isteri berdasarkan Surat Al Baqarah : 187 di atas. D) Hal-hal yang dibolehkan ketika beri’tikaf di antaranya: (1) Keluar masjid disebabkan ada hajat seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid. (2) Melakukan hal-hal mubah seperti bercakap-cakap dengan orang lain. (3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya. (4) Mandi dan berwudhu di masjid. (5) Membawa peralatan untuk tidur di masjid. E) Jika ingin beri’tikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan, maka seorang yang beri’tikaf mulai memasuki masjid setelah shalat Shubuh pada hari ke-21 (sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan keluar setelah shalat shubuh pada hari ‘Idul Fithri. F) Hendaklah ketika beri’tikaf, sibukkanlah diri dengan melakukan ketaatan seperti berdo’a, zikir, bershalawat pada Nabi, mengkaji Al Qur’an dan mengkaji hadits. Dan dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Perbahasan i’tikaf ini disarikan dari Shahih Fiqih Sunnah, 2/150-158]