Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1-2019.docx

  • Uploaded by: Khairul Nizam Hamzah
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1-2019.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 541
  • Pages: 3
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/2019

Tarikh

: 16 Januari 2019

Masa

: 2.30 Petang

Hari

: Rabu

Tempat

: Bilik Gerakan Kecemerlangan

Kehadiran

:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Agenda I:

Pn. Zalila binti Mohd Yassan (Ketua Panitia) En. Khairul Nizam bin Hamzah (Setiausaha) Pn. Anura binti Hasan Pn. Umi Kalsum binti Latip Pn. Zurina binti Arifin Pn. Norbaite binti Mohd Zainal Pn. Nur Azah binti Abd. Karim (Pra Sekolah) Pn. Akmawati binti Abdullah (Pemulihan)

UCAPAN KETUA PANITIA

1. Ketua panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019. 2. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas. 3. Ketua Panitia mengucapkan selamat datang kepada En. Khairul Nizam bin Hamzah sebagai ahli baru dalam panitia. 4. Ketua Panitia juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan lebih baik. Tindakan : Makluman

Agenda II:

PERANCANGAN PANITIA

1. Sudut Matematik Sudut Matematik perlu dihias dan dilengkapkan dengan maklumat dan bahan-bahan yang sesuai. 2. Minggu Matematik: 1

-

Dicadangkan pada minggu pertama bulan April. En. Nizam dan Puan Zurina menyediakan aktiviti dan bahan bagi tahap 1 Pn. Zalila menyediakan aktiviti dan bahan bagi tahap 2 Pn. Akmawati dan Pn. Azah menyediakan aktiviti dan bahan bagi pra sekolah Pn. Anura dan Pn. Umi menyediakan hadiah.

-

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda III:

PERBINCANGAN PROFESIONAL

1. Ketua Panitia mengingatkan DSKP dan RPT perlu disediakan dalam bentuk hardcopy. 2. Rancangan Pengajaran Harian juga perlu lengkap dan disediakan. 3. Semakan buku aktiviti dan buku latihan juga perlu dibuat mengikut jadual di dalam Buku Panduan Kerja. 4. PdPc perlu dijalankan berasaskan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Tindakan : Semua guru matematik

Agenda IV:

KSSR/PBS

1. Pentaksiran Bilik Darjah perlu dilakukan menggunakan ujian dalaman yang dikendalikan guru di dalam kelas mengikut masa yang sesuai agar dapat dijadikan evidens di dalam SKPMG2. Tindakan : Semua guru matematik

Agenda V:

LINUS

1. Status program LINUS masih belum dapat disahkan kerana masih belum terdapat apa-apa surat arahan yang rasmi bagi pemansuhan program LINUS. Tindakan : Makluman Agenda VI:

PCG

1. Setiap pembelian yang ingin dilakukan melakukan PCG perlu diminta daripada Ketua Panitia. 2. Pn. Akmawati meminta supaya replika wang yang terkini dapat dibeli. (Tindakan Ketua Panitia) 2

Tindakan : Makluman Agenda VII : Hal-Hal Lain 1. Alat Bantu Mengajar yang diperlukan ada di dalam Bilik Guru. Guru yang ingin menggunakan alat tersebut boleh mengambil dan memulangkan semula di Bilik BBM dalam Bilik Guru. 2. Pn. Anura meminta guru-guru Tahap 1 membuat penilaian kendiri kepada muridmurid bagi mengenalpasti kelemahan murid. 3. Pn. Akmawati memaklumkan senarai nama murid Pemulihan. 4. Pn. Azah memaklumkan bahawa nombor ‘4’ yang di ajar di Prasekolah adalah mengikut standard. Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Pencadang: Pn. Anura binti Hasan Penyokong: Pn. Umi Kalsum binti Latip

Disediakan oleh,

Disahkan oleh

…………………………………

…………………………………

(KHAIRUL NIZAM BIN HAMZAH)

(ZALILA BINTI MOHD YASSAN)

Setiausaha Panitia Matematik

Ketua Panitia Matematik,

SK Parit Penghulu

SK Parit Penghulu

3

Related Documents


More Documents from ""