Minit Pewaris 2 2019.docx

  • Uploaded by: Nor Sabarina
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Pewaris 2 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 434
  • Pages: 2
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN, KAMPONG TENGAH, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU Kod Sekolah : TBA 2045

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH BIL 2/2019 Tarikh

:

21 Mac 2019 (KHAMIS)

Masa

:

12.45 tengahari hingga 2.00 petang

Tempat

:

Kelas Prasekolah Ibnu Sina

Kehadiran

:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

1

Puan Julaina bt Ahmad – Guru Prasekolah Puan Nor Sabarina bt Mat Salleh – Guru Prasekolah – Pengerusi Pewaris – AJK – AJK – AJK Puan Ainul Khairiah bt Abdul Aziz – PPM Puan

Ucapan Penyelaras Prasekolah 1.1

Puan Julaina bt Ahmad mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa Pewaris sesi 2019. Beliau mulai mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2

Puan Julaina bt Ahmad memaklumkan bahawa mesyuarat pada hari ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan kejohanan futsal dan bola jaring prasekolah yang akan diadakan pada bulan April ini di peringkat daerah. Tindakan

2

:

Makluman

Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1

Encik Yusri bin Mohamad mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang pindaan. Encik Mohd Fairul bin Hashim menyokong minit mesyuarat yang disahkan.

Tindakan: Ahli mesyuarat 3

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah 3.1

Kejohanan futsal dan bola jaring prasekolah ini dijangka akan diadakan pada bulan April ini. Oleh itu, mesyuarat hari ini akan membincangkan tentang penyertaan sekolah ini di dalam kejohanan ini.

3.2

Menurut Puan Julaina bt Ahmad, pada tahun ini prasekolah S3K akan menghantar 2 pasukan iaitu 1 pasukan untuk futsal dan 1 pasukan untuk bola jaring.

. 3.3

Untuk permulaan latihan, di harap pihak Pewaris yang mempunyai kemahiran dapat turut sama melatih murid prasekolah bersama guru-guru pada waktu petang di gelanggang futsal di hadapan sekolah manakala bagi bola jaring di padang sekolah.

Tindakan:

4

Ahli Jawatankuasa Pewaris

Aktiviti Prasekolah 2019 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Sukaneka (Sukan Sekolah) Sambutan Hari Lahir Lawatan Konvokesyen

Tindakan: Makluman

5

Hal-Hal Lain 5.1

Puan Julaina bt Ahmad memaklumkan pada AJK Pewaris tentang ibubapa yang ingin memberikan sumbangan untuk membina sinki tempat mengosok gigi dan membasuh tangan diluar prasekolah. Di harap kerjasama semua AJK agar dapat mencari sedikit lagi sumbangan bagi menampung jumlah kos keseluruhan. Tindakan: Ahli mesyuarat

6

PENUTUP 6.1

Puan Julaina bt Ahmad berharap agar kejohanan futsal dan bola jaring yang akan diadakan ini,mendapat kerjasama daripada semua ibubapa prasekolah. Kerjasama daripada pihak Pewaris didahului dengan jutaan terima kasih.

6.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.00 petang dengan bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................................ (NOR SABARINA BT MAT SALLEH) Setiausaha PEWARIS Prasekolah Prasekolah SK Kuala Kemaman.

............................................ (JULAINA BT AHMAD) Penyelaras Prasekolah SK Kuala Kemaman.

Disahkan oleh, ................................................ (ABDUL RAHIM BIN SALLEH) Guru Besar SK Kuala Kemaman

Related Documents

Minit Pewaris 2 2019.docx
October 2019 18
Minit 2
October 2019 22
Pewaris Ibunda
May 2020 13
Minit Pengakap 2.docx
April 2020 10
Ulama Pewaris Nabi.docx
November 2019 30

More Documents from "lestari"

Minit Pewaris 2 2019.docx
October 2019 18
Nti
December 2019 56
1. Pendahulua.docx
November 2019 48
Topic
April 2020 39
Speaking Task.docx
May 2020 31