Minit Mesyuarat Pertama Ramlee Awang Murshid Fanclub

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Pertama Ramlee Awang Murshid Fanclub as PDF for free.

More details

  • Words: 963
  • Pages: 6
RAMLEE AWANG MURSHID FANCLUB (RAMFC)

CATATAN PERBINCANGAN KALI 1/2008 Tarikh Masa Tempat

: : :

27 Oktober, 2008 (Isnin) 2.30 petang Restoran Kampung Pandan, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

HADIR : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Encik Attokz Dikulgai. Cik Elle. Encik Mielong. Encik Akimsensei. Encik Websutera Cik Anim. Puan Arms. Cik Osheyanne. Cik Thegc. Puan Yana – Isteri Web Sutera Puan Faizah – Isteri Attokz Dikulgai. Cik Illaieyllaela. Cik Sueonn. Cik Fyena. Cik Nizah85

1.

KATA-KATA ALUAN DARI PENGERUSI Cik Elle selaku pengasas ‘RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB’ (RAMFC) ini mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sudi hadir pada hari ini. Perjumpaan ini diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan Penubuhan Majlis Tertinggi, Pendaftaran, Nama, Logo, Aktiviti-Aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kelab ini. Selain itu perbincangan ini juga boleh dilihat oleh ahli-ahli kelab yang lain melalui saluran secara langsung menerusi internet.

2.

PENUBUHAN MAJLIS TERTINGGI ‘RAMFC’ Setelah perbincangan ahli-ahli sebulat suara bersetuju Majlis Tertinggi RAMFC adalah seperti berikut : Penaung Penasihat Pengasas Presiden Timbalan Presiden Naib Presiden Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

AJK Negeri-Negeri

:

RAMLEE AWANG MURSHID Attokz Dikulgai Elle Mielong Akimsensei Websutera Anim Arms Osheyanne

Perlis & Kedah Pulau Pinang & Perak Kuala Lumpur Negeri Sembilan/Johor/Melaka Kelantan Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak

-

Alias (Dato Marsani) hairil afzan haidir GC, Frodo & Sabiah Sueonn & Nizah85 - Edan Illaieyllaela/Tun Teja Shira Zaidan Budakhutan/Lindaamri Fyena & Abg Kenyelang

Mesyuarat meminta pendapat ahli-ahli yang lain sekiranya terdapat bantahan atau cadangan dalam masa 7 hari. Wakil negeri-negeri adalah bertujuan untuk merekrut ahli-ahli baru dalam menyertai kelab ini dan seterusnya mengikuti aktiviti kelab. Jika dilihat terdapat wakil terpaksa mewakili beberapa negeri tapi ini adalah tempoh sementara sampai kita menemui calon yang berani tampil untuk kami di negeri .yang tidak mempunyai wakil perorangan terutamanya disebelah utara kerana wakil sedia ada adalah berasal dari negeri pantai timur. Harap semua ahli dapat kerjasama dan bersetuju atas perlantikan sementara ini. Nota : Terdapat perubahan dalam email sebeluma kerana terdapat calon perwakilan baru untuk negeri Pulau Pinang dan Perak. Tapi kami masih mecari calon sesuai untuk negeri Kedah & Kedah kerana En.Alias adalah berasal dari Negeri Pahang dan sedang belajar di Negeri Perlis. Juga ingatan untuk semua wakil negeri terutamanya negeri yang mempunyai lebih dari seorang wakil supaya berkerjasama antara satu sama lain dan gunakan perancangan lebih tersusun untuk mengerakkan kelab dengan lebih strategik.

3.

NAMA KELAB Setelah perbincangan diadakan mesyuarat sebulat suara mengekalkan nama ‘RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB’ atau dengan nama ringkasnya ‘RAMFC’.

4.

MAKNA ‘RAMFC’ Cik Illaieyllaela mencadangkan makna perkataan RAMFC seperti berikut : R A M F C

5.

-

Rasional Agresif Maju Fan Club

LOGO ‘RAMFC’ Logo rasmi RAMFC adalah seperti berikut :

Logo ini telah diterima melalui undian yang terbanyak yang dilakukan di website www.clubram.blogspot.com. Warna Hitam dan Putih bermaksud hitam putih kehidupan. Bulatan bermaksud bermuafakat di antara ahli-ahli kelab.

6.

PENDAFTARAN KELAB Sesebuah kelab yang ditubuhkan boleh didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Register of Society). Setelah perbincangan diadakan mesyuarat bersetuju untuk tidak mendaftarkan kelab ini di atas beberapa sebab. Kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberikan maklumat yang terkini peminat-peminat RAM dan sebarang perancangan untuk mendaftarkan kelab ini akan dipertimbangkan sekiranya perlu.

7.

YURAN AHLI Memandangkan kelab ini tidak akan didaftarkan dibawah PPM, oleh yang demikian yuran ahli tidak akan dikenakan kepada ahli-ahli kelab. Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi sebuah kelab sekiranya mengenakan yuran kepada ahli tanpa berdaftar dengan PPM. Sekiranya perkara ini berlaku tindakan undangundang akan dikenakan.

8.

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN Setiap ahli wajib mematuhi undang-undang Negara, Syariah dan Kelab RAMFC.

9.

10.

OBJEKTIF, MISI DAN VISI KELAB 9.1.

Misi Merapatkan ukhuwah dikalangan peminat-peminat RAM.

9.2.

Visi Memartabatkan karya-karya penulis triller dan Novelis Malaysia.

AKTIVITI-AKTIVITI Mesyuarat juga mencadangkan agar aktiviti-aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu : 10.1.

Aktiviti Mingguan Di antara aktiviti mingguan yang dicadangkan seperti berikut :a. b. c. d.

Penulisan Daripada Encik Ramlee Awang Murshid. Utusan Majlis Tertinggi. Ahli Minggu Ini. Segmen yang berbatuk ilmiah atau santai.

10.2.

Aktiviti Bulanan Di antara aktiviti bulanan yang dicadangkan seperti berikut :a. b. c. d.

Ulasan Buku. Membaca Naskah atau Fragmen. Bengkel Penulisan Ekpedisi ke

10.3.Aktiviti Tahunan Di antara aktiviti tahunan yang dicadangkan seperti berikut :a. b. c. 10.4.

‘Gathering’atau ‘Family Day’. ‘Treasure Hunt’. Bengkel Penulisan.

Lain-Lain Aktiviti Lain-Lain aktiviti yang dicadangkan ialah membuat penjualan sticker atau pelekat kereta, mug, pen, serta t–shirt kelab.

11.

MEMPROMOSIKAN KELAB ‘RAMFC’ Buat masa ini sehingga akhir tahun 2008 ini, kelab ini akan lebih tertumpu kepada aktiviti mempromosikan kelab ini kepada mereka yang berminat. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kelab ini, disamping menambahkan ahli-ahli kelab bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti. Dengan adanya beberapa aktiviti ini akan dapat merapatkan hubungan sesama ahli. Satu database akan diwujudkan bagi mengemasikini pendaftaran keahlian kelab ini. Cik Elle akan berusaha untuk membuat database tersebut.

12.

CADANGAN MEMBAIKKI PORTAL Encik Attokz Dikulgai selaku orang yang berpengalaman dalam kelab ini mencadangkan agar portal kelab ini diperbaikki iaitu dengan mempunyai ‘Domain Name’ dan ‘Web Hosting’ sendiri. Dengan adanya perkara tersebut ahliahli akan lebih mudah berinteraksi di antara satu sama lain seperti membuat forum-forum.

13.

14.

HAL-HAL LAIN 13.1.

Diakhir perbincangan Cik Elle telah bermurah hati menaja cenderahati untuk dihadiahkan kepada Thegc kerana beliau merupakan pemenang kepada pertandingan mencipta kelab ‘RAMFC’. Tahniah diucapkan kepada beliau.

13.2.

Terima kasih juga ditujukan kepada Encik Websutera dan isteri, Puan Yana di atas kesudian mereka menaja minuman pada perbicangan hari ini.

PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak dan Cik Elle selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada perbincangan pada hari ini. Mesyuarat ditunda pada jam 5.00 petang.

Catatan ini disediakan oleh :

Arms. Penolong Setiausaha

Disahkan oleh :

Suhaimi Long Presiden RAMFC

Related Documents