Minit Mesyuarat 1

  • Uploaded by: Vinz Alvin
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 557
  • Pages: 3
MINIT MESYUARAT AJK AGAK BADORO BISAYA 1/2019 PERSATUAN BISAYA SARAWAK ______________________________________________________________________ Tarikh Masa Tempat

: 15 Mac 2019 : 4.30 p.m. : Tong Lok Restaurant, Limbang

Kehadiran : 1) Pn Jacqueline Minit (Penasihat) 2) Pn Cecelia Yalin Silan (Pengerusi) 3) Pn Suzie Alvina Bunchuan (Timbalan Pengerusi) 4) Pn Mabel Melissa Ak John@Jon (Setiausaha) 5) Cik Margaret Brahim (Bendahari) 6) En Alvin Sapun 7) Pn Sabrina Abdullah 8) Pn Nurazizah Abdullah 9) Pn Dayang Tunjong Ahli lain tidak hadir bersebab. Agenda 1) 2) 3) 4) 5)

: Ucapan alu-aluan Pengerusi Perlantikan Jawatankuasa Kerja Pertandingan Pengagihan tugas AJK Anggaran Perbelanjaan Hal-hal lain

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi 1.1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Cecelia Yalin Silan. 1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian ahli-ahli jawatankuasa untuk hadir ke mesyuarat pertama tersebut. 1.3. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn Mabel kerana dapat hadir walaupun bertugas jauh di kota kinabalu. 1.4. Pengerusi berkongsi tentang dapatan daripada mesyuarat induk. Pertandingan Agak Badoro diteruskan untuk Tahun 2019 dengan mengekalkan syarat yang sama. Tindakan: Pengerusi 2. Perlantikan Jawatankuasa Kerja Pertandingan Ratu 2.1. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Kerja Pertandingan Agak Kebaya Badoro Bisaya 2019 yang akan berlangsung dari 7 sehingga 9 Jun 2019. 2.2. Dengan sebulat suara, setelah perbincangan dibuat bersama ahli yang hadir, proses perlantikan telah berjaya dilaksanakan.

2.3. Senarai nama ahli jawatankuasa boleh dirujuk pada Lampiran 1. Tindakan: Semua Ahli 3. Pengagihan tugas AJK 3.1. Senarai agihan tugas setiap AJK boleh dirujuk pada Lampiran 2. Makluman & Tindakan: Semua Ahli 4. Anggaran Perbelanjaan 4.1. Anggaran perbelanjaan untuk pertandingan boleh dirujuk pada Lampiran 3. Tindakan: Pengerusi 5. Hal-hal Lain 5.1. Borang Penyertaan Borang penyertaan akan dikeluarkan dan tarikh tutup untuk mengembalikan semula borang adalah pada 3 Jun 2019. Tindakan: Semua Ahli 5.2. Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan Tiada perubahan pada syarat-syarat penyertaan untuk Pertandingan Agak Badoro Bisaya tahun ini. Makluman: Semua Ahli 5.3. Pakaian AJK Pertandingan Pakaian AJK sewaktu bertugas pada waktu siang dengan menggunakan baju tshirt AJK tahun 2018. Pakaian untuk waktu malam pementasan akan menggunakan pakaian seragam warna biru. Petugas tidak digalakkan memakai seluar kecuali ajk lelaki pada malam pertandingan terutama petugas yang bertugas di pentas. Encik Alvin akan dibekalkan kain biru untuk membuat baju memandangkan beliau adalah AJK baru. Tindakan: Pengerusi Semua Ahli 5.4. Borang Pendaftaran Online Encik Alvin mencadangkan agar borang ini dijana bagi memudahkan pendaftaran daripada calon peserta yang berada jauh dan berminat untuk menyertai pertandingan ini. Link pautan borang ini boleh diwar-warkan melalui Facebook Page Ratu Agak Babulang. Tindakan: En. Alvin

5.5. Gelaran Khas Indu Tangku – Dikekalkan – Disampaikan Aishah Abdullah Indu Panauan Betata – Dikekalkan Indu Ngerimud Betata – Tambahan Kategori ini tidak termasuk dalam anggaran belanjawan, pihak jawatankuasa akan berusaha mendapatkan sponsor. Penilaian untuk gelaran ini dilakukan semasa proses dalam mendapatkan markah tambahan. Makluman & Tindakan: Pengerusi

5.6. Mewajibkan penyertaan peserta Tuan Rumah Nakod Babulang Pengerusi mewajibkan tuan rumah bagi acara Nakod Babulang daripada Kampung Paya Magaliong, Kampung Lembuak dan Kampung Medait untuk menghantar wakil peserta bagi menyertai pertandingan Agak Badoro Bisaya 2019. Perkara ini akan disuarakan oleh puan pengerusi kepada JK Induk. Tindakan: Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.45 p.m. Pengerusi berharap agar setiap AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

………………………….. (MABEL MELISSA JOHN@JON) Setiausaha, Agak Badoro Bisaya 2019, Persatuan Bisaya Sarawak.

………………………………. (CECELIA YALIN SILAN) Pengerusi, Agak Badoro Bisaya 2019, Persatuan Bisaya Sarawak.

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit-mesyuarat-1.docx
November 2019 32
Minit Mesyuarat 1
August 2019 20

More Documents from "Vinz Alvin"

Proposal .docx
August 2019 22
Minit Mesyuarat 1
August 2019 20
Permohonan.pdf
August 2019 19
December 2019 29
Proposal Brkaf.docx
April 2020 39
Lapkas Ca Buli.docx
August 2019 33