Minit Mesyuarat Panitia Pj 1 2019.docx

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Pj 1 2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 705
  • Pages: 7
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH KEBANGSAAN MERITAM BIL 1/ 2019

TARIKH

: 24.1.2019

MASA

: 1.30 tengah hari

TEMPAT

: Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. En. Patricik Rudy Sela 2. En.Norhisham Bin Wahab 3. En.Husin Hafiz Bin Abu Bakar

1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

1.2

AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 4/2018

2.1

Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 4/2018 telah disahkan tanpa pindaan . Pencadang

: En.Norhisham Bin Wahab

Penyokong

: En.Husin Hafiz Bin Abu Bakar

3

ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.

3.1

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran ( DSKP ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).

3.1.1

Semua guru tahun 1 hingga tahun 5 diminta muat turun DSKP sendiri di Laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

3.1.2

Guru-guru tahun 6 yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diminta menggunakan sukatan KSSR terkini.

3.2

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.

3.2.1

RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.

3.3

Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Jasmani

3.3.1 3.4

Semua guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan masingmasing dan perlu dimasukkan ke dalam fail panitia.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).

3.4.1

Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang mengalami obesiti.

3.4.2

Program SEGAK akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos untuk tahun 4, 5 dan 6. Guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani diminta untuk menjalankan ujian SEGAK mengikut buku panduan SEGAK yang telah diedarkan.

3.4.3

Guru mata pelajaran perlu mengisi borang markah untuk SEGAK secara manual dan memasukkan markah dalam sistem PAJSK.

3.5

Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah ( PBD ).

3.5.1

Semua guru hendaklah menjalankan penilaian murid secara berterusan di bawah pentaksiran bilik darjah. Guru-guru boleh memuat turun templat excel untuk mengisi markah pentaksiran bilik darjah dalam laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.

3.5.2

Markah PBD perlu direkodkan dalam templat secara offline dan perlu disimpan oleh guru mata pelajaran dari semasa ke semasa. Guru boleh merujuk buku panduan pelaksanaan pentaksiran sebelum membuat penilaian ke atas murid-murid.

3.6

Pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu

3.6.1

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan peperiksaan untuk murid Tahap Satu dan penilaian yang dijalankan adalah menerusi Pentaksiran Bilik Darjah di dalam kelas.

3.6.2

Guru melakukan penilaian ke atas murid dengan menilai atas penglibatan mereka dalam menjayakan aktiviti di dalam kelas dan seterusnya merekodkan markah dalam borang pentaksiran offline PBD.

3.7

Stor, peralatan dan keceriaan

3.7.1

Pada tahun ini, SEMUA guru ditugaskan untuk menjaga stor sukan. Semua

peralatan yang akan digunakan akan direkodkan dalam buku rekod penggunaan alatan sukan. Hanya Guru sahaja yang boleh menulis ke dalam buku rekod untuk peminjaman alatan sukan. 3.7.2

Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil peralatan

di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar peralatan stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil dan menghantar alatan .

3.7.3

Semua guru hendaklah memastikan peralatan suka disimpan dengan baik dan

ditempat yang sepatutnya setelah digunakan.

3.8

Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.

3.8.1

Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap dan menjaga

keselamatan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan pendidikan Jasmani di padang atau gelanggang. 3.8.2

Hal ini selaras dengan perkara yang telah termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.1/1995 yang berkaitan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani serta Surat Kebenaran Khas yang bertarikh 26 Julai 2010 yang memberikan kebenaran khas kepada guru mata pelajaran dan murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk memakai baju sukan sepanjang hari berkenaan.

4

HAL-HAL LAIN

4.1

Pembinaan soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun perlu diagihkan

dan dibincangkan bersama guru mengikut aliran. 4.2

Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan PJ. Jumlah Peruntukan

belum dimaklumkan .

4

PENANGGUHAN MESYUARAT

4.1

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.45 petang dengan ucapan terima kasih

kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh ,

Disemak oleh ,

…………………………………………

……………………………………

(EN.MOHAMMAD NORHISHAM BIN WAHAB)

( EN.PATRICK RUDY SELA )

Setiausaha,

Ketua panitia,

Panitia Pend. Jasmani

Panitia Pend.Jasmani

Sekolahb Kebangsaan Meritam Limbang

Disahkan oleh, ……………………………………………………… PUAN NUR SYAZWANI BINTI ABDULLAH Penolong Kanan Pentadbiran

Sekolah Kebangsaan Meritam Limbang

Related Documents